The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4. Final Ebook Komunikasi Lisan dalam Bahasa Kebangsaan A 15.8.2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur khamsiah, 2021-08-16 04:03:14

4. Final Ebook Komunikasi Lisan dalam Bahasa Kebangsaan A 15.8.2021

4. Final Ebook Komunikasi Lisan dalam Bahasa Kebangsaan A 15.8.2021

KOMUNIKASI LISAN DALAM
BAHASA KEBANGSAAN A

DEKLARASI HAK CIPTA

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data (after eisbn is received)

Cataloguing Information (to be informed)

PUBLISHED BY:
Politeknik Port Dickson
KM14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa
Port Dickson, Negeri Sembilan

AUGUST 2020
Copyright Each part of this publication may not be reproduced or distributed in any

forms by any means or retrieval system without prior written permission.

i

KREDIT PENULIS

ii

ACKNOWLEDGEMENT

PATRON
Mohamad Isa bin Azhari
Director, Politeknik Port Dickson

ADVISORS
Dr. Nor Haniza binti Mohamad
Deputy Director (Academic), Politeknik Port Dickson

Suhaimi bin Samad
Interim Head of General Studies Department, Politeknik Port Dickson

EDITOR
Suhaimi bin Samad
Islamic Studies and Moral Course Coordinator, Politeknik Port Dickson

FACILITATORS
Nin Hayati binti Mohd Yusof
Mimi Aineen binti Abu Mansor

WRITERS
Fazlina binti Fadzil
Nur Khamsiah binti Adan
Mimi Aineen binti Abu Mansor

We would like to convey our utmost gratitude to the Department of Polytechnic and
Community College Education particularly the E-learning and Instructional Division
(BIPD) for funding our e-book project.

We hereby declare that this module is our original work. To the best of our
knowledge it contains no materials previously written or published by another person.
However, if there is any, due acknowledgement and credit are mentioned accordingly
in the e-book.

iii

PRAKATA/ABSTRAK/SINOPSIS

E-Book Komunikasi Lisan dalam Bahasa Kebangsaan A diterbitkan berdasarkan
silibus Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian
Pengajian Tinggi, Malaysia di bawah sukatan kursus Bahasa Kebangsaan A
(MPU22042). Kursus Bahasa Kebangsaan A ini adalah salah satu Mata Pelajaran
Umum (MPU) yang wajib diambil oleh semua pelajar insitusi pengajian tinggi di
Malaysia. E-Book ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan utama para pelajar
politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia dan institusi pengajian tinggi yang
lain yang mengambil kursus yang berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan.

Antara tujuan penerbitan E-Book ini adalah untuk membantu para pelajar
menguasai komunikasi lisan mengikut penggunaan bahasa Melayu yang betul dan
membincangkan mengenai kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur,
membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar, serta meningkatkan
kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Kemasukan dan
percampuran bahasa dari negara asing telah menyebabkan penguasaan bahasa
Melayu dari segi sebutan dan ejaan semakin kurang dipraktikkan berikutan
kemudahan teknologi yang ada pada hari ini.

E-Book ini memfokuskan topik Komunikasi Lisan yang terdiri daripada tiga bab
utama iaitu Sebutan dan Intonasi, Ejaan dan Tatabahasa dan Pengucapan Awam.
Penulisan E-Book ini merangkumi penerangan yang jelas berdasarkan silibus JPPKK,
dibantu dengan jadual, rajah dan gambar, contoh-contoh yang sesuai mengikut isu
semasa serta latihan tambahan untuk para pelajar.

iv

DEKLARASI HAK CIPTA i

KREDIT PENULIS ii

PENGHARGAAN iii

PENGENALAN vii

BAB 1: SEBUTAN DAN INTONASI 2
4
1.1 Definisi Sebutan dan Intonasi 5
1.2 Prinsip Sebutan Bahasa Melayu 6
1.2.1 Alat Ujuran 6
1.2.2 Alat Pernafasan 8
1.2.3 Organ Sebutan 8
1.3 Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu 11
1.3.1 Konsonan 12
1.3.2 Vokal 12
1.3.3 Diftong 13
1.3.4 Gugusan Konsonan 15
1.4 Intonasi dalam Bahasa Melayu 15
1.4.1 Ayat Penyata 16
1.4.2 Ayat Tanya 17
1.4.3 Ayat Perintah 18
1.4.4 Ayat Songsang
1.4.5 Ayat Pasif

