37 TAHUN UUM SCHOLARS EDGE
"WE ARE GLOBAL NOW!"
2/2021
UUM RINTIS PELUANG
KERJASAMA STRATEGIK
DENGAN SPRM
"YOU ARE RECEIVING THIS
BULLETIN BECAUSE YOU ARE A
VALUED MEMBER OF THE
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
ALUMNI COMMUNITY"
https://uumalumni.my "REMINISCING THE PAST. EMBRACING THE FUTURE"
KANDUNGAN
SIDANG EDITOR II
KALAM KETUA EDITOR 1
BERITA UUM 2-15
37 TAHUN UUM "WE ARE GLOBAL NOW"
UUM RINTIS PELUANG KERJASAMA STRATEGIK DENGAN SPRM
13 AHLI TASKFORCE SHUKATSU DILANTIK
UUM SAMA-SAMA PERANGI COVID-19, BANTU BARISAN HADAPAN NEGARA
FIVE ALUMNI UUM REPORT FOR DUTY AS POLICE INSPECTOR
UUUMBUKA 'OUTREACH' IPT PERCEPAT PROSES VAKSINASI
15,271 TERIMA VAKSIN DI PPV 'OUTREACH' IPT UUM
PELAJAR B40 TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA
27 STUDENTS IN ARAU RECEIVE THEIR OFFER LETTERS TO STUDY AT UUM
WEBINAR TINGKAT PENGETAHUAN ISU KESIHATAN DAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA
UUM SEDIA BANTU BANGUNKAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS KUBANG PASU
UUM SIGN MOU WITH FIVE INDUSTRY MENTORS
RANKING 16-25
UUM MAKES A HUGE LEAPS IN TIME HIGHER EDUCATION ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2021
UUM MELONJAK DITANGGA 161 TIMES HIGHER EDUCATION YOUNG UNIVERSITY RANKINGS 2021
EMERALD IKTIRAF UUM KE-11 TERBAIK DUNIA, KEDUA TERBAIK DI MALAYSIA
UUM KEKAL KEDUDUKAN 601-800 THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2022, KETIGA DI MALAYSIA
UUM KEKALKAN KEDUDUKAN 601-800 THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2022 (PHYSICAL SCIENCES:
MATHEMATICS AND STATISTICS)
COMPUTER SCIENCES SUBJECT MAINTAINS IT POSITION IN THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2022
SUBJEK UTAMA UNIVERSITI MELONNJAK DALAM THE WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2022
UUM TERIMA TIMES HIGHER EDUCATION (THE) AWARDS ASIA 2021
ALUMNI ACTIVITIES 26-41
(April-December)
IKLAN PUSAT ALUMNI 42-45
I
SIDANG EDITOR
PENASIHAT
PROF MADYA DR. HENDRIK BIN LAMSALI
KETUA EDITOR
PROF MADYA DR. LILY JULIENTI BINTI ABU BAKAR
EDITOR
EN. HALIM BIN MD YATIM
PENULIS & SUSUN ATUR GRAFIK
MAIZATUL AKMAR BINTI ZULKAFLI
SITI NUR FAIZAH BINTI MOHD BASIR
NURIN SABRINA BINTI MOHAMAD AL'LOTPI
PUTRI LAILATUL NADHIRAH BINTI MOHAMAD FUAT
JAWATANKUASA
EN. MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME
EN. MUHAMMAD ZUBAIRI BIN HASHIM
EN. KHAIROL AZMAN BIN ROHIM
PN. NURUL HAYATI BINTI A. KADIR
PN. HAFIDZAH BINTI OTHMAN
PN. ROSSITA BINTI CHIN
ANIS ZULAIKA BINTI KAMAL
II
KALAM KETUA EDITOR
Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita saksikan penerbitan
Buletin SCHOLARS EDGE bagi edisi yang ke-2 bagi tahun 2021. Buletin ini merupakan kebanggaan Pusat Alumni
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Alumni UUM keseluruhannya. Sekalung penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada Yang Berusaha Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni selaku Penasihat Buletin, serta Sidang Editor 2021 atas berkat usaha yang tidak mengenal erti jemu dan
penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga ALUMNI UUM ini. Penghasilan Scholars
Edge 2021 merekodkan pelbagai berita kampus dan alumni bahkan merakamkan kecemerlangan UUM dalam
pelbagai sudut, baik penarafan, akademik, mahupun pembangunan pelajar. Pandemik Covid-19 bukanlah
penghalang untuk kita menjalankan aktiviti-aktiviti universiti, malah ia dapat mededahkan kita semua kepada kaedah
yang di luar kebiasaan untuk berkomunikasi dan menjalankan aktiviti universiti sama ada di dalam bentuk akademik
atau bukan akademik bersama alumni. Sebagai Ketua Editor Scholars Edge edisi 2/2021, saya mewakili Sidang Editor
2021 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan buletin ini dan ampun maaf
dipinta, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri
kami sendiri. Semoga dengan penghasilan buletin ini, semua kenangan dan memori indah bersama UUM dapat
dipotretkan untuk tatapan alumni pada masa yang akan datang.
"Berpikirlah positif, tidak peduli seberapa keras kehidupanmu." (Ali bin Abi Thalib).
Sekian terima kasih.
1
"THE BEST WAY TO PREDICT THE
FUTURE
IS TO CREATE IT"
-ABRAHAM LINCOLN-
BERITA
UUM
2
37 TAHUN UUM
"WE ARE GLOBAL NOW!"
Writer: Muhammad Hafizal Faiz B. Suhaime
UUM ONLINE: Siri Biskut Kering Kopi O’ anjuran
Bahagian Pemasaran menutup tirai dengan kehadiran
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul
Ghani di Manager’s Coffee yang disiarkan secara
langsung di Facebook rasmi UUM, kelmarin.
“We are global now!,” kata beliau ketika memulakan
bicara apabila mengekspresikan kejayaan yang
dikecapi UUM sekarang.
Beliau berkata, perkembangan ini sangat baik, malah
staf dan pelajar juga semakin matang seiring dengan
usia UUM yang ke-37.
Menurutnya, banyak yang dilalui dari zaman sukar
seperti ketiadaan capaian internet namun kini pelbagai
perubahan demi perubahan dinikmati.
“Kita telah berada di pelosok dunia dan tidak hilang dari radar dunia. Banyak lagi ruang untuk penambahbaikkan
kerana universiti bukan sebuah institusi yang statik begitu juga dengan sistem pengurusan.
“Oleh itu, saya telah berbincang bersama rakan-rakan pengurusan serta pentadbir tinggi untuk melakukan
pengubahsuaian sistem menerusi setiap jabatan agar menjadi yang terbaik,” katanya.
Naib Canselor juga meminta agar setiap bahagian jabatan dan warga kampus lebih kreatif dalam menguruskan
sistem pengurusan supaya dapat kekal relavan dan mampu bersaing dengan universiti lain di masa hadapan.
Menurutnya, UUM telah mencapai satu tahap yang membanggakan dan beliau percaya pada masa akan datang UUM
akan menarik lebih ramai pelajar dengan dibantu infrastruktur yang tepat.
“Pandemik ini telah memberi kesan kepada semua, kita tidak tahu apa akan terjadi esok dalam berhadapan dengan
sistem pentadbiran yang baharu akibat situasi pandemik yang melanda dunia pada waktu ini.
“Kita perlu sentiasa bersedia dan menggambarkan akan situasi yang mungkin akan terjadi di masa hadapan agar
dapat menghadapinya dengan tenang. Ini merupakan antara ciri-ciri yang perlu diselami seseorang individu dalam
melahirkan pemimpin yang baik iaitu mampu mengatasi sebarang cabaran dengan mencari solusi yang tepat,”
katanya.
Mengulas tentang perancangan masa hadapan UUM dalam berhadapan dengan situasi pandemik, Prof. Dato’ Dr.
Ahmad Bashawir berkata, universiti perlu melabur dalam digital teknologi agar dapat menghadapi cabaran dengan
lebih cekap dan mampu mengurangkan kos.
Kedua, menurutnya, penjenamaan UUM harus dijalankan dengan lebih agresif dalam mempromosi UUM di tahap
tertinggi dan bergerak ke arah konglomerat. Penjenamaan ini harus dilaksanakan secara antarabangsa yang
dimulakan di rantau Asia agar dikenali di seluruh dunia.
“Saya berharap lima tahun yang akan datang, UUM mampu mengembangkan rangkaiannya sehingga ke luar negara
serta mampu untuk menjadi sebuah institusi yang benar-benar konglomerat,” katanya.
3
UUM RINTIS
PELUANG
KERJASAMA STRATEGIK
DENGAN SPRM
Writer: Muhammad Hafizal Faiz B. Suhaime UUM ONLINE: Putrajaya - Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman
Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Azam Baki di Pejabat Ketua
Pesuruhjaya SPRM, baru-baru ini.
Tujuan kunjungan hormat itu diadakan adalah bagi
membuka lembaran baharu dan membincangkan
kerjasama strategik dua hala di antara UUM dan SPRM,
khususnya melibatkan program pemindahan
pengetahuan (knowledge transfer), pemindahan
teknologi dan inovasi (innovation & technology transfer),
penyelidikan, pensijilan eksekutif, latihan jangka pendek,
sederhana dan panjang serta pembangunan nilai dan
integriti pelajar di peringkat rendah, menengah dan
universiti.
Dato’ Seri Azam Baki menerima kunjungan hormat ini
dengan tangan terbuka dan meraikan idea jalinan
kerjasama strategik UUM dan SPRM, malah bersedia
memberi komitmen penuh.
