( JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI )
MPU 2012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : Penceraian : Apakah Punca,Kesan
Dan Bagaimana Mengatasinya Menurut
Perspektif Islam.
NAMA PENSYARAH: PN. NURUL ADHA BINTI RAJALI
NAMA PELAJAR: NO.PENDAFTARAN
1) MUHAMMAD AKRAM ZAKI BIN RAMDAN 21DDT18F2017
2)NORAZHAR HAQIMY BIN BADRUL HISHAM 21DDT18F2008
3) MUHAMMAD SAIFUL IKHMAL B HASHAN 21DDT18F2031
KELAS: DDT4A
SEMESTER 4/SESI JUN 2020
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1 ABSTRAK 1
2 PENGENALAN 1
3 APAKAH ITU PENCERAIAN 2
4 KONSEP ISLAM & PERCERAIAN DI 2
MALAYSIA 3-8
5 PUNCA - PUNCA BERLAKUNYA 9
PERCERAIAN 9-10
11
6 KESAN PENCERAIAN KEPADA PASANGAN 12
7 KESAN PENCERAIAN KEPADA ANAK 12
8 CARA MENGATASI PENCERAIAN
9 RUMUSAN
10 RUJUKAN
ABSTRAK
Perceraian merupakan satu fenomena global yang berlaku dalam institusi
perkahwinan di seluruh dunia. Statistik perceraian secara umumnya mencatatkan
peningkatan kes perceraian setiap tahun di kebanyakan negara di dunia. Malah, lebih
membimbangkan apabila rekod mendapati perceraian di akhir usia turut meningkat.
Perceraian di akhir usia yang berlaku memberi kesan psikologikal bukan sahaja
kepada diri individu itu sendiri tetapi juga kepada individu di sekeliling mereka
termasuklah anak-anak, keluarga dan juga masyarakat. Penulisanl ini membincangkan
tentang faktor-faktor perceraian yang berlaku dalam kalangan pasangan dewasa
pertengahan. Selain itu, kesan perceraian terhadap psikologi individu dan pihak-pihak
yang terlibat serta cara mengatasi atau mengelak daripada berlakunya penceraian.
Kajian secara berkumpulan ini dijalankan bersama-sama dengan berganding bahu dan
membantu antara satu sama lain. Data dikumpul melalui kajian dan rujukan yang
mendalam. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti
menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar perceraian dalam kalangan pasangan
dewasa pertengahan iaitu faktor usia berkahwin, masalah kurang perhatian, masalah
kewangan, faktor komunikasi, campur tangan pihak ketiga, pengabaian
tanggungjawab, tiada kesefahaman antara pasangan dan tiada tolak ansur serta panas
baran.
PENGENALAN
Agama Islam melihat perkahwinan sebagai suatu Sunnah yang sangat dituntut kepada
umatnya yang sudah cukup syarat. Malah, banyak hadis menyebut tentang kelebihan
berumahtangga, termasuklah hadis yang menyatakan“Sesiapa yang sudah
berkemampuan dan mendirikan rumahtangga, maka sempurnalah sebahagian dari
agamanya”. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu menghalalkan dan membolehkan
lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami isteri melalui akad nikah dengan
persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak. Akan tetapi, perceraian dalam Islam
adalah suatu perkara yang sangat tidak digalakkan. Hal yang demikian kerana
perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga,
anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Masyarakat
menganggap isu perceraian adalah bukan sesuatu yang manis. Dalam era teknologi ini,
perceraian merupakan perkara yang sudah biasa didengari.
APAKAH ITU PENCERAIAN ?
Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud
keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan
bersebab. Perceraian merupakan salah satu jalan atau langkah terakhir yang selalunya
diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan perkahwinan mereka.
Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia
boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin.
Kebanyakan perceraian berlaku atas dasar usia perkahwinan sesebuah pasangan.