BAB 2: EJAAN DAN TATABAHASA 21
23
2.1 Definisi Ejaan dan Tatabahasa 24
2.2 Elemen dalam Tatabahasa 27
28
Ejaan 37
Pengimbuhan 40
Pemilihan Kata
Struktur Ayat 43
Penghubung Ayat 44
46
BAB 3: PENGUCAPAN AWAM 49
50
3.1 Definisi Pengucapan Awam 51
3.2 Bentuk-Bentuk Pengucapan Awam 53

Ucapan 54
Temuramah
Pidato 59
Forum
Ulasan dan Komentar 62

LATIHAN

JAWAPAN

RUJUKAN

PENGENALAN

Komunikasi adalah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Tanpa komunikasi, ia menjejaskan hubungan antara satu sama lain.
Pada masa kini, komunikasi dapat dipelbagaikan mengikut peredaran masa
dengan penggunaan alat komunikasi seperti telefon pintar yang mempunyai
perisian seperti Whatsapp, Instagram, Facebook, Telegram dan sebagainya.
Selain itu, keperluan dalam komunikasi menjadi satu keutamaan dalam
perhubungan seharian agar maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami
dengan cepat dan tepat.

Oleh yang demikian, pengetahuan mengenai komunikasi sama ada
dalam bentuk lisan dan tulisan, penggunaan teknik dan gaya bahasa serta
komunikasi yang betul dalam pertuturan seharian sangat penting untuk
dipelajari oleh semua rakyat Malaysia. Pemahaman dan penggunaan bahasa
Melayu yang betul setiap hari diharap dapat mengangkat dan mengekalkan
martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Justeru, buku ini akan menghuraikan beberapa perkara penting yang
terdapat dalam komunikasi lisan seperti pengetahuan mengenai teknik
sebutan dan intonasi, teknik penghasilan bunyi, kaedah intonasi yang
digunakan, penggunaan ejaan dan tatabahasa yang betul yang terdiri daripada
pengimbuhan, pemilihan kata, struktur ayat dan penghubung ayat serta teknik
pengucapan awam. Setiap penerangan akan disertai dengan jadual, gambar
rajah, contoh dan dan Latihan bagi meningkatkan pemahaman dan
pengukuhan kepada para pembaca.

vii

Objektif bab: BAB 1
1. Mengetahui definisi sebutan dan

intonasi.
2. Mengenal prinsip sebutan dan

intonasi serta penghasilan bunyi
dalam bahasa Melayu.
3. Menunjukkan kaedah bertutur
dalam komunikasi lisan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

1.1. DEFINISI SEBUTAN DAN INTONASI

Definisi sebutan boleh dibahagikan kepada tiga (3) aspek utama sebagaimana jadual
1.1 di bawah:

Perkara Aspek Penjelasan
Bermaksud cara melafazkan atau menyebut perkataan, ucapan, lafaz
Definisi
Sebutan dan baku sebutan. Lafaz yang dimaksudkan adalah lafaz

pendengaran yang bergantung pada bunyi huruf saksi. Manakala

Cara baku sebutan pula adalah huruf atau perkataan yang telah

ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya

mengikut sebutan standard.
Bidang yang mengkaji sebutan bunyi manusia iaitu pertuturan yang

dipanggil fonetik. Fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang

digunakan dalam pertuturan. Manusia mengkaji bunyi-bunyi bahasa

Pengkajian Bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat

penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya.

Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum dideskripsi. Oleh

sebab itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakam terlebih dahulu.

Definisi sebutan mengikut bidang ilmu Fonologi ialah yang berkaitan

dengan sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan

sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan

dalam dua (2) cara iaitu:

Bidang i. Sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal
penyebaran bunyi tersebut.

ii. Merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum

yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi bahasa

semulajadi (Aishah Mahdi dan Azizah Hussein, 1995).

Jadual 1.1 Definisi sebutan

Sebutan bahasa di dalam bahasa Melayu dipanggil sebutan baku. Baku bermaksud standard
atau piawai. Penggunaan sebutan baku digunakan sepertimana ia dieja. Bagaimana sesuatu
perkataan dieja, begitulah cara ia disebutkan dan dibunyikan.