Perbincangan yang berlangsung selama sejam ini telah digunakan oleh kedua-dua pihak untuk melihat kerjasama
strategik yang boleh dibentuk bagi menjayakan aspirasi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu Malaysia
dikenali kerana integriti bukannya rasuah.
Kunjungan ini sangat bermakna khususnya kepada Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), UUM
dalam usaha memperkukuhkan kecekapan penyampaian awam dan memupuk tadbir urus baik dalam dalam entiti
kerajaan, swasta dan korporat melalui penyelidikan dan pembangunan modul pendidikan merentasi pelbagai tahap.
Beberapa bentuk kerjasama yang bersifat jangka panjang telah dikemukakan dan disambut baik Dato’ Seri Azam Baki.
Hasil daripada sesi kunjungan hormat tersebut, Prof. Dr. Haim Hilman berkata, ARICG, UUM akan menyediakan
beberapa kertas kerja cadangan kepada pihak SPRM dan pada masa sama menjadi sekretariat dalam menguruskan
kerjasama ini
Menurutnya, penyelidikan dan projek kerjasama ini akan melibatkan pusat kecemerlangan lain dan pusat pengajian
mengikut bidang tujahan masing-masing.
Kunjungan hormat itu turut disertai Pengarah, University Centre of Excellent (UCoE), ARICG, Prof. Dr. Kamarun Nisham
Taufil Mohd; Felo Penyelidik, ARICG, Dr. Norruzeyati Che Mohd Nasir dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat
(PenMas) SPRM, Dato’ Razim Mohd Noor.
4
13 AHLI TASKFORCE
SHUKATSU
DILANTIK
WRITER: SAMSUDIN OLI MOHAMED
UUM ONLINE: Seramai 13 ahli Taskforce Projek Khas Kebolehpasaran Graduan (GE) Shukatsu dilantik bagi
membantu dalam mengatur rancang kaedah pelaksanaan, penilaian dan pengurusan Talent Pipeline
Program – Shukatsu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, mereka
yang dilantik ini akan membantu merancang dan membangunkan penulisan modul latihan Talent Pipeline
Program – Shukatsu ini.
Katanya, mereka juga akan bertanggungjawab untuk membantu mempromosikan Shukatsu ini kepada
pihak industri, selain daripada tugas-tugas yang diarahkan dari masa kesemasa tertakluk kepada sebarang
perubahan nanti.
“Saya yakin dengan pelantikan ini mereka akan membantu mempromosikan kepada pihak industri dan
syarikat untuk mengambil pelajar universiti ini nanti.
“Pelantikan ini juga sebagai persediaan kepada pelajar kampus ini seawal semester empat untuk mereka
ditempatkan d ibeberapa syarikat selepas mendapat latihan dari pasukan GE ini nanti,” katanya.
5
UUM SAMA-SAMA PERANGI COVID-19
BANTU BARISAN HADAPAN NEGARA
UUM ONLINE: Sejak pandemik Covid-19 bermula pada
tahun lalu di negara ini, pelbagai cara telah dilakukan bagi
membantu barisan hadapan menghadapi cabaran yang
belum nampak penghujungnya.
Universiti Utara Malaysia (UUM) turut tidak terkecuali
apabila pelbagai bentuk bantuan diberi sejak tahun lalu
khususnya kepada barisan hadapan di kawasan Utara.
Antaranya, menghasilkan 13,000 meter pakaian
perlindungan diri (PPE) dan lebih 2,000 cecair basmi kuman
(hand sanitizer), pelitup separuh muka (face mask) serta
pelindung muka (face shield) yang diserahkan kepada
barisan hadapan di hospital-hospital terlibat di kawasan
Utara.
Selain itu juga, UUM turut membuat kutipan dan mengedarkan bantuan kepada penduduk sekitar yang terjejas di
Napoh semasa Kluster Sivagangga dan Kluster Sungai di Kota Setar, selain mengedar 200 pek bantuan termasuk kit
makanan kepada anggota polis bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dan pengamal media.
UUM juga telah menawarkan geran Covid-19 Pandemic Research Funding (ResQ-COVID-19) kepada ahli akademik
berjumlah lebih RM100,000 bagi menggalakkan kajian kesan pandemik terhadap masyarakat dan negara. Bagi
memastikan suasana pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang selamat kepada pemegang taruh utama Universiti iaitu
pelajar, kaedah secara maya atau ‘remote learning’ telah dilaksanakan dengan jayanya sejak tahun lalu. Bagi tujuan
tersebut juga, UUM telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) Berhad dengan menawarkan pakej khas Unifi
Mobile pada harga rendah bagi membolehkan pelajar meneruskan sesi pembelajaran dengan lancar.
Pada tahun ini, prihatin dengan kekangan yang dihadapi pejuang barisan hadapan di daerah Kubang Pasu dalam
berdepan wabak Covid-19, UUM telah meminjamkan kenderaan universiti kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kubang
Pasu bagi membawa pesakit kes Covid-19 di daerah ini ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah
(PKRC).
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani ketika mengulas perkara ini memaklumkan sebuah bas dan
dua van dipinjamkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah ini selama tiga bulan mulai 25 Mei lalu hingga Ogos depan
untuk membawa pesakit ke PKRC di Kulim, Sungai Petani, Kuala Nerang dan yang akan digazetkan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah ini juga telah memohon untuk menggunakan dewan di Taman Siswa,
Jitra untuk Program Vaksinasi Penduduk ‘Buffer Zone’ Bersebelahan Kawasan PKPD Taman Mahsuri yang diadakan
semalam. Katanya, UUM juga akan menyediakan sukarelawan bagi membantu kelancaran proses suntikan vaksin di
sekitar kawasan Kubang Pasu nanti. Di samping itu, tidak dilupakan pemberian 10,000 pelitup muka kepada calon Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi daerah Kubang Pasu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Changlun pada Februari lalu.
“Pihak universiti amat berbesar hati kerana dapat membantu memudahkan urusan petugas barisan hadapan
(frontliner) ini ketika angka kes saban hari semakin meningkat. “Pada masa sama, saya sentiasa mengingatkan semua
warga kampus agar melakukan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown’ bagi mengekang penularan wabak
Covid-19. Jangan jadikan diri kita sebagai punca penularan virus ini,” katanya.
6
FIVE ALUMNI UUM
REPORT FOR DUTY AS POLICE
INSPECTORS
UUM ONLINE: Five Universiti Utara Malaysia (UUM) alumni
who previously served in the Undergraduate Volunteer Police
Corps (SUKSIS) have been chosen to undergo training as
Police Inspectors.
Mr. Azuan Basir, Mr. Ahmad Mustafa Mahasan, Mr.
Muhammad Amri Firdaus Jusoh, Ms. Nik Nur Farhanim Nik
Mohamed Fauzee and Mr. Fadzrul Akmal Zulkarnain were
interviewed and issued with letters to report for duty
Mr. Muhammad Amri Firdaus, 27, a native of Pasir Puteh,
Kelantan, said he and two other friends were supposed to
report on 23 May but were delayed due to the COVID-19, and
are not waiting for a new date, whereas both Mr. Azuan and
Mr. Ahmad Mustafa have begun training.
“My friends and I are very grateful and appreciative of the offer received as it is understood that 15,000 applications
were received and only 240 people were selected to attend session 1/2021.
"Although they had to go through four phases in the selection session but with the knowledge and engagement they
gained from participating in SUKSIS at UUM, it became easy for them to go through all the phases," said the former
Cakna President when contacted.
Mr. Muhammad Amri expressed hope that students pursuing their studies on campus would become more involved in
the community through boosting community activities in particular.
Meanwhile, Ms. Nik Nur Farhanim, 25, expressed her elation because despite the fact that COVID-19 had an impact on
the nation and the global economy, she still received a job offer.
According to the fifth child of the eight siblings, the call letter not only made the parents pleased, but it also astonished
them because their ambition and dream to serve in the Royal Malaysia Police finally came true.
The alumna of the Bachelor of Human Resource Management Programme who represented UUM in the volleyball
tournament at the Universiti Malaysia Sports Council (MASUM) and the Indonesian, Malaysian and Thailand Growth
Triangle (IMT-GT) Varsity Carnival will report after being given a new date together with her two other friends.
As for the alumni of the Bachelor of Business Administration, Mr. Fadzrul Akmal Zulkarnain, 27, from Muar, Johor, said
the job application procedure and attending interviews became a challenge to acquire a job during the time when the
world was hit by COVID-19.
"This vocation is considered as more challenging with today's technology but with the support and knowledge gained
from primary school up to the ivory tower will undoubtedly give me the strength to serve the country later," he said
May these five UUM alumni be of service to religion, race and country.
7
UUM BUKA 'OUTREACH' IPT
PERCEPAT PROSES
VAKSINASI
UUM ONLINE: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Outreach’ Di samping itu, Naib Canselor berkata, beliau berharap
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia pembukaan PPV ‘Outreach’ IPT UUM akan menyumbang
(UUM) mensasarkan pemberian vaksin Covid-19 sebanyak kepada usaha kerajaan untuk misi mencapai imuniti
2,500 dos sehari bagi membantu mempercepatkan proses kelompok di seluruh negara dengan segera dan pada
vaksinasi penduduk di daerah Kubang Pasu, khususnya. masa sama membantu kerajaan negeri Kedah untuk
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani melaksanakan proses vaksinasi secara ‘outreach’ di
berkata, PPV ‘Outreach’ IPT UUM yang mendapat kerjasama semua daerah.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Yang Amat
Malaysia (KKM) itu hanya akan beroperasi pada hari ini, 13 Berhormat Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan
dan 14 Ogos serta tiga hari lagi untuk dos kedua atau apabila Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Halimaton
diarahkan kerajaan. Shaadiah Saad turut hadir melawat PPV ‘Outreach’ IPT
UUM pagi tadi.
