1 SRITI AL IRSYAD, PULAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JEMAAH IBU BAPA & GURU (JIBG) KALI KE-3 TARIKH & HARI 13 MEI 2023 (SABTU) TEMPAT SRITI AL IRSYAD, PULAI
1 ISI KANDUNGAN 1. Carta Organisasi Jawatankuasa JIBG Sesi 2022/2023 2. Surat Notis/Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-3 3. Ucapan Aluan Pengerusi SRITI Al Irsyad, Pulai. 4. Ucapan Aluan Guru Besar SRITI Al Irsyad, Pulai. 5. Ucapan Aluan Pengerusi JIBG SRITI Al Irsyad, Pulai. 6. Etika Disiplin Mesyuarat Agung JIBG Kali Ke-3. 7. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-3. 8. Minit Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-2. 9. Laporan Aktiviti JIBG Sesi 2022/2023. 10. Senarai Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa JIBG 2020/2023. 11. Laporan Kewangan JIBG SRITI Al Irsyad 2022/2023. 12. Info Takwim Sekolah. 13. Pembentangan Usul Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-3 14. Poster Kutipan Dana SRITI Al Irsyad, Pulai. 15. Catatan
2 ATURCARA MASA AKTIVITI 8 : 00 pagi Pendaftaran Ketibaan VIP dan tetamu Sarapan 8 : 30 pagi Perasmian Bacaan Doa Ucapan Perasmian Oleh Pengerusi SRITI Al Irsyad Ucapan Guru Besar SRITI Al Irsyad Ucapan Pengerusi JIBG SRITI Al Irsyad 9 : 00 pagi Sesi Mesyuarat Pembentangan Minit Mesyuarat Agung JIBG Kali Ke-2 Pembentangan Laporan Aktiviti JIBG 2022/2023 Pembentangan Laporan Kewangan JIBG 2022/2023 Penerangan Info Takwim Sekolah Membentang dan Membahas Usul Cabutan Bertuah 11 : 00 pagi Pembubaran AJK JIBG Sesi 2020/2023 Pelantikan AJK JIBG Sesi 2023/2025 12 : 30 tengah Bacaan Doa Penutup Majlis hari
3 JAWATANKUASA JEMAAH IBU BAPA DAN GURU SRITI AL IRSYAD PENASIHAT USTAZ AHMAD HELMI BIN SUBAHAN PENGERUSI - TIMBALAN PENGERUSI PUAN NORISNAINI BINTI ISMAIL SETIAUSAHA CIKGU NOR SYAHIDAH BINTI MOHAMAD NAIB SETIAUSAHA PUAN SITI NORHAYATI BINTI ABD RAZALI BENDAHARI PUAN NURULHUDA BINTI KAMARI NAIB BENDAHARI CIKGU NUR FAZLIN BINTI ISMAIL AHLI JAWATANKUASA 1. ENCIK MOHAMAD HISYAM BIN ESHAK 2. PUAN ZARINA BINTI ISMAIL 3. PUAN RIA HANDAYANI BINTI ALIMAN 4. ENCIK NURUL ADHA BIN SUKINON
4 SURAT NOTIS/JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 3
5 UCAPAN ALUAN PENGERUSI SRITI AL IRSYAD السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA kita dapat diberikan kelapangan untuk mengadakan salah satu agenda penting bagi sesebuah sekolah iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) kali kedua meskipun sekolah ini telah ditubuhkan 4 tahun lamanya. Ini kerana kali terakhir dilaksanakan MAT ini adalah sebelum berlakunya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak 2020. Disini saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pendidik dan ibubapa SRITI kerana kekal utuh mencipta kecemerlangan pelajar, mendidik anak-anak, dan kekal menyokong segala proses pendidikan anak-anak diwaktu yang mencabar ini. Di pihak pengurusan SRITI Al-Irsyad juga memohon maaf seandainya berlaku ketidakpuasan hati sepanjang perjalanan sekolah ini berlangsung. Diharapkan MAT ini digunakan sebaiknya sebagai ruang untuk tuan/puan bersuara atas sebarang kritikan dan memberikan cadangan penambahbaikan yang baik secara kolektif supaya kita semua dapat memanfaatkan organisasi JIBG ini. Semoga Allah merahmati usaha tuan/puan dan menggandakan amalan ini diakhirat. Segala kerjasama dan ukhuwah yang dibina kita selama ini medapat keberkatan dari Allah. Dan semoga Allah melimpahi rezeki dan kesihatan yang baik kepada kita semua. Sekian, terima kasih.