2

Manakala definisi intonasi boleh dijelaskan sebagaimana Jadual 1.2 di bawah:

Perkara Penjelasan

Intonasi bermaksud turun naik nada suara apabila bertutur. Dalam pertuturan yang

normal, nada suara kita berbeza-beza tinggi dan rendah. Nada suara yang berubah-ubah

mencerminkan maksud isi pertuturan dan emosi kita semasa bertutur. Adakalanya bagi

Definisi sesuatu ayat, jika diujarkan dengan intonasi yang berbeza, ia akan membawa maksud
Intonasi yang sangat berbeza. Malahan, ada orang yang hampir hilang taraf kerakyatan kerana
pertuturannya ditafsirkan oleh orang lain dengan intonasi yang berbeza daripada

pertuturan yang sebenarnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intonasi bermaksud

turun naik atau tinggi rendah nada suara sewaktu bercakap dan berintonasi bermaksud

yang mempunyai intonasi.
Komponen intonasi beperanan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Antara peranan

intonasi dalam ayat adalah untuk membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat

dalam ayat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai

dengan kata kerja pada predikat. Hal tersebut tidak semestinya berlaku dalam bahasa
Komponen Intonasi

Melayu kerana berdasarkan pola bahasa Melayu, hanya satu pola sahaja yang

membentuk predikat daripada kata kerja iaitu pola frasa nama (FN) + frasa kerja (FK).

Dalam hal ini, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam

bahasa Melayu.

Perhatikan kedua-dua ayat berikut:

1. Isteri saya pegawai kerajaan.

Penerangan: Ayat di atas boleh dipisahkan dengan intonasi yang sesuai –

Contoh Isteri saya (subjek) dan pegawai kerajaan (predikat).

2. Doktor Azman sedang merawat pesakit.

Penerangan: Dengan intonasi yang berbeza, subjek Doktor Azman dapat dibezakan

dengan predikat sedang merawat pesakit.

Turun naik intonasi ditandakan dengan angka 1, 2, 3 dan 4.

➢ Angka 1 merupakan nada yang paling rendah.

➢ Angka 2 merupakan permulaan dalam ujaran sesuatu ayat.

Turun Naik Intonasi ➢ Angka 3 dianggap sebagai nada tekanan.

➢ Angka 4 merupakan nada paling tinggi.

Kebiasaannya, bagi menyempurnakan huraian, garis turun naik digunakan untuk

memperlihatkan intonasi yang berbeza-beza.

Jadual 1.2 Definisi intonasi

3

1.2 PRINSIP SEBUTAN DAN INTONASI

Prinsip sebutan bahasa Melayu adalah sistem sebutan baku. Baku bermakna standard
atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja.
Sebagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara ia disebutkan atau dibunyikan.

Bahasa Melayu kini bukan menjadi pertuturan orang Melayu sahaja, malah menjadi
perantara komunikasi yang melibatkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia
menjadi satu bahasa perantaraan sama ada secara formal atau tidak formal. Walaupun
rakyat Malaysia datang dari pelbagai kaum dan ras yang berbeza, penggunaan bahasa
Melayu tetap menjadi kaedah perhubungan dalam setiap aspek kehidupan seharian.
Perlu difahami bahawa, terdapat tiga (3) prinsip sebutan bahasa Melayu yang dikenali
sebagai:

1. Alat Ujaran Alat
2. Alat Pernafasan Pernafasan
3. Organ Sebutan

Alat Ujaran Organ
Sebutan

Prinsip Sebutan
Bahasa Melayu

Rajah 1.1 Prinsip sebutan Bahasa Melayu

4

1.2.1 Alat Ujaran

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung
dengan manusia lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan
oleh alat-alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Contohnya
bibir, lidah, lelangit dan pita suara (Asmah Haji Omar, 1986). Banyak alat
yang terlibat dalam menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini dapat
dibahagikan kepada dua (2) bahagian sebagaimana yang dapat dijelaskan
di rajah di bawah:

5

1.2.2 Alat Pernafasan

Setiap individu mempunyai sistem pernafasan. Badan kita mempunyai sistem
penafasan yang bertujuan untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah.
Disamping tugas ini, sistem pernafasan juga berfungsi sebagai alat penghasilan bunyi
bahasa. Dalam sistem pernafasan, alat-alat penting yang terlibat dengan penghasilan
bunyi bahasa ialah paru-paru, rongga kerongkong, rongga tekak, rongga hidung dan
rongga mulut.

Gambar 1.1 Sistem pernafasan berdasarkan anatomi manusia

1.2.3 Organ Sebutan

Organ sebutan ialah organ yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran
bunyi iaitu seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Untuk
mengenali organ sebutan, kita perlu mengenali alat artikulasi dan titik artikulasi.

