The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA - MUHAMMAD NIAZ CP 211087

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nua130582, 2021-08-29 10:58:22

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA - MUHAMMAD NIAZ CP 211087

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA - MUHAMMAD NIAZ CP 211087

TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA:

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

Disediakan oleh:
Muhammad Niaz bin Khairul Anuar

Tingkatan: 1 Bristol
No Maktab: CP 211087

1

1.2 Jadual kerja Halaman Tarikh siap

Bil Perkara 1 5/08/2021
1.1 Tajuk kajian
1.2 Jadual kerja 2 29/08/2021
1.3 Objektif kajian
1.4 Kaedah kajian 3 6/08/2021
2.1 Mengumpul maklumat 4–5 7/08/2021
2.2 Kerangka kasar penulisan
3.1 Pengenalan 6 - 7 8/08/2021
3.2 Latar belakang bangunan
3.3 Struktur bangunan 8 - 10 9/08/2021
3.4 Tujuan binaan
3.5 Fungsi bangunan masa kini 11-15 12/08/2021
3.6 Langkah-langkah pemeliharaan
3.7 Rumusan 16-18 15/08/2021
4.0 Penilaian umum
5.0 Lampiran 19-21 18/08/2021

22 21/08/2021

23-24 22/08/2021

25-27 24/08/2021

27-28 26/08/2021

29-30 27/08/2021

31-34 28/08/2021

2

1.3 Objektif Kajian

Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya telah mengenalpasti beberapa objektif yang
ingin saya capai. Antaranya ialah :-

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang bangunan yang saya
kaji ini serta ingin mendapatkan maklumat mengenai struktur bangunan ini dengan lebih
terperinci.

Selain itu, saya juga dapat menghuraikan sebab dan tujuan asal bangunan ini dibina
dahulu.

Di samping itu,saya juga dapat menganalisis fungsi bangunan ini pada masa sekarang
serta keadaannya yang terkini.

Akhir sekali,melalui kajian ini saya dapat memberikan beberapa cadangan mengenai
langkah-langkah pemeliharaan serta pemuliharaan bangunan ini di masa akan datang.

3

1.4 Kaedah Kajian

Bagi penghasilan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang difikirkan
sesuai. Antaranya ialah :-

• KAEDAH MERUJUK BUKU ILMIAH
• KAEDAH MELAYARI INTERNET
• KAEDAH TEMURAMAH

Kaedah Merujuk Buku Ilmiah

Kaedah utama kajian saya ialah merujuk Buku Ilmiah. Buku Ilmiah utama yang menjadi
rujukan saya ialah Glimpses Of The Past. Nama pengarang buku ini ialah Ahmad Farid Abd,

Jalal Amran Abdullah. Buku ini diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang Jalan
Sultan Ahmad 26600 Pekan Pahang Darul Makmur. Ia di cetak khas di Print Resource 90H,
Lorong Perak, 11600 Pulau Pinang.

Kaedah Melayari Internet

Internet merupakakan sumber yang paling popular pada era globalisasi kini. Justeru, saya
turut menggunakan kemudahan internet ini sebagai medium mencari maklumat tambahan
yang diperlukan. Memandangkan rumah saya mempunyai akses kepada internet, maka saya
tidak perlu pergi ke kafe siber. Melalui carian Google, saya mencari laman sesawang yang
berkaitan dengan tajuk kajian saya. Akhirnya saya bertemu dengan laman sesawang yang
berkaitan iaitu :

4

• https://www.pahangtourism.org.my>index.php>pekan
• https://ms.wkipedia.org>wiki>Muzium_Sultan_Abu_Bakar
• https://youtu.be/NiUr7xubJxc
• http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2019/10/kuantan-day-03-part-04-muzium-

sultan.html
Setelah meneliti bahan yang diperlukan,saya kemudiannya memuat turun bahan tersebut dan
mencetaknya bagi memudahkan saya membuat rujukan.

Kaedah Temuramah

Bagi kaedah ini, saya telah membuat keputusan untuk menemuramah orang sumber
saya pada hari Sabtu 17/7/2021 setelah membuat temujanji memandangkan ketika itu saya
dan orang sumber agak berkelapangan. Saya telah menemuramah orang sumber melalui
google meet. Sebelum berjumpa dengan beliau, saya terlebih dahulu menyediakan soalan-
soalan yang bakal diajukan. Setelah tiba masa yang ditetapkan, saya terus sahaja
menemuramah dengan pegawai yang berkenaan dan mengajukan soalan bagi mendapatkan
gambaran jelas mengenai bangunan ini. Sepanjang sesi temuramah, saya telah mencatatkan isi-
isi penting agar tidak tertinggal maklumat yang diperlukan. Pegawai yang dimaksudkan ialah
Puan Mas Diana binti Mastor.