Tempoh perkahwinan dibawah 5 tahun merupakan waktu atau saat-saat yang kritikal,
di mana pasangan mempunyai risiko perceraian yang lebih tinggi berbanding
pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin. Tempoh 5 tahun pertama merupakan
tempoh yang “Fragile” dalam sesebuah perkahwinan. Tetap tidak dapat menafikan
juga bahawa pasangan yang sudah berkahwin lama juga mampu bercerai.
KONSEP ISLAM & PERCERAIAN DI MALAYSIA
Islam melihat institusi kekeluargaan adalah satu institusi yang amat penting
dalam melahirkan generasi-generasi yang hebat. Bahkan jika kita melihat kepada fiqh
Islami, kita akan dapati bahawa para fuqaha’ amat mementingkannya sehinggakan
dalam kebanyakan kitab fiqh dan hadith pasti akan adanya satu kitab yang
dinamakan al-Nikah yang mana membicarakan segala perkara yang berkaitan dengan
nikah dan perceraian. Ini menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan
dengan nikah dan cerai ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang mudah
bagi umat Islam.
Isu perceraian bukan sahaja berlaku di negara-negara luar, malah di negara Malaysia
sendiri juga tidak dapat dielakkan, cuma yang membezakan ialah, cara
perceraian.Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, dan skop isu ini akan
lebih menujukan kepada golongan umat Islam. Perceraian di Malaysia dalam islam
yang biasa kita dengar atau yang diamalkan ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya
boleh dibuat oleh suami.Islam tidak menghalang perceraian, tapi Allah membenci
perceraian itu. Dalam Hadith riwayat daripada Ibnu Umar daripada Nabi Muhammad
SAW bersabda, “Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak” (Riwayat Abu
Daud dan Hakim). Talak merupakan hak seorang suami kerana hanya suami yang
boleh melafazkannya. Hak ini diberikan kepada suami kerana suami merupakan
seorang lelaki di mana kebanyakkanya mampu berfikiran rasional dalam membuat
satu keputusan. Selain itu, suami juga merupakan ketua dalam sesebuah keluarga.
PUNCA - PUNCA BERLAKUNYA PERCERAIAN
KURANG PERHATIAN
Kurang perhatian bermaksud tempoh masa yang dihabiskan bersama pasangan adalah
kurang sama sekali. Hal ini biasa berlaku kepada si isteri disebabkan si suami
menumpukan masa dan tenaga berlebihan demi kerjaya dan hal ini kebiasaannya
untuk mengejar impian semata-mata. Bagi pasangan yang sudah mempunyai anak,
keadaan akan bertambah keruh apabila bukan sahaja si isteri yang terabai, malah
anak-anak juga turut terabai. Tidak dapat dinafikan juga bahawa ada juga pasangan di
mana si isteri yang terlalu fokus pada cita-cita sehinggakan bekerja terlebih masa.
Bekerja lebih masa akan mengakibatkan badan memerlukan rehat tambahan dan
apabila pulang ke rumah, tiada masa untuk benda lain kecuali tidur. Hal yang
demikian mampu menyebabkan keretakan rumah tangga di mana pada peringkat
awalnya, cuma berlaku pertengkaran mulut dan lama kelamaan tidak mustahil untuk
berlaku pergaduhan besar-besaran dan lebih teruk lagi, mengambil kata putus untuk
bercerai sebagai jalan penyelesaian.
TIADANYA PERSEFAHAMAN ANTARA SUAMI DAN ISTERI
Isu ini selalunya dilihat sebagai isu yang tidak serius, akan tetapi, isu ini memberi
impak dan bilangan yang sangat besar dalam kes perceraian. Dalam hasil kajian kami,
kebanyakan hakim mahkamah syariah yang telah berpengalaman menguruskan
pelbagai kes perceraian mengatakan bahawa isu persefahaman ini merupakan punca
bagi kebanyakan pasangan yang bercerai. Dalam kata yang mudah, isu persefahaman
merupakan isu yang paling kerap digunakan sebagai alasan untuk bercerai. Masalah
persefahaman ini dapat dikait rapat dengan cara berkomunikasi antara pasangan.