1.2.3.1 Alat Artikulasi

Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak
semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara contoh alat artikulasi ialah bibir, tulang
rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Tiap-tiap alat artikulasi memainkan
peranan tersendiri sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Sewaktu bunyi bahasa
terhasil, alat-alat ini akan bersentuh dengan bahagian-bahagian tertentu dalam daerah
artikulasi. Bahagian-bahagian ini dipanggil titik artikulasi.

6

Gambar 1.2 Titik artikulasi Aktiviti: 1.1
Sila sebut perkataan di bawah
mengikut titik artikulasi dengan betul.

1. Lapar
2. Buku
3. Ijazah
4. Khidmat
5. Masyarakat
6. Oksigen
7. Komputer
8. Universiti
9. Justifikasi
10. Pengumuman

1.2.3.2 Titik Artikulasi

Dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan alat artikulasi menjadi
nadi paling penting. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik dan melibatkan
banyak proses. Selain organ seperti paru-paru, peti suara dan sebagainya, penghasilan
bunyi-bunyi bahasa akan melibatkan titik dan cara artikulasi. Terdapat dua belas titik
artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa, iaitu seperti
yang dinyatakan dalam rajah di bawah:

01 Dua Bibir 02 Bibir - Gigi 03 Gigi
04 Gigi - Gusi 06 Lelangit Keras -
05 Gelungan
(alveolus) Retroflux Gigi Gusi
07 Gigi Gusi - 09 Lelangit Lembut
08 Lelangit Keras
Lelangit Keras

10 Anak Tekak 11 Rongga Tekak 12 Pita Suara

Rajah 1.2 Dua belas titik artikulasi yang menghasilkan bunyi konsonan

7

1.3 PENGHASILAN BUNYI BAHASA MELAYU

Dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi
utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses.
Dalam penghasilan bunyi, vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang
penting. Vokal ialah bunyi bersuara yang dihasilkan. Udara dari paru-paru akan keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan
ketika bunyi bersuara terhasil. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan
kepanjangan. Maksudnya bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan.

1.3.1 Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan
atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada
konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud
konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita
suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari
peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua (2) iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada
dan digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh
penutur. Manakala konsonan pinjaman pula, terdapat konsonan-konsonan asing dalam
bahasa Melayu seperti perkataan dalam bahasa Cina, Sanskrit, Jawa, Inggeris dan
Minangkabau. Terdapat juga konsonan yang dikekalkan bunyinya contoh thalatha iaitu
bererti Selasa dan ada konsonan asing yang kekal dalam perkataan yang dipinjam.

8

f Geseran bibir gigi tak bersuara dan
v bersuara (f) dan (v) Contoh: faham, novel

Geseran gigi tak bersuara dan bersuara
th (th) dan (dh). Contoh : thamsil , kadhi.
dh

Geseran gigi bersuara (z) Contoh: ziarah
z

Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara
sy (sy). Contoh : syarat

Geseran gusi lelangit lembut tak bersuara
kh dan bersuara (kh) dan (gh). Contoh:
gh khabar, ghaib.

Rajah 1.3 Konsonan pinjaman

Aktiviti 1.2:
Anda dikehendaki menonton berita utama jam 8 malam.
Kenal pasti sebutan yang diucapkan oleh pemberita tersebut.

9

Selain itu, terdapat sebelas (11) jenis konsonan bahasa Melayu iaitu:

01 Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan p, b
tidak bersuara. t, d
k, g
02 Dua konsonan letupan gusi bersuara dan
tidak bersuara. h
c, j
03 Dua konsonan letupan lelangit lembut s, h
bersuara dan tidak bersuara.
r
04 Satu konsonan hentian glottis.

05 Dua konsonan letusan bersuara dan tidak
bersuara.

Dua konsonan geseran tidak bersuara iaitu
06 geseran gusi tidak bersuara (s) dan geseran

glottis bersuara (h).

