SRITI AL-IRSYAD, JOHOR BAHRU (PULAI) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JEMAAH IBU BAPA & GURU (JIBG) KALI KE-2 DAN HARI TERBUKA TARIKH & HARI TEMPAT 17 / 9 / 2022 SRITI AL-IRSYAD, PULAI
2 ISI KANDUNGAN 1. Aturcara. 2. Carta Organisasi JIBG 2020/2022. 3. Surat Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-2. 4. Ucapan Aluan Pengerusi SRITI Al-Irsyad, Pulai. 5. Ucapan Aluan Guru Besar SRITI Al-Irsyad, Pulai. 6. Ucapan Aluan Pemangku Pengerusi JIBG SRITI Al-Irsyad, Pulai. 7. Etika Disiplin Mesyuarat Agung JIBG Kali Ke-2. 8. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-2. 9. Laporan Aktiviti JIBG SRITI Al-Irsyad 2020/2022. 10. Laporan Kewangan JIBG SRITI Al-Irsyad 2021/2022. 11. Info Takwim Sekolah 2022. 12. Pembentangan Usul Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-2. 13. Poster Kutipan Dana SRITI Al-Irsyad, Pulai. 14. Hasil Kutipan Infaq Dana Pembangunan 2021/2022. 15. Lagu Negaraku. 16. Lagu Negeri Johor. 17. Lagu Rasmi SRITI. 18. Catatan.
3 ATURCARA 8 : 00 pagi Pendaftaran Kata – kata aluan pengerusi majlis Ketibaan VIP dan tetamu 8 : 30 pagi Perasmian Bacaan Doa Ucapan Perasmian Oleh Pengerusi SRITI Al-Irsyad Ucapan Pemangku Pengerusi JIBG SRITI Al-Irsyad Ucapan Guru Besar SRITI Al-Irsyad 9 : 00 pagi Sesi Mesyuarat Pembentangan Laporan Aktiviti JIBG 2020/2022 Pembentangan Laporan Kewangan JIBG 2021 Membentang dan Membahas Usul Cadangan Dan Muhasabah Penerangan Info Takwim Sekolah 11 : 00 pagi Bacaan Doa Penutup Majlis Taklimat Hari Terbuka Bersurai MASA AKTIVITI
4 PENASIHAT USTAZ AHMAD HELMI BIN SUBAHAN PENGERUSI – TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI PUAN NORISNAINI BINTI ISMAIL SETIAUSAHA PUAN NOR SYAHIDAH BINTI MOHAMAD NAIB SETIAUSAHA PUAN SITI NORHAYATI BINTI ABD RAZALI BENDAHARI PUAN NURULHUDA BINTI KAMARI NAIB BENDAHARI PUAN NUR FAZLIN BINTI ISMAIL AHLI JAWATANKUASA 1. ENCIK MOHAMAD HISYAM BIN ESHAK 2. ENCIK SHAFIE BIN YUSOFF 3. PUAN RIA HANDAYANI BINTI ALIMAN 4. ENCIK SHAHARUDIN BIN MOHAMED 5. ENCIK MOHD RAZALI BIN BACHOK JAWATANKUASA JEMAAH IBU BAPA DAN GURU SRITI AL-IRSYAD 2020/2022
5 SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-2 PPM-027-10-29032016-000101 (11J/(P161-136)
6 UCAPAN ALUAN PENGERUSI SRITI AL-IRSYAD السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA kita dapat diberikan kelapangan untuk mengadakan salah satu agenda penting bagi sesebuah sekolah iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) kali kedua meskipun sekolah ini telah ditubuhkan 4 tahun lamanya. Ini kerana kali terakhir dilaksanakan MAT ini adalah sebelum berlakunya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak 2020. Disini saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pendidik dan ibubapa SRITI kerana kekal utuh mencipta kecemerlangan pelajar, mendidik anak-anak, dan kekal menyokong segala proses pendidikan anak-anak diwaktu yang mencabar ini. Dipihak pengurusan SRITI Al-Irsyad juga memohon maaf seandainya berlaku ketidakpuasan hati sepanjang perjalanan sekolah ini berlangsung. Diharapkan MAT ini digunakan sebaiknya sebagai ruang untuk tuan/puan bersuara atas sebarang kritikan dan memberikan cadangan penambahbaikan yang baik secara kolektif supaya kita semua dapat memanfaatkan organisasi JIBG ini. Semoga Allah merahmati usaha tuan/puan dan menggandakan amalan ini di akhirat. Segala kerjasama dan ukhuwah yang dibina kita selama ini medapat keberkatan dari Allah. Dan semoga Allah melimpahi rezeki dan kesihatan yang baik kepada kita semua. Sekian, terima kasih.
7 UCAPAN ALUAN GURU BESAR SRITI AL-IRSYAD ش االول واألخر وله الحمد عىل كل ى الحمد هلل ف وهو السميع العليم والصالة والسالم عىل رسوله الكريم وعىل أله وأصحابه ومن تبعه باحسان اىل يوم الدين Alhamdulillah, Allah telah memilih kita untuk sama-sama berada di dalam satu organisasi iaitu Jemaah Ibu Bapa dan Guru SRITI Al-Irsyad. Keberadaan kita bukan suatu kebetulan tetapi adalah pilihan Allah yang wajib kita syukuri dengan menunaikan segala tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang ingin merealisasikan agenda Islam sebagai agama yang berdaulat jati diri anak-anak kita. Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Irsyad telah tertubuh sejak 2019 dengan jumlah pelajar seramai 30 orang, 3 orang warga pendidik dan 1 orang staf sokongan. Dan kini SRITI Al-Irsyad dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan jumlah pelajar seramai 95 orang, 9 orang warga pendidik dan 2 orang staf sokongan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kepada ibu bapa sekalian kerana telah memilih SRITI sebagai satu platform untuk anak-anak menerima pendidikan di peringkat rendah. Semoga dengan pemilihan ini akan dapat membentuk jati diri anak-anak keluaran SRITI Al-Irsyad yang mampu kehadapan dalam pelbagai bidang khususnya agama Islam. Selamat bermesyuarat agung dengan mendapat keberkatan dari Allah. هللا أكربوهلل الحمد Ahmad Helmi bin Subahan Guru Besar, SRITI Al-Irsyad
8 UCAPAN ALUAN PENGERUSI JIBG SRITI AL-IRSYAD بسم هللا الرحمن الرحيم Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi, dapat saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Jemaah Ibu Bapa dan Guru SRITI Al-Irsyad Kali ke-2 pada pagi yang indah ini. Menjadi harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin antara ibu bapa dengan warga pendidik di sekolah ini dapat disuburkan dan dikekalkan. Mesyuarat Agung Tahunan JIBG merupakan agenda penting yang diadakan setiap tahun. Penglibatan JIBG amat perlu bagi memajukan sekolah. Ini dilaksanakan melalui permuafakatan, perancangan yang teliti dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Sering diingatkan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita ahli JIBG untuk hadir ke mesyuarat. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang, mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan anakanak kita. Jawatankuasa JIBG sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa melalui yuran JIBG telah digunakan sebaiknya untuk membantu melancarkan program-program sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SRITI Al-Irsyad yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anakanak kami. Akhir kata, saya mendoakan agar semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat daripada-Nya. Sekian, terima kasih.
9 ETIKA DISIPLIN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG 1. Etika Umum ▪ Ikhlaskan niat kerana Allah SWT. ▪ Menjaga adab sepanjang majlis berlangsung. 2. Bahasa Rasmi ▪ Bahasa rasmi adalah Bahasa Melayu. 3. Perwakilan • Perwakilan mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi untuk sesuatu perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. 4. Tertib Bercakap • Perwakilan yang bercakap hendaklah BERDIRI. Apabila lebih dari seorang yang bangun untuk bercakap, perwakilan yang terlebih dahulu bangun akan diberi keutamaan. • Perwakilan TIDAK boleh mengganggu perwakilan yang lain yang sedang bercakap. • Jika pengerusi memberi arahan untuk bertenang,atau apa – apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, perwakilan yang sedang bercakap hendaklah BERHENTI daripada bercakap, dan lain – lain perwakilan tidak dibenarkan bercakap sehingga pengerusi memberi kebenaran untuk melanjutkan perbincangan. 5. Isi – isi Ucapan • Perwakilan hendaklah MENGHADKAN percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa – apa yang tiada kaitan dengan perkara yang di bincangkan itu. • Seseorang perwakilan tidak boleh menggunakan bahasa yang tidak sopan, dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap perwakilan lain. • Seseorang perwakilan TIDAK boleh menggunakan perkataan – perkataan yang boleh menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara ahli dewan. 6. Adab Perwakilan Tidak Bercakap Semasa Mesyuarat • Perwakilan hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa diri dalam dewan dengan TERTIB. .
10 Pendaftaran 1. Ketibaan VIP dan tetamu. Sesi Perasmian 1. Alunan Asmaul Husna 2. Ucapan Pengerusi Majlis 3. Bacaan Doa 4. Ucapan perasmian Oleh Pengerusi SRITI Al-Irsyad. Sesi Mesyuarat 1. Pembentangan Laporan Aktiviti JIBG 2020/2022. 2. Pembentangan Laporan Kewangan JIBG 2021/2022. 3. Membentang Dan Membahas Usul. 4. Cadangan Dan Muhasabah. 5. Info Takwim. 6. Bacaan Doa Penutup. 7. Taklimat Hari Terbuka. 8. Majlis Bersurai. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG
11 LAPORAN AKTIVITI JIBG 2020/2022 LAPORAN AKTIVITI JEMAAH IBU BAPA DAN GURU SRITI AL-IRSYAD SESI 2020/2022 1) MESYUARAT AJK JIBG SRITI AL-IRSYAD SESI 2020/2022 AJK JIBG telah bermesyuarat sepertimana berikut : a) Mesyuarat AJK Pertama : 28 Ogos 2020 b) Mesyuarat AJK Kedua : 25 Ogos 2022 2) PEMASANGAN MESIN AIR MINUMAN JIBG telah mendapatkan tajaan pemasangan mesin penapis air minuman untuk kemudahan warga SRITI Al-Irsyad bernilai RM6,000.00 termasuk kos penyelenggaraan berkala. 3) PROGRAM SEMARAK ICT PAK-21 JIBG telah menyerahkan sumbangan Smart TV bersaiz 40 inci bernilai RM900.00 untuk kemudahan guru-guru melaksanakan PdPc, walaubagaimanapun kini smart TV tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana telah rosak. JIBG akan berusaha untuk mendapatkan kemudahan Android TV bagi menggantikan Smart TV yang rosak. 4) PROGRAM HARI KEMERDEKAAN 2020 JIBG telah mendapatkan tajaan sebanyak RM550.00 bagi Program Hari Kemerdekaan yang telah diadakan pada 30 Ogos – 6 September 2020.
12 5) PERALATAN BANTU MENGAJAR JIBG telah menyerahkan sumbangan mesin laminate bernilai RM400.00 pada 14 September 2020 untuk kemudahan guru-guru SRITI Al-Irsyad. 6) PEMASANGAN PENYAMAN UDARA DI KELAS TAHUN 2 SRITI Al-Irsyad telah menerima sumbangan 3 unit penyaman udara dari pihak luar, namun begitu hanya 1 unit sahaja yang boleh digunakan, manakala 2 unit lagi telah rosak. JIBG telah mendapatkan sumbangan untuk kos pemasangan 1 unit tersebut bernilai RM650.00 pada 23 Oktober 2020. 7) DANA WAKAF BUKU TEKS JIBG telah membantu pihak sekolah mendapatkan dana Wakaf Buku Teks sebanyak RM1,133.00 untuk tahun 2020 & 2022. 8) PDPR SEMASA PANDEMIK COVID-19 JIBG telah mendapatkan kerjasama guru KPM untuk urusan pendaftaran ‘Email google suite for education’ bagi kegunaan guru-guru dan murid-murid SRITI Al-Irsyad. 9) KELAS KONDUSIF JIBG telah mendapatkan tajaan 1 unit penyaman udara bernilai RM1,500.00 untuk kelas tahun 1. Adapun kos pemasangannya sebanyak RM580.00 telah ditanggung oleh pihak pengurusan SRITI Al-Irsyad pada 20 Februari 2021.
13 10) ISU BEG BERAT Bagi membantu pihak sekolah menangani masalah beg berat di kalangan murid-murid tahun 1, JIBG telah mendapatkan sumbangan 4 unit rak buku bernilai RM700.00 pada 9 Mei 2021. 11) PERPUSTAKAAN MINI JIBG telah menyampaikan sumbangan 2 unit buku Teroka Sains bernilai RM70.00 pada 23 Februari 2022 untuk Perpustakaan mini SRITI Al-Irsyad. 12) KUTIPAN SUMBANGAN DANA WAKAF & INFAQ JIBG telah mendapatkan sumbangan untuk Dana Wakaf & Infaq SRITI Al-Irsyad dan juga PASTI sebanyak RM215.00 pada 13 Mei 2022. 13) MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SRITI AL-IRSYAD 2021 Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI Al-Irsyad bagi tahun 2021 telah diadakan pada 28 Mei 2022. Majlis ini dikendalikan oleh guru-guru SRITI Al-Irsyad dan JIBG telah memberikan sumbangan berjumlah RM2,534.00. 14) KEJOHANAN SUKAN SRITI AL-IRSYAD 2022 JIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM2,000.00 untuk Kejohanan Sukan SRITI Al-Irsyad kali ke-3 pada 25 Jun 2022. Ahli-ahli Jawatankuasa JIBG juga turut bekerjasama dalam menjayakan Kejohanan Sukan ini sebagai urusetia dan pengadil pertandingan.
