Bab PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
10
10.1 PENGERTIAN KEMERDEKAAN
1 Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 ( bersamaan 5 Safar 1377 Hijrah ) adalah
peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita .
(a) Kemerdekaan bererti negara kita bebas daripada cengkaman kuasa asing.
(b) Kemerdekaan membolehkan kita bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju
negara .
2 Takrif kemerdekaan :
(a) Menurut Kamus Dewan, kemerdekaan ialah kebebasan daripada penjajahan, kurungan
atau naungan.
(b) Negara merdeka merujuk kepada negara berdaulat yang mempunyai kuasa tertinggi.
3 Beberapa orang tokoh telah memberikan takrif kemerdekaan.
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani , tokoh gerakan Pan-Islamimsme di
Mesir
Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat
kebangsaan ( jinsiyyah ) dan cinta akan tanah air yang merdeka (
wataniyyah ) .
Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan
Bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa , agama dan
negara.
Rashid Rida , tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir
Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan
diri daripada penjajah Barat.
Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem
khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Mahatma Gandhi, tokoh perjuangan kemerdekaan India
Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral.
Setiap negara berham menguruskan negaranya sendiri walaupun sukar
supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.
Beliau memperjuangkan pembebasan rakyat India daripada belenggu
kemiskinan dan penindasan kasta
Nelson Rolihlahla Mandela , tokoh perjuangan kemanusiaan yang
membebaskan rakyat Afrika Selatan daripada dasar apartheid.
Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan
atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang
menndas.
Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan,
kemiskinan dan penderitaan.
Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan.
Soekarno, Presiden Indonesia.
Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya.
Kemerdekaan merangakumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada
politik penindasan dan rejim autokratik .
Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai
satu pembebasan .
Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa
kelas dan kasta.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalananyang jauh bagi
mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat.
Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan
tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita
keadilan dan kebebasan
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Tun Temenggung Jugah anak Barieng, pemimpin Parti PESAKA
Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi
lebih kuat.
Dengan kemerdekaan , kita dapat mengatasi ancaman komunis.
Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk
pribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin.
Tun Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia
Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda
penjajah.
Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan
menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara
ini dengan apa-apa cara sekalipun.
Fokus SPM objektif
Kesimpulan
Kemerdekaan merupakas sesuatu kebebasan dan hak rakyat untuk Mahtma Gandi
menentukan sendiri bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa
Soalan : Tokoh tersebut
luar.
memperjuangkan kemerdekaan India.
Kemerdekaan sesuatu yang amat berharga dan perlu penghayatan
Apakah sumbangan tokoh tersebut
terhadap pengertian kemerdekaan yang sebenarnya agar rakyat dapat terhadap negaranya?
mengenali sejarah negara
A. Perjuangan membebaskan rakyat
Ia sangat penting kerana untuk kita untuk mengukuhkan sifat jati diri
dari penindasan ksata
terutamanya untuk mengisi kemerdekaan tersebut
B. Menentang British secara kekerasan
C. Memisahkan India dan Pasikatan
D. Menamatkan penguasaan Kerabat
Diraja
Jawapan : A – Perjuangan
membebaskan rakyat dari penindasan
kasta
Fakta : B eliau memperjuangkan
pembebasan rakyat India daripada
belenggu kemiskinan dan
penindasan kasta
Bukti : Lihat Buku teks. Hal 234
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
10.2 PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN Stadium berkeluasan
KEMERDEKAAN NEGARA lima hektar di Jalan
Stadium di sini itu
direka bentuk jurutera
1 Persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara diatur Jabatan Kerja Raya
pada peringkat Persekutuan dan negeri. Persekutuan S E
Jewkes dan
2 Persediaan dibuat melalui penubuhan jawatankuasa persediaan pembinaannya hanya
fizikal dan sambutan .
mengambil masa
3 Tumpuan upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan berlaku di setahun
Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.
Ia mula dibina pada
4 Upacara sambutan diadakan di setiap negeri di Tanah Melayu Julai 1956 dan siap
sepenuhnya pada 21
5 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua mnteri Ogos 1957, sebelum
Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam radio Malaya dibuka secara rasmi
menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan kepada orang ramai
meriah supaya kekal dalam lipatan sejarah negara pada 24 Ogos dan
menjadi venue
6 Pada 3 ogos 1957, jam 7.33 pagi, Dato Abdul Razak Hussein pemasyhuran
jmemaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara kemerdekaan Tanah
sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957
Melayu..