6 UCAPAN ALUAN GURU BESAR / PENASIHAT JIBG شئ االول واألخر وله الحمد عىل كل الحمد هلل ف ى وهو السميع العليم والصالة والسالم عىل رسوله الكريم وعىل أله وأصحابه ومن تبعه باحسان اىل يوم الدين .. Alhamdulillah, Allah telah memilih kita untuk samasama berada di dalam satu organisasi iaitu Jemaah Ibu Bapa dan Guru SRITI Al-Irsyad. Keberadaan kita bukan suatu kebetulan tetapi adalah pilihan Allah yang wajib kita syukuri dengan menunaikan segala tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang ingin merealisasikan agenda Islam sebagai agama yang berdaulat jati diri anak-anak kita. Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Irsyad telah tertubuh sejak 2019 dengan jumlah pelajar seramai 30 orang, 3 orang warga pendidik dan 1 orang staf sokongan. Dan kini SRITI Al-Irsyad dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan jumlah pelajar seramai 122 orang, 10 orang warga pendidik dan 2 orang staf sokongan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kepada ibu bapa sekalian kerana telah memilih SRITI sebagai satu platform untuk anak-anak menerima pendidikan di peringkat rendah. Semoga dengan pemilihan ini akan dapat membentuk jati diri anak-anak keluaran SRITI Al-Irsyad yang mampu kehadapan dalam pelbagai bidang khususnya agama Islam. Selamat bermesyuarat agung dengan mendapat keberkatan dari Allah. هللا أكربوهلل الحمد Ahmad Helmi bin Subahan Guru Besar,
7 UCAPAN ALUAN PENGERUSI JIBG SRITI AL IRSYAD Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanallah Ta’ala dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama -sama berkumpul dan berbincang untuk kecemerlangan sekolah dan anak-anak dalam Mesyuarat Agung Tahunan JIBG kali ke-3. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Program, Jawatankuasa JIBG, Guru-guru dan ibu bapa atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-3 ini. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Tugas dan cabaran masa kini memerlukan kita bersama-sama untuk bekerja keras dan lebih strategik supaya kecemerlangan sekolah amnya dan kecemerlangan pelajaran anak-anak khususnya dapat dicapai. Oleh itu, sumbangan JIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah, Jawatankuasa JIBG sesi 2020/2023 serta semua ibu bapa yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada Jawatankuasa JIBG dalam menunaikan tanggungjawab kami. Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada Jawatankuasa baru yang bakal dilantik nanti untuk sesi 2023/2025 dan semoga mereka dapat meningkatkan lagi prestasi JIBG ke arah membantu pihak sekolah dan warganya. Saya mendoakan agar SRITI Al-Irsyad akan terus cemerlang dalam pelbagai lapangan dan segala usaha sentiasa mendapat keberkatan Allah Subhanallah Ta’ala. Sekian, terima kasih.
8 ETIKA DISIPLIN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG 1. Etika Umum ▪ Ikhlaskan niat kerana Allah SWT. ▪ Menjaga adab sepanjang majlis berlangsung. 2. Bahasa Rasmi ▪ Bahasa rasmi adalah Bahasa Melayu. 3. Perwakilan • Perwakilan mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi untuk sesuatu perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. 4. Tertib Bercakap • Perwakilan yang bercakap hendaklah BERDIRI. Apabila lebih dari seorang yang bangun untuk bercakap, perwakilan yang terlebih dahulu bangun akan diberi keutamaan. • Perwakilan TIDAK boleh mengganggu perwakilan yang lain yang sedang bercakap. •
9 • Jika pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa – apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, perwakilan yang sedang bercakap hendaklah BERHENTI daripada bercakap, dan lain – lain perwakilan tidak dibenarkan bercakap sehingga pengerusi memberi kebenaran untuk melanjutkan perbincangan. 5. Isi – isi Ucapan • Perwakilan hendaklah MENGHADKAN percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa – apa yang tiada kaitan dengan perkara yang di bincangkan itu. • Seseorang perwakilan tidak boleh menggunakan bahasa yang biadap,dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap perwakilan lain. • Seseorang perwakilan TIDAK boleh menggunakan perkataan – perkataan yang boleh menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara ahli dewan. 6. Adab Perwakilan Tidak Bercakap Semasa Mesyuarat • Perwakilan hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa diri dalam dewan dengan TERTIB.
10 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG Pendaftaran 1. Ketibaan VIP dan tetamu. Sesi Perasmian 1. Alunan Asmaul Husna 2. Ucapan Pengerusi Majlis 3. Bacaan Doa 4. Ucapan perasmian Oleh Pengerusi SRITI Al-Irsyad. Sesi Mesyuarat 1. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-2. 2. Pembentangan Laporan Aktiviti JIBG 2022/2023. 3. Pembentangan Laporan Kewangan JIBG 2022/2023. 4. Info Takwim SRITI Al-Irsyad. 5. Membentang Dan Membahas Usul. 6. Pembubaran Jawatankuasa 2020/2023 dan Pemilihan Jawatankuasa baru. Bacaan Doa Penutup. 7. Majlis Bersurai.