5

2.1 Mengumpul maklumat

A) Buku Ilmiah
• Nama pengarang: Ahmad Farid Abd, Jalal Amran Abdullah
• Tahun terbit: 2003
• Tajuk buku: Glimpses Of The Past
• Tempat terbit: Print Resource
90H, Lorong Perak, 11600 Pulau Pinang
• Penerbit: Lembaga Muzium Negeri Pahang
Jalan Sultan Ahmad
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

B) Internet
• https://www.pahangtourism.org.my>index.php>pekan
• https://ms.wkipedia.org>wiki>Muzium_Sultan_Abu_Bakar
• https://youtu.be/NiUr7xubJxc
• http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2019/10/kuantan-day-03-part-04-muzium-
sultan.html

6

C) Orang Sumber
• Nama:Mas Diana binti Mastor
• Umur:38
• Alamat: 34 Lorong Intan 1/5 Peramu Jaya 3
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur

7

2.2 Kerangka kasar penulisan

BIL PERKARA FAKTA HURAIAN
3.1 Pengenalan
Memperkenalkan bangunan -Satu aset penting kepada
3.2 Latarbelakang
bangunan tersebut pembangunan sesebuah negeri

3.3 - Menjadi bukti khazanah
Struktur Bangunan
negeri

Menceritakan keunikan -Menyimpan dan

bangunan tersebut mempamerkan kebudayaan

dan sejarah tempatan

Lokasi bangunan -Jalan Sultan Ahmad, Pekan,

Bandar Di Raja, Pahang

Menceritakan asal-usul -Merupakan kediaman residen

bangunan British

-Menjadi tempat kediaman

pegawai Jepun

-Istana bersemayam

-Muzium Sultan Abu Bakar

Allahyarham Tun Haji Abdul

Pengasas bangunan/Tarikh Razak menyatakan negeri

bangunan/kos binaan Pahang perlu mengadakan

sebuah muzium

Tarikh perasmian bangunan 21/1/1976

-Mengambungkan dua sisitem

iaitu Sistem dinding Tanggung

Struktur binaan dan cara Beban, Sistem Tiang dan alang

pembinaan -struktur bumbung terbahagi

kepada dua iaitu bumbung

curam dan bumbung rata

Bahan binaan Kayu,kaca dan bata

8

Hiasan dalaman -Mengikut keperluan pada
waktu tersebut

3.4 Sebab / tujuan Menyatakan tujuan asal -Kediaman residen British

bangunan dibina bangunan dibina yang pertama

-Rumah tetamu kepada residen
Kegunaan dahulu bangunan

-markas tentera Jepun

3.5 Fungsi dan keadaan -Berfungsi sebagai institusi

bangunan pada Menyatakan kegunaan pemuliharaan barangan

masa kini bangunan sekarang -Berfungsi sebagai pusat

penyebaran maklumat

-Pertambahan bangunan
Keadaan bangunan sekarang

-Penjenamaan semula

3.6 Cadangan Langkah- -Menaik taraf sebagai taman

langkah Peranan muzium terbuka
memelihara -Membaik pulih manuskrip

bangunan -Menjaga artifak

Peranan kerajaan / kerajaan -Pusat pameran

negeri -Pertandingan

Sekolah -Lawatan

Media Massa -Rancangan television
-Akhbar

-Dapat mengetahui dengan

lebih lanjut mengenai muzium

3.7 Rumusan Pengetahuan dari segi pembinaannya,
struktur bangunan,fungsi serta

kegunaannya

- Menghargai masa

Nilai -Berusaha dengan

bersungguh-sungguh

- Unsur patriotism

Unsur Patriotisme -Berbangga sebagai rakyat
Malaysia,memupuk semangat

kekitaan, berusaha dan

berdisiplin

-Semoga bangunan-bangunan

bersejarah di tempat kita

Harapan sentiasa terjaga dan terpelihara

-Bersama menjaga warisan

bangsa

4 Penilaian Umum -Melaksanakan pemeliharaan

Peranan kerajaan dan pemuliharaan bangunan

bersejarah

-Menyedarkan masyarakat

tentang kepentingan warisan
Peranan bangunan bersejarah

bangsa yang terdahulu demi

kesejahteraan

-Meningkatkan infrastruktur

Strategi menghadapi cabaran moden dan interaktif dalam
masa kini

bangunan bersejarah

-Mewujudkan pelbagai

muzium di daerah lain dalam

Perancangan masa hadapan negeri Pahang adalah untuk

meluaskan lagi peranan

bangunan bersejarah dalam

mendidik masyarakat

5 Lampiran Gambar

Soalan temuramah

10

3.1 Pengenalan

Muzium menjadi satu aset yang cukup penting kepada pembangunan sesebuah negeri
kerana peranannya yang tersendiri dalam menarik kehadiran pelancong ke negeri itu, di
samping menjadi bukti tentang khazanah negeri dari segi sejarah.