Jawatan Kuasa Persediaan Fizikal
1 Jawatankuasa persediaan fizikal perlu memberi
perhatian bagi menonjolkan identiti negara kita
sebagai negara yang mencapai kemerdekaan.
2 Antara prasarana yang disediakan adalah :
Gambar : Perletakan batu
• Stadium Merdeka untuk meraikan kemerdekaan asas Stadium Merdeka
• Istana Negara untuk Yang di-Pertuan Agong dan upacara perasmian
pada 30 Ogos 1957
Stadium yang menjadi venue pilihan
3 Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan penganjuran pelbagai acara sukan di
negara. peringkat antarabangsa dan dunia itu
dilengkapi kira-kira 22,000 tempat duduk
(a) Tunku Abdul Rahman mencadangkan lagu rasmi dengan 3,000 daripadanya terletak di bawah
kebangsaan dicipta bagi diperdengarkan semasa bumbung.
upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.
(b) Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan
dibentuk .
(c) Jawatankuasa dipengerusikan oleh Tunku Abdul
Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latif ,
Pengarah Jabatan Penerangan .
(d) Lagu Negaraku yang dicipta berasal daripada lagu
Terang Bulan, iaitu lagu negeri Perak yang liriknya
ditulis oleh Saiful Bahari.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
4 Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sedia
ada dijadikan bendera kebangsaan .
(a) Reka bentuk bendera dihasilkan oleh Mohamed
Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri
Johor.
(b) Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan
rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan
Selangor.
5 Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh
Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957.
6 Bunga raya dipilih oleh Tunku sebagai bunga
kebangsaan .
Jata Negara
Kementerian Pertanian meninjuau pendapat rakyat
untuk menentukanj bunga yang sesuai sebagai
bunga kebangsaan
1. Lambang negara merdeka menggunakan Lambang Persekutuan Fokuis SPM Esei
Tanah Melayu yang diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30
Mei 1952.
2. Pada masa itu, lambang Persekutuan berbentuk sebuah perisai, di Soalan : Jelaskan maksud jata
atas perisai tersebut terletak bulan sabit dan bintang pecah 11 yang negara tersebut?
menunjukkan 11 buah negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
3. Anak bulan dan bintang menandakan agama Islam. Isi Jawapan
4. Pada bahagian sebelah atas, di dalam perisai itu terletak lima bilah
• Bulam sabit dan bintang pecah 11
keris menandakan lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
yang menunjukkan 11 buah negeri
5. Sebelah kiri perisai menunjukkan Negeri Pulau Pinang dan sebelah
melayu dan NHegeri-negeri selat
kanan menunjukkan Melaka. • Anak bulan dan bintang
6. Di tengah-tengah perisai terdapat warna hitam dan putih mewakili menandakan agama islam
negeri Pahang, merah dan kuning mewakili Selangor; putih, kuning • Lima bilah keris menandakan Lima
dan hitam mewakili Perak, manakala kuning, merah serta hitam buah Negeri Melayu tidak
mewakili Negeri Sembilan. bersekutu
7. Dua ekor harimau di kiri dan kanan perisai di sebelah luar • Warna tengah perisai- negeri
digambarkan sebagai penyokong perisai Negeri-negeri Melayu Pahang, Selangor Perak dan Negeri
Bersekutu yang dahulu. Sembilan
• Perisai kiri dan kanan Pulau pinang
8. Perisai itu dialas dengan cogan bertulisan Jawi “Bersekutu Bertambah
dan Melaka
Mutu” yang bersamaan dengan cogan bahasa Inggeris “Unity is
• Harimau – penyokong perisai
Strenght”. Warna kuning pada awan-awan ialah warna Diraja bagi
negeri-negeri Melayu bersekutu
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
dahulu
• Cogankata bersekutu bertambah
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
mutu
Jawatankuasa Sambutan
1 Jawatankuasa sambutan memainkan peranan
untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu
kota dan negeri.
(a) Bangunan di sekitar bandar , jalan raya dan
Padang Kelab Selangor dihiasi lampu.
(b) Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah
Melayu ditempah.
2 Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan
pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman sendiri.
(a) “ Baju muskat ” yang berasal dari Kedah diubah
suai lengkap dengan seluar satin hitam.