Menurutnya, bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK), PPV ‘Outreach’ IPT UUM akan beroperasi Penerima vaksin, Ahmad Radzuan Ramali dari Jitra
di Dewan Mu’adzam Shah, UUM yang mana ia mampu berkata, pembukaan PPV di UUM ini sangat
menampung kapasiti 2,500 orang penerima sehari. memudahkan serta mempercepatkan kerja pemberian
Selain itu, katanya, bagi melancarkan lagi proses vaksin kepada rakyat, khususnya di Kubang Pasu.
penvaksinan, UUM turut menghantar petugas kesihatan dari
Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Jabatan Keselamatan Menurutnya, dia berpuas hati dengan kemudahan
Universiti dan sukarelawan terdiri staf dan pelajar UUM disediakan UUM termasuk petugas yang sangat mesra
bersama petugas kesihatan KKM, selain menyediakan dan sangat membantu serta kepantasan pemberian
kemudahan teknikal lain. vaksin.
“Dengan kekuatan 70 petugas klinikal KKM dibantu petugas Ahmad Radzuan dari Jitra yang hadir berkerusi roda
PKU dan pusat tanggungjawab lain termasuk sukarelawan akibat menghidap penyakit kencing manis itu ditemani
UUM dan NGO, kita yakin mampu melaksanakan pemberian anaknya, Amiruddin Khairi menerima vaksin dos
vaksin untuk tiga hari tersebut bagi bulan Ogos dan Oktober pertama.
depan.
“Malah, saya juga bersedia untuk membantu KKM
terutamanya kerajaan negeri Kedah dalam proses vaksinasi
akan datang sekiranya dibenarkan untuk meningkatkan
pemberian 3500 dos sehari,” katanya.
Tambah beliau lagi, uniknya PPV ‘Outreach’ IPT UUM adalah
bertemakan ‘Cyntok Bhatik’ yang mana kios foto (photo
booth) menonjolkan elemen batik, selain petugas dan
sukarelawan yang turut mengenakan pakaian bercirikan seni
budaya seperti batik, destar dan baju kurung Kedah, selain
tayangan video berkaitan budaya dan pendidikan.
Writer:Nordiana Shafiee
8
15,271
TERIMA VAKSIN
DI PPV 'OUTREACH IPT UUM
Writer: Nordiana Shafiee
UUM ONLINE: Tanggal 2 Oktober 2021 merupakan hari
terakhir operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
'Outreach' Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang telah ditutup secara rasmi selepas
jam 4 petang.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang
menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman
Abdullah berkata, sejak mula beroperasi pada hujung
minggu bermula 7 Ogos lalu dan tarikh tertentu, seramai
15,271 orang telah menerima dos vaksin termasuk staf
dan pelajar UUM serta penduduk di daerah Kubang
Pasu.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, operasi PPV itu akan diteruskan sekiranya kerajaan atau negara atau masyarakat di sini
memerlukan komitmen UUM dalam kapasiti sebagai IPT untuk membantu masyarakat
Menurutnya, universiti ini sentiasa bersiap sedia dan ingin merakyatkan UUM dan semua khususnya di Kedah agar
mereka dapat merasakan bahawa UUM pernah memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Pada masa sama, beliau meminta agar penjawat awam terutamanya di UUM supaya segera mengambil suntikan
vaksin sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.
Katanya, dengan pengambilan vaksin itu diharapkan seluruh warga UUM dapat meneruskan kerja dengan baik dan
sempurna dalam konteks pengajaran dan pentadbiran universiti.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Adi Azhar Abdul Razak berkata, beliau berterima kasih kepada
kerajaan dan KKM serta semua pihak terlibat kerana memberikan kerjasama baik kepada UUM sepanjang
pengoperasian PPV 'Outreach' IPT UUM itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut juga, operasi telah berjalan lancar, malah penerimaan masyarakat setempat
juga sangat baik.
"Saya gembira dan bangga kerana kita dapat menjadi sebahagian lipatan sejarah dalam membantu negara
meningkatkan kadar vaksinasi ini agar kita dapat mencegah penularan Covid-19.
"Kepada yang masih belum mendapatkan vaksin, saya menggesa agar mendapatkan vaksin di PPV terdekat," katanya.
9
PELAJAR B40
TERIMA SUMBANGAN
KOMPUTER RIBA
Writer: M Shahadat Ali Nordin
UUM ONLINE: Perak – Seramai tujuh pelajar dari golongan B40 di negeri ini telah menerima sumbangan komputer riba
(laptop) yang disampaikan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin, baru-baru ini.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain berkata, misi
bantuan daripada SSSD tidak akan pernah berhenti dan pihaknya akan terus mengenal pasti pelajar yang memerlukan.
“Kita akan mengadakan temuduga ke atas pelajar-pelajar terlibat dan penilaian dibuat berdasarkan keperluan semasa
mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali memuji inisiatif
yang dilakukan itu demi memastikan kebajikan semua pelajar yang berkeperluan dapat dipenuhi dan dijaga baik.
Menurutnya, usaha itu perlu diperluaskan secara menyeluruh lagi agar tiada yang tertinggal atau terpinggir dalam
mengejar ilmu di UUM.
“UUM akan meneruskan agenda kesejahteraan kebajikan dan menyambut baik slogan 'We Help, We Share, We Care',”
katanya.
10
27 STUDENTS IN ARAU
RECEIVE THEIR OFFER LETTERS
TO STUDY AT UUM
UUM ONLINE: Perlis - A total of 27 new students received
their respective admission offer letters to pursue their
studies at Universiti Utara Malaysia (UUM) for the
2021/2022 academic session at the UUM Prihatin Santuni
Mahasiswa Anak Perlis programme held at the Kubang
Gajah Multipurpose Hall, Arau, recently.
The presentation of offer letters was officiated by Dato' Seri
Dr. Shahidan Kassim, Member of Parliament for Arau and
Minister of Federal Territories, who was accompanied by
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, the Deputy Vice-
Chancellor (Research and Innovation) who is performing
the duties of Vice-Chancellor.
In his speech, Dato' Seri Dr. Shahidan stated that young people will be able to sculpt their own accomplishments if
they establish goals in life such as earning first class in their studies. “Congratulations to the youths here who managed
to secure a place at UUM and I thank and appreciate the noble efforts by UUM for coming personally to present the
offer letters to students. This noble action sets a good example.
According to him, education can transform lives and families, even if just one child attends the university. He stated
that education is a necessary component of life and urged young people to stand-up for it, stating that the effort may
transform lives.
Meanwhile, Prof. Dr. Haim Hilman expressed his delight in being able to share his concern by coming down personally
to honour the new students. "If students demonstrate the highest level of commitment and secure the highest grade
possible in their studies, their tuition fees will be converted into a scholarship. Therefore, work diligently to ensure that
any loans acquired can qualify as scholarships, and at the same time, we also provide scholarships from corporate
sponsors such as Maybank and Petronas.
"Additionally, UUM has 260 associations, so take advantage of the opportunity to hone your abilities not just in terms
of academics but also in terms of moral principles," he advised.
He stated that UUM will continue to serve the community through a variety of initiatives focused on caring for others
and confronting the real-world realities of the community.
According to him, he wanted the youths to learn how to connect with the society so that when they are appointed as
community leaders or industrial leaders, they do not feel out of place, in addition to being adept at carrying
themselves in an effort to sow love and devotion.
Ms. Purani d/o Gunalan, a soon-to-be UUM Bachelor of Science in Economics student, stated her successful
acceptance into UUM provided her satisfaction because all her hard work of studying had finally shown results, not to
mention that UUM is her university of choice.
“I have been studying a lot of materials relating to my field of study at UUM and cannot wait to set foot on campus that
is equipped with state-of-the-art infrastructure and a lovely green setting, the best lecturers, and a variety of activities,"
said the aspiring economist
11
WEBINAR TINGKAT
PENGETAHUAN
ISU KESIHATAN DAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA
UUM ONLINE: Isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh dan
tempat kerja yang selamat perlu bebas dari sebarang risiko kemalangan.
Sehubungan itu, bagi meningkatkan pengetahuan dan mengenal pasti langkah penambahbaikan amalan dalam isu
keselamatan di tempat kerja, Social Security Management Center of Excellent SBM-SOSCO (SOSCoE), Pusat Pengajian
Pengurusan Perniagaan (SBM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Webinar 'Tingkah
Laku Tidak Selamat Dalam Pekerjaan' menerusi Webex, semalam.
Webinar tersebut telah dirasmikan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang mana dalam ucapan
beliau berkata, webinar ini merupakan platform terbaik untuk perkongsian ilmu tentang keselamatan di tempat kerja
khususnya melibatkan warga PDRM.
Menurutnya, PDRM telah mewujudkan satu garis panduan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dipilih sebagai projek rintis pada tahun lalu dan ia akan disebar luas ke Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan komponen PDRM lain mulai 2022 hingga 2025.
Katanya, pelaksanaan pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan khususnya dalam kalangan warga pasukan
adalah sangat penting bagi melindungi anggota dan orang awam daripada sebarang bahaya yang berpunca daripada
aktiviti pekerjaan.
"Dengan garis panduan ini diharapkan dapat mengurangkan risiko di tempat kerja mewujudkan persekitaran tempat
kerja yang kondusif dan selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan, seterusnya warga PDRM dapat bekerja
dengan lebih efisien lagi.
"Saya berharap semua peserta khususnya warga PDRM akan memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada sesi
perkongsian ini dalam meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan khususnya berhubung keselamatan di tempat
kerja," katanya.
12
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor,
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam aluannya berkata, sebagai petugas barisan hadapan, pegawai dan
anggota PDRM sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko keselamatan dan kesihatan dalam melaksanakan
tugas harian, ditambah pula semua rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat
pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.
Menurutnya, di saat itu, pegawai dan anggota PDRM bertungkus lumus tanpa mengira masa dan keadaan
cuaca bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan yang telah ditetapkan
kerajaan demi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Katanya, webinar hari ini adalah salah satu inisiatif UUM dan PDRM bagi memastikan semua warga PDRM
cakna tentang implikasi tingkah laku tidak selamat dan penyakit pekerjaan terhadap prestasi mereka
khususnya dan PDRM umumnya.
"Program ini antara lain cuba meneliti isu dan cabaran yang dihadapi oleh kita semua, khususnya oleh warga
PDRM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, selain pandemik Covid-19 yang
memberikan kesan yang signifikan kepada semua dalam pelbagai aspek seperti sosioekonomi, keselamatan
dan kesihatan serta kesejahteraan diri.
"Saya juga berharap program ini dapat membincangkan inisiatif atau usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi
meningkatkan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan warga PDRM, malah UUM sedia membantu PDRM
untuk menggembleng kepakaran yang dimiliki agar dapat memperkasakan barisan hadapan PDRM dalam
menjalankan tugas dengan baik, seterusnya meningkatkan kesan positif atas kerjasama antara kedua pihak
ini," katanya.
Webinar selama sehari itu turut menampilkan pengucaptama yang merupakan Naib Presiden Sumber
Manusia, Honda Malaysia, Che Zulhaimee Abdullah, diikuti ceramah dan forum serta bengkel.
13
UUM SEDIA BANTU
BANGUNKAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
KUBANG PASU
UUM ONLINE: Sintok – Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Warga
Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris) dalam menyantuni warga emas di Daerah Kubang Pasu.
“UUM dalam konteks ini bersedia menawarkan diri untuk membantu pusat jagaan warga emas bukan sahaja di daerah
ini malah terbuka kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan yang ingin memanfaatkan kepakaran yang ada di
kalangan pensyarah, staf dan juga pelajar UUM,” kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim
Hilman Abdullah ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Pengurusan Warga Emas Abad 21 di Dewan
Hotel Bustani, Jitra, Kedah.
Katanya, UUM melihat kerjasama bijak dari pelbagai perspektif sesama agensi berkaitan pastinya dapat membantu
warga emas yang memerlukan pembelaan.
Prof Dr Haim Hilman menambah kita berasa hiba dan sayu apabila ada warga emas ditinggalkan anak-anak dan
keluarga apabila lanjut usia.
“ Ingatlah bahawasanya setiap ibu dan bapa amat menyayangi anak-anak mereka. Oleh itu, gembirakanlah hati mereka
semua. Janganlah biarkan ada antara mereka tersisih ketika berada di penghujung usia,” katanya dalam nada sebak.
Oleh itu beliau berharap supaya semua pihak bersama-sama membantu dan menggembirakan warga emas ini.
Sementara itu Pengerusi PEWARIS Dr Mohamad Zulkurnai
Ghazali berkata penganjuran seminar ini walaupun terpaksa
dikecilkan penyertaannya kerana kapasiti yang terhad namun
bilangan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan, Institusi
Pengajian Tinggi (IPT), pusat penjagaan warga emas dan NGO
mendapat kerjasama yang amat baik.
Katanya seminar ini juga diharap dapat merealisasikan hasrat
PEWARIS yang ditubuhkan untuk menyedari, menginsafi dan
menerapkan nilai kasih sayang, hormat menghormati, rasa
tanggungjawab serta berusaha memahami permasalahan
warga emas di kalangan rakyat khususnya seorang anak
kepada ibu bapa yang harus diterjemahkan secara
sepenuhnya.
PEWARIS ditubuhkan pada Februari 2021 dengan tujuan untuk membantu khususnya ibu tunggal, ibu yang
bersendirian dan tidak ada waris.
“Memandangkan di Kubang Pasu tidak mempunyai pusat jagaan warga emas ketika ini maka jawatankuasa PEWARIS
telah mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat swasta dan mereka bersetuju untuk memulakan pembinaannya
pada penghunjung tahun ini dan dijangka beroperasi pada awal 2022 nanti,” kata Dr Mohamad Zulkurnai lagi.
14
UUM SIGNS MoU WITH FIVE INDUSTRY MENTORS
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) signed Memoranda
of Understanding (MoU) with five companies to collaborate in
upholding the entrepreneurial agenda at UUM. The signing
ceremony took place at the Vice-Chancellor's Meeting Room,
yesterday afternoon.
Jelitasara Corporate Sdn. Bhd., Kasyaf Bina Sdn. Bhd., Aulad Pintar
Education Sdn. Bhd., Ambang Dorongan Sdn. Bhd. and OS Startup
Sdn. Bhd. are amongst the companies involved.
Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Prof. Dr. Haim
Hilman Abdullah, who is performing the duties of Vice-Chancellor
said, the MoU involved collaboration with companies that will serve
as industry mentors of the Bachelor of Entrepreneurship
Programme (BENT MOD) 2u2i.
According to him, the sealing of the MoU was the first for UUM as well as industry partners. As a result, he expressed
hope that the mentors and the university will communicate, because the university will ensure that students who
participate in the programme can demonstrate a strong commitment to changing their future.
He said that, with extensive industry experience, he was confident that the mentors could help lead the students to get
up and move forward boldly by venturing into the field of entrepreneurship.
"I hope that the industry mentors can also assist UUM in preparing these students for the workplace. Instil your
knowledge and experience in these students so that they will one day be a source of pride not only for the university but
also for the mentors.
"Let’s work together regardless of race and religion, continue to help and guide earnestly. I hope and believe many
companies will band together to build a better country," he said.
Meanwhile, Prof. Dr. Salniza Md. Salleh, the Dean of the School of Business Management, expressed her heartfelt
gratitude to all business owners who accepted UUM's offer to be industry mentors to selected students.
"Since the programme's inception in 2019, a total of 11 first cohort students have been chosen to follow BENT 2u2i, and
the university hopes the programme will produce many entrepreneurs who create job opportunities for others rather
than job seekers.
"Hopefully, this industry mentor will be able to share his experience and business knowledge with the students involved,
ensuring that UUM can produce skilled graduates who can succeed with the industry's cooperation," she said.
Director of Kasyaf Bina Sdn. Bhd., Mr. Zamani Mohamad expressed his gratitude and excitement at the opportunity to
collaborate with UUM on the 2u2i programme for student placement in the industry for a two-year period.
According to him, the seriousness of UUM has prompted him to educate the two UUM students involved in order to
become a successful entrepreneur in the future
2u2i is a job-based learning programme that provides students with industry exposure throughout their studies, with
students spending two (2) years in university focusing on theoretical aspects and two (2) years in industry gaining direct
learning experience.
Through academic and industry collaboration and a ‘work-based learning’ delivery approach, the programme aims to
foster entrepreneurial spirit.
15
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
The Eminent Management University
"There Are No
Secrets To Success.
IT IS THE RESULT OF
PREPARATION, HARD
WORK, AND LEARNING
FAILURE".
-Colin Powell-
16
UUM MAKES A HUGE IN TIME
HIGHER EDUCATION ASIA
UNIVERSITY RANKINGS 2021
UUM ONLINE: Year after year, Universiti Utara Malaysia (UUM)
continues to show excellence when it was ranked 155th in the Times
Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021, up from the
251-300 band the previous year which in one fell swoop positioned it
amongst the Top 160 Asia universities.
Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Vice-Chancellor, thanked
and praised all the denizens of the University who worked tirelessly to
ensure the success of the University’s ascent in the ranking, despite
the fact that the world is now grappling with the COVID-19 pandemic.
According to him, the current achievement attained in the international
university ranking was a testament to everyone's hard work and
perseverance.
According to him, the leap of two bands in the ranking was something
to be proud of, and it was one of the key foundations in establishing
UUM as a world-class university, not just in Asia. The achievement also
demonstrated UUM's reputation as a Leading Management University
that had received international recognition amongst academics and
the industry.
He added that all of the efforts made over the last three years since 2019 namely enhancing the quality of work,
enhancing the corporate agenda, establishing contacts with the Industry, carrying out branding campaigns, and raising
English proficiency among staff and students, had paid off.
"Furthermore, being in this position in the ranking contributes to students' decision to continue their studies at UUM as
it demonstrates the quality of the programmes offered.
"In addition, students and the general public can evaluate UUM's quality by looking at the marketability of graduates, the
resources available, and UUM's interaction with the community, which is not limited to the academic sector," he said.
According to him, UUM will continue to mobilise its energy and expertise to improve the quality of academics and
scholarship so that the University may remain a key player in global institutions of higher learning in line with the
University's tagline, ‘We Are Global’.
THE Asia University Rankings use the same 13 performance indicators as THE World University Rankings however these
indicators are recalibrated to reflect the attributes of Asia’s institutions in order to provide the most comprehensive and
balanced comparison, which is trusted by students, academics, university leaders, the industry, and government.
These performance indicators are grouped into five areas namely teaching (learning environment); research (volume,
revenue and reputation); citation (research influence); international views (staff, students and research); and industry
income (knowledge transfer).
THE Asia University Rankings this year ranked a total of 551 universities from 30 Asian countries.
17
UUM MELONJAK DITANGGA 161 TIMES HIGHER
EDUCATION YOUNG UNIVERSITY RANKING 21
UUM ONLINE: Ranking Universiti Utara Malaysia (UUM) melonjak dalam Times Higher Education (THE) Young University
Rankings 2021 apabila disenaraikan di kedudukan 161 berbanding di kedudukan 201-250 pada tahun lalu.
Lonjakan ini sekali gus menjadikan UUM satu-satunya universiti awam di bawah usia 50 tahun di Malaysia yang
mencatatkan peningkatan.
Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pencapaian tersebut telah menaikkan lagi reputasi
UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka di persada antarabangsa.
Menurutnya, 37 tahun penubuhan UUM telah melayakkan universiti ini menjadi antara universiti terbaik dunia di bawah
usia 50 tahun dan membuktikan UUM terus konsisten mempamerkan peningkatan tahun demi tahun dengan segala
usaha selama 3 tahun sejak 2019 yang telah membuahkan hasil melalui pelbagai inisiatif yang diambil.
"Bukan mudah untuk sesebuah universiti yang dilihat masih 'muda' untuk berada sebaris atau setaraf dengan univeriti
terkemuka lain, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sekiranya seluruh warga UUM dapat
memainkan peranan dan bekerja keras untuk mencapainya.
"Kita berjaya menunjukkan peningkatan dan ia amat membanggakan kerana lonjakan ini melibatkan reputasi universiti
dalam pelbagai aspek. Saya berharap kita tidak terus berasa selesa, sebaliknya terus berusaha menjayakan agenda
universiti yang lain kerana masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-
universiti ternama dunia," katanya.
THE Young University Rankings mengguna pakai 13 indikator dalam lima kategori iaitu 30 peratus pengajaran
(persekitaran pembelajaran), 30 peratus penyelidikan (jumlah, pendapatan dan reputasi), 30 peratus sitasi (pengaruh
penyelidikan), 7.5 peratus pandangan antarabangsa (staf, pelajar dan penyelidikan) dan 2.5 peratus pendapatan industri
(pemindahan pengetahuan).
Ranking 2021 ini turut melibatkan 475 universiti seluruh dunia yang berusia bawah 50 tahun.
18
EMERALD IKTIRAF UUM KE-11
TERBAIK DUNIA,
KEDUA TERBAIK MALAYSIA
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar sejarah tersendiri dengan memenangi 3 kategori yang
diiktiraf oleh Emerald Publishing, sekali gus meletakkan UUM ke-11 terbaik dunia dan kedua terbaik di Malaysia.
Keputusan ini diumumkan oleh Emerald Publishing East Asia dalam program Emerald Conference 2021 yang
diadakan secara maya, baru-baru ini.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kejayaan ini meletakkan UUM pada kedudukan
ke-11 dunia bagi kategori High Usage Award 2021 – Global dan di tangga kedua di Malaysia selepas Universiti
Malaya bagi kategori ‘High Research Output Award 2021 Malaysia’.
Menurutnya, dengan pencapaian itu juga UUM telah mendahului universiti penyelidikan (RU) tersohor lain seperti
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Lebih membanggakan, UUM turut muncul sebagai institusi awam kedua di Malaysia untuk kategori ‘High Usage
Award 2021 Malaysia - Public Institutions’ manakala Universiti Teknologi MARA di tempat pertama dan UTM di
tempat ketiga.
“Saya amat berbangga di atas kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi sehingga hari ini. Segala usaha yang
dilakukan setiap tahun membuahkan hasil yang tidak sia-sia. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung,” katanya.
Beliau berharap kejayaan yang diperoleh sekarang tidak meletakkan UUM berada di zon selesa, sebaliknya terus
bekerja kuat bagi memastikan universiti ini terus gah dan dipandang tinggi di seluruh dunia.
19
UUM KEKALKAN KEDUDUKAN
601-800 THE WORLD
UNIVERSITY RANKINGS 2022
KE-3 DI MALAYSIA
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM)
mengekalkan kedudukan 601-800 dalam Times Higher
Education (THE) World University Rankings 2022 yang
diumumkan hari ini.
Kedudukan itu juga meletakkan UUM sebagai universiti
ketiga terbaik di Malaysia dengan berada di kedudukan
sama seperti tahun lalu.
Penilaian THE World University Rankings ini mengambil kira
lima indikator utama iaitu Teaching (30 peratus), Research
(30 peratus), Citations (30 peratus), International outlook
(7.5 peratus) dan Industry income (2.5 peratus).
Keputusan yang diumumkan kali ini telah menyaksikan
sebanyak 1662 universiti dari 99 negara seluruh dunia
tersenarai dalam THE World University Rankings 2022.
Malahan, di Malaysia sahaja turut menunjukkan
peningkatan sebanyak 18 universiti yang berjaya
disenaraikan dalam ranking dunia tersebut.
Tahniah UUM!
"UUM KEKALKAN KEDUDUKAN DALAM THE WORLD
UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2022"
(PHYSICAL SCIENCES: MATHEMATICS & STATISTICS)
UUM ONLINE: Alhamdulillah, sekali lagi Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengekalkan kedudukan dalam
Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2022 untuk Physical Sciences: Mathematics &
Statistics.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman
Abdullah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga UUM khususnya Pusat
Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) yang dipimpin oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi di atas
kejayaan ini.
Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) selaku
sekretariat agenda ranking UUM dan semua pusat pengajian dan pusat tanggungjawab yang menyumbang kepada
kejayaan tersebut sama ada secara lansung atau tidak langsung.
20
“Marilah kita terus meningkatkan lagi usaha untuk melonjakkan nama universiti tercinta ini di persada antarabangsa
khususnya dalam aspek ranking.
"Namun ranking adalah hasil akhir kepada apa yang diusahakan. Matlamat utama kita ialah mencapai kecemerlangan
dalam apa juga yang dilakukan. Sekiranya kita cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta
penerbitan, pasti ranking universiti juga akan turut melonjak sama,” katanya.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk menempatkan diri di kedudukan terbaik
dalam setiap subjek ranking yang berpotensi untuk disenaraikan. Menurut beliau, sesungguhnya tiada siapa yang dapat
menghalang kemaraan UUM untuk menjadi sebuah universiti terbaik iaitu bukan sahaja di dalam negara, malah di
peringkat serantau dan antarabangsa suatu hari nanti.
Tambahnya lagi, kunci kepada kejayaan ini adalah terus bersatu, saling menghormati dan berani untuk membuat
perubahan. “Kita jangan sesekali berasa selesa dengan setiap kejayaan dikecapi tetapi sebaliknya perlu sentiasa
mempunyai pandangan iaitu apa yang dicapai sebagai masih belum berada pada tahap terbaik.
“Semoga kejayaan dan pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi kepada kita semua untuk melakukan yang terbaik
bukan sahaja demi universiti, tetapi negara seperti yang disarankan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Dr. Noraini
Ahmad yang mahukan semua IPT di Malaysia terus berusaha meningkatkan kecemerlangan universiti masing-masing,”
katanya yang turut menyeru seluruh warga UUM untuk mendukung agenda Gagasan Akademia & Admin Holistik
(GAGAH) 2021-2025 bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan universiti hasil sokongan dan kerjasama erat
semua.
Pada pengumuman rasmi jam 7 malam semalam, UUM disenaraikan di kedudukan 601-800 bagi subjek Physical
Sciences: Mathematics & Statistics.
Times Higher Education World University Rankings by Subject mengguna pakai 13 indikator yang dikategorikan dalam
lima kategori utama iaitu Teaching: the learning environment; Research: volume, income and reputation; Citations:
research influence; International outlook: staff, students and research dan Industry income: innovation.
Pemberat bagi setiap subjek berkemungkinan berbeza antara satu dengan yang lain. Dua kriteria yang menentukan
kelayakan memasuki ranking subjek dalam THE adalah hasil penerbitan dalam disiplin ilmu berkenaan dan jumlah staf
akademik yang berkelayakan untuk disiplin ilmu tersebut.
21
COMPUTER SCIENCE SUBJECT
MAINTAINS ITS POSITION IN THE WORLD
UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2022
UUM ONLINE: Once again, Universiti Utara Malaysia (UUM) has maintained its position in the Times Higher Education
(THE) World University Rankings by Subject 2022 for the subject of Computer Science.
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) who is performing the duties of
Vice-Chancellor, expressed gratitude for the listing despite being in the same position of 601-800 as last year.
"Congratulations and thank you to all UUM denizens, particularly to the School of Computing (SOC) led by the Dean,
Prof. Dr. Huda Ibrahim and the School of Multimedia and Communication Technology (SMMTC) by the Dean, Associate
Prof. Ts. Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam on the success.
"This is a proud achievement for the university and it should be further expanded so that other courses taught at UUM
can be listed. We should not rest on our laurels; instead, continue to strive to strengthen the university's reputation in
the eyes of the world," he advised.
He stated that it was the obligation of all parties to play a role in positioning themselves in the best position in each
ranking issue that has the potential to be listed.
According to him, no one can stop UUM from becoming the best university not only in the country, but also at the
regional and international levels.
He said the key to this success was unity, mutual respect and courage to make changes in order to elevate the
university to a higher position, especially in terms of ranking.
"Hopefully, this success and achievement will inspire all of us to do our best not only for the university, but also for the
country, as aspired by the Minister of Higher Education, Dato' Seri Dr. Noraini Ahmad, who called on all institutions of
higher education in Malaysia to strive to improve the excellence of their respective universities," he said.
Times Higher Education employs 13 indicators divided into five major categories: Teaching: the learning environment
(30%), Research: volume, income and reputation (30%), Citations: research influence (27.5%), International outlook: staff,
students and research (7.5%), and Industry income: innovation (5%).
22
SUBJEK UTAMA UNIVERSITI MELONJAK
DALAM THE WORLD UNIVERSITY
RANKINGS BY SUBJECT 2022
UUM ONLINE: Satu lagi kejayaan ditempa Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila subjek utama universiti iaitu
Business and Economics berjaya melonjak ke tangga 201-250 terbaik dunia berbanding 251-300 pada tahun
sebelumnya dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2022 yang diumumkan
semalam.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman
Abdullah berkata, beliau bersyukur kerana UUM terus mengorak langkah apabila berjaya menempatkan diri dalam
ranking dunia bagi subjek Business and Economics.
Menurutnya, kejayaan yang diperoleh itu adalah hasil komitmen dan kesungguhan warga UUM khususnya Dekan dan
tenaga kerja di pusat pengajian terlibat seperti Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Pusat Pengajian
Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Othman
Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Pusat Pengajian
Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan Pusat Pengajian
Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).
Katanya, lonjakan dalam subjek Business and Economics ini menunjukkan kekuatan dan potensi yang ada pada UUM
yang ditubuhkan untuk mengungguli bidang pengurusan dan perniagaan negara untuk terus bersaing secara
kompetitif di pentas terbuka dalam THE World University Rankings.
"Selain itu, dengan kedudukan itu juga turut menyumbang kepada pilihan pelajar untuk menyambung pengajian di
UUM apabila kita berada di landasan yang tepat dengan mempamerkan kualiti program ditawarkan.
"Saya berharap pencapaian ini dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan nama UUM terus gah di persada dunia
dan visi menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka berjaya direaliasasikan," katanya.
23
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dekan dan warga Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) dan
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja
Sosial (SAPSP), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) serta Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) di atas kejayaan
mengekalkan kedudukan dalam THE World University Rankings by Subject 2022 iaitu bagi subjek Education dan Social
Sciences.
Secara khususnya UUM berjaya mengekalkan kedudukan sama seperti tahun sebelumnya dengan masing-masing
berada di kedudukan 301-400 dan 401-500 bagi dua subjek tersebut.
Prof. Dr. Haim Hilman berkata, kejayaan itu adalah kejayaan yang diusahakan oleh banyak pihak antaranya pensyarah,
staf pentadbiran dan sokongan, pelajar dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“Saya berharap Gagasan Gemilang Akademia & Admin Holistik (GAGAH) UUM akan terus menyemarakkan lagi
semangat kita semua dalam menjulang tinggi nama UUM,” katanya.
Times Higher Education World University Rankings by Subject mengguna pakai 13 indikator yang dikategorikan dalam
lima kategori utama iaitu Teaching: the learning environment; Research: volume, income and reputation; Citations:
research influence; International outlook: staff, students and research dan Industry income: innovation. Pemberat
bagi setiap subjek pada asasnya berbeza antara satu dengan yang lain.
"EVERY GREAT ACHIEVEMENT WAS
ONCE CONSIDERED IMPOSSIBLE"
24
UUM TERIMA TIMES HIGHER
EDUCATION (THE) AWARDS ASIA 2021
UUM ONLINE: Kedudukan Universiti Utara Malaysia
(UUM) dalam Times Higher Education (THE) World
University Rankings yang sentiasa menunjukkan
peningkatan memberangsangkan telah menarik
perhatian pakar data THE untuk memilih UUM sebagai
penerima anugerah THE Awards Asia 2021 bagi kategori
THE DataPoints Improved Performance Awards yang
diumumkan dalam THE Awards Asia ke-3, semalam.
Pakar data THE merupakan pihak yang bertanggung
jawab meneliti prestasi setiap universiti di rantau ini
semasa proses pengumpulan data penarafan.
Kemenangan bersejarah buat Universiti Pengurusan Terkemuka itu juga amat membanggakan kerana berjaya
mengetepikan tujuh lagi universiti di Asia dalam kategori yang sama.
Tujuh universiti lain tersebut ialah Central South University (China), Guangxi University (China), Imam Abdulrahman Bin
Faisal University (Saudi Arabia), University of Jordan (Jordan), Kansai Medical University (Japan), Kwansei Gakuin
University (Japan) dan Thapar Institute of Engineering and Technology (India).
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman
Abdullah berkata, pengiktirafan itu adalah yang pertama diterima UUM setelah disenarai pendek dalam kategori
tersebut dan seterusnya berjaya merangkul anugerah itu.
Menurutnya, kejayaan ini adalah hasil usaha seluruh warga universiti yang bekerja secara berpasukan sebagai satu
keluarga.
“Dengan penganugerahan ini telah mengukuhkan lagi jenama UUM di persada antarabangsa, seterusnya menjadikan
nama UUM terus dikenali.
“Saya berharap UUM terus komited mempamerkan prestasi cemerlang bukan sahaja di peringkat nasional, malah
dunia kerana tidak mustahil untuk kita menggapai kecemerlangan ini jika tiada usaha bersama,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Projek Khas (Special Projects Manager) Times Higher Education, David Suter berkata, usaha
yang telah dilakukan oleh UUM sejak beberapa tahun ini terutamanya dalam aspek ‘international outlook’ telah
membuahkan hasil sehingga dinobatkan sebagai pemenang THE Awards Asia 2021.
THE Awards Asia merupakan sebuah anugerah antarabangsa yang mengiktiraf kecemerlangan prestasi Institusi
Pengajian Tinggi dalam pelbagai aspek. Acara berkenaan merupakan kesinambungan daripada THE Awards iaitu acara
anugerah pendidikan tinggi berprestij di United Kingdom yang mula dianjurkan di Asia pada 2019.
Terdapat lapan kategori yang dipertandingkan dalam THE Awards Asia 2021 yang memerlukan penyertaan daripada
universiti iaitu Leadership and Management Team of the Year, Excellence and Innovation in the Arts, International
Strategy of the Year, Outstanding Support for Students, Student Recruitment Campaign of the Year, Teaching and
Learning Strategy of the Year, Technological or Digital Innovation of the Year dan Workplace of the Year.
25
ALUMNI ACTIVITIES
(APRIL-DECEMBER)
26
30 PELAJAR ASNAF UUM
TERIMA SAMPUL RAYA
ALUMNI
UUM ONLINE: Tiada yang lebih menggembirakan bagi 30 pelajar asnaf UUM apabila Pusat Alumni telah menyampaikan
sampul raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi di Pusat Islam, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, sampul raya ini
merupakan salah satu program inisiatif Pusat Alumni untuk membantu pelajar-pelajar asnaf dalam meringankan beban
kos kehidupan seharian mereka di kampus terutama ketika menyambut hari raya tahun ini.
Menurutnya, pelajar perlu bersyukur dan berterima kasih kepada alumni universiti ini yang telah menyumbang kepada
projek sampul raya ini.
“Anda merupakan yang terpilih dalam kalangan ribuan pelajar UUM, jadi ambillah peluang ini dan terapkan di dalam
diri, apabila sudah menjadi alumni UUM, anda akan turut menyumbang semula kepada alma mater iaitu UUM sendiri
seperti mana yang anda terima," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua alumni, staf dan individu yang telah menyumbang kepada projek sampul raya ini sehingga Pusat Alumni
mampu meraikan pelajar asnaf terlibat.
Katanya, beliau tidak mahu pelajar-pelajar ini merasa kekurangan ketika meraikan Aidilfitri dan berharap dengan
sumbangan sampul raya tersebut mampu mengukir senyuman di wajah mereka.
Turut hadir staf dan ahli keluarga Pusat Alumni, alumni UUM iaitu pemilik MRE Expert Techno Centre, Mohd Iqbal
Muhamad dan pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah, Mohd Faizul Nizam Ghazali.
27
PKPD UUM:
MARRYBROWN CAWANGAN ALOR SETAR
TAJA MAKAN TENGAHARI PETUGAS KARELAWAN UUM
Pusat Alumni mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Mewah Kurnia Abadi Sdn.Bhd. (Marrybrown
Cawangan Alor Setar) di atas penajaan makanan tengahari para petugas
sukarelawan UUM.
Sumbangan diserahkan oleh Pengendali Francais Marrybrown Alor
Setar, Puan Norharizan Hussain, yang juga merupakan alumni UUM
tahun 2018 (Sarjana Muda) dan 2020 (Sarjana) kepada Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar, Prof. Madya Dr. Rajwani
Md. Zain.
TERIMA KASIH
ALUMNI SINTOQIAN 98
WRITER:
MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME
Terima kasih diucapkan kepada alumni-alumni UUM Sintoqian 98 atas sumbangan kepada pelajar-pelajar
UUM. Sumbangan barangan makanan bernilai RM23,000 diserahkan oleh wakil Sintoqian 98 Tn. Hj. Zambri
Mat kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali dan
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain
28
ALUMNI
TOWN HALL
MENGENANG JASA LEMBAH SINTOK
WRITER: PUTRI LAILATUL NADHIRAH
UUM Online: Sintok- Seramai 102 alumni UUM telah
bertemu secara maya dalam Alumni Town Hall: Mengenang
Jasa Lembah Sintok yang dianjurkan Pusat Alumni pada 4
Julai 2021 lalu, bersempena Bulan Alumni 2021.
Program ini telah dikendalikan oleh Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya
Dr. Hendrik Lamsali sebagai hos utama, sambil dibantu
oleh Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily
Julienti Abu Bakar. Turut hadir menyampaikan ucapan
dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.