Maksudnya di sini, masalah berkomunikasi antara pasangan akan menyebabkan
secara tidak langsung berlakunya masalah kesefahaman dan lebih teruk lagi jika
pasangan tersebut masing-masing tidak mahu mengalah. Sebagai pasangan suami dan
isteri, seharusnya mempunya kata sepakat dalam segala urusan terutamanya urusan
yang berkaitan dengan keluarga. Tambahan pula, sikap menerima pendapat dapat
membantu mengelakkan ketidaksefahaman daripada melarut dan akhirnya
mencetuskan perceraian antara pasangan.
BERSIFAT CURANG
Saya berpendapat bahawa semua masyarakat serba maklum dengan masalah orang
ketiga atau dikenali sebagai curang. Curang dari segi emosi bermaksud keterlibatan
seseorang dalam mengkhianati hubungan intim dengan pasangan. Isu orang ketiga
perlulah dibendung atau dielakkan kerana ia lebih berpotensi berlakunya perceraian.
Orang ketiga kebiasaannya akan mendorong perasaan sayang kepada pasangannya
berkurangan malah perasaan sayang akan lebih tertumpu kepada pihak ketiga tersebut.
Pihak yang telah ditikam belakang, atau pihak yang dicurangi akan menjadi tertekan
dari segi mental secara tidak langsung kerana usahanya untuk mengekalkan
perkahwinan hanya sia-sia. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang tertekan
dari segi mental boleh menyebabkan keputusan yang terburu-buru dibuat. Keputusan
tersebut biasanya merujuk kepada perceraian atau pergaduhan besar-besaran.
TIADA TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab bermaksud kewajipan. Tanggungjawab atau kewajipan dalam
berumah tangga di sini merujuk kepada kerja kerja rumah dan penjagaan anak.
Sebagai suami, kedua-dua kerja ini tidak seharusnya di ambil mudah atau lepas
tangan oleh suami dan berharap isteri seorang sahaja menguruskan kerja tersebut
hari-hari. Tanggungjawab bagi kerja rumah haruslah ditanggung bersama dan saling
membantu. Tambahan pula, kerja rumah sebenarnya tugas lelaki, akan tetapi
masyarakat sekarang menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab
isteri semat-mata. Kebiasaannya, sebagai seorang isteri yang patuh dan taat, isteri
akan menolong suami yang tiada erti penat lelah mencari nafkah untuk keluarga
dengan melakukan kerja-kerja tersebut. Hal yang demikian untuk mewujudkan
suasana yang harmoni dalam kehidupan berumah tangga seperti suami berasa sejuk
hati melihat rumah yang kemas apabila pulang dari kerja, serta dapat mengelakkan
perkara yang tak diingini seperti bertengkar.
Tidak dapat dinafikan bahawa perceraian boleh berlaku disebabkan suami lari
dari tanggungjawab kerana Ada juga pasangan yang berkahwin tetapi tidak
mengetahui apakah tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri. Mereka masih
lagi mengamalkan cara hidup seperti mereka masih lagi bujang dan masih
berpoya-poya dengan rakan-rakan tanpa memikirkan kehendak pasangan
masing-masing. Ini boleh mendorong kepada perbalahan dan seterusnya mengambil
perceraian sebagai langkah penyelesaian atas dasar alasan yang selalunya didengari
iaitu pasangan yang tidak sesuai dan tidak bertanggungjawab.
BERKAHWIN PADA USIA YANG MUDA
Isu berkahwin pada usia yang muda bukan satu perkara yang digalakkan masyarakat
bahkan ada juga yang memandang senteng. Akan tetapi, ada juga ibu bapa yang
meredhai perkahwinan bawah umur atas sebab-sebab tertentu seperti, bagi
mengelakkan daripada berlakunya zina kerana tidak mampu menahan nafsu yang
membuak-buak. Apabila dibahaskan mengenai usia yang muda, masyarakat akan
berpendapat bahawa usia yang muda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan
yang luas, apatah lagi dalam hal berumah tangga. Kahwin pada usia muda mempunya
risiko yang sangat tinggi kepada perceraian. Hal yang demikian kerana, usia yang
muda semestinya kurang pengalaman, serta tiada pekerjaan tetap. Cuba bayangkan,
pasangan bawah umur yang belum habis SPM berkahwin, adakah mereka mempunya
pekerjaan sedangkan tempoh pembelajaran pun belum ditamatkan ? Jikalau ada
sekalipun, pekerjaan tersebut sudah pasti tidak mempunyai gaji yang mencukupi
untuk menyara keluarga.
Jadi, benarlah kata pujangga yang berbunyi, “pengalaman mendewasakan kita”
dan “pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar”. Maksudnya di sini, usia
yang muda mempunyai akal fikiran yang belum matang sepenuhnya. Dalam kata yang
mudah, usia muda belum mampu membuat keputusan dan berfikiran secara rasional
dan kebanyakan pasangan bercerai daripada akibat membuat keputusan melulu.
Sebagai contoh, akal yang belum matang akan menganggap perkahwinan itu suatu
perkara yang tidak serius di mana boleh bercerai pada bila-bila masa jikalau pasangan
mereka itu secocok.
MASALAH KEWANGAN & TIADA PEKERJAAN TETAP
Masalah kewangan dan tiada pekerjaan tetap menjadi satu punca besar yang
mendorong kepada perceraian. Hal yang demikian berlaku apabila si isteri tidak
mendapat nafkah dari suami. Tiada pekerjaan tetap akan menyebabkan kurang
pendapatan untuk menyara keluarga, manakala tiada pekerjaan bermaksud tiada
pendapatan dan hal ini akan menjadi lebih merunsingkan bagi sesebuah pasangan.
Masalah kewangan dan tiada pekerjaan bukan sahaja berlaku kepada golongan yang
berkahwin pada usia remaja, malah kepada lingkungan usia dewasa pertengahan
sehinggalah dewasa atas. Lebih mengejutkan, apabila perceraian berlaku apabila isteri
menuntuk fasakh di mahkamah syariah apabila suami menghilangkan diri atas sebab
tidak dapat memberi nafkah. Oleh itu, isteri dibenarkan menuntut fasakh demi
kebaikannya atas syarat-syarat yang tertentu.
Bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, tiada nafkah akan memberi impak
dan kesan yang lebih negatif terutamanya kepada anak-anak kerana mereka mampu
terbantut dari segi persekolahan dan seterusnya memberikan impak kepada
pembinaan rohani dan jasmani yang teguh. Masalah pekerjaan ini biasanya berlaku
kepada orang lelaki atau suami kerana suami sebagai ketua keluarga haruslah mencari
nafkah untuk keluarganya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa masalah
kewangan mampu mendorong kepada perceraian.
TIADA SIKAP TOLAK ANSUR SERTA PANAS BARAN
Sikap tolak ansur merupakan aspek paling penting dalam menjaga sesebuah hubungan
kekeluargaan. Kajian telah membuktikan bahawa pasangan yang pandai dalam
bertolak ansur mempunya risiko yang sedikit untuk bercerai berbanding pasangan
yang tiada tolak ansur. Tolak ansur merujuk kepada tolak ansur dari segi pendapat,
menegur, memperbaiki dan lain-lain. Sebagai contoh, seorang suami haruslah tegas
dalam mendidik isteri supaya menjadi isteri yang baik. Tegas tidak semestinya harus
menengking dan memukul isteri. Tegas yang dimaksudkan haruslah menepati syariah
Islam di mana suami boleh naikkan tangan kepada isteri tetapi atas syarat-syarat dan
keadaan tertentu sahaja. Sikap panas baran dan ringan tangan suka memukul isteri
merupakan faktor paling besar yang mendorong kepada perceraian kerana siapa yang
sanggup menerima pukulan untuk isu yang tidak sepatutnya dijadikan isu ?
Selain itu, suami haruslah bertolak ansur dari segi menerima pendapat dan
menegur isteri. Menegur dengan niat untuk memperbaiki tidak salah sama sekali,
tetapi yang menjadikannya isu apabila suami menegur isteri dengan cara yang salah.
Sebagai suami haruslah menegur isteri dengan cara yang betul, kerana kita semua
adalah manusia yang mana tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Sedangkan nabi
ampunkan umatnya, apatah lagi kita sebagai manusia biasa, seharusnya mencontohi
sunnah atau perlakuan Baginda. Maka terjawablah semua persoalan yang mengenai
punca-punca atau faktor-faktor perceraian.
Kesan Penceraian Kepada Pasangan
Emosi terganggu
Pasangan yang bercerai akan mengalami gangguan emosi seperti bersedih,
memendam perasaan dan bermurung.Gangguan emosi ini bukan sahaja akan
mengganggu pasangan ini malah individu di sekitarnya.Sebagai contoh,apabila kita
hendak melakukan kerja kita mungkin akan berasa terganggu akibat daripada
bercerai.Hal ini akan menyebabkan prestasi kerja kita merosot kerana tidak dapat
memberikan tumpuan dengan sepenuhnya.Oleh itu ini akan memberi masalah kepada
pasangan yang telah bercerai.
Tanggungjawab Bertambah
Individu yang bercerai akan bertukar status menjadi ibu atau bapa tunggal, maka
beban tanggungan akan bertambah dan urusan keluarga terpaksa dilakukan sendirian.
Anak akan dijaga oleh salah seorang dari pasangan atau mungkin juga akan dibahagi
kepada suami dan isteri. Apapun, tanggungjawab akan bertambah kerana si suami
atau isteri yang menjaga anak terpaksa menjadi ibu dan juga ayah kepada anak
tersebut. Si suami perlu melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak
dan membasuh disamping mendidik anak-anak. Manakala si isteri perlu bekerja untuk
mencari nafkah untuk membesarkan anak tanpa suami. Keadaan akan menjadi lebih
buruk jika anak ramai dan dijaga oleh salah seorang sahaja.
Kesan Penceraian Kepada Anak
Kurang Kasih Sayang
Sekiranya ibubapa bercerai ketika anak masih kecil,ini akan menyebabkan anak
tersebut tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.Hal ini kerana anak-anak ini
masih belum mengerti erti kehilangan tetapi terpaksa melaluinya. Bayangkan betapa
sedihnya apabila anak anak ini bertanya di mana ibu atau ayahnya atau menyatakan
kerinduan apabila lama tak berjumpa. Memang betul, ibu atau ayahnya boleh datang
sekali sekala untuk melawat anak anak, namun adakah ini mencukupi? Anak-anak
memerlukan kasih sayang ibu dan bapa setiap hari. Jika hanya bersua sekali seminggu
atau sebulan, samalah seperti hubungan ibu saudara dengan anak saudaranya. Perlu
diingat kasih sayang seorang ibu tidak sama dengan kasih sayang seorang bapa,
begitu juga sebaliknya kerana ibu dan bapa saling melengkapi antara satu sama lain.
Menjadi murung dan merendah diri
Sesetengah perceraian suami isteri berlaku disebabkan masalah kewangan kerana
ketidakmampuan pasangan tersebut menanggung dan menyara hidup keluarga dan
anak-anak.Anak-anak yang telah dewasa akan tersepit dengan keadaan tersebut dan
merasakan bahawa mereka juga merupakan punca berlakunya penceraian.Ini akan
menyebabkan anak-anak menjadi murung dan ini akan memberi impak yang negatif
didalam diri mereka.
Hilang Tumpuan Dalam Pelajaran
Anak-anak yang membesar dalam situasi seperti ini akan mengalami kesukaran
untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran mereka.Hal ini kerana mereka terpaksa
menyesuaikan diri dengan segala perubahan dalam hidup. Kanak-kanak yang telah
bersekolah telah faham erti kehilangan dan tentunya akan merasa sedih dan hiba
apabila ibu atau ayahnya tidak bersamanya lagi. Ini membuatkan mereka menjadi
murung, menyendiri dan tidak mesra. Mereka juga akan merasa tiada tempat untuk
mengadu jika dimarahi oleh ayah atau ibu yang menjaga mereka.Suasana rumah yang
tidak selesa dan tidak tenang boleh menyebabkan anak anak hilang fokus terhadap
pelajarandan kehilangan semangat untuk belajar.
