The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgusejarah, 2021-08-15 23:11:57

Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat

Bab ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
6 DARURAT

`



6.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI
NEGARA KITA


1 Komunisme merupakah fahaman politik yang menjadikan
ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.

2 Perkataan komunis merujuk kepada orang yang menganut
fahaman komunisme.

3 Ideologi komunisme diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich
Engels yang menghasilkan karya Communist Manifesto dan
Das Kapital.

4 Usaha untuk menyebarkan fahaman komunis di negara kita
telah bermula sejak tahun 1920-an.

5 Pada masa itu, dua buah negara yang terlibat dalam
penyebaran fahaman komunis di negara kita ialah China dan
Indonesia.

Kemasukan Pengaruh Komunis dari China

1 Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara kita melalui
cawangan Parti Kuomintang ( KMT ) yang beribu pejabat di China.
2 Menjelang tahun 1924, cawanganKMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negara kita bagi

mengembangkan ideologi komunisme.
3 Antara bandar tersebut ialah Muar, Melaka, Seremban, Klang , Kuala Lumpur dan Sungai Petani.

4 Selain KMT, pertubuhan seperti Main School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di

bawah arahan Parti Komunis China ( PKC ) turut menyebarkan fahaman komunis di negara kita.
5 Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara KMT dan PKC.

6 Pada tahun 1928, The Communist International ( Comintern ) yang beribupejabat di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang ( PKN ).

7 Kegagalan PKN mengembangkan fahaman komunis telah mendorong Comintern untuk
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Malaya ( PKM ).



Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia


1 Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia telah menyebarkan fahaman

komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.

2 Mereka terdiri daripada Tan Malaka, Alimin, Moeso , Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat
dan Sutan Perpateh.

3 Partai Komunis Indonesia ( PKI ) berusaha untuk membuka cawangandi Tanah Melayu berikutan
kegagalannya menguasai PulauJawa pada tahun 1926.

4 Usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA ( PKM )



1 Parti Komunis Malaya ( PKM ) ditubuhkan di Kuala Pilah , Negeri Sembilan , pada 30 April

1930.

(a) Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan ,

penerbitan akhbar dan sekolah Cina.

(b) PKM kemudian menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh

komunis.


2 Pada zaman pendudukan Jepun ( 1941 – 1945 ) , PKM memainkan peranan menentang

Jepun melalui usaha-usaha berikut :


(a) Memerangi Jepun melalui kerjasama dengan British.

(b) Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army ( MPAJA ) atau Bintang Tiga pada tahun

1942.

(c) Menerima bantuan senjata , latihan , kewangan , bekalan logistik dan perubatan daripada
British.







3 Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk meluaskan
pengaruhnya .


(a) Melalui MPAJA, anggota Bintang Tiga keluar dari hutan untuk melakukan kekejaman dan
pembunuhan ke atas mereka yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.



(b) Apabila Pentadbiran Tentera British ( BMA ) mengambil alih pentadbirandi Tanah Melayu,

MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945, tetapi PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah
pertubuhan yang sah di Tanah Melayu.


(c) PKM mengambil peluang untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan dengan ideologi komunis
dan seterusnya menyusup dalam kesatuan sekerja , iaitu Pan-Malayan Federation of Trade

Union ( PMFTU ).


(d) Menjelang bulan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335

kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.

(e) Pergerakan komunis dalam kesatuan sekerja telah mengancam ekonomi dan keselamatan
negara.


(f) Pada tahun 1949, British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 bagi tujuan menyekat
pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.




Terdapat penduduk yang terpengaruh dengan fahaman komunis kerana


penyebaran ideologi komunis dari China dan indonesia.

Ia berkembang melalui kesatuan sekerja terutamanya selepas Perang Dunia


kedua yang berlaku kekosongan politik di Tanah Melayu
Ia membuka peluang kepada PKM untuk menyebarkan fahaman komunis

PKM telah diharamkan oleh British

6.2 ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA © Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin

.