Muzium adalah sebuah ‘social construct’, sebuah binaan manusia yang boleh
ditentukan tujuan serta fungsinya selain daripada kesejahteraan dan keharmonian manusia. Ia
mudah sahaja dapat menjadi alat ideologi politik, wahana jatidiri budaya, wadah kesatuan
nasional, sumber penghasilan ekonomi mahupun sebarang maksud lain, selain kepentingan
manusia dan nilai kemanusiaan.

Muzium difahami sebagai sebuah intitusi pemuliharaan barangan contoh atau spesimen
penghasilan manusia mahupun alam semulajadi yang dipamer.

11

Nama bangunan ini ialah Muzium Daerah Pekan. Muzium ini lebih dikenali sebagai
Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium itu digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan
kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, Pendidikan dan hiburan. Ianya telah
menjadi tempat menarik yang wajib di lawat sekiranya pergi ke Pekan, Pahang.

Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen
British bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888. Sewaktu Perang
Dunia Kedua, bangunan ini telah dijadikan kediaman pegawai-pegawai Jepun. Dalam tahun
1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu
Bakar. Baginda menjadikannya sebagai Istana Rasmi Negeri dan diberi nama “Istana Kota
Beram” menggantikan Istana Sri Terentang. Istana Kota Beram telah mengalami perubahan
pada tahun 1954 dengan pembinaan bangunan sambungan untuk kegunaan sebagai
“Balairong”. Pada tahun 1959-195, Istana baru dibina berhampiran kawasan Istana Terentang
untuk persemayaman D.Y.M.M Sultan Pahang.

Oleh itu, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih bangunan ini pada 17
Mac 1976 untuk dijadikan Muzium Negeri Pahang dan dibuka dengan rasminya pada 21
Oktober 1976 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah dengan diberi
nama Muzium Sultan Abu Bakar.

Muzium ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia digunakan untuk
menyimpan dan mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan
kajian,pendidikan dan hiburan. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Pekan, Pahang.

Muzium ini berfungsi untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan,
menjaga monumen lama serta tempat-tempat bersejarah dan mempromosikan pelancongan.
Kita dapat mempelajari berkaitan sejarah Negeri Pahang. Selain itu, serba-sedikit kehidupan
keluarga diraja dapat disaksikan melalui pameran barang-barang perak, perhiasan serta
cenderahati. Di muzium ini juga, terdapat pameran gambar-gambar keluarga diraja sejak dari
pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Selain itu, terdapat jet TUDM, jentera PDRM dan helikopter TLDM di luar muzium
yang menjadi satu lagi daya tarikan yang sangat unik dan menarik. Tentunya ia menjadi satu
keistimewaan yang menarik minat pengunjung untuk datang dan melihat sendiri bahan-bahan
sejarah yang dipamerkan di sini.

13

Di samping itu, kawasan perkarangan muzium ini tiada pagar. Dengan ini, pelancong
boleh datang dan mengambil gambar pada bila-bila masa bersama arca kayu yang terdapat di
perkarangan muzium tersebut.

Arca-arca kayu kuda dipamerkan secara terbuka di padang hijau sebelah kanan
muzium. Arca-arca ini diperbuat dari kayu-kayu yang hanyut serta kayu jati yang ditemui di
tepi laut, tepi sungai dan hutan. Hasil seni yang unik ini dikenali sebagai 'Driftwood Art'. Proses
penghasilannya juga begitu unik dimana ia dibentuk menjadi bentuk-bentuk haiwan kayu-kayu
yang dicantum menggunakan skru.

Kuda merupakan subjek utama yang menghiasi perkarangan muzium ini. Ini adalah
kerana Keluarga Diraja Pahang sangat meminati sukan polo. Selain itu, Bandar Pekan adalah
tuan rumah bagi acara Royal Pahang Classic Polo Championship yang diadakan setiap tahun.

14

Selain kuda, terdapat juga arca-arca kayu yang berbentuk burung bangau, gajah dan
juga rusa. Selain bertemakan haiwan, disini juga dipamerkan arca kayu membentuk orang-
orang asli.