(b) Pakaian dilengkapi dengan kain songket , samping
dan tengkolok yang direka untuk Menteri.
3 Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan
dengan protokol untuk kakitangan kerajaan. Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk
memastikan sambutan kemerdekaan
(a) Sebanyak 300 orang pegawai kerajaan menjalani
kursus selama tiga hari. berjalan dengan lancer
(b) Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan • Jawatankuasa Pusat Perayaan
dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai Merdeka dipengerusikan oleh Tunku
jemputan luar negara. Abdul Rahman
• Jawantankuasa Kerja Pusat
Me3rdeka diketuai oleh Dato’Abdul
Razak Hussein
• Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota
4 Semua pegawai dam kakitangan kerajaan Persekutuan dipengerusikan oleh
diberikan gaji seminggu lebih awal untuk H.S.Lee
menyambut kemerdekaan • Jawatankuasa Derma Perayaan
Kemerdekaan ditubuhkan untuk
5 Sambutan sangat dinantikan oleh rakyat, semua mengutip derma membantu
tiket Keretapi Tanah Melayu di Pantai Timur habis
ditempah perbelanjaan sambutan
6 Tiket bas juga habis, kemerdekaan
7 Semua pihak pada peringkat pusat mahupun
negeri telah memberikan kerjasama dan bersatu
hati untuk menjayakan hari merdeka.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Persiapan dan Sambutan Peringkat Negeri
Kedah
1. Petani telah menabur bunga emas dan perak yang berbentuk kecil sebagai bunga lawang dalam perayaan
kemerdekaan.
2. Ia ditabur pada majlis perjumpaan beramai-ramai penanam padi dan ahli Syarikat Kerjasama Kedah Utara
bagi menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu.
3. Tindakan ini dibuat dengan harapan benih-benih padi ini akan tumbuh dengan subur sebagai bunga-bunga
emas dan perak serta kehidupan petani akan lebih makmur.
4. . Bagi tujuan tersebut, hampir 30 tahil emas dan perak ditempah untuk ditaburkan
Kangar, Perlis
1. Hadiah diberikan kepada rumah-rumah dan kedai yang dihias sempena sambutan Hari Kemerdekaan
2. Majlis memberikan makanan kepada kanak-kanak serta olahraga telah diadakan
3. Pertunjukan kesenian dan kebudayaan juga telah diadakan.
4. Pada 31 Ogos, syarikat-syarikat bas di Kedah dan Perlis mengeluarkan hadiah kepada semua pekerjanya
termasuk yang sedang bercuti. Seramai 600 pekerja bas menerima $6 seorang pada hari tersebut.
Pulau Pinang
1. Upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu dan menurunkan Union Jack telah diadakan, di
samping bacaan doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid serta Kenduri Merdeka kepada golongan
miskin.
2. Tayangan acara wayang gambar percuma juga diadakan , pembacaan sajak dan pancaragam bagi
menyambut kemerdekaan.
3. Ucapan tahniah dan kesyukuran dibuat dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Perak
1. Acara perbarisan kanak-kanak sekolah, pengakap dan St. John Ambulans telah diadakan, di samping
peraduan menyanyi, tarian orang darat, zapin, ronggeng, bersilat, wayang kulit dan sandiwara.
2. Tujuh buah sekolah di Parit, Perak, mengadakan sukan, perlawanan bola sepak dan pada malam harinya
acara aneka warna.
3. Kerajaan Perak juga membenarkan orang ramai memalu tabuh atau gendang raya dan ketuk-ketuk selama
10 minit di masjid dan madrasah di kampung seluruh negeri Perak pada tengah malam 30 Ogos sempena
menyambut Hari Merdeka.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Melaka
1. Upacara sembahyang kesyukuran serta bacaan al-Quran dan berzan telah diadakan .
2. Hadiah juga akan diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 antara jam 12.05
tengah malam hingga 6 petang.
3. Wang sebanyak $180 diberikan kepada golongan miskin yang melahirkan anak di Hospital Melaka, Alor
Gajah dan Jasin.
4. Kerajaan turut diminta mengubah nama-nama jalan dan membaiki tempat-tempat bersejarah.
Johor
1. Pintu-pintu gerbang dipasang lampu dan perbelanjaan $40 000 diperuntukkan untuk menjamu golongan
miskin,
2. mengadakan hiburan, temasya sukan laut dan pertunjukkan bunga api.
3. Peraduan Ratu Kebaya diadakan, di samping persembahan lagu Melayu asli dan lakonan pentas. Jamuan
besar-besaran juga diadakan bagi meraikan Tunku Abdul Rahman sebagai tanda penghormatan.
4. Turut dicadangkan acara Pengisytiharan Kemerdekaan di Segamat yang dibaca dalam empat bahasa
Kota Bharu, Kelantan
1. 28 buah rebana istimewa yang diperbuat daripada batang kelapa dan dihias dengan perkataan Merdeka
dalam huruf Jawi dan Rumitelah disiapkan untuk tujuan tersebut
2. Sembahyang hajat turut disempurnakan.
3. Perarakan nasi kunyit dan permainan tradisional seperti wayang kulit, menora, makyung, dikir barat dan
gasing turut diadakan.
Terengganu
1. “Pesta Merdeka” akan diadakan selama empat hari berturut-turut mulai 31 Ogos dengan pertunjukan
joget moden, rodat, boria, wayang kulit, bangsawan dan makyung.
2. Jalan raya sejauh 10 batu dihias dengan bendera dan lampu.
3. Tiga jenis semboyan dibunyikan serentak pada malam 30 Ogos. Tabuh Masjid Besar Sultan Zainal Abidin
dipalu, semboyan fire station dibunyikan dan genta di Bukit Puteri diketuk.
Rembau, Negeri Sembilan
1. Penduduk Rembau, mengadakan kenduri dan bacaan doa selamat.
2. Turut diadakan ialah istiadat barisan kehormat disusuli dengan Pengisytiharan Kemerdekaan dan pada
malamnya majlis doa selamat dan jamuan diadakan.
3. Perayaan juga diserikan dengan sukan padang serta pesta kesenian dan kebudayaan
Samantan, Pahang
1. Perayaan merdeka disambut dengan mengadakan pertandingan sukan darat dan sungai, jamuan makan
dan tarian ronggeng.
2. Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran merasmikan upacara ini.
3. Rombongan Pengakap dari Kuala Lipis, Pahang, mengadakan lawatan ke selatan Tanah Melayu dan berada
di Kuala Lumpur kemudiannya bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
10.3 DETIK PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
NEGARA
1 Setelah melalui perjalanan yang Panjang menuju
kemerdekaan, upacara sambutan pemasyhuran
kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang
dinantikan .
2 Sambutan mula diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di
Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
10.00 malam 10.30 malam
Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Sebanyak 300 orang pemuda yang diketuai oleh
Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu Ismail Bontak membentuk perbarisan kehormat
hitam mengambil tempat duduk dengan diketuai mengambil tempat di tengah padang.
oleh Sardon Jubir
11.58 malam
12.00 malam
Semua lampu di padang dan di sekelilingnya
dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi
gelap gelita. Lampu dihidupkan semula.
Orang ramai melaungkan “ Merdeka ”.
Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan
pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera.
12.10 malam Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul
Majid dengan diiringi oleh lagu God Save The
Queen.
Tunku menerima tabik hormat dan memeriksa Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
perbarisan perwakilan negeri. dengan diiringi oleh lagu Negaraku yang
Tunku kemudian mengambil tempat di atas diperdengarkan kepada umum buat kali
pentas. pertamanya.
Pemuda Perikatan yang diketuai oleh Abdul Tunku memberikan tabik hormat semasa
Majid Othman tampil membawa dulang berisi bendera dinaikkan.
rantai emas dengan pingat emas berukir Sorakan “ Merdeka ” dilaunagkan sebanyak
gambar Tunku dan tulisan “ Bapa tujuh kali.
Kemerdekaan Tanah Air ” dan dikalungkan oleh
Sardon Jubir ke leher Tunku, diikuti dengan
laungan “ Bapa Kemerdekaan Tanah Air ”
sebanyak tiga kali.
12.55 malam
12.25 malam
Tunku menyampaikan ucapan dengan penuh
semangat.
Tunku menyampaikan ucapan dengan penuh
semangat.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
PERISTIWA BERSEJARAH DI STADIUM MERDEKA
1 Upacara sambutan kemerdekaan 8.15 pagi
diadakan dengan gemilang di Stadium
Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957. Ketibaan orang kenamaan dan pembesar negara
dengan kedengaran bunyi nafiri pada setiap kali
2 Perarakan perbarisan pasukan tentera pembesar negara tiba.
dan orang ramai dianggarkan Duke of Gloucester , wakil Queen Elizabeth II
berjumlah 20 ribu orang membanjiri telah memberikan ucapan dan menyerahkan
stadium . Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada
Tunku Abdul Rahman.
3 Walaupun hujan turun pada awalnya, Dengan tangan di udara, Tunku melaungkan “
mereka datang seawall pukul 6 pagi Merdeka ” sebanyak tujuh kali dengan gemanya
untuk menantikan saat disambut oleh para hadirin.
pemasyhuran. Ustaz Hassan Azhari melaungkan azan.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
dengan diiringi lagu Negaraku.
101 das tembakan meriam dilepaskan
menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
11.00 pagi
1.30 tengah hari
1 Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-
Pertuan Agong diadakan di Balairong
Seri, Istana Negara. Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi
Upacara disusuli dengan pelantikan mengucapkan selamat jalan kepada bekas
jawatan Perdana Menteri, Ahli Pesuruhjaya Tinggu British , Sir Donald
Jemaah Menteri , Hakim Besar serta MacGillivray.
Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.
5.25 petang
Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan
Terbang Kuala Lumpur ke England.
Beliau diberi penghormatan dengan permaidani merah dan
barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.
Negara kita akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957 setelah perjuangan menuntut
kemerdekaan dengan pelbagai cara yang akhirnya melalui rundingan kita mencapai kemerdekaan. Kita
sebagai rakyat Malaysia harus menghargai perjuangan yang dilakukan secara muafakat tampa
pertumpahan darah. Peranan tokoh pelbagai bangsa haris disanjung dan dihargai. Tanpa mereka kita
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
tidak dapat merasi kemakmuran dan kesejahteraan pada hari ini.
10.4 KESAN KEMERDEKAAN TERHADAP NEGARA
KITA
Kesan Politik – Dalam Negara
Pengamalan Sistem Raja
Berperlembagaan
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dengan bidang
kuasa tertentu.
Pengamalan sistem Demokrasi
Berparlimen
• Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemimpin
melalui pilihan raya.
• Pelaksanaan pilihan raya memberi rakyat hak bersuara dan
memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan Istana Negara
kesejahteraan negara.
• Pada peringkat Persekutuan, Parlimen berkuasa menggubal
undang-undang . • Merupakan tempat bersemayam
• Pada peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri berkuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
menggubal undang-undang. Agong ( 1957 – 2011 )
• Undang-undang yang digubal lebih berkesan dan mampu • Ia telah diubah suai dan
memakmurkan negara
penambahan Balairung Seri untuk
upacara rasmi
Pentadbiran negara oleh Kabinet
• Pada 1 Februari 2013, Istana lama
telah dijadikan sebagai muzium
Diraja
• Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri •
Visinya ialah untuk menjadi pusat
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. rujukan dan penyelidikan segala
• Beliau mengekalkan ahli Kabinet yang ada dan membuat
aspek yang berkaitan dengan
perubahan dengan melantik Dato’ Abdul Razak Hussein sebagai institusi raja Berperlembagaan
Timbalan Perdana Menteri.
• Misinya ialah menjadi muzium khas
• Menteri Luar Persekutuan Tanah Melayu dipegang oleh Tunku menjelaskan secara komprehensif
bagi tujuan menjalankan dasar luar negara. peranan ruang Istana Negara
• Ia terdiri daripada dua blok
Cabaran kerajaan Persekutuan bangunan iaitu Galeri Istana Negara
dan Balairung Seri
• Galeri istana tempat bersemayam
• Cabaran kerajaan Persekutuan ialah untuk menggantikan Sri Paduka Baginda Yang diPertuan
pegawai Eropah dengan rakyat tempatan dalam bidang Agong dan Raja Permaisuri Agong
professional , pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan. • Setiap ruang mempunyai nama
• Tunku dan Dato’ Abdul Razak melaksanakan perubahan secara khas, fungsi, rekaan dan protocol
berperingkat dengan melantik rakyat tempatan dalam pelbagai yang tersendiri
bidang. • Balairung Seri digunakan untuk
upacara rasmi seperti Upacara
Pertabalan Yang Dipertuan Agong,
mengangkat sumpah dan upacara
pengurnian darjah Kebesaran
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Kesan Politik – Peringkat
Pengiktirafan Pertubuhan
Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )
Dasar Luar
• Cabaran kerajaan
Persekutuan ialah untuk
• Kerajaan memberi perhatian terhadap dasar luar dengan menggantikan pegawai
mengukuhkan Kementerian Luar. Eropah dengan rakyat
• Pada awal 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke tempatan dalam bidang
Britain untuk mendapatkan latihan. professional , pendidikan
• Antara pemimpin yang berperanan penting menentukan tinggi, keselamatan dan
dasar luar negara ialah Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie pertahanan.
dan Dr. Ismail Abdul Rahman. • Tunku dan Dato’ Abdul
• Persekutuan Tanah Melayu menjalinkan hubungan dengan Razak melaksanakan
negara luar seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand , perubahan secara
Mesir dan Jepun. berperingkat dengan
melantik rakyat tempatan
dalam pelbagai bidang.
Menganggotai Komanwel
Misi Pengaman PBB
• Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan
hubungan sosioekonomi dengan negara ahli .
• Komanwel menjadi medan untuk negara kita menunjukkan
• Malaysia telah mendapat
komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota.
pengiktirafan dunia kerana
Pertahanan negara turut terlibat dalam misi
pasukan pengaman PBB di
Congo.
• Sebelum merdeka , negara kita dilindungi melalui • Pemilihan ini
pembentukan kerjasama pertahan British, Australia dan mengambarkan
New Zealand. kepercayaan dan
• Selepas merdeka, Tunku ingin mengekalkan hubungan baik pengiktirafan tertinggi PBB
dengan Britain dan negara Komanwel. kepada negara baru untuk
• Negara kita memerlukan bantuan pertahan Britian kerana
bersama-sama dalam
masih belum mempunyai kekuatan pertahanan . pengurusan konflik
• Pada tahun 1957, perjanjian pertahanan Anglo Malayan
antarabangsa
Defence Agreement ( AMDA ) ditandatangani.
Penyertaan dalam Blok Sterling
• Sebelum merdeka , negara kita dilindungi melalui
pembentukan kerjasama pertahan British, Australia dan
New Zealand.
• Selepas merdeka, Tunku ingin mengekalkan hubungan baik
dengan Britain dan negara Komanwel.
• Negara kita memerlukan bantuan pertahan Britian kerana
masih belum mempunyai kekuatan pertahanan .
• Pada tahun 1957, perjanjian pertahanan Anglo Malayan
Defence Agreement ( AMDA ) ditandatangani.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
KESAN EKONOMI
Rancangan Malaya Pertama 1956-1960
• Rancangan pembangunan bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan
bertumpu kepada sector luar bandar.
• Pengeluaran pertanian dipelbagaikan supaya negara tidak hanya bergantung kepada getah.
• Usaha mengurangkan kadar kemiskinan dilaksanakan dengan menambah peluang pekerjaan
.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA
)
• FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran
bagi tujuan pertanian dan penempatan semula masyarakat.
• Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam
getah atau kelapa sawit .
• Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka
Institusi Kewangan Tempatan
• Malay National Bank ( Bank Kebangsaan Melayu ) ditubuhkan di Klang Street Kuala Lumpur
oleh Maarof Zakaria sebagai bank pertama khusus untuk orang Melayu.
• Pada 26 Januari 1959, Bank Negara mula beroperasi bagi menggalakkan kestabilan kewangan
dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara.
• Selain itu terdapat juga Kwong Yik Bank yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1913.
Pembangunan Luar Bandar
• Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959 untuk
membangunkan infrastruktur , sosial dan ekonomi luar bandar.
• Di peringkat negeri dan daerah, Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan untuk
merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan.
• Keutamaan diberi oleh kerajaan ialah penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar
bandar.
Rancangan Buku Merah
• Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961 .
• Rancangan ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung,
jambatan , surau, bekalan air dan bekalan eletrik.
• Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah diletakkan
di Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat.
• Peruntukan yang tidak mencukupi telah menghalang pelaksanaan beberapa program
pembangunan.
Kerajaan telah cuba segala upaya untuk membangunkan
kawasan luar bandar tetapi peruntukan tidak mencukupi telah
men jadi penghalang yang menyebabkan beberapa program
pembangunan menghadapi masalah seperti pembinaan sekolah,
pusat kesihatan serta penyedian bekalan air dan elektrik di
kawasan luar bandar
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
KESAN SOSIAL
Pendidikan
• Pendidikan adalah wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara y ang bersatu.
• Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa
Pelajaran 1956 .
• Penyata Rahman Talib memberi penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.
• Bagi tujuan mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Dewan Bahasa
dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan di bawah
Kementerian Pelajaran .
Jabatan Penerangan
• Penubuhan Jabatan Penerangan bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan
di luar negara.
• Jabatan ini juga berperanan sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat
berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara , terutaman menjelang kemerdekaan dan
pada tahun-tahun awal negara merdeka
Kesihatan
• Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
• Semasa negara mencapai kemerdekaan, terdapat sebanyak 65 buah hospital .
• Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam memulihkan isu sosial serta
pembangunan dan kesejahteraan masyarakat .
Kemudahan Asas
• Pada awal kemerdekaan, kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha menyediakan kemudahan
asas seperti bekalan eletrik dan air bersih.
• Selain mengutamakan kesihatan dan keselesaan hidup rakyat, usaha ini juga membantu
meningkatkan taraf hidup rakyat di samping merapatkan jutang antara penduduk luar bandar dengan
bandar.
Ikhtibar
1. Pengisian di awal kemerdekaan adalah suatu tempoh yang sangat penting kepada
sejarah negara
2. Ia membolehkan kerajaan mempelajari dan mencari pengalaman yang boleh digunakan
untuk membina sebuah negara yang maju
3. Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab seharusnya bersyukur dengan nikmat
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
kemerdekaan dan akan mempertahankan kemerdekaan tersebut.
10.5 PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
1 Bagi negara yang merdeka , kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menentukan
kebebasan daripada kongkongan kuasa luar.
2 Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan yang membolehkan kita
membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara .
3 Aspek kedaulatan negara kita merangkumi lima perkara, iaitu :
• Wilayah pengaruh
• Kerajaan
• Keunggulan undang-undang
• Lambang kebangsaan
• Rakyat
Wilayah pengaruh • Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk
membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
• Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada
Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan
Terengganu.
• Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan
atau Raja, Yang DIpertuan Besar atau Yang Dipertua
Negeri.
Kerajaan • Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk
mengurus dan mentadbir negara.
• Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terbahagi kepada
tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan
Eksekutif dan Badan Kehakiman.
• Dalam amalan Demokrasi, raky at bertanggungjawab dan
berperanan memilih wakil mereka melalui pilihan raya.
Kedaulatan undang-undang • Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah
undang-undang negara.
• Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan
keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan
rakyat.
• Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka dan
memelihara hak rakyat.
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
Lambang kebangsaan • Merupakan identiti dan jati diri rakyat.
• Lambang kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
adalah Jata Negara, lagu Negaraku ( lagu kebangsaan) ,
Jalur Gemilang ( bendera kebangsaan ) dan bunga raya (
bunga kebangsaan ).
• Setiap elemen dalam lambang kebangsaan mempunyai
pengertian berdasarkan sosiobudaya dan sejarah
negara.
Rakyat • Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita
mendapat hak asasi, iaitu hak yang dimiliki oleh
seseorang individu di sisi undang-undang seperti
kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
• Sebagai rakyat , kita perlu mematuhi perlembagaan
negara .
• Rakyat mempunnyai hak dan tanggungjawab terhadap
negara dan negara pula mempunyai hak dan
tanggungjawab terdadap rakyat .
Ikhtibar Fokus KBAT SPM
Kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang diperolehi melalui perjuangan yang Perlembagaan merupakan undang
berliku amat perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan –undang tertinggi negara.
kesejahteraan negara
Buktikan pernyataan tersebut?
Isi Jawapan
Kesimpulan
• Mengatasi kuasa YDPA
1. Kita sebagai rakyat perlu mempertahankan kemerdekaan negara kita • Parlimen
dengan sepenuh jiwa dan raga. • Jemaah Menteri
2. Bukan senang untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan yang • Mahkamah
menyaksikan negara kita menjadi sebuah negara nyang berdaulat. • Ungang –undang yang
3. Ia menuntut kita memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi bercanggah dengan
terhadap ibu pertiwi Perlembagaan adalah tidak
4. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan sah
kedaulatan negara harus diteladani dan disyukuri supaya generasi • Undang-undang negeri mesti
akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang sangat dicintai. selaras dengan Perlembagaan
• Jika tidak sah terbatal secara
automatic
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087