Perbincangan yang berlangsung selama dua jam telah digunakan oleh para panel dan jemputan khas untuk berkongsi
perkembangan dan pengalaman ke arah memajukan universiti disamping mengeratkan hubungan silaturahim yang
berterusan antara alumni dan UUM.
Pusat Alumni turut menerima derma berjumlah RM14,000.00, sumbangan daripada alumni program ini.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan sesi pengumuman peserta bertuah yang mendapat cenderamata khas dari
Pusat Alumni.
29
ALUMNI
INNOVATE:
LEAVE NO ONE BEHIND
WRITER:
PUTRI LAILATUL NADHITRAH
UUM Online: Sintok- Sempena Bulan Alumni UUM Tahun 2021, Pusat Alumni UUM telah mengadakan sebuah
program bual bicara bersama-sama alumni pada 11 Julai 2021 lalu, yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi
Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program bual bicara ini dikendalikan oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar bersama
pengasas Akla Services Sdn. Bhd, Zainal Akla Shamsudin yang juga merupakan alumni UUM pada tahun 1998 dalam
bidang Sarjana Muda Perakaunan.
Dalam program tersebut, Zainal yang merupakan usahawan sosial telah mengupas tentang penggunaan aplikasi
MyDesa, keluaran syarikatnya, yang bertujuan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya yang berada di
kawasan-kawasan pedalaman. Matlamat tersebut selari dengan slogan syarikat mereka “Leave No One Behind”, yang
bermaksud bersama-sama kongsi kesusahan dan kekayaan bersama.
Katanya ilham penubuhan aplikasi MyDesa adalah terinspirasi ketika berada di Mexico yang mana negara tersebut
telah mempraktikkan penggunaan aplikasi tersebut kepada masyarakat di sana.
Pusat Alumni UUM mewakili Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian yang
bermanfaat daripada beliau.
30
ALUMNI
COLLABORATION:
BE YOUR OWN BOSS
WRITER: NURIN SABRINA
UUM Online: Sintok- Aktiviti sempena bulan alumni UUM
2021 diteruskan lagi dengan menjemput dua orang alumni
untuk berkongsi mengenai projek “Be Your Own Boss”
inisiatif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).
Perkongsian tersebut bersiaran secara langsung melalui
laman Facebook Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM),
pada hari Isnin 26 Julai 2021. Prof. Madya Dr. Lily Julienti
Binti Abu Bakar, selaku Pengarah Pusat Alumni UUM telah
mengacarakan program tersebut.
Ketua Seksyen Pemasaran Francais Perbadanan Nasional Berhad, Muhammad Shafiq Bin Dato’ Abdul Halim, yang
merupakan alumni UUM dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2014 telah dijemput sebagai panel
program ini bersama-sama dengan seorang lagi panel, Zulkiflee Yusof yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan
Pengasas He & She Coffee. Zulkiflee adalah alumni UUM pada tahun 1997 dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan.
Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Shafiq mewakili Pernas telah membincangkan mengenai peranan Pernas bagi
membantu para usahawan dalam menubuhkan syarikat atau organisasi mereka sendiri. Menurutnya, antara peranan
Pernas adalah menyediakan latihan dan kursus untuk keusahawanan, menyediakan perkhidmatan yang menyokong
produk francais, pelaburan ekuiti dan menyediakan hartanah.
Zulkiflee pula telah berkongsikan ilham penubuhan kafe beliau di kampus-kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
melalui pengalaman yang diperolehi semasa melihat penubuhan Starbuck Outlet dalam beberapa kampus universiti di
Korea.
Pusat Alumni berharap agar para penonton mendapat serba sedikit pengetahuan daripada perkongsian tersebut.
31
ALUMNI MENTORING
PEMBANGUNAN KERJAYA MASA HADAPAN
UUM Online: Sintok- Webinar bertajuk Pembangunan Kerjaya Masa Hadapan anjuran Pusat Alumni Universiti Utara
Malaysia (UUM) menjadi satu inisiatif bagi mereka yang mengikuti program untuk menambah ilmu sebelum melangkah
ke alam pekerjaan.
Webinar ini yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), pada hari Ahad,
22 Ogos 2021 telah mendapat sokongan bersama daripada Pusat Pembangunan UUM (CDC UUM) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya UUM, Ts. Dr. Mathivannan Jaganathan yang juga merupakan alumni UUM
dalam Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (2007), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2008), dan Doktor Falsafah
(Pengurusan) pada tahun 2020 dijemput sebagai panel pertama bagi program lalu. Dr. Mathi dalam perkongsian
menekankan tentang kepentingan “Digital Talent” dalam membantu pembangunan diri seseorang, khususnya dalam
pembangunan kerjaya pada era digital kini.
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Industri), Nik Nur Dinie Nik Zamani dan
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (Pengkhususan Program Universiti dan Pemerkasaan Graduasi), Farah Wahidah
Anuar turut hadir sebagai wakil dari pihak PERKESO.
Farah Wahidah dalam pembentangannya memberitahu bahawa Perkeso telah menyediakan portal “MyFutureJobs”
yang berperanan sebagai Pusat Sehentian dan rujukan utama bagi memudahkan orang ramai mencari pekerjaan,
khususnya para graduan dan alumni UUM.
Pusat Alumni UUM mewakili Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel
jemputan atas perkongsian yang diberikan.
32
ALUMNI UUM
DARI MARRYBROWN ALOR SETAR
TAJA JAMUAN PETUGAS SUKARELAWAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA (UUM)
WRITER: NURIN SABRINA
Sintok: Universiti Utara Malaysia dilantik sebagai PPV “Outreach” bagi masyarakat setempat oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, mulai 7 Ogos 2021 lalu. PPV “Outreach” yang bertempat di Dewan Muadzam Shah UUM tersebut
dikendalikan oleh KKM dan 100 petugas sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UUM.
Bagi menghargai keringat para petugas sukarelawan yang berkhidmat di PPV UUM, pengurus Mewah Kurnia Abadi
Sdn. Bhd, Norharizan Bt Hj. Hussain yang merupakan Francais Operator Marrybrown Alor Setar berbesar hati menaja
jamuan kepada para petugas sukarelawan yang berkhidmat di PPV UUM. Norharizan merupakan alumni UUM pada
tahun 2018 bagi Sarjana Muda dan 2020 di peringkat Sarjana.
Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengarah Pusat Kesihatan UUM, Dr. Adi Azhar Bin Abdul Razak, disaksikan
oleh Encik Khairone Bin Md. Khatidin selaku penyelaras sukarelawan UUM, dan Encik Khairul Azman Bin Rohim selaku
wakil daripada Pusat Alumni UUM.
Pusat Alumni mewakili Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Marrybrown Alor Setar atas
penajaan makanan tengah hari kepada para petugas sukarelawan PPV UUM.
33
MAJLIS BACAAN YASIN DAN
TAZKIRAH
WRITER:NURIN SABRINA
Seramai 90 orang alumni dan kakitangan Universiti Utara
Malaysia (UUM) telah mengikuti program bacaan Surah Yasin
dan tazkirah secara dalam talian anjuran Pusat Alumni UUM
pada hari Sabtu, 25 September 2021.
Bacaan Surah Yasin tersebut yang bertujuan mendoakan
kesejahteraan negara, khususnya warga UUM dan alumni
telah dipimpin oleh Prof. Madya. Dr. Mohamad Khadafi Bin Hj.
Rofie dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah
UUM. Dr. Khadafi juga merupakan alumni UUM dalam bidang
Pengajian Doktor Falsafah (Pengajian Islam) tahun 2015.
Turut hadir, dalam majlis ini, ialah Pengarah Pusat Alumni,
Prof. Madya. Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Noor Azman Bin Yusof, Pusat
Alumni dan warga kerja UUM.
PROGRAM BERSAMA ALUMNI
SCIMPA
WRITER: NURIN SABRINA
UUM Online - Sintok: Perkongsian alumni UUM dari School of Creative
Industry Management & Performing Arts (SCIMPA) tentang pengalaman
mereka dalam industri yang diceburi telah menambah pengetahuan kepada
para pelajar baharu bagi menyediakan diri mereka untuk menghadapi alam
pekerjaan pada masa hadapan.
Farzillah Nor Afiqah Mohamad Arif, Farhiyah Hamdi, Muhammad Shafiq
Zainal, dan Wan Mohd Rafiq Wan Shamsul Kamal adalah antara alumni
SCIMPA yang terlibat dalam sesi perkongsian tersebut.
Menurut Afiqah, Juruhebah Manis.FM, dan Farhiyah dari syarikat animasi Digital Durian, latihan industri banyak
membantu mereka dalam karier yang diceburi. Sementara itu, Shafiq pemilik syarikat MakanBola, dan Rafiq dari
syarikat penerbitan One’s Visual mengatakan penglibatan secara aktif dalam perkara yang diminati seawal dalam
pengajian berjaya membantu mereka memiliki syarikat tersendiri.
Perkongsian selama 2 jam itu juga diselitkan dengan beberapa nasihat berguna kepada para pelajar baharu supaya
mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Penganjuran program dalam talian ini merupakan kerjasama antara SCIMPA dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
pusat pengajian tersebut.