Arca-arca kayu ini merupakan keunikan Muzium Sultan Abdul Bakar yang istimewa.
Ini kerana ia memberikan muzium identiti visual yang bersepadu dan peralihan lancar dari
kawasan luar ke ruang dalaman, kayu digunakan sebagai medium pemersatu kerana
kepentingannya kepada masyarakat Melayu. Tambahan pula,ukiran kayu adalah salah satu seni
Melayu yang paling penting di Pantai Timur.

Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad, Pekan Bandar Diraja yang
terletak di bumi Pahang Darul Makmur. Kedudukannya amat strategik dimana ia mudah
diakses oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan ini. Lokasinya yang menghadap Sungai Pahang
membuktikan bahawa sungai merupakan laluan yang amat penting pada masa dahulu.

Tiket kemasukan ke muzium ini berharga RM4 bagi warga Pahang, RM5 bagi rakyat
Malaysia dan RM15 bagi pelancong asing.

15

3.2 Latar belakang bangunan

Bermula sebagai suatu struktur binaan banglo kayu sederhana pada tahun 1888,
bangunan Istana Kota Beram mempunyai kisah nya yang unik dan tersendiri. Ditambahbaik
dengan suatu struktur binaan bata yang menjadi tempat tinggal rasmi Residen British sekitar
tahun 1929, bangunan ini pernah dijadikan markas pentadbiran tentera Jepun semasa
pendudukan mereka di era Perang Dunia Kedua (1942-1945). Pada tahun 1948 pula,
bangunan bersejarah ini dengan rasminya ditukarkan fungsinya menjadi istana Diraja dengan
diberi nama Istana Kota Beram. Istana ini sekali lagi mengalami perubahan dari aspek
kegunaan fungsi ruangannya apabila pada tahun 1976, ia dijadikan sebagai Muzium Sultan
Abu Bakar, iaitu muzium rasmi negeri Pahang Darul Makmur yang terus kekal sehingga ke
hari ini

Semasa banjir besar 1970, satu perjumpaan dengan orang ramai telah diadakan di
Pekan. Ketika itulah, tercetusnya idea untuk pembinaan muzium tersebut. Dalam pertemuan
itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah menyuarakan bahawa sudah tiba masanya
negeri Pahang mengadakan sebuah muzium bagi mempamerkan khazanah sejarah dan
budaya negeri Pahang Darul Makmur. Ini merupakan satu titik permulaan kepada terciptanya
satu sejarah baru dalam negeri Pahang.

Pada 30.11.1974, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah diminta mengkaji
kertas mesyuarat berkenaan penubuhan sebuah muzium. Mesyuarat bersetuju menubuhkan
sebuah Jawatankuasa Kerja dengan dipengeruikan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan, untuk menjadikan Istana Kota Beram sebagai Muzium Negeri.

16

Upacara Penyerahan Laporan Kemajuan Penubuhan Muzium Negeri Pahang telah
dilakukan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzium Negeri Pahang kepada Lembaga
Muzium Negeri Pahang pada 30.7.1975.

Pada 26.8.1975, YAB. Menteri Besar Pahang dengan rasminya menyerahkan sijil
pelantikan ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang dengan Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin
Mohd. Daud, AMN, sebagai pengerusinya.

Pada 17.3.1976, Pejabat Lembaga Muzium Negeri Pahang dipindahkan dari Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ke Istana Kota Beram seperti yang diperkenalkan oleh
KDYMM Sultan Pahang bagi menjadikan Istana Kota Beram sebagai muzium.

Majlis mengadap KDYMM Sultan Pahang oleh ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang
untuk melaporkan perkembangan dan usaha Lembaga dalam urusan pembukaan rasmi
muzium. Dalam majlis itu KDYMM Sultan telah merestui usaha yang telah dan sedang
dijalankan oleh Lembaga dan berkenan nama muzium ini Muzium Sultan Bakar Pahang.
Baginda juga berkenan memberikan sepenuh bantuan dan kerjasama kepada Lembaga

Majlis perasmian Muzium Sultan Abu Bakar di laksanakan pada 21.10.1976

oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar Riauatudin Al Muazam Shah.