11 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG KALI KE-2 MINIT MESYUARAT AGUNG JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) SRITI AL-IRSYAD KALI KE-2 Tarikh : 17 September 2022 Hari : Sabtu Masa : 8 : 00 pagi Tempat : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Irsyad, Pulai Kehadiran : 51 / 96 orang ( Ibu Bapa) 9 /11 orang (guru dan staf) 1.0 Kata – Kata Aluan Pengerusi SRITI AL-IRSYAD 1.1 Pengerusi SRITI AL-IRSYAD mengucapkan penghargaan kepada Timbalan Pengerusi JIBG, Puan Norisnaini di atas perlaksanaan Mesyuarat Agung kali ke 2. Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan di atas komitmen yang diberikan oleh warga ibu bapa terhadap program sekolah. 2.0 Kata – Kata Aluan Guru Penolong Kanan 1 2.1 Guru Penolong Kanan 1, Cikgu Nurul Falahani mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini. Beliau juga mengharapkan ibu bapa terus memberikan komitmen kepada pihak sekolah demi kecemerlangan anak – anak. 2.2 Cikgu Nurul Falahani juga memaklumkan ketidakhadiran Guru Besar diatas sebab urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. 3.0 Kata – Kata Aluan Timbalan Pengerusi JIBG 3.1 Timbalan Pengerusi, Puan Norisnaini mengucapkan terima kasih dan setinggi – tinggi tahniah dan penghargaan kepada Tuan Pengerusi SRITI AL-IRSYAD, En Zikri, Guru Besar, Para Pentadbir Sekolah, Guru – guru dan semua ibu bapa kerana dapat sama – sama berkumpul untuk berbincang dan mencapai kata sepakat untuk kecemerlangan anak- anak. 3.2 Beliau juga mengucapkan syukur kerana dengan kerjasama semua pihak, JIBG telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2020/2022. 3.3 Beliau juga berharap agar ibu bapa terus memberikan komitmen yang tinggi, saranan dan sokongan kepada pihak sekolah untuk mencapai ke satu tanda aras yang lebih baik pada masa akan datang.
12 4.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat JIBG Kali Ke-2 4.1 Minit Mesyuarat disahkan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 5.0 Pembentangan Laporan Kewangan Oleh Bendahari JIBG SESI 2020/2022 5.1 Puan Nurul Huda, Bendahari JIBG sesi 2020/2022 membentangkan laporan kewangan Tahunan JIBG SRITI AL-IRSYAD pada lampiran kewangan yang di sediakan. 5.2 Laporan Kewangan di terima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 6.0 Pembentangan Info Program Yang Akan Datang 6.1 Cikgu Nurul Falahani membacakan info takwim program sekolah yang akan datang. 7.0 Pemilihan Beberapa AJK JIBG SRITI AL IRSYAD sesi 2022/2023 7.1 Encik Mohamad Hisyam mencadangkan Encik Ismail sebagai calon Pengerusi JIBG 7.2 Encik Ismail mencadangkan En Nurul Adha sebagai calon Pengerusi JIBG. 7.3 Encik Nurul Adha mencadangkan Encik Amin Shahril sebagai calon Pengerusi JIBG. 7.4 Cadangan di tutup oleh setiausaha JIBG SRITI. 7.5 En Ismail mendapat 29 undi, Encik Amin Shahril 14 undi, dan Encik Nurul Adha 9 undi. 7.6 Encik Ismail dilantik sebagai Pengerusi JIBG SRITI-AL IRSYAD bagi sesi 2021/2023. 7.7 Puan Nor Hayati mencadangkan Puan Zarina sebagai calon AJK. 7.8 Puan Zarina mencadangkan Puan Nur Afiqah sebagai calon AJK. 7.9 Puan Nur Fazlin mencadangkan Puan Nadia sebagai calon AJK. 7.10 Puan Norisnaini mencadangkan nama Encik Amin Shahril dan Encik Nurul Adha di bawa ke pencalonan AJK JIBG. Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli majlis mesyuarat. 7.11 Puan Zarina mendapat 28 undi, Encik Nurul Adha 30 undi, Puan Nur Afiqah 25 undi, Puan Nadia 22 undi dan En Shahril Amin 16 undi.