07 Satu konsonan getaran bersuara.

08 Satu konsonan sisian bersuara. i

09 Empat kosononan sengauan bersuara. m, n

10 Dua konsonan separuh vokal berusara iaitu (i) i, w
dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

11 Satu konsonan separuh vokal lelangit keras j
bersuara.

Rajah 1.4 Jadual konsonan bahasa Melayu

10

1.3.2 Vokal

Dalam bahasa Melayu, terdapat lima (5) huruf vokal di dalam bahasa Melayu iaitu a,
e, i, o dan u. Manakala, vokal e mempunyai dua (2) bunyi iaitu e pepet dan e taling. Ini
dapat dijelaskan sebagaimana dalam Jadual 1.3 berikut:

Bil: Vokal: Pembahagian Cara Sebut: Kedudukan & Sebut Suku
1. Vokal a Contoh Kata Berikut

2. Vokal e - awan, anak Di awal kata: Dengan
api Betul:
3. Vokal i Vokal e pepet emak, tengah
4. Vokal o Di tengah kata: Ba ca da fa
5. Vokal u padi ga ha ja ka

Di akhir kata: la ma
kita Na pa qa ra
sa ta va wa
Di awal kata:
emak ya za

Di tengah kata: Be ce de fe
senak ge he je ke
Le me ne
Di akhir kata: pe re se te
prisme
Bé cé dé f
Vokal e taling elok Di awal kata: enak é gé hé jé
Cara menyebut bunyi
Di tengah kata: ké
e taling berbeza petah Lé mé né
daripada bunyi e pé ré sé té
Di akhir kata : sate
pepet Bi ci di fi
gi hi ji ki
Di awal kata:
ikan li mi
Ni pi qi ri
-- ikan, ibu Di tengah kata: ti vi wi yi

siku zi

Di akhir kata : Bo co do fo
lari go ho jo ko

Di awal kata: lo
otak Mo no po
ro so to vo
Di tengah kata:
- orang kota yo zo

Di akhir kata : Bu cu du
teko fu gu hu ju

Di awal kata: ku lu mu
ubat Nu pu qu
ru su tu wu
Di tengah kata:
- /bulat, ular guna yu zu

Di akhir kata : 11
sudu

Jadual 1.3 Huruf Vokal

1.3.3 Diftong

Diftong adalah gabungan dua (2) bunyi vokal yang dilafazkan berterusan dalam satu
hembusan nafas. Ia terhasil apabila bunyi satu (1) vokal menggeluncur dengan
cepatnya ke satu vokal yang lain. Ia juga dianggap sebagai satu suku kata dan
dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dengan kata lain,
lidah pada mulanya diletakkan dalam keadaan sebagaimana membunyikan vokal,
kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan sesuatu vokal yang lain. Terdapat tiga
(3) jenis diftong iaitu ai, au dan oi. Sebagai contoh, untuk menghasilkan bunyi diftong
‘ai’, lidah berkeadaan seperti membunyikan vokal “a” dan secara cepat
menggeluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i”.

ai au oi

• hairan ● aura ● amboi
• sungai ● surau ● kaloi
• damai ● pulau ● sekoi
• serai ● pisau ● sepoi
• ramai ● silau ● senoi
• sampai ● hijau ● tampoi
• haiwan ● kalau ● dodoi
• lambai ● atau

Rajah 1.5 Sistem ejaan diftong

1.3.4 Gugusan Konsonan

Gugusan konsonan juga dikenali sebagai konsonan gabung. Ia merupakan gabungan
dua (2) huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan pertama dan
konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi yang terhasil adalah bunyi
baru. Dalam contoh bagi perkataan ‘khusus’ bukanlah disebut ‘khusus’ dalam konteks
4 suku kata, tetapi disebut ‘khu-sus’ iaitu dua suku kata.

12

1.4 INTONASI DALAM BAHASA MELAYU

Intonasi ialah nada suara yang berlaku secara turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap. Intonasi ini hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam
bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau
songsang, ayat aktif atau ayat pasif dan seumpamanya. Sebagaimana yang telah
dibincangkan sebelum ini, intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan
empat (4) tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai
nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2
memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu
mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis iaitu dapat membezakan di antara
jenis dan bentuk ayat. Intonasi yang wujud dalam bahasa Melayu adalah untuk menandai
dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Bil Fungsi Penerangan
Fungsi
Untuk menyatakan pelbagai makna sikap seperti kegembiraan, kebosanan,
1 emosional kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

2 Fungsi Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada
gramatis sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif
dan seumpamanya.
Fungsi
3 struktur Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam
makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna
informasi tersebut.

4 Fungsi Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas
tekstual seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

5 Fungsi Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan
psikologi diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.

6 Fungsi Untuk menandai identiti seseorang iaitu membantu mengenali seseorang sama ada
‘indexical’ tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza seperti khatib, penjual
ubat atau sarjan tentera.

Jadual 1.4 Fungsi intonasi 13

Kaedah melontarkan intonasi boleh berubah mengikut struktur ayat yang disusun.
Sesuatu ayat pula mestilah mempunyai subjek dan predikat.

