The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isha7880, 2021-09-01 09:16:32

PAHLAWAN KEBANGGAANKU-DOL SAID

PAHLAWAN KEBANGGAANKU-DOL SAID

Nama : Muhammad Afiq Bin Norhisyam
Darjah :5 Gamma
Sekolah: Sek. Keb Batu Anam
Subjek : Sejarah
Tajuk :PAHLAWAN KEBANGGAANKU

DOL SAID

1.OBJEKTIF /PENDAHULUAN
Kajian kes penentangan penduduk tempatan terhadap penjajah.
Tokoh yang dipilih untuk kajian kali ini adalah Dol Said.

Beliau merupakan Pahlawan Naning.
Penentangan membantah pengenaan cukai oleh pihak British dan kemasukan Tentera British.
Kesan daripada penentangan adala berlakunya Perang Naning 1831 -1832.

2.LATAR BELAKANG TOKOH

Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said Bin Omar dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal
dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said
juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun
1799 ketika beliau berusia 26 tahun.

Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap
dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang
yang taat kepada kedua orang tuanya.

3.SEBAB PENENTANGAN

Membantah Membangkang
pengenaan cukai kemasukan tentera
oleh pihak British
British di Naning

Sebab penentangan

Mempertahankan Menentang
kemerdekaan perlaksanaan undang
Naning
– undang British

Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian
daripada Melaka. Oleh sebab itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang
ditetapkan di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British tersebut.
Menentang bayaran cukai.

Melalui Undang-undang 1830

British memaksa Naning membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan
dikeluarkan setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap Naning sebagai sebuah
daerah yang berdaulat.

British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.
Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah.
Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana menyelesaikan kes jenayah di
Naning sendirian. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan
British.

Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat dua
peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac
1832.

4.PERISTIWA PENENTANGAN

Perang 15 Julai 1831

British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.
Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana menggunakan taktik perang gerila.
mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau. Bantuan tentera diketuai
oleh menantunya, Syed Sha'aban.

Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan
sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Perang Mac 1832

British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar
600 orang hulubalang untuk membantu British.
Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh dan rumah-rumah
penduduk Naning dibakar.
Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan Dol Said.

5.PENGAJARAN
Kita mesti bersatu dalam menjaga Kemakmuran negara.
Kita hendaklah setia dan patuh kepada Undang-undang negara.
Kebijaksanaan, keberanian dan kekuatan adalah tunggak kejayaan.
Kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara.

6.KESIMPULAN
Kebangkitan penduduk tempatan setelah ditindas oleh penjajah.

Mengenali lebih dekat tokoh atau pahlawan yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah
Melayu yang telah di tukar nama kepada Malaysia.

SUMBER RUJUKAN
Buku Teks Sejarah Tahun 5
Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 458
Laman sesawang


Click to View FlipBook Version