1 Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua

persidangan di Calcutta, India. Foku SPM objektif



• Persidangan Kongres Belia Asia ( 19 hingga 25 Februari 1948 ) Kerajaa telah mengisytiharkan


• Persidangan Parti Komunis India ( bulan Mac 1948 ) perintah Darurat melalui


pegemumuman oleh sirEdward

2 PKM turut menghantar wakil ke persidangan tersebut. Gent iaitu pesuruhjaya Tinggi



3 Dalam persidangan tersebut, pengikut komunis di negara Asia british di Tanah Melayu?


yang masih dijajah digesa supaya memperhebat perjuangan

mereka menentang kuasa imperialis. Mengapa Pengisytiharaan tersebut


dibuat?

4 Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM seterusnya mengambil

keputusan untuk melancarkan perjuangan bersenjata bagi A. Ancaman Jepun


menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. B. Pembunuhan Pengurus ladang


5 Tindakan PKM melancarkan perjuangan bersenjata menyebabkan oleh Komunis

British mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. C. Penentangan orang Melayu



6 PKM meneruskan usaha melumpuhkan ekonomi dan infrastruktur terhadap Malayan Union

serta mengancam kerselamatan rakyat Tanah Melayu D. Peristiwa rusuhan kum


Jawapan : B – Pmbunuhan

PERISYTIHARAN DARURAT pengurus ladang oleh komunis



1 Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus Fakta : Pada 16 Jun 1948,

ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. komunis membunuh tiga
orang pengurus ladang
2 Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil , John Allison, pengurus Eropah di Sungai Siput,
Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian telah ditembak Perak.
mati oleh komunis.
Bukti : Lihat Buku Teks hal 148

3 Berikutan peristiwa tersebut, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu , Sir Edward Gent, mengisytiharkan darurat.

4 Undang-undang Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri
Perak ( Ipoh dan Sungai Siput ) dan Johor ( daerah Muar , Kluang
,Kulai dan Plentong )

5 Pada 17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat diperluaskan meliputi
seluruh negeri Perak dan Johor.

6 Pada hari berikutnya , Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke
seluruh Tanah Melayu.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
TINDAKAN KOMUNIS



Melumpuhkan ekonomi

(a) Bagi mencapai matlamatnya, komunis mencetuskan huru-hara
di seluruh negara supaya penduduk hilang keyakinan terhadap
British.

(b) Komunis melumpuhkan ekonomi negara dengan mensasarkan
lombong bijih timah dan ladang getah.

(c) Dari tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis telah menyerang
80 lombong bijih timah yang antaranya di Perak, Selangor dan

Negeri Sembilan.

(d) Komunis juga merosakkan pokok getah, kilang estet , rumah

asap , umah kongsi, kedai dan sekolah .

(e) Mereka juga melakukan pembunuhan ke atas pekerja kilang.


Merosakkan infrastruktu


Tindakan komunis menyebabkan pekerja lombong dan kilang
a) (f) Komunis melakukan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap

kemudahan asas , khususnya sistem pengangkutan dan

perhubungan.
Mengancam pasukan

(b) Antara tindakan mereka ialah mengebom, merosakkan dan keselamatan

mengalihkan landasan kereta api serta menembak dan

membakar kenderaan yang melalui jalan raya. (a) PKM turut menyasarkan
pasukan keselamatan dan
(c) Selain memusnahkan kemudahan awam seperti telefon , telegraf menyerang balai polis bagi

dan paip air , komunis turut bertindak menyerang pekerja awam mencetuskan keadaan

yang ditugaskan untuk membaiki kemudahan tersebut. huru-hara.


Mengancam keselamatan rakyat (b) Mereka cuba menunjukkan

ketidakupayaan kerajaan
(a) Tindakan ganas komunis menggugat keselamatan penduduk untuk melindungi
tempatan. keselamatan penduduk.

(b) Komunis bertindak mengugut, mensabotaj, menyerang, (c) Pada 6 Oktober 1951, Sir
melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas , Henry Gurney ,
membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan Pesuruhjaya Tinggi British
memberi kerjasama. di Tanah Melayu menjadi
mangsa serang hendap
(c) Pada malam 5 Julai 1949, tindakan komunis mencampakkan komunis dan terbubuh di
bom tangan di Sheum Circus, Kampar , Perak mengakibatkan Jalan Kuala Kubu Baru
kematian empat orang dan 46 orang lagi cedera parah .
dalam perjalanan ke Bukit
(d) Tindakan komunis telah menyebabkan kesengsaraan dan Fraser.
penderitaan kepada rakyat.