Ayat: ialah satu susunan perkataan yang terdiri
daripada subjek dan predikat.

Subjek: Subjek ialah perkara yang diceritakan.

Predikat: Predikat ialah cerita berkenaan
perkara subjek.

Rajah 1.6 Struktur ayat

Lontaran ayat akan mengikut sama ada ayat itu adalah ayat penyata, ayat tanya, ayat
songsang atau pun ayat pasif. Nada intonasi juga berubah apabila mempunyai tanda
baca seperti nokhtah (.), koma (,) , tanda seru, (!) atau tanda tanya (?). Lihat contoh di
bawah dan cuba sebutkan mengikut intonasi jenis ayat.

Jenis Ayat Subjek Predikat Contoh Ayat Lengkap

Ayat penyata Kamal seorang guru Kamal seorang guru.

Ayat tanya Kamal seorang guru Kamal seorang guru?

Ayat perintah Kamal tolong saya Cikgu Kamal, tolong saya!

Ayat songsang Kamal seorang guru Guru itu ialah En. Kamal.

Ayat pasif Cikgu Kamal kelas ini diajar oleh Kelas ini diajar oleh Cikgu Kamal.
Jadual 1.5 Pembahagian nada intonasi

Aktiviti 1.3
Anda dikehendaki menonton satu video di Youtube.
Kenal pasti jenis ayat dan penggunaan intonasi dalam
video tersebut. Sila tekan pautan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=er3JP2MDXK4

14

1.4.1 Ayat Penyata

Menurut Abdullah Hassan (1993), ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan
maksud membuat satu penyataan. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk
menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, dan bilangan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal atau pertanyaan. Oleh itu, kata ganti nama tanya tidak
digunakan dalam penyata.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penyataan ialah perbuatan
menyatakan atau melahirkan. Ayat penyata mempunyai tujuan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu hal. Tanda baca juga penting kerana ia menentukan
keberkesanan mesej penulis kepada pembaca. Oleh itu, penggunaan tanda baca yang
tidak tepat akan mengelirukan pembaca. Di samping itu, ayat penyata juga menyatakan
maklumat atau memberi tekanan kepada maklumat contoh:

1. Rumah itu rumah papan.
2. Konstabel polis itu meronda.
3. Ikan haruan memakan anaknya.
4. Kakak sedang menyiram bunga.

1.4.2 Ayat Tanya

Ayat tanya juga ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya
ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,
binatang dan sebagainya. Ayat tanya terbahagi kepada dua (2) iaitu:

a. Ayat tanya dengan kata tanya
b. Ayat tanya tanpa kata tanya

15

Perbezaan ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya
adalah seperti berikut:

Kategori Ayat Menggunakan Kata Diakhiri dengan: Contoh:
Tanya seperti:

Ayat Tanya Apa, siapa, berapa, Kata tanya di akhir Siapakah nama
Dengan Kata bila, mana, dengan partikel - bapa awak?
Tanya. bagaimana, kenapa kah.
dan mengapa.

Ayat Tanya Ayat ini tidak Ada tanda tanya Nama bapa kamu
Tanpa Kata menggunakan kata pada akhir ayat itu. Ali?
Tanya tanya.
Bentuknya serupa
dengan ayat penyata.

Jadual 1.6 Contoh penggunaan ayat tanya

1.4.3 Ayat Perintah

Ayat perintah digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan, menyatakan
keinginan, harapan atau larangan untuk melakukan sesuatu. Ayat perintah juga
ditujukan kepada orang kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Ayat perintah juga
boleh terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan dan
ayat ajakan.

Penggunaan Kata perintah Contoh:

Apabila berlaku jangan, usah, sila, Tolong isi borang makluman ini.
Sila masuk ke dalam.
tindak balas terhadap jemput, minta, Jemputlah makan!
Jangan bising!
arahan, larangan, tolong dan harap. Harap tuan-tuan tunggu sebentar.

silaan atau

permintaan.

Jadual 1.7 Contoh penggunaan ayat perintah

16

1.4.4 Ayat Songsang

Ayat songsang dapat difahami seperti mana rajah di bawah:

1.Ayat songsang berlaku apabila berlaku pendepanan
predikat.

2. Ayat tunggal boleh juga wujud dalam susunan
songsang melalui proses pendepanan atau
penjudulan.

3. Dalam susunan songsang, kenyataan predikat
akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat.

4. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti
diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan
predikat.

