The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auninaufal, 2022-10-31 06:06:52

SEKAPUR SIREH ALUAN PENGETUA

SEKAPUR SIREH ALUAN PENGETUA

CREATING EXCELLENCE TOGETHER

SEKAPUR SIREH
SEULAS PINANG

Salam ..terlebih dahulu saya ingin memanjat rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan
limpah dan rahmatNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam buku Prospektus
Sekolah pada tahun ini. Kepada seluruh warga pendidik dan kakitangan di sekolah ini saya
mengambil kesempatan untuk mengucapkan

‘SELAMAT MEMULAKAN SESI 2022”

Umum sudah mengetahui bahawa sudah 2 tahun dunia diancam oleh pandemik
Covid-19. Kebanyakan negara terkesan akibat daripada pandemik ini. Pelbagai langkah telah
diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengekang penularan wabak
ini yang sehingga kini belum bertemu titik noktahnya. Sehingga kini kluster pendidikan
adalah antara kluster tertinggi yang menyumbang kepada jumlah kes harian. Sungguhpun
begitu sebagai guru kita perlulah teguh berdiri, mendukung janji untuk mendidik anak-anak
bangsa sehingga berjaya.

Oleh itu, sempena dengan sesi baharu 2022, marilah kita bersama-sama
meningkatkan azam, mengemblengkan tenaga, bersatu dan bekerja bersama-sama
menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menjadi teras
kepada usaha kita selama ini. Transformasi pendidikan yang dirancang ini adalah legasi
negara yang bukan sahaja melibatkan murid pada hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa
pada masa akan datang. Justeru itu, segala cabaran dan halangan perlulah kita tangani
dengan bijaksana. Sebagai warga pendidik, kita akan memastikan pengajaran dan
pembelajaran akan dilakukan secara optimum supaya murid dapat belajar dan guru terus
mengajar. Hasrat sekolah, untuk melihat kejayaan murid terutamanya dalam keputusan
SPM dan menyediakan murid untuk memenuhi kehendak global. Semoga dengan usaha
murni ini akan mendapat ganjaran di sisiNya, Insya Allah.

Sekian, terima kasih.
‘CREATING EXCELLENCE TOGETHER”

PREMJEET SINGH A/L PRITAM SINGH
PENGETUA

SMK ST THOMAS

SMK ST THOMAS


Click to View FlipBook Version