Stastik orang awam yang terbunuh, tercedera dan
hilang pada tahun 1948 - 1960

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin





Serangan Komunis Terhadap Pasukan Keselamatan


Tarikh Lokasi Tindakan komunis


17 Jun 1948 Choh, Johor Menyerang Balai Polis Kampung

Jeram. Stastik anggota keselamatan yang


terkorban dan tercedera pada

26 Jun 1948 Temerloh , Menyerang Balai Polis Kuala Krau tahun 1948 - 1960
Pahang

28 Jun 1948 Jerantut, Pahang Membakar Balai Polis


17 Julai 1948 Gua Musang, Menyerang Balai Polis
Kelantan

8 Mac 1949 Kajang, Selangor Menyerang jip tentera


22 Februari Muar , Johor Menyerang Balai Polis Bukit

1950 Kepong Pasukan keselamatan yang

bertugas di hutan

24 Mac 1950 Ulu Semur, Menyerang hendap pasukan askar
Kelantan Melayu


28 Jun 1950 Kota Tinggi Menyerang Balai Polis Kambau
,Johor

21 Februari Taiping , Perak Menyerang kenderaan polis
1952


28 Mei 1954 Kedah Membunuh Ketua Polis Kedah Pembunuhan Henry Gurney


Sir Henry Gurney telah dilantik sebagai
18 Oktober Pontian, Johor Menyerang Balai Polis Chuan Seng

1954 Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah

Melayubagi menggantikan Sir Edward

Pelbagai tindakan telah dilakukan oleh pasukan Komunis yang Gent pada 13 September 1948.


bertujuan untuk mengancam keamanan negara selaras dengan hasrat untuk

mewujukan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Pada 6 Oktober 1951 Sir Henry Gurney

telah dibunuh semasa serang hendap


Rakyat dan kerajaan Tanah Melayu berkerjasama dalammembanteras komunis di jalan Kuala Kubu Baru


ancaman komunis tersebut semasa perjalanan ke Bukit Fraserr

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
6.3
USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS




Penguatkuasaan Undang-undang darurat



Menahan sesiapa sahaja yang
disyaki terlibat dalam pergerakan Mengenakan hukuman berat


komunis tanpa sebarang kepada mereka yang membantu
perbicaraan. komunis.




Mengetatkan undang-undang Menggeledah rumah kediaman ,


senjata api dengan memagar kampung


mengenakan hukuman mati ,mengadakan perintah


terhadap mereka yang berkurung, mewujudkan


membawa senjata api dan Kampung Baru dan memindah


bahan letupan. serta menempatkan penduduk.






Mengharamkan PKM dan parti politik Menangkap pemimpin Gerakan

berfahaman radikal seperti AWAS, radikal seperti Ahmad Boestamam,

Ikatan Pembela Tanah Melayu (PETA) Ishak Haji Muhammad , Abu Bakar al-

, Pemuda Radikal Melayu ( PERAM ) , Baqir dan Khatijah Sidek.

PKMM dan Hizbul Muslimin.




Pemerkasaan Pasukan Keselamatan






British memperkasakan pasukan polis dengan
menubuhkan Cawangan Khas, Special Constables

( SC ) , Polis Hutan, Polis Wanita, Senoi Praaq ( Urang

Perang ) dan Auxillary Police ( AP ).


Memperkasakan pasukan tentera melalui pasukan
Askar Melayu , pasukan Askar Komanwel dan

Sarawak Rangers.




Mewujudkan pasukan sukarelawan seperti Home
Guard

Pasukan Polis © Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin


Cawangan • Guy C. Madoc menubuhkan Cawangan Khas ( Special Branch
Khas ) untuk menjalankan kerja-kerja risikan.
• Anggota pasukan menyamar sebagai komunis untuk
mendapatkan maklumat tentang operasi PKM.
• British mengambil ramai ahli Cawangan Khas dari kalangan
orang Cina untuk menjejak anggota komunis hingga kubu
persembunyiannya.
• Kejayaan Cawangan Khas menyusup ke dalam PKM
memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan
terhadap PKM.