Rajah 1.7 Defisini ayat songsang

Kebiasaan bagi susunan ayat dalam bahasa Melayu mestilah didahului dengan subjek
dan predikat. Namun, apabila ayat songsang terbentuk, berlaku satu proses
transformasi ayat biasa iaitu daripada subjek dan predikat kepada predikat dan
subjek. Penyongsangan ini dilakukan melalui proses pendepanan yang bertujuan
untuk memberikan penegasan kepada predikat. Lihat contoh di bawah:

1. Subjek + Predikat = Kakak telah menyapu sampah di luar rumah.
2. Predikat + Subjek = Sampah yang ada di luar rumah telah di sapu oleh kakak.

Perbezaan susunan subjek dan predikat dalam contoh 1 dan 2 telah mengubah
intonasi yang dikeluarkan iaitu daripada satu ayat penyataan kepada satu ayat
penegasan. Penyongsangan ayat juga boleh berlaku dalam keadaan pendepanan
seluruh predikat dan pendepanan sebahagian predikat iaitu pendepanan frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama.

17

1.4.5 Ayat Pasif
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga (3) jenis bahagian:

AYAT PASIF

1. 2. 3.
AYAT PASIF DIRI PERTAMA AYAT PASIF DIRI KEDUA AYAT PASIF DIRI KETIGA
dengan kata ganti nama dengan kata ganti nama
dengan kata ganti nama
pertama iaitu: kedua iaitu ketiga iaitu:
anda, awak, engkau, diri, mereka, nya, beliau,
Aku, saya,beta, hamba,
patik, daku,kami dan beta. kamu, kaitan dan Ali dan sebagainya.
sebagainya.

Rajah 1.8 Pembahagian ayat pasif

Contoh ayat pasif:

1. Ayat pasif diri pertama: Jam ini saya beli.
2. Ayat pasif diri kedua: Jam itu awak beli?
3. Ayat pasif diri ketiga: Jam itu telah dibeli oleh Ravi.

Ketiga-tiga contoh ayat pasif di atas telah mengubah intonasi apabila kata ganti
nama diri pertama, kedua dan ketiga digunakan. Sekiranya ayat ini dilontarkan
mengikut nada intonasi, kita akan dapati bahawa ayat pasif diri pertama adalah
berbentuk penyataan, ayat pasif diri kedua berbentuk pertanyaan dan ayat pasif diri
ketiga berbentuk penegasan. Maka, sebutan yang betul mengikut nada dan ayat
akan memudahkan pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan.

18

Justeru, nada intonasi dalam bahasa Melayu dapat dikenal pasti apabila jenis-jenis
ayat dan struktur ayat itu dilontarkan dengan baik oleh dua pihak yang sedang
berkomunikasi. Ringkasan intonasi pelbagai jenis ayat diringkaskan seperti di berikut:

Ayat Penyata Pensyarah itu pengajar

2 42 3

Ayat Tanya Pesyarah itu pengajar?
2 43 4

Ayat Perintah Belajarlah

23 1

Pengajar pensyarah itu

Ayat Songsang 23 1

Ayat Pasif Subjek itu saya ajar

2 42 3

19

BAB 2

Objektif bab:
1. Mengetahui definisi ejaan dan tatabahasa.
2. Mengenal pasti elemen-elemen tatabahasa.
3. Menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan dengan menggunakan

tatabahasa yang betul.

2.1 DEFINISI EJAAN DAN TATABAHASA

Mengikut Kamus Dewan, ejaan bermaksud kaedah atau cara menulis perkataan
dengan huruf. Ejaan juga bermaksud satu kumpulan konsonan dan vokal yang
mempunyai status unik iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal kata, di
tengah kata dan di akhir kata.

Vokal ‘a’ Awal kata Tengah kata Akhir kata
Ayah Pandu kereta

Manakala tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan
perkataan dan proses pembinaan ayat atau penyusunan kata dalam sesuatu ayat.
Tatabahasa juga dikenali sebagai nahu. Contoh;

Awal kata Tengah kata Akhir kata

Ejaan perkataan Ayah Pandu kereta

Tatabahasa Ayah sedang memandu kereta berwarna merah
(pembinaan ayat)

Pembahagian ayah kata nama
tatabahasa: sedang kata hubung
memandu kata kerja
kereta kata nama
berwarna imbuhan
merah kata adjektif

21

Dalam percakapan seharian, ejaan dan tatabahasa disesuaikan mengikut kebiasaan
percakapan bahasa sesuatu bangsa dan tidak ada unsur benar atau salah. Contohnya
orang Melayu menjelaskan sifat dan keadaan sesuatu benda selepas kata nama seperti
telefon pintar. Berbeza dengan bahasa Inggeris yang disebut sifat dahulu iaitu “smart
phone”. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan keselarasan dalam sistem ejaan
rumi bahasa Melayu dan penggunaan tatabahasa, maka garis panduan perlu dipelajari
bagi memperbaiki kesalahan sama ada dalam bentuk komunikasi atau penulisan.
Berikut adalah sejarah ringkas garis panduan disusun supaya lebih teratur.