13 Jawatankuasa JIBG sesi 2022/2023 seperti berikut : Penasihat : Encik Ahmad Helmi bin Subahan Pengerusi : Encik Ismail bin Hadik Timbalan Pengerusi : Puan Norisnaini binti Ismail Setiausaha : Puan Nor Syahidah binti Mohamad Naib Setiausaha : Puan Siti Norhayati binti Abdul Razali Bendahari : Puan Nurulhuda binti Kamari Naib Bendahari : Puan Nur Fazlin binti Ismail Barisan AJK : 1) Encik Mohammad Hisyam bin Eshak 2) Encik Nurul Adha bin Sukinon 3) Encik Shaharudin bin Mohamed 4) Encik Encik Mohd Razali bin Bachok 5) Puan Ria Handayani binti Aliman 6) Puan Zarina binti Ismail 8.0 Pembentangan Laporan Aktiviti JIBG SESI 2020/2022 8.0 Puan Norisnaini, Timbalan Pengerusi JIBG membentangkan laporan aktiviti JIBG pada muka surat 19 dan 20. 8.1 Puan Norisnaini memaklumkan, ada penambahan laporan aktiviti JIBG di muka surat 20. 8.3 Laporan Aktiviti Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 9.0 Membahaskan Usul – Usul 9.1 Usul memohon pihak sekolah menyediakan penggunaan cctv bagi memantau keselamatan pelajar di pintu keluar masuk ataupun kawasan sekeliling sekolah. En Zikri, Pengerusi SRITI AL-IRSYAD menyatakan bahawa pemasangan cctv adalah dalam proses perbincangan sekolah. Usul diterima sebulat suara oleh Jemaah mesyuarat. 9.2 Usul mohon menukar waktu persekolahan kerana anak – anak tiada tempat jagaan pada hari Jumaat dan Sabtu. Encik Zikri memaklumkan urusan pertukaran hari persekolahan bergantung ketetapan kerajaan Negeri dan di luar bidang kuasa sekolah. 9.3 Usul menyediakan ruang seperti makmal sains dan menggalakkan aktiviti hafazan. Cikgu Falahani, Guru Penolong Kanan 1, memberitahu bahawa aktiviti hafazan diadakan setiap pagi dalam kelas TQS. En Zikri memaklumkan bahawa ruang makmal sains dalam proses pembinaan untuk pembelajaran sesi tahun hadapan.
14 9.4 Usul mewujudkan 1 kali seminggu/sebulan sekali hari koperasi sekolah sebagai pengalaman untuk murid membeli barangan atau makanan sendiri. Puan Norisnaini memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama JIBG akan mengadakan Jualan pada setiap hari Khamis. Usul ini diterima sebulat suara ahli Jemaah. 9.5 Usul memohon tiada kerja rumah kerana anak – anak sudah seharian di sekolah. Kerja rumah ketika cuti sekolah amat di galakkan. Cikgu Falahani juga menegaskan bahawa kerja sekolah yang diberi adalah bergantung kepada subjek dan juga murid yang memerlukan latihan tambahan. 9.6 Usul penyediaan rak buku untuk pelajar tinggalkan buku teks dan Latihan bagi mengurangkan berat beg sekolah. Puan Norisnaini memaklumkan sebelum ini JIBG telah mendapatkan sumbangan 4 buah rak buku sekolah. Jika ada yang ingin menyumbangkan rak buku, adalah amat digalakkan. 9.7 Usul mempelbagaikan aktiviti kokurikulum. 9.8 Meminta pihak sekolah memaklumkan seminggu/sebulan lebih awal sebelum program untuk persediaan awal pihak ibu bapa. Cikgu Falahani memaklumkan, pihak sekolah ada memberikan takwim di awal tahun persekolahan untuk persediaan awal ibu bapa. Pihak sekolah menerima cadangan ini untuk penambahbaikan pada tahun hadapan. 9.9 Masalah kekurangan bekalan baju / beberapa buah buku pada awal tahun dicadangkan agar pihak sekolah mengambil tindakan lebih awal. Encik Zikri menegaskan bahawa kekangan ini berpunca dari SRITI pusat yang mengalami kesesakan permintaan dari SRITI lain dan perlu mengikut giliran, walaubagaimanapun, Encik Zikri memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. 9.10 Usul supaya ibu bapa tidak meletak kereta secara melintang kerana menghalang kereta lain dan tidak berlamaan kerana individu lain juga dalam keadaan bergegas dan mahu bersegera. Encik Zikri memaklumkan ibu bapa boleh masuk dalam mana-mana petak khas meletak kenderaan bagi mengelakkan kesesakan.
15 10.0 Hal – Hal Lain 10.1 Bayaran yuran tiada resit. Encik Zikri memaklumkan bahawa resit dikeluarkan oleh SRITI pusat dan meminta maaf di atas kelewatan. 10.2 Nametag murid. Encik Zikri menerima cadangan ini dan akan dibincangkan dengan pihak sekolah. 10.3 Potluck Birthday anak – anak dibuat sebulan sekali/dua bulan sekali mengikut keadaan takwim sekolah. Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli Jemaah. 10.4 Bayaran yuran pendaftaran dibayar secara ansuran iaitu dalam tempoh 3 bulan bagi mengurangkan beban ibu bapa. Encik Zikri memaklumkan bahawa pihak sekolah memberi kelonggaran bayaran ansuran dalam tempoh 3 bulan pertama persekolahan bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa. 10.5 Encik Nurul Adha mencadangkan semua program yang diadakan hendaklah berbalik kepada Al Quran dan Sunnah. Beliau juga menyatakan pendapat agar guru-guru yang sedia ada dapat mengekalkan perkhidmatan dan elakkan bersilih ganti kerana anak – anak beliau sayangkan guru – guru di sini. Beliau juga menggalakkan guru – guru untuk berniaga di sekolah untuk pendapatan sampingan guru – guru. 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Puan Norisnaini mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh para ibu bapa. Beliau berharap agar para ibu bapa dapat terus memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu kecemerlangan pihak sekolah. Beliau juga memohon kemaafan jika ada kekurangan dan kesilapan sepanjang mesyuarat ini. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:00 pagi. Disediakan Oleh ; Disahkan Oleh ; ____________________________ ______________________ (Pn. Nor Syahidah binti Mohamad) (Pn. Norisnaini binti Ismail) Setiusaha JIBG Timbalan Pengerusi JIBG SRITI AL IRSYAD SRITI AL IRSYAD
16 LAPORAN AKTIVITI JEMAAH IBU BAPA DAN GURU SRITI AL-IRSYAD SESI 2022/2023 1) MESYUARAT AJK JIBG SRITI AL-IRSYAD SESI 2022/2023 AJK JIBG telah bermesyuarat sebanyak 3 kali sepertimana berikut : a) Khamis 25 Ogos 2022 b) Sabtu 31 Disember 2022 c) Sabtu 12 Mac 2023 2) PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022 JIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM50.00 sebagai tambahan untuk kos hadiah Pertandingan Reka Cipta sempena sambutan Hari Kemerdekaan di SRITI AlIrsyad pada bulan Ogos 2022. 3) PROGRAM JUAL BELI MINGGUAN JIBG telah mengusahakan aktiviti jualan makanan dan minuman pada setiap hari Khamis. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman urusan jual beli kepada murid-murid bermula pada 22 September 2022. 4) KUMPULAN TELEGRAM AHLI JIBG SRITI AL-IRSYAD Kumpulan Ahli JIBG di aplikasi telegram mula diaktifkan pada 23 September 2022 untuk warga SRITI Al-Irsyad dari kalangan ibu bapa / penjaga keseluruhannya. Kewujudan kumpulan ini boleh dimanfaatkan untuk para ibu bapa berbincang dan menyumbangkan idea bagi membantu kemajuan pendidikan anak-anak dan sekolah. 5) MAHRAJAN AMAL ISLAMI (MAIS) SRITI NEGERI JOHOR 2022 JIBG telah mendapatkan tajaan peralatan muzik bernilai RM2,800.00 untuk kegunaan Pertandingan Nasyid sempena Program Mahrajan Amal Islami Peringkat Negeri Johor 2022. Peralatan muzik ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 12 Oktober 2022.
17 6) GOTONG-ROYONG SRITI AL-IRSYAD SEMPENA MAIS 2022 JIBG telah mendapatkan tajaan sebuah alat penyedut hampagas (vacuum) bernilai RM750.00 untuk kegunaan semasa gotong-royong sempena SRITI Al-Irsyad menjadi tuan rumah bagi acara Muhawarah & Khutbah MAIS Negeri Johor. Tajaan ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Oktober 2022. 7) PROGRAM SAINS DAN MATEMATIK Bersempena Program Minggu Sains dan Matematik, pada 17 November 2022 JIBG telah mendapatkan tajaan peralatan bantu mengajar bernilai RM1,300.00 bagi kegunaan guru-guru dan manfaat untuk murid-murid. Peralatan ini berupa sebuah mesin cetak (printer), mesin laminate berserta bekalan 10 rim kertas A4, 10 unit bekalan dakwat dan plastik laminate. 8) PEMASANGAN MESIN PENAPIS AIR MINUMAN JIBG telah menguruskan pertukaran pemasangan mesin penapis air minuman yang baru pada 27 Disember 2022 dengan melibatkan kos sebanyak RM5,700.00. Kos ini telah ditaja sepenuhnya oleh individu dari Jawatankuasa JIBG. 9) PROJEK JIBG PRIHATIN 2022 – 2025 Pada bulan Disember 2022, Jawatankuasa JIBG telah melaksanakan Projek JIBG Prihatin dengan berfokus kepada perkembangan kemajuan pendidikan murid-murid dan pembangunan sekolah. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat. Fasa 1 telah dijalankan dan diusahakan sedaya upaya. Perkara-perkara berikut adalah sebahagian hasil dapatan daripada pelaksanaan Projek ini (yang bertanda *) : 10) * INFAQ DANA FASILITI SRITI AL-IRSYAD JIBG telah mendapatkan tajaan dana pembangunan sekolah sebanyak RM5,000.00 dari Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada 3 Januari 2023 bagi membiayai kos membina dinding pembahagi kelas (kelas tahun 5), sistem pendawaian, pemulihan lantai, kelengkapan makmal komputer dan pemulihan bumbung sekolah. 11) * HARI TERBUKA & TAKLIMAT PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 Bersempena program sekolah ini, individu dari Jawatankuasa JIBG telah menaja Alat Bantu Mengajar bernilai RM2,300.00 berupa sebuah projektor LCD, miracast dongle dan laser presentation remote. Peralatan ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 26 Januari 2023.