Special • SC ditubuhkan pada tahun 1948 semasa pelaksanaan
Constables Rancangan Briggs.
(SC) • SC menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman
komunis dengan peranan mengawal ladang dan kawasan
lombong.
• Serama 24 ribu orang anggota SC dilatih untuk tujuan
tersebut.


Polis • Pada asalnya dikenali sebagai Flying Squad.
Hutan • Pada tahun 1951, pasukan dinamai Jungle Squad , dan
kemudiannya Jungle Companies.
• Pada tahun 1953, pasukan disusun semula dan dinamakan
Police Field Force ( PFF ).
• Pada 18 Oktober 1958, PFF dikenali sebagai Pasukan Polis
Hutan.
• Antara tugas Polis Hutan ialah memburu komunis, membuat
rondaan di pinggir hutan, membawa bekalan makana kepada
pasukan yang bertugas di dalam hutan dan menjaga kubu (
jungle fort ).


Polis • Polis wanita ditubuhkan pada bulan Ogos 1955.
Wanita • Barbara D.R. Wentworth, pegawai polis wanita yang pertama,
ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan
polis wanita.


Senoi • Senoi Praaq dalam Bahasa Semai dikenali sebagai Urang
Praaq ( Perang.
Urang • Pasukan Senoi Praaq yang ditubuhkan pada tahun 1956
Perang ) dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan.
• Mereka yang ditugaskan untuk mengesan tempat
persembunyian komunis di dalam hutan lebih dikenali sebagai

“ The Silent Killers “.


Auxillary • AP membantu polis menentang ancaman komunis di
Police ( AP samping mempertahankan bandar dan kampung daripada
) ancaman komunis.
• Pada bulan Disember 1948, terdapat seramai 17 ribu
orang anggota AP di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
• Pada tahun 1956, anggota AP dijadikan Police Volunteer
Reserve.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin



Pasukan Tentera


Pasukan • Pasukan Askar Melayu yang ditubuhkan pada tahun
Askar 1933 ditugaskan untuk membanteras gerila komunis
Melayu di dalam hutan.
• Rejimen Askar Melayu diperbesarkan daripada tiga
regimen kepada tujuh rejimen.
• Kerajaan juga melengkapkan tentera darat dengan
pasukan Meriam dan pasukan bantuan yang lain.
• Kejayaan cemerlang pasukan ini ialah berjaya
menumpaskan anggota komunis serta
memusnahkan kubu operasi komunis.


Pasukan • Kerajaan membawa masuk askar Komanwel dari
Askar negara Britain, Australia, New Zealand, India Afrika
Komanwel Timur , Kenya , Uganda Rhodesia dan Fiji.
• Pada tahun 1954, terdapat seramai 25 ribu orang
askar Britain, 10 ribu orang askar Gurkha, satu
batalion askar Afrika dan satu batalion rejimen Fiji
ditempatkan di Tanah Melayu.
• Pasukan askar ini dibawa masuk untuk membantu
memerangi komunis di negara kita.


Sarawak • Pasukan yang terdiri daripada orang Iban ini
Rangers ditugaskan untuk menjejak persembunyian komunis
di dalam hutan.
• Anggota pasukan ini mahir dalam selok-belok hutan.
• Mereka menggunakan cogan kata “ Agi Idup Agi
Ngelaban “ yang membawa maksud “ Selagi hidup
selagi melawan “ .
• Banyak kem dan markas komunis berjaya
dimusnahkan oleh Sarawak Rangers. Pesanan Perintis Senoi

Praaq iaitu Apok /k Saad (
Big Nose ) “” Jangan
Sukarelawan persiakan pengorbanan


saya serta raakaan-rakan

Home • Home Guard yang merupakan pasukan Pengawal yang telah bersara. Dulu

Guard Kampung ditugaskan untuk membantu menyekat kami terpaksaa berlapar di
pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke dalam hutan, makanan

tangan komunis. dicatu , tak cukup ,

• Anggotanya diberi latihan ketenteraan untuk mengawal

kampung dan pekan. tinggakan anak bii

• Pada bulan Julai 1951, terdapat sejumlah 79 ribu orang beerbulan-bulan, nyawa
Home Guard di Persekutuan Tanah Melayu. dhujug peluru, semuaya

• Mereka juga berjaya membantu dalam usaha semata-mata nak tengok

mengamankan kampung serta melindungi pekerja lombong rakyat maaysia dapat
bijih timah daripada serangan komunis.

hiddup aman

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin


Pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan




(a) Pada 23 Julai 1948, kerajaan British memperkenalkan sistem
pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan bagi
mengawal pergerakan penduduk.

(b) Langkah ini diambil bagi memudahkan pihak keselamatan
membezakan orang awam dengan komunis.

(c) Di bawah peraturan ini, setiap orang yang berumur 12 tahun ke
atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa.

(d) Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-
mana sahaja mereka berada.











Rancangan Briggs




a) Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney , Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu , melancarkan

Rancangan Briggs sebagai satu langkah menangani ancaman komunis .

(b) Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi Pengarah Operasi.

(c) Matlamat utama Rancangan Briggs ialah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen .


* Min Yuen ( Organisasi Massa ) ditubuhkan oleh masyarakat yang bersimpati dengan perjuangan

komunis
* Aktiviti Min Yuen ialah mendapatkan bekalan makanan dan wang untuk anggota komunis.

* Mereka juga melakukan peras ugut, merompak , menjalankan kegiatan propaganda, melakukan

perisikan dan sabotaj, merekrut ahli baru serta menjalankan kegiatan politik.

* Min Yuen beroperasi pada waktu malam dan bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api.


(d) Melalui Rancangan Briggs, kerajaan British telah memindahkan penduduk setinggan di pinggir


hutan ke petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru.

* Kampung Baru dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan eletrik, air paip, sekolah

dan kemudahan kesihatan.
* Kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat juga dibina.
* Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara kemudahan di kawasan Kampung Baru..

* Kampung Baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables.

* Sehingga Mac 1952, terdapat lebih daripada 423 ribu orang penduduk pinggir hutan

dipindahkan ke Kampung Baru.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin

Menawarkan pengampunan




(a) Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis Fokus SPM Esei

pada 6 September 1949 supaya mereka menyerah diri.
Jelaskan apakah usaha-usaha yang


(b) Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan dan poster telah dijalankan oleh Kerajaan

ditampal di merata-rata tempat. British di Tanah Melayu untuk

membanteras pengeruh an

(c) Edaran risalah dan pas pengampunan dalam bahasa Cina, Melayu ancaan komunis ?

dan Tamil dilakukan dalam pelbagai cara termasuk melalui kapal
terbang. Isi Jawapan


(d) Iklan dan wayang gambar juga digunakan untuk membantu • Penguatkuasaan undang-

penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri . udang darurat
• Pemeriksaan pasukan
keselamatan
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

• Pendaftaran kebangsaan

dank ad pengenalan
• Rancangan Briggs
(a) Kempen “ Bulan Rakyat Melawan Penjahat ” diisytiharkan oleh

Majlis Perundangan Persekutuan pada 22 Disember 1949. • Tawaran pengampungan
• Kempen bulan rakyat
(b) Penduduk berbilang kaum diseru untuk mendaftarkan diri dengan melawan Penjahat
pihak berkuasa secara sukarela . • Perintahh berkurung

• Perang saraf

(c) Menjelang bulan Mac 1950, lebih 435 905 orang sukarelawan telah • Rundingan Baling
mendaftarkan diri.
Bu kti : buku teks hal 152- 160
(d) Mereka terdiri daripada penduduk lelaki dan wanita daripada latar
belakang termasuk golongan profesional.

(e) Pelaksanaan kempen ini telah menggalakkan interaksi antara
penduduk pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan .


Perintah Berkurung




a) Perintah berkurung merupakan tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh

tertentu.


(b) Pelaksanaan perintah berkurung membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan

lebih berkesan.
(c) Pada bulan Jun 1951 , perintah berkurung dikenakan di kawasan Labis, Johor, untuk membolehkan
pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis.

(d) Perintah berkurung juga dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak

berkuasa untuk membanteras ancaman komunis.

(e) Pada bulan Mac 1952, perintah berkurung selama 22 jam dikenakan terhadap penduduk di Tanjung


Malim untuk mengelakkan mereka berhubung dengan komunis.