Tahun Perkara
1956
1959 Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, satu sistem ejaan
1967 rumi Melayu dipersetujui bersama antara Malaysia dan Indonesia,
1972 dikenali sebagai Sistem Ejaan Kongres.
Mesyuarat untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi – Sistem Ejaan
1975 Malindo.
Rundingan antara Malaysia – Indonesia melahirkan Sistem Ejaan
Bersama Malaysia – Indonesia disebut Ejaan Baru.
Pertemuan antara Menteri Pelajaran Malaysia dengan Indonesia –
lahirlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu di Malaysia dan
Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia di Indonesia.
Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MABIM) berjaya menyusun
Pedoman Ejaan yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah
ejaan yang lebih lengkap.

Jadual 2.1 Garis panduan sistem ejaan bahasa Melayu

22

2.2 ELEMEN DALAM TATABAHASA

Perkara utama yang dibincangkan dalam tatabahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada lima (5) perkara berikut iaitu;

Bil. Perkara Bahagian Contoh
1. Ejaan keselarasan vokal,
2. Pengimbuhan pengejaan kata-kata mee – mi, eidulfitri –
3. Pemilihan kata pinjaman aidilfitri

awalan, apitan, berdiri, tertinggal,
akhiran, sisipan sambutan, budiman,
pengajaran,
kata tunggal, kata
ganda, kata nama, pen, duduk, polis, kuih-
kata kerja muih

4. Struktur ayat subjek, predikat Tasha (subjek)
membaca buku
5. Penghubung ayat kata hubung (predikat)
dan, sambil, atau,
sedang, tetapi

Info: Seringkali terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari
segi komunikasi atau penulisan seperti pemilihan kata yang sesuai.
Kesalahan juga berlaku pada struktur ayat dan penghubung ayat
yang dipilih. Penguasaan pada ejaan dan tatabahasa perlu
diperbaiki dari masa ke semasa dengan pembelajaran yang
berpanjangan.

23

EJAAN

Ejaan terbahagi kepada dua (2) iaitu; Keselarasan Vokal dan Pengejaan Kata-Kata
Pinjaman.

Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal digunakan untuk mengeja kata-kata dasar bahasa Melayu. Terdapat
enam (6) fonem vokal (V) iaitu [a], [e], [i], [o], [u] dan [é]. Keselarasan dalam mengeja
huruf vokal digandingkan dengan huruf konsonan (K). Huruf konsonan pula teriri
daripada b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z.

Contoh ejaan gabungan huruf vokal dan konsonan;

Ka Ki Ku Ke Ké Ko

Kaki Zaki Kuku Kesat Bérék Kotor

Contoh ayat gabungan vokal dan konsonan:

1. Kuku kaki Zaki kotor.
2. Kaki Zaki sangat kesat.
3. Zaki sedang berehat di berek polis.

24

Terdapat lapan belas (18) pola keselarasan huruf vokal yang membentuk dua suku
kata pada kata dasar (Abdul Ghalib, 2017), iaitu;

Keselarasan Contoh Keselarasan Contoh
Vokal Perkataan Vokal Perkataan

a-a ayah, kakak i-a silang, kijang

a - i adik, kasih i - i titip, kirim

a-u datuk, batuk i-u tidur, bisu

e-a enam, emak o-a otak, botak
boleh, toleh
e-i sembelih, o-é
sembilan keropok,

e-u jemur, belum o-o

é-a dewan, dekan u-a ubat, umpan

é-é gelek, keledek u-i ungkit, butik

e-o empok, selekoh u-u buku, busuk

*e – e pepet Jadual 2.2 Pola keselarasan huruf vokal
*é – e taling

25

Pengejaan Kata-Kata Pinjaman

Pengejaan kata-kata pinjaman bermaksud terdapat pinjaman dari segi bentuk, bunyi
dan sebutan daripada bahasa Inggeris atau pun bahasa Arab. Contohnya;

Ulang kaji 2.1: Ulang kaji:2.2:
Betulkan ejaