The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohani050913, 2021-06-19 10:51:23

9.3 polimer

9.3 polimer

9.3 POLIMER

Nama kumpulan:

1)Nur Soffea Bt Mohd Suffian.
2)Nur Hidayah Mursyidah Binti Jamil.

Kelas:4 Sigma 1

APAKAH POLIMER ?

Polimer adalah molekul besar
berbentuk rantai yang terdiri
daripada gabungan unit molekul

kecil(monomer).

Terdapat 2 jenis polimer iaitu:

◦ a) Polimer Semula Jadi (wujud secara semula jadi)

Polimer semula jadi Monomer Kegunaan

kanji Glukosa Memberikan tenaga
Protein Asid amino Membina sel dan tisu badan

Getah Asli Isoprena Membuat produk berasaskan getah

b) Polimer Sintetik(buatan manusia yang menggunakan bahan kimia)

Polimer Sintetik Monomer Kegunaan

Polietena Etena Membuat botol plastik,beg plastik,baldi

Polistirena Stirena Membuat bekas pembungkusan peralatan
Perspeks Metil metakrilat elektrik
Getah sintetik Neoprena
Membuat cermin pesawat,tingkap dan
kenderaan

Membuat sarung tangan,tayar kereta,tapak
kasut

PROSES PEMPOLIMERAN DAN PENYAHPOLIMERAN

◦ Pempolimeran adalah proses pencatuman monomer melalui
pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan Polimer bermolekul besar
berbentuk rantai.

◦ Penyahpolimeran adalah proses apabila molekul polimer berbentuk rantai
dipisahkan kepada monomer-menomernya melalui tindak balas.

PEMPOLIMERAN
PENYAHPOLIMERAN

Monomer Polimer

◦ Pempolimeran penambahan adalah proses pempolimeran monomer sama
jenis yang melibatkan pemecahan ikatan ganda dua menjadi ikatan tunggal .

◦ Polietena ialah salah satu contoh polimer yang dihasilkan melalui proses
pempolimeran penambahan daripada monomernya,iaitu etena

GETAH ASLI

◦ Getah asli ialah sejenis polimer semula jadi yang terbentuk daripada monomernya.
◦ Getah asli diperolehi daripada pokok getah dalam bentuk lateks (susu getah).

CIRI-CIRI GETAH ASLI

1. Lembut .
2. Kenyal.
3. Tidak tahan haba.
4. Penebat elektrik yang baik.
5. Tidak telap udara.

TINDAKAN ASID TERHADAP LATEKS

Asid
ditambahkan

1.Setiap molekul getah 1.Tanpa cas negatif,zarah 1.Polimer getah dibebaskan
disaluti membran protein getah berlanggar antara satu dan berpadu antara satu
dengan cas negatif. dengan lain. dengan lain.
2.Ion hydrogen yang bercas 2.Membran protein zarah
positif daripada asid seperti getah pecah. 2.Penggumplan lateks
asid formik akan berlaku.
meneutralkan cas negatif.

TINDAKAN ALKALI TERHADAP LATEKS

Alkali
ditambahkan

1. Apabila alkali seperti ammonia ditambah ke dalam lateks.
2. Ion Hidroksida yang bercas negarif daripada larutan ammonia akan meneutralkan ion

hidrogen daripada asid yang terhasil oleh bakteria.
3. Cas negatif dari larutan ammonia mencegah penggumpalan lateks daripada berlaku.
4. Maka molekul getah akakn kekal dalam keadaan cecair.

PEMVULKANAN GETAH

◦ Getah asli adalah lembut dan tidak tahan haba.Ia tidak sesuai digunakan untuk
membuat bahan seperti tayar kenderaan.

◦ Proses pemvulkanan akan membaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat.

◦ Pemvulkanan ialah proses pemanasan getah Bersama sulfur.Melalui proses
pemvulkanan,atom-atom sulfur akan di tambahkan ke dalam molekul-molekul polimer
getah asli yang berbentuk rantai .Maka,terhasillah getah tervulkan

◦ Semasa proses pemvulkanan,atom sulfur membentuk rantai silang antara polimer
getah.

◦ Apabila daya dikenakan ,rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor
antara satu sama lain.

◦ Apabila haba dikenakan struktur molekul getah tervulkan sukar diputuskan.

◦ Getah tervulkan adalah lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang
tinggi.

◦ Getah tervulkan digunakan untuk membuat tayar kenderaan,sarung tangan getah dan
tapak kasut.

Tahan Keras dan Penebat
terhadap lebih elektrik
kenyal yang baik
haba
CIRI-CIRI Tidak
Tidak telap GETAH mudah
terhadap TERVULKAN teroksida
cecair dan di udara
Tidak
udara bertindak
balas dengan
asid dan

alkali

TEKNOLOGI TERKINI BERASASKAN GETAH

◦ Industri getah meningkatkan ekonomi negara.
◦ Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah dijalankan oleh Lembaga Getah

Malaysia.
◦ Beberapa penemuan baru telah dihasilkan menggunakan keistimewaan getah dalam

bidang pembuatan dan pembinaan.


Click to View FlipBook Version