34
MENTORING SESSION
BERSAMA ALUMNI SQS
WRITER:MAIZATUL AKMAR BINTI ZULKIFLI
UUM ONLINE: Kedah – Seramai 18 orang alumni di bawah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah terlibat dalam
program “Mentoring Session” yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Sains Kuantitatif (QuSAc) dengan kerjasama
Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Program ini telah diadakan bersama-sama dengan pelajar-pelajar baharu SQS yang telah diadakan secara maya
menerusi aplikasi Zoom.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Dr. Norazura Ahmad berkata, program ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu mengenai struktur-struktur program
pengajian, kursus-kursus yang ditawarkan serta bidang kerjaya yang boleh diceburi.
Sementara itu, Alumni UUM, Nik Nur Ezzati Nik Rosdi menyarankan supaya pelajar-pelajar memilih kelab yang
bersesuaian dengan diri setiap pelajar untuk disertai seperti kelab QuSAC bagi membantu dalam menambahkan ilmu
pengetahuan serta “soft skills” mereka.
Menurut pelajar-pelajar baharu SQS, program yang dilaksanakan bersama-sama dengan para alumni ini sememangnya
merupakan sebuah program perkongsian yang perlu untuk dilaksanakan sepanjang masa kerana ianya sedikit sebanyak
dapat menyuntik semangat para pelajar untuk meneruskan pengajian dan mendapat pekerjaan yang terbaik apabila
tamat pengajian kelak.
35
ALUMNI TALK:
SHARING EXPERIENCES AS UUM
ALUMNI WRITER:SITI NOR FAIZAH BINTI MOHD BASIR
Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran
(SOC) telah terlibat dalam Minggu SuaiKenal Pelajar Baharu
yang telah diadakan secara maya menerusi ruangan live
Facebook SOC, UUM.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof.
Madya Dr. Osman Ghazali mengalu-alukan kehadiran pelajar-
pelajar baharu dan berharap agar semua pelajar baharu dapat
meneruskan kecemerlangan SOC di bawah program masing-
masing.
Program ini turut disertai oleh Nor Izham Subri, Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga merupakan
alumni SOC UUM.
Menurut Nor Izham Subri dalam perkongsiannya mengingatkan supaya pelajar-pelajar baharu perlu mempunyai
semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing.
Beliau turut mengalu-alukan jalinan kerjasama antara pihak SOC dengan para alumni terutamanya dalam kalangan
alumni SOC bagi membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SOC UUM.
PROGRAM UNIVERSITI UUM ONLINE: : Isu sukan bukanlah sesuatu perkara yang remeh,
UTARA MALAYSIA (UUM) ia juga penting untuk masa hadapan.
ALUMNI ATHLETE Sehubungan itu, Pusat Sukan UUM dengan kerjasama Pusat
KNOWLEDGE Alumni UUM telah menganjurkan sebuah program UUM Alumni
Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama
SHARING SESSION penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para Atlet
SERIES 1 Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman
kepada pelajar secara maya melalui Facebook Live.
Perkongsian tersebut diserikan dengan kehadiran panel
jemputan, Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf yang merupakan
alumni UUM dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Awam
tahun 2016. Turut hadir, Encik Zul Rusydi Hussin sebagai
moderator pada hari tersebut.
Pengalaman Wafiyuddin yang sering melibatkan diri dalam sukan
golf di UUM telah menjadikan beliau seorang Professional Golfer.
Katanya, “sukan dapat menjamin masa hadapan.
Selain menceritakan isu berkaitan sukan, Wafiyuddin juga
berkongsi mengenai cara menyeimbangkan masa bersukan dan
belajar serta sokongan yang beliau terima yang membantu beliau
untuk terus berjaya dalam sukan golf ini.
36
PROGRAM UUM
ALUMNI
ATHLETE KNOWLEDGE SHARING SESSION SERIES 2
Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan Program UUM Alumni
Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para
Atlet Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar.
Program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session Series 2 telah dijalankan pada 23 November 2021 (Selasa)
pada jam 3.00 petang dengan tetamu jemputan iaitu Encik Zulfatah Dzulkarnain dan Encik Zul Rusydi Hussin sebagai
Moderator.
Pada sesi kedua ini Encik Zulfatah yang merupakan bekas pemain Bola Sepak Negeri Kedah yang juga merupakan
Alumni UUM pada tahun 1995 dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah berkongsi pahit manis beliau sepanjang
penglibatan beliau dalam sukan dan akademik sepanjang pengajian di UUM.
37
LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL
EHWAL PELAJAR & ALUMNI) & PUSAT
ALUMNI KE MY-SUTERA GROUP
WRITER: MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME
Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan lawatan ke My-Sutera Group Sdn. Bhd. bertempat di Shah
Alam baru-baru ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali
bersama-sama Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar telah membincangkan beberapa perkara
yang boleh disumbangkan kepada para pelajar dan alumni UUM oleh pihak industri.
Ketibaan Pusat Alumni UUM disambut oleh Ketua Pegawai Strategik My-Sutera, Dato' Johary Al Bakry juga merupakan
alumni UUM tahun 1993. Syarikat My-Sutera Group merupakan pemilik kepada pakaian uniform sekolah jenama
Canggih dan juga merupakan rakan kolaborasi.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Penolong Pengarah, Encik Halim Md Yatim dan Penolong Pegawai Tadbir Pusat
Alumni, Muhammad Hafizal Faiz bin Suhaime.
38
WRITER: MUHAMMAD HAFIZAL FAIZ BIN SUHAIME
12 ORANG ALUMNI DI DALAM PENGURUSAN KDEB
WASTE MANAGEMENT SUATU KEBANGGAAN
KDEB Waste Management (KDEBWM) merupakan sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan sisa domestik di
negeri Selangor.
Menurut Pengarah Urusan KDEBWM, Tuan Haji Ramli Tahir yang merupakan alumni UUM tahun 1996, "terdapat 12
orang alumni UUM termasuk beliau yang bersama-sama menguruskan syarikat ini".
"Ia merupakan suatu kebanggaan di mana produk UUM (alumni) mampu untuk mengendalikan sebuah syarikat yang
besar bersama-sama," tambah beliau.
Lawatan yang diadakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali
bersama Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara universiti dengan alumni di industri.
Pelbagai perkara untuk kolaborasi telah dibincangkan dan ia boleh memberi suatu impak yang baik kepada universiti
terutamanya pelajar dan industri.
Turut hadir Penolong Pengarah, Encik Halim Md Yatim dan Penolong Pegawai Tadbir Pusat Alumni, Encik Muhammad
Hafizal Faiz Suhaime.
39
WRITER: SITI NOR FAIZAH MOHD BASIR
MAJLIS KEMUNCAK
SAMBUTAN HARI ALUMNI
UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
UUM ONLINE: Serdang - Majlis Kemuncak Sambutan Hari Universiti Awam Malaysia telah diadakan pada 8 Disember
2021 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis yang bertujuan meraikan ulang tahun pertama penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia ini dianjurkan
dengan bertemakan alumni universiti awam dalam kebersamaan. Pemilihan tema ini adalah untuk menggambarkan
alumni universiti awam sebagai suri teladan dan agen perubahan yang banyak menyumbang idea, kepakaran, tenaga
dan pendanaan kepada pembangunan kecemerlangan universiti tercinta.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Pengarah Bahagian Governance IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Rizal menyatakan bahwa majlis seperti ini dapat mengukuhkan interaksi dan
penglibatan antara alumni dan universiti.
Tambah beliau, majlis ini juga dapat mendorong alumni untuk terus mendampingi universiti demi kelangsungan
pembangunan dan pemerkasaan sesebuah universiti, sekaligus dapat mengangkat imej pengajian tinggi negara.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia atas penganjuran
Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2021 buat julung-julung kalinya.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan gimik pelancaran dua buah projek daripada universiti awam iaitu Alumni
Information System (AIS) oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UUM Alumni Privilege Card daripada Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang pastinya akan memberi manfaat kepada alumni.
Turut hadir, timbalan - timbalan naib canselor, pengarah - pengarah pusat alumni serta pegawai - pegawai dari semua
universiti awam Malaysia.
40
PENYERAHAN BAUCER
MARRYBROWN KEPADA PELAJAR
ALUMNI
WRITER: MAIZATUL AKMAR ZULKAFLI
UUM Online: Sintok- Marrybrown Cawangan Alor Setar telah menyerahkan tajaan baucer Marrybrown kepada 2,600
pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 Disember 2021 lalu.
Baucer tersebut telah diserahkan sendiri oleh Francais Operator, Norharizan Hj Hussain kepada Prof. Madya Dr.
Hendrik Lamsali, TNC HEPA bertempat di Bangunan Canselori.
Norharizan merupakan Alumni UUM tahun 2018 (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan) dan 2019 (Sarjana
Pentadbiran Perniagaan). Beliau juga merangkap rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card.
Dalam pertemuan itu, beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya seperti kerjasama atau pemain industri dan
universiti untuk pembangunan pelajar dan universiti.
Turut terlibat dalam sesi penyerahan tersebut ialah Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.
41
42
43
SEBUAH PROGRAM INISIATIF DARI
PUSAT ALUMNI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA UNTUK MEMBANTU
ALUMNI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA YANG KURANG BERNASIB
BAIK.
44
SEBUAH PROGRAM INISIATIF DARI PUSAT
ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA YANG
KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK
MEMILIKI LAPTOP.
45
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SCHOLARS EDGE
EDISI KE-2
ALAMAT: Hubungi Kami:
No. Tel / Email
Pusat Alumni UUM, 04-9284035/ 4036/ 4038
Aras 1, Bangunan UUM Colgis,
06010, Sintok, Kedah. [email protected]
Website AMIS
https://uumalumni.my
Alumni Universiti Utara Malaysia Alumni Centre UUM @Alumni Centre UUM Alumni Centre UUM Alumni UUM
(UUM)(Original)