Pada 21.10.1979, perkarangan muzium telah digunakan sebagai Majlis Perasmian
‘Pameran Seminggu Bersama TUDM’ di Muzium Sultan Abu Bakar, oleh DYMM

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah,

DK, SSAP, SIMP. Pameran sementara kali ke 8 ini bersempena dengan upacara penyerahan

Rasmi Kapal Terbang Sabre FM 1905 yang telah dipasang dengan megahnya di perkarangan

muzium. 17

Penjenamaan semula Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan (FASA 2) telah dilancarkan
pada 21.10.2012, dengan mengetengahkan konsep ‘The Intellectual Garden’ . Majlis
perasmian disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Mustain’in Billah. Muzium Negeri Pahang juga menjadi tuan rumah sambutan Hari
Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2012. Majlis pelancaran penjenamaan semula
ini menandakan pembukaan semula muzium tersebut secara rasmi selepas menjalani kerja
menaiktaraf dan membaik pulih selama setahun dengan kos RM16 juta yang dijalankan oleh
ECER dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

18

3.3 Struktur bangunan

Struktur binaan Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini mengambungkan dua sistem
binaan iaitu Sistem Dinding Tanggung Beban dan Sistem Tiang dan Alang.

Sistem Dinding Tanggungan Beban merupakan sistem binaan dinding yang lazimnya
digunakan pada binaan bangunan sebelum teknologi konkrit bercerucuk diperkenalkan. Pada
bangunan muzium ini sistem struktur ini diaplikasi pada bahagian utama bangunan.
Ketebalan dinding adalah di antara 12 hingga 14 dan ia terbina daripada ikatan batu bata yang
dilepa. Manakala Sistem Alang dan Tiang ini diaplikasi untuk menyokong bahagian verandah
dan juga anjung terutamanya di tingkat satu. Tiang bangunan ini bersaiz 1’6” digunakan
untuk menyokong struktur yang terdiri dari rasuk di atasnya

Struktur bumbung bangunan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bumbung curam dan
bumbung rata. Bumbung curam menutup keseluruhan ruang tengah dan anjung bumbung
dengan genting tanah liat merah manakala bumbung rata konkrit tetulang terdapat di
bahagian serambi belakang.

Terdapat 2 jenis tangga dalam bangunan ini iaitu tangga batu dan tangga kayu.
Tangga batu dibina di pintu utama dan terdapat tangga batu baru yang dibina di bahagian
belakang dimana ia digunakan untuk menghubungkan bangunan ini dan pejabat manakala
tangga kayu dibina untuk menghubung antara tingkat 1 dan tingkat 2.

Kesemua pintu adalah kayu termasuk jenangnya dan ketinggian 90’’ dan lebar

berbeza bergantung pada jenis pintu dan ruangnya. Kesemua elemen tingkap termasuk

bingkai dan daun tingkap adalah dibuat daripada kayu. Tingkap-tingkapnya ini terbahagi

kepada 2 bahagian iaitu bahagian atas diperbuat daripada kepingan kaca manakala bahagian

bawah menggunakan kayu keras. 19

Sepanjang penggunaan bangunan, sama ada digunakan sebagai istana atau muzium,
beberapa elemen di bangunan ini telah melalui perubahan mengikut keperluan pada waktu
tersebut. Antara yang ketara dapat dilihat ialah bahagian serambi di tingkat atas dimana ruan
antara tiang telah ditutup dengan tingkap ram kayu sepanjang fasade hadapan. Di antara skop
kerja untuk projek konservasi di bangunan ini ialah menanggalkan komponen tingkap di
ruang koridor keseluruhannya untuk mengembalikan semula tampak asal keadaan bangunan
ini. Walau bagaimanapun oleh kerana bangunan ini digunakan sebagai galeri sebuah muzium,
keperluan penghawa dingin bangunan ini perlu dipertimbangkan. Sebagai penyelesaian,
bahagian ini akan ditutup dengan kaca jernih untuk tujuan hawa dingin. Selain itu, kompenan
lain yang melibatkan skop kerja konservasi utama ialah menggantikan papan lantai dengan
jenis kayu dan ukuran papan yang sama seperti asal bagi kedua-dua tingkat bangunan kerana
sebahagian besar papan lantai telah alami kerosakkan.

Muzium Sultan Abu Bakar ini merupakan sebuah bangunan 2 tingkat. Setiap tingkat
dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu yang mempamerkan pelbagai artifak
bersejarah dan bernilai tinggi.

Rajah berikut menunjukkan pelan lantai Muzium Sultan Abu Bakar.

Pelan tingkat bawah
20

Pelan tingkat atas
21

3.4 Tujuan binaan

Pada 1 Julai 1888, bangunan ini secara rasminya dijadikan sebagai kediaman Residen
British yang pertama yang dilantik di negeri Pahang, iaitu MR.J.P.Rodger. Dengan
perlantikan residen yang pertama di negeri Pahang ini, bermulalah campur tangan Inggeris di
Pahang secara langsung di dalam hal-hal pentadbiran, politik dan ekonomi negeri Pahang.

10 tahun kemudian, bangunan ini telah diubah fungsinya dan dijadikan rumah tetamu
kepada residen apabila berurusan di Pekan bermula pada tahun 1898. Ini kerana kediaman
rasmi Residen British telah ditukar ke sebuah lokasi yang lain.

Pada zaman pendudukan Jepun yang berlaku di era Perang Dunia Kedua (1942-1945),
bangunan ini dijadikan markas pentadbiran tentera Jepun. Ini kerana lokasinya yang strategik
dan memudahkan pihak tentera Jepun untuk merancang strategi serta mentadbir daerah ini
dengan corak pemerintahan tentera.

Setelah berakhirnya era pendudukan Jepun, bangunan ini ditinggalkan oleh tentera
Jepun yang telah berundur setelah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua. Pada tahun
1948 , bangunan bersejarah ini dengan rasminya ditukarkan fungsinya menjadi Istana Diraja.
Sultan Pahang pada ketika itu iaitu Sultan Abu Bakar telah berpindah daripada Istana Seri
Terentang dan banguna ini dinamakan sebagai Istana Kota Beram. Bangunan ini
kemudiannya ditambah strukturnya untuk dijadikan Balai Rong Seri.

Istana ini sekali lagi mengalami perubahan dari aspek kegunaan fungsi ruangannya
apabila pada tahun 1976, ia dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, iaitu muzium rasmi
negeri Pahang Darul Makmur yang terus kekal sehingga ke hari ini.

22

3.5 Fungsi dan kegunaan bangunan
masa kini.

Fungsi dan kegunaan bangunan bersejarah ini mengalami perubahan yang sesuai
dengan keadaan semasa. Pihak pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar telah melaksanakan
perubahan ini secara terancang dan strategik.

Pada 21.10.2012 penjenamaan semula Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan (fasa 2) telah
dilaksanakan dengan mengetengahkan konsep ‘The Intellectual Garden’ iaitu istana zaman
dulu berperanan sebagai pusat intellectual Melayu dimana segala ilmu serta budaya berpusat
di istana. Majlis perasmian disempurnakan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah. Muzium Negeri Pahang juga menjadi tuan rumah sambutan Hari Muzium
Antarabangsa peringkat Kebangsaan 2012.

Pada tahun 2018, terdapat pertambahan bangunan iaitu galeri dan kafe gerabak kereta
api KTMB di laman Muzium Sultan Abu Bakar sebagai salah satu daya tarikan untuk
pelancong yang datang. Pertambahan ini merupakan salah satu strategi yang berjaya menarik
perhatian pengunjung yang ternyata semakin ramai mengunjungi muzium ini.

Pada masa kini, Muzium Sultan Abu Bakar berfungsi sebagai institusi pemuliharaan
barangan contoh atau spesimen bersejarah yang dihasilkan oleh manusia mahupun kejadian
alam semulajadi yang dipamerkan. Selain daripada itu, muzium ini digunakan sebagai tempat
penyimpanan dan pameran kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, pendidikan
dan hiburan.

23

Selain itu, muzium ini juga berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat mengenai
kebudayaan negeri Pahang, monumen lama serta informasi tentang tempat-tempat bersejarah
sekaligus mempromosikan pelancongan demi menarik lebih ramai pengunjung ke sini.
Pelbagai catatan serta bukti sejarah Negeri Pahang dapat diperolehi di sini termasuk paparan
serba sedikit sisi kehidupan keluarga diraja Pahang melalui aksesori hiasan serta gambar-
gambar salasilah keluarga diraja.

Sehingga hari ini, pelbagai pembaharuan dilaksanakan oleh Muzium Sultan Abu Bakar
sebagai sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dalam mendidik
masyrakat. Malah, pihak muzium juga mempunyai pelbagai perancangan dan program di masa
hadapan untuk memperluaskan lagi peranan dan fungsinya.

24

3.6 Cadangan langkah pemeliharaan
dan pemuliharaan.

Dalam kamus Bahasa Melayu, perkataan konservasi bermaksud pemeliharaan atau
penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan,kemusnahan dan lain-lain.
Pelbagai Langkah yang telah dan boleh dilakukan oleh pihak muzium,kerajaan dan media
massa.