18 12) HARI ANUGERAH SRITI AL-IRSYAD 2022 Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SRITI Al-Irsyad bagi tahun 2022 telah diadakan pada 5 Februari 2023. Majlis ini dikendalikan oleh guru-guru SRITI Al-Irsyad dan JIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM2,000.00. 13) * INFAQ FASILITI SRITI AL-IRSYAD JIBG telah mendapatkan tajaan dana pembangunan sekolah sebanyak RM500.00 dari stesen minyak shell Parit Raja, Batu Pahat. Tajaan ini telah disampaikan kepada pihak sekolah pada 6 Februari 2023. 14) PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS JOHOR BAHRU Murid - murid SRITI Al-Irsyad telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains Playsmart Johor Bahru pada 12 Februari 2023. JIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM200.00 bagi membiayai kos pelaksanaan program tersebut. JIBG juga telah menunaikan tanggungjawab membantu pihak sekolah dengan menguruskan sewaan bas untuk pengangkutan rombongan ini. 15) * HADIAH AKHIR TAHUN 2022 Bersempena dengan tamatnya sesi persekolahan 2022, Jawatankuasa JIBG telah membuka tawaran sumbangan bagi mengumpul dana Hadiah Akhir Tahun. Jumlah sumbangan terkumpul adalah sebanyak RM1,225.00. Hadiah Akhir Tahun telah diserahkan kepada guru-guru dan staf pada 16 Februari 2023. Jawatankuasa JIBG amat berterima kasih dan menghargai kerjasama para ibu bapa dalam program ini. 16) * KESELAMATAN WARGA SRITI AL-IRSYAD JIBG telah mendapatkan tajaan 3 unit alat pemadam api bernilai RM450.00 dari Perkasa Supply and Services, Taman Damansara Aliff, Johor Bahru. Alat pemadam api ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 2 Mac 2023. 17) * INFAQ RAMADAN 1444 HIJRAH Sempena kedatangan bulan Ramadan, pada 29 Mac 2023 Jawatankuasa JIBG telah melancarkan kempen Infaq Ramadan (29 Mac – 18 April 2023) untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang amalan bersedekah sebagai salah satu amalan yang amat digalakkan di bulan ini. Infaq Ramadan disalurkan ke dalam tabung sekolah bagi menambah Dana Pembangunan SRITI AlIrsyad. Jumlah perolehan sepanjang kempen ini dijalankan adalah sebanyak RM250.00.
19 18) * GOTONG-ROYONG SRITI AL-IRSYAD JIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah menganjurkan Program Gotong-royong Sekolah pada 6 Mei 2023. Gotong-royong ini berfokus pada aktiviti menceriakan sekolah dengan mengecat dinding kelas dan juga kawasan tandas. Program ini telah menerima sumbangan sebanyak RM2,600.00 daripada para ibu bapa / penjaga murid-murid SRITI Al-Irsyad. JIBG dan pihak sekolah amat berterima kasih di atas segala kerjasama semua ibu bapa / penjaga. 19) * PERALATAN SUKAN MEMANAH DAN OLAHRAGA Individu daripada Jawatankuasa JIBG telah menaja peralatan sukan memanah dan olahraga larian baton bernilai RM1,200.00 yang terdiri daripada 2 unit busur panah, 12 unit anak panah, 2 unit papan sasaran memanah, 1 unit beg alatan memanah, dan 4 unit kertas sasaran serta 2 set baton olahraga. Kesemua peralatan ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7 Mei 2023. 20) * PERALATAN SUKAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING Individu daripada Jawatankuasa JIBG telah menaja peralatan sukan bola sepak dan bola jaring bernilai RM2,300.00 yang terdiri daripada 5 unit bola sepak, 2 set bips bola sepak dan 5 unit bola jaring, 2 set bips bola jaring, 2 unit beg simpanan bola serta 4 unit pam bola. Kesemua peralatan ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7 Mei 2023.