14 LAPORAN KEWANGAN JIBG 2021/2022 AKAUN JIBG 2021 BIL. JUMLAH SEMASA PERBELANJAAN BAKI TARIKH KEGUNAAN 1. RM2557.00 RM2534.00 RM23.40 19 MEI 2022 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN JUMLAH RM2557.00 RM2534.00 RM23.40 AKAUN JIBG 2022 BIL. JUMLAH SEMASA PERBELANJAAN BAKI TARIKH KEGUNAAN 1. RM23.40 (Baki berakhir 31/12/2021) - RM23.40 2. RM4500.00 RM2000.00 RM2500.00 14 JUN 2022 HARI SUKAN SRITI JUMLAH RM4523.40 RM2000.00 RM2523.40 JUMLAH SEPATUTNYA RM 7100.00 JUMLAH TERKUMPUL RM 4500.00 JUMLAH SETAKAT 31 OGOS 2022 RM 2523.40
15 INFO PROGRAM YANG AKAN DATANG MINGGU 28 9 OKTOBER - 13 OKTOBER 2022 MINGGU SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 9 OKTOBER SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MINGGU 30 23 OKTOBER - 27 OKTOBER 2022 MINGGU BAHASA 24 OKTOBER HARI DEEPAVALI
16 SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG KALI KE-2 BIL USUL CADANGAN 1 Mohon pihak sekolah sediakan pengunaan cctv bagi memantau keselamatan pelajar di pintu keluar masuk ataupun kawasan sekeliling. 2 Mohon tukar waktu bekerja. Anak-anak lain tiada tempat tempat jagaan pada hari Jumaat dan Sabtu, dan saya boleh mengambil cuti pada waktu bekerja. 3 Wujudkan 1 kali seminggu atau sebulan sekali hari Koperasi Sekolah untuk memberi pengalaman murid membeli barangan atau makanan sendiri. 4 Menyediakan ruang seperti makmal sains dan galakkan aktiviti hafazan. 5 Mohon untuk tiada kerja rumah kerana anak-anak sudah seharian di sekolah. Kerja rumah ketika cuti sekolah sangat digalakkan. 6 Sebarang program mohon dimaklumkan lebih awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum program supaya ibu bapa dapat membuat persediaan awal untuk murid. 7 Penyediaan rak buku untuk pelajar tinggalkan buku teks dan latihan bagi mengurangkan berat beg sekolah. 8 Mempelbagaikan aktiviti kokurikulum di sekolah. 9 Masalah bekalan pakaian sekolah/beberapa buah buku di awal tahun. Mohon tindakan pihak sekolah untuk menangani masalah ini. 10 Mohon ibu bapa yang menghantar & ambil anak agar tidak meletak kenderaan secara menghalang di belakang kereta orang lain dan berlamaan hantar anak seperti memujuk anak supaya jangan menangis dan sebagainya. Fahamilah individu yang lain pun dalam keadaan mahu bersegera juga.
17 LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup Bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta
18 LAGU NEGERI JOHOR Allah peliharakan Sultan Anugerahkan dia segala kehormatan sihat dan ria kekal dan makmur luaskan kuasa Menaungkan kami rakyat dipimpini berzaman lagi dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan
19 LAGU RASMI SRITI SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman Taati Allah di mana jua Amalan soleh sepanjang masa Ilmu digali sematlah di dada Tekad Murabbi daulatkan agama Quran dan Sunnah teras pegangan Pedoman kami sepanjang zaman Akhlak mulia jadikan amalan Membimbing ummah tuju kejayaan Allahurobbuna Ar Rasul imamuna Al Quran dusturuna Al Jihadusabiluna SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah harapan SRITI cemerlang !
20 POSTER KUTIPAN DANA SEKOLAH 2022
21 HASIL KUTIPAN INFAK DANA PEMBANGUNAN 2021
22 CATATAN
23 CATATAN