Bagi Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar itu sendiri telah berlakunya beberapa
perubahan di mana bangunan asal tersebut menjadi tempat tinggal rasmi Residen British pada
tahun 1929 dan akhirnya pada tahun 1976 mengalami perubahan dari segi aspek kegunaan
fungsi ruangannya apabila dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar.Muzium Sultan Abu
Bakar telah mengalami beberapa fasa perubahan dan yang terbesar berlaku pada tahun 2010
apabila keseluruhan kompleks muziun telah dinaik taraf dengan taman terbuka yang dikenali
sebagai Taman Intelaktual namun masih mengekalkan struktur binaan bangunan tersebut.
Selain itu,bangunan kantin yang terdapat di muzium tersebut telah diubahsuai dan dibesarkan
untuk dijadikan perpustakaan dan dilengkapi dengan bilik penginapan untuk tetamu.

Selain itu,manuskrip lama seperti kitab,surat dan lain-lain telah di baik pulih kerana
kertas tidak tahan lama,justeru itu pihak muzium telah memperbaikinya supaya manuskrip
tersebut jadi lebih baik keadaannya. Manakala bahan artifak seperti tembikar,barang perak dan
barang tembaga pula di simpan dengan baik dan sentiasa dibersihkan untuk dipamerkan.

Selain itu, dalam pemeliharaan bangunan bersejarah ini, aspek kebersihan amat
dititikberatkan. Para pengunjung yang mengunjungi Muzium Sultan Abu Bakar diwajibkan

25

membuka kasut atau alas kaki sebelum masuk ke dalam bangunan ini. Pihak pengurusan

muzium menyediakan beg plastik untuk memudahkan pengunjung menyimpan kasut
masing-masing. Ini juga bagi memeastikan kebersihan dan kekemasan muzium sentiasa
terpelihara.

Antara cadangan yang boleh diketengahkan bagi memelihara bangunan bersejarah ini,
pihak kerajaan atau kerajaan negeri boleh mewajibkan Muzium Sultan Abu Bakar dijadikan
pakej pelancongan untuk para pelancong antarabangsa. Selain itu ,Kawasan perkarangan
muzium tersebut boleh dijadikan tempat sambutan hari Kebangsaan atau pameran bagi suatu
majlis seperti ‘pameran seminggu Bersama TUDM’ yang telah dilaksanakan pada 21.10.1979.
Selain itu,kerajaan negeri juga boleh membuat pertandingan terbuka untuk penduduk negeri
Pahang secara khususnya seperti pertandingan fotografi Kawasan persekitaran muzium.

Pihak sekolah berperanan penting dalam mendekatkan pelajar dengan tempat
bersejarah ini melalui program lawatan ke muzium tersebut. Program seperti ini tentunya dapat
memperkenalkan kepada pelajar bahawa muzium adalah tempat terkumpulnya segala bahan
bersejarah bagi setiap negeri.

Media massa seperti tv juga boleh membuat dokumentasi muzium yang terdapat di
Malaysia termasuk Muzium Sultan Abu Bakar bagi memperkenalkan peranan muzium
seterusnya untuk pengetahuan umum masyarakat kita. Selain itu juga, pihak akhbar juga boleh
berperanan sebagai penyampai cerita dan menceritakan pelbagai khazanah yang terdapat di
setiap muzium negeri sebagai pengetahuan umum.

Media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram juga boleh dijadikan platform
yang aktif dalam mempromosikan aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak muzium.

26

Dengan perkembangan teknologi komunikasi yang semakin berkembang, Muzium Sultan Abu
Bakar yang amat unik ini pastinya tular jika promosi melalui media-media sosial ini dirancang
dengan strategik dan terancang.

3.7 Rumusan

Secara keseluruhannya terdapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya
perolehi antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Muzium Sultan
Abu Bakar ini dari segi pembinaannya, struktur bangunan, fungsi serta kegunaannya pada
masa kini.

Sepanjang pelaksanaan proses membuat kajian ini juga,banyak nilai-nilai murni yang
saya perolehi. Antaranya ialah nilai menghargai masa dalam menjayakan kajian ini pada masa
yang ditetapkan oleh guru. Tanpa sifat berdisiplin yang saya amalkan, tidak mungkin kajian
ini Berjaya direalisasikan. Selain itu,ia mengajar saya untuk berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan penuh keazaman demi mencapai sesuatu yang diimpikan, Rajin dan istiqamah
dalam kehidupan seharian adalah sesuatu yang perlu seperti contoh dalam menjalankan kajian
ini sendiri.Seandainya ia dilakukan separuh jalan, pastinya hasil yang diperolehi tidak begitu
membanggakan.