20 KEHADIRAN MESYUARAT AJK JIBG 2020/2023
21 LAPORAN KEWANGAN JIBG (PENGGAL KEDUA) 1. JIBG 2022/2023 BIL. JUMLAH SEMASA KELUAR / KREDIT BAKI / DEBIT TARIKH KEGUNAAN 1. RM4700 RM2450 RM2250 30 OGOS 2022 PROGRAM HARI KEMERDEKAAN 2. RM2250 RM2000 RM250 30 JAN 2023 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 3. RM250 RM200 RM50 8 FEB 2023 LAWATAN SAMBIL BELAJAR (PETROSAINS) 4. RM 50 RM50 RM0 2 FEB 2023 FAIL JIBG JUMLAH RM0 JUMLAH SEPATUTNYA RM7100.00 JUMLAH TERKUMPUL RM7100.00 JUMLAH SETAKAT 10 FEBRUARI 2023
22
23 3. PEROLEHAN TAJAAN LUAR BIL. JUMLAH PERKARA KEGUNAAN TARIKH PENYUMBANG 1. RM2800.00 ALAT MUZIK (PERCUSSION) MAIS / AKTIVITI SEKOLAH 12 OCT 2022 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 2. RM750.00 PENYEDUT HAMPAGAS (VACUUM) KAWASAN SEKOLAH 18 OCT 2022 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 3. RM1300.00 PERALATAN BANTU MENGAJAR GURU-GURU SRITI 17 NOV 2022 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 4. RM5700.00 PENAPIS AIR MINUMAN (TUKAR BARU) WARGA SRITI 27 DIS 2022 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 5. RM5000.00 SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 3 JAN 2023 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR 6. RM2300.00 1 UNIT PROJEKTOR LCD WARGA SRITI 27 JAN 2023 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 7. RM150.00 PERCETAKAN LETTERHEAD JIBG WARGA SRITI/JIBG 15 FEB 2023 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 8. RM500.00 SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 6 FEB 2023 SHELL PARIT RAJA 9. RM1225.00 HADIAH GURU & STAF AKHIR TAHUN 2022 GURU & STAF SRITI 16 FEB 2023 AHLI JIBG 10. RM450.00 3 UNIT ALAT PEMADAM API SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 2 MAC 2023 PERKASA SUPPLY AND SERVICES 11. RM250.00 TABUNG INFAQ RAMADAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 29/3 – 18/4/ 2023 MURID-MURID SRITI AL-IRSYAD 12. RM2600.00 GOTONGROYONG SEKOLAH KECERIAAN KELAS DAN SEKOLAH 6 MEI 2023 PARA IBU BAPA MURID SRITI ALIRSYAD 13. RM1200.00 ALATAN SUKAN MEMANAH DAN OLAHRAGA AKTIVITI SEKOLAH 7 MEI 2023 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) 14. RM2300.00 ALATAN SUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING AKTIVITI SEKOLAH 7 MEI 2023 JAWATANKUASA JIBG (INDIVIDU) JUMLAH RM26,525.00
24 INFO TAKWIM SRITI 2023/2024 BULAN TARIKH AKTIVITI / PROGRAM CATATAN M A C 12-16 MAC 2023 MINGGU PENDAFTARAN SRITI • Bayaran Yuran • Pembelian Baju • Pembelian Buku 19 MAC 2023 KEMBALI KE SEKOLAH 19-30 MAC 2023 MINGGU TRANSISI TAHUN 1 22 MAC 2023 PELANCARAN IHYA RAMADHAN* 23 MAC 2023 AWAL RAMADHAN & HARI KEPUTRAAN DYMM SULTAN JOHOR Cuti Kelepasan Am A P R I L 13 APRIL 2023 MALAM NUZUL QURAN Program Berbuka Puasa Bersama Ibu Bapa. 19 APRIL 2023 MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN* 20-29 APRIL 2023 CUTI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI Cuti Perayaan M E I 1 MEI 2023 HARI PEKERJA Cuti Kelepasan Am 4 MEI 2023 HARI WESAK Cuti Kelepasan Am 7-18 MEI 2023 LATIHAN & SARINGAN SUKAN SRITI AL-IRSYAD 13 MEI 2023 MESYUARAT AGUNG JIBG 16 MEI 2023 SAMBUTAN HARI RAYA & HARI GURU*
25 MEI 2023 KEJOHANAN SUKAN SRITI AL-IRSYAD 21 MEI 2023 CUTI PERISTIWA (KEJOHANAN SUKAN SRITI ALIRSYAD) Cuti Peristiwa 26 MEI – 3 JUN 2023 CUTI PENGGAL 1 Cuti Sekolah J U N 5 JUN 2023 HARI KEPUTRAAN DYMM SPB YDPA Cuti Kelepasan Am 26 JUN 2023 CERAMAH HARI ARAFAH* 27 JUN 2023 SUNTIKAN IMUNISASI TAHUN 1 28 JUN – 2 JULAI 2023 HARI RAYA AIDILADHA Cuti Perayaan J U L A I 3-6 JULAI 2023 PENCARIAN BAKAT MAIS SRITI ALIRSYAD* 19 JULAI 2023 AWAL MUHARRAM Cuti Kelepasan Am 20 JULAI 2023 SAMBUTAN MAAL HIJRAH* 30 JULAI – 3 OGOS 2023 PENILAIAN SUMATIF PENGGAL 1