(f) Perintah berkurung dikenakan di Tanjung Malim berkutan peristiwa serangan 40 orang anggota
komunis yang menyebabkan 12 orang pekerja membaiki paip air terkorban

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin

Perang Saraf

Iktibar sejarah

(a) Perang Saraf merupakan rancangan yang dilaksanakan oleh Kerjasama penduduk dalam

British untuk menghapuskan komunis melalui usaha melakukan sesuatu program amat

memenangi hati dan fikiran rakyat tempatan. diperlukan untuk memastikan
kejayaan kepada negara

(b) Rancangan ini diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Gerald Templer pada tahun 1952.

(c) Templer berusaha menjalinkan hubungan baik dengan
penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dan
menyampaikan maklumat tentang komunis kepasda pihak
kerajaan .

(d) Melalui perang saraf , pihak British berjaya memujuk rakyat
berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman
komunis.

Mengadakan Lawatan



• Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka.


• Lawatan dilakukan ke atas sekolah , hospital, pondok polis , kampung baru dan sebagainya.


• Lawatan Templer diiringi oleh isteri beliau yang menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu

Puteri dan pusat komuniti.


Melonggarkan syarat kewaarganegaraan



• Langkah ini bertujuan menarik kaum bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu.

• Langkah ini penting untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.

• Pada 14 September 1952, lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi


warganegara.



Pilihanraya Majlis perbandaran


• Pilihan raya tempatan diadakan untuk menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam bidang
politik.
• Melalui langkah ini, kerajaan mendapat sokongan orang bukan Melayu untuk menentang ancaman

komunis

Hadiah Wang Tunai


• Hadiah wang tunai ditawarkan kepada penduduk yang berjaya menagkap atau memberi maklumat

tentang gerila komunis.
• Wang tunai sebanyak $250 ribu ditawarkan ke atas mereka yang berjaya menangkap atau

memberi maklumat tentang pemimpin PKM, Chin Peng.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
Memenangi keprcayaan orang Asli



• Usaha dijalankan supaya Orang Asli menyokong kerajaan dalam usaha membanteras komunis.
• Templer mendirikan 14 kubu yang menyediakan kemudahan barangan keperluan harian,


perubatan, pendidikan dan perlindungan untuk mendapatkan sokongan Orang Asli.


Memajukan Perkhidmataan penerangan


• Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk menimbulkan

kesedaran kepada masyarakat supaya menyokong usaha kerajaan membanteras komunis.

Perkenalkan kawasan Hitam dan putih



• Konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih diperkenalkan.
• Kawasan Hitam merujuk kepada kawasan yang terdapat pengaruh komunis yang aktif dan

dikenakan perintah berkurung.

• Kawasan Putih merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.
• Sehingga tahun 1954, British mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri

Sembilan sebagai Kawasan Putih.






Rundingan Baling





(a) Pada 28 Disember 1955, satu pertemuan di antara pihak
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM diadakan di

Sekolah Inggeris, Baling , Kedah.

(b) Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman
yang ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall
sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid
Maidin.

(c) Rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling ini
bertujuan menamatkan ancaman komunis.

(d) Dalam rundingan , Tunku meminta Chin Peng membubarkan
PKM , meletakkan senjata dan menyerah diri.



(e) Chin Peng pula menetapkan syarat bahawa peletakan senjata Kerajaan telaah menggunakan
dan penyerahan diri akan dibuat jika kerajaan bersetuju pelbagaai kaaedah untuk

mengakui PKM sebagai parti politik yang sah.
membanteras ancamaankomunis


(f) Rundingan menemui kegagalan kerana Tunku enggan seperti melalui ketenteraan ,
menerima syarat yang ditetapkan oleh PKM. kerjaasaama dari rakyat seperti

perang saraf

Kerjasama antara rakyat dan kerajaan
amat pentin dalam usaha
mempertahankan negara

6.4 KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
NEGARA KITA


Aspek Politik


Peningkatan jumlah warganegara

• Berikutan langkah kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan

pada tahun 1952, seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180

ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

• Kelonggaran syarat ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu

terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat


Penubuhan Malayan Chinese Association Fokus SPM Esei


• Darurat mendorong Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan Jelaskan Kesan-kesan zaman

hati penduduk Cina dengan menubuhkan parti politik darurat terhadap negara?

be rorientasikan tempatan.