Selain itu,unsur patriotism yang terdapat dalam kajian ini ialah kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya merasa bangga dengan sejarah Negara kita. Kita juga haruslah
mengamalkan sifat amanah dan jujur dalam kehidupan seharian contohnya melaksanakan
tugasan yang telah diamanahkan oleh guru. Saya bersyukur, sepanjang projek kajian ini, saya
sentiasa dikelilingi insan-insan yang sangat bermuafakat dan saling bantu membantu antara
satu sama lain.

27

Harapan saya agar melalui kajian yang telah saya jalankan ini, kita akan lebih kenal
dengan bangunan-bangunan bersejarah yang bakal menjadi mercu tanda kepada Negara kita
pada masa hadapan. Tinggi dan besar juga harapan dan impian saya agar kita semua bersama-
sama memelihara dan memuliharan bangunan kebanggaan ini supaya ianya sentiasa terjaga
dengan baik tanpa ada unsur khianat dari mereka yang tidak peka dengan kepentingan menjaga
warisan Negara. Akhir kata, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,berkenal-kenalanlah dengan
bangunan bersejarah kita agar kita dapat menghargai keindahan sejarah yang tercipta.

28

4. Penilaian Umum

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dapat memupuk semangat cintakan warisan
bangsa dikalangan rakyat Malaysia.

Pada masa kini, semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia
semakin berkurangan. Ini adalah kerana masyarakat kita semakin kompleks dengan pelbagai
budaya hidup masa kini yang semakin sebati dalam kehidupan.

Kerajaan memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda untuk
menghargai dan mencintai warisan bangsa. Usaha utama yang dilaksanakan oleh kerajaan
adalah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Ini adalah demi menghasilkan
faedah terbaik terhadap pengetahuan, pertimbangan dan kesedaran setiap anggota masyarakat
dalam tempoh masa yang panjang.

Peranan bangunan bersejarah seperti institusi muzium adalah untuk menyedarkan
generasi masa kini bahawa keselamatan dan kesejahteraan adalah aspek yang paling utama
dalam meneruskan kesinambungan sebagai satu bangsa bermaruah. Sebagai contoh, Muzium
Sultan Abu Bakar mempunyai pelbagai bukti tentang peristiwa terdahulu yang tercatat dalam
sejarah. Dengan usaha ini, generasi akan datang tidak akan melupai asal-usul mereka serta
lebih menghargai setiap warisan bangsa. Justeru itu, mereka akan meneruskan kesinambungan
kehidupan dengan menjadikan budaya warisan sebagai landasan kehidupan.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah,
pihak yang bertanggungjawab tidak boleh ketinggalan dalam mendepani cabaran era
globalisasi supaya ia mampu bersaing dalam ledakan teknologi komunikasi dan maklumat.

29

Sebagai contoh, walaupun ciri-ciri warisan sejarah dikekalkan, Muzium Sultan Abu Bakar
tidak ketinggalan dalam meningkatkan infrastruktur yang canggih. Ini termasuk konsep
pameran yang interaktif dan pembangunan dalam teknologi komunikasi untuk mendidik
masyarakat tentang semangat cintakan warisan bangsa.

Selain itu, pelbagai usaha dilaksanakan demi menimbulkan semangat setia negara dan
memastikan ia tersemat di hati setiap generasi. Misalnya, perancangan untuk mewujudkan
pelbagai muzium di daerah lain dalam negeri Pahang adalah untuk meluaskan lagi peranan
muzium dalam mendidik masyarakat. Matlamat utama pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah seperti Muzium Sultan Abu Bakar akan menjadikan ia rujukan penting
dalam memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Pahang khasnya
dan Malaysia amnya.

30

5 Lampiran

Pemandangan di luar perkarangan muzium.

Antara arca-arca yang terdapat di perkarangan muzium.
31

Antara artifak yang dipamerkan di dalam muzium ialah barangan tembaga.

Lukisan Tuanku Pemaisuri Agong juga dipamerkan
di satu sudut dalam muzium ini
32

Mushaf Al-quran dan manuskrip lama merupakan
artifak yang dipamerkan di muzium ini.

Bahan artifak bersejarah yang menjadi
simbolik kerajaan negeri Pahang.
33

Soalan-soalan yang dikemukakan ketika temuramah:
1) Apakah fungsi dan kegunaan bangunan muzium sekarang?
2) Apakah peranan yang dilaksanakan oleh pihak muzium bagi memelihara bangunan
muzium?
3) Nyatakan keunikan yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar?
4) Selain daripada bangunan Muzium Sultan Abu Bakar tersebut, apakah yang terdapat
di perkarangan muzium tersebut?

34


Click to View FlipBook Version