Mudah Terpengaruh Dengan Perkara Yang Tidak Bermanfaat
Rumahtangga yang huru hara menyebabkan kanak-kanak menjadi cepat marah
dan melepaskan perasaan marahnya dengan perubahan sikap yang mendadak.
Kanak-kanak yang masih kecil dan prasekolah akan menjadi takut untuk mengharungi
kehidupan tanpa ayahnya dan rindu belaian manja dari seorang ibu. Manakala yang
remaja pula akan menjadi kecewa dan merasakan diri mereka tidak disayangi. Ini
mendorong mereka untuk mencari ketenangan dengan berfoya-foya, merokok dan
terdedah dengan pengaruh yang tidak sihat. Ini boleh mendorong mereka kepada
aktiviti sosial yang lebih negatif seperti merokok, ponteng sekolah dan merempit.
CARA MENGATASI PENCERAIAN
Sentiasa menjaga tutur kata yang disampaikan pada pasangan dan selalu
berusaha memberikan yang terbaik sehingga terjalin rumah tangga menjadi
damai dan jauh dari perceraian.
Setiap pasangan perlulah menjaga setiap tutur kata contohnya tidak mengeluarkan
kata-kata yang kasar terhadap pasangan.
Selalu meluangkan waktu untuk berkongsi masalah yang dihadapi.
Apabila sesebuah rumah tangga menghadapi masalah, janganlah berkongsi masalah
tersebut kepada orang lain kerana ini akan menimbulkan fitnah. Sebaiknya mereka
perlulah meluangkan masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang
baik.
Suami perlu bersikap adil di dalam rumah tangga.
Dalam hal ini,suami perlulah bijak membahagi masa bersama keluarga dan
kerja.Jangan terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga lupa masa untuk bersama
keluarga.
Setiap pasangan perlulah saling percaya antara satu sama lain.
Tidak percaya pada pasangan merupakan punca sesebuah rumah tangga itu
bergaduh.Kita perlu percaya pada pasangan kita supaya tidak timbulnya perasaan
syak wasangka terhadap pasangan.
Elakkan dari memukul pasangan.
Kita perlulah mengelakkan diri kita dari memukul pasangan apabila sedang
marah.Kerana ini akan menyebabkan berlakunya penceraian.
Sentiasa memberikan perhatian terhadap pasangan.
Janganlah sesekali kita mengabaikan pasangan kita sebaiknya kita perlulah memberi
perhatian yang sepenuhnya.
Rumusan
Perceraian mahu pun perpisahan adalah satu tragedi yang boleh berlaku di alam
perkahwinan. Penceraian juga merupakan perkara yang paling ingin dielakkan oleh
mana-mana pasangan yang berkahwin. Rentetan dari kejadian ini boleh menjadi satu
trauma emosi seandainya individu tersebut tidak dapat mengawal dan tidak tahu cara
untuk mengatasinya. Perceraian dan perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa
boleh meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja terhadap bekas pasangan
tersebut, malah turut memberi kesan anak-anak sehingga berpotensi membantutkan
proses pendewasaan kanak-kanak itu sendiri dari segi mental dan fizikan serta rohani
dan jasmani. Kesan yang paling mendalam bagi anak-anak yang merupakan mangsa
kepada penceraian ibu bapa adalah dari segi kurangnya kasih sayang. Oleh yang
demikian dapat memberi lebih banyak impak kepada sifat dan tingkahlaku mereka.
SUMBER RUJUKAN:
http://langsuyr-sitirazman.blogspot.com/2012/09/kesan-kesan-buruk-perceraian.html
https://my.theasianparent.com/kesan-perceraian-kepada-kanak-kanak
https://siraplimau.com/faktor-punca-perceraian-di-malaysia/