• Pada 27 Februari 1949, Tan Cheng Lock membentuk Malayan Isi Jawapan

Chinese Association ( MCA ) di Kuala Lumpur untuk meyakinkan Politik

British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.

• MCA juga bersedia bergandingan dengan kerajaan untuk memerangi • Peningikatan jumah rakyat

komunis.

• Sehingga bulan Februari 1953, MCA mempunyai seramai 250 ribu • Penubuhan MCA

orang ahli. • Mempercepatkan


• Antara peranan MCA adalah : kemerdekaan


* Membantu kerajaan dari segi kewangan dan Aspek Ekonomi
menempatkan semula 500 ribu orang penduduk ke
Kampung Baru. • Kos perbelanjaan
meningkat
* Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan • Peenderitaan rakyat
dan mendermakan kutipan loteri kepada penduduk di • Hubungan kaum renggang
Kampung Baru.
* Memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru. • Koorban meningkat

Lihat Buku Teks hal 161 - 163

Mempercepatkan kemerdekaan

• British bersedia untuk mempercepat kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu kerana mereka sedar bahawa penamatan darurat
tidak dapat dicapai melalui strategi ketenteraan semata-mata.

• Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC ) ditubuhkan untuk

meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum .
• Parti Perikatan ( UMNO-MCA-MIC ) ditubuhkan untuk

membolehkan perkongsian kepentingan dan hala tuju yang sama
dalam kalangan pemimpin kaum .
• Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955
memberi keyakinan kepada British bahawa Persekutuan Tanah
Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk
yang berbilang kaum.

• Dalam suasana demikian, British bersetuju memberikan
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

• Dengan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, PKM
tiada alasan lagi untuk meneruskan perjuangannya

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
Aspek Sosial Jumlah korban zaman
Darurat

Meningkatkan kos perbelanjaan • Banyak anggota

pasukan keselamatan
• Semasa darurat, perkembangan ekonomi telah terjejas kerana , anggota komunis dan
British terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dalam orang awam terkorban
menangani ancaman komunis . semasa darurat.
• Anggaran purata kos darurat ialah sebanyak $250 ribu hingga • Darurat juga
$300 ribu sehari. menyebabkan
• Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih $10 juta sebulan atau kemusnahan harta
$120 juta setahun untuk membanteras ancaman komunis. benda.
• Kerajaan juga membelanjakan kos yang besar untuk mengatasi

masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan.
• Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, perbelanjaan kerajaan
dianggarkan lebih $7 juta untuk pembangunan Kampung Baru.



Penderitaan dan kesengsaraan rakyat


• Darurat membawakan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat.

• Kemusnahan lombong dan ladang menjejaskan ekonomi negara .

• Harga barang keperluan meningkat secara mendadak berikutan

pe ngeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
• Peniaga, pekedai, pengusaha kebun , peladang dan pelombong


mengalami kesukaran kerana mereka menjadi sasaran peras ugut

komunis bagi mendapatkan wang dan bekalan makanan.

• Penduduk sukar bergerak untuk mendapatkan bekalan keperluan

kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan yang dikenakan oleh

kerajaan.

• Ramai penduduk tidak dapat bekerja atau menjalankan kegiatan

seharian berikutan perintah berkurung.

• Catuan makanan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan


penduduk terpaksa bergantung kepada sumber makanan lain seperti
ub i kayu, keledek dan jagung.



Merenggangkan hubungan kaum


• Rancangan penempatan semula menyaksikan Kampung Baru

didominasikan oleh kaum Cina .

• Petempatan baharu yang dilengkapi dengan prasarana berkembang

menjadi bandar baharu manakala kaum Melayu terus tinggal di

kawasan desa yang serba kekurangan.

• Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan menyebabkan hubungan

ant ara kaum lain terbatas.

• Pengasingan ini tidak memberi ruang kepada penduduk Kampung

Baru untuk bersosial dengan kaum lain , menyebabkan hubungan

antara kaum semakin renggang.

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin



PENAMATAN DARURAT


1 Darurat mengakibatkan banyak nyawa terkorban,
harta benda termusnah serta penduduk
mengalami keperitan hidup dan kesengsaraan .

2 Pada 31 Julai 1960 , Darurat diisytiharkan tamat
setelah berlangsung selama 12 tahun di
negara kita.


























.


Click to View FlipBook Version