26 OGOS 19 OGOS 2023 DIALOG PRESTASI BERSAMA WARIS 23 OGOS 2023 HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Cuti Kelepasan Am 24 OGOS 2023 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN* 25 OGOS – 2 SEPTEMBER 2023 CUTI PENGGAL 2 Cuti Sekolah 26-27 OGOS 2023 KEJOHANAN SUKAN & MEMANAH KEBANGSAAN 31 OGOS 2023 HARI KEBANGSAAN Cuti Kelepasan Am SEPTEMBER 16 SEPT 2023 HARI MALAYSIA Cuti Kelepasan Am 22-24 SEPT 2023 KURSUS PRS KEBANGSAAN 27 SEPT 2023 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 28 SEPT 2023 MAULIDUR RASUL Cuti Kelepasan Am OKTOBER 1-5 OKT 2023 MINGGU BAHASA NOVEMBER 9 NOV 2023 HARI KANTIN SRITI AL-IRSYAD 10-12 NOV 2023 PERAYAAN DEEPAVALI Cuti Kelepasan Am 25-26 NOV 2023 MAIS KEBANGSAAN DISEMBER 15-17 DIS 2023 JAMBORI KADET AMAL & TAMRIN QIYADI SRITI AL-IRSYAD 15 DIS 2023 – 1 JAN 2024 CUTI PENGGAL 3 Cuti Sekolah 25 DIS 2023 HARI KRISMAS Cuti Kelepasan Am JANUARI 1 JAN 2024 TAHUN BARU 2024 20 JAN 2024 DIALOG PRESTASI BERSAMA IBUBAPA & MESYUARAT JIBG
27 25 JAN 2024 THAIPUSAM Cuti Kelepasan Am 28 JAN – 1 FEB 2024 MINGGU SAINS & MATEMATIK FEBRUARI 3 FEB 2024 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 4 FEB 2024 CUTI PERISTIWA (HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN) Cuti Peristiwa 8 FEB 2024 CERAMAH ISRA’ MIKRAJ & JAMUAN AKHIR SESI PERSEKOLAHAN 9 FEB – 9 MAC 2024 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN Cuti Sekolah 10-12 MAC 2024 TAHUN BARU CINA Cuti Kelepasan Am *Tertakluk kepada perubahan tarikh Aktiviti / Program yang masih belum mempunyai tarikh Bil Program Bulan 1 Tamrin Qiyadi Peringkat Negeri Johor MEI 2023 2 Kejohanan Sukan & Memanah SRITI Peringkat Negeri Johor JUN 2023 3 Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Negeri Johor OGOS 2023 4 Penilaian Sumatif Akhir SRITI JANUARI 2024
28 SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG KALI KE-3 Bil. Senarai Usul CATATAN 1. 1.Pembelian uniform sekolah mungkin boleh diawalkan. Agak susah sebab apabila buka sekolah masih pakai baju tahun sebelumnya. Contoh bulan Ogos atau September. Jadi insyaallah sekolah tiada masalah mengenai stok dari pembekal. 2.Pemberitahuan awal jika ada aktiviti sekolah iaitu 2 minggu sebelum. Jadi ibubapa dapat buat persediaan awal. 2. Cadangan utk buat group Telegram/Whatsapp mengikut subjek yang biasanya perlu di update dari semasa ke semasa terutama bagi subjek Pendidikan Seni. 3. Buku teks di simpan bawah meja kerana beg terlalu berat. 4. 1. Ibu/bapa/penjaga perlu meletakkan kenderaan dalam keadaan teratur ketika menghantar dan menjemput anak agar tidak berlaku kesesakan. 2. Menyediakan bangku di kaki lima untuk anak-anak duduk bagi membuka dan memakai kasut. (Cadangan Dana JIBG) 5. Mohon cikgu memberi penerangan terperinci kepada ibubapa tentang UPKK, keseluruhan subjek yang terlibat secara lisan dan bertulis. 6. Memberitahu kepada ibu bapa di dalam group jika ada kerja sekolah yang murid tidak dapat siapkan. 7. Kempen infaq dana pembangunan sekolah setiap hari Isnin. Tabung SRITI perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh murid-murid.
29 8. Minta sediakan satu massage book untuk murid catat homework pada hari berkenaan supaya apabila balik ibu bapa dapat memantau dengan jelas homework pd hari itu. Memandangkan setiap subjek terdapat beberapa buku seperti buku latihan jilid 1 @ jilid 2, minta guru mata pelajaran bagi senarai buku yang perlu dibawa pada hari yang ditetapkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SRITI. 9. Wujudkan pasukan boleh sepak bermula dari darjah 1. 10. Bawa bekal makanan sendiri. Adakah lebih efektif untuk makan dengan bekas sendiri secara individu atau makan jemaah dalam talam? 11. Kemudahan dan keselesaan belajar untuk murid - murid. 12. Memohon agar takwim program sekolah diaturkan lebih awal agar kami yang berkerja shif dapat hadir ke sekolah jika ada program. Seperti saya roster tugasan keluar sebulan-sebulan, jadi sukar untuk mencari penganti untuk tugasan. Saya memohon maaf jika tidak dapat hadir ke masjis rasmi sekolah. 13. Adakan kelas mengaji dan hafazan pada setiap pelajar. 14. Setiap pagi adakan bacaan yassin dan surah-surah pendek agar anak2 tak lupa dan sentiasa hafal. ( saya selalu dengar kat sek. Keb. depan umh saya anak-anak baca yassin beramai2 setiap hari khamis
30 POSTER KUTIPAN DANA SEKOLAH
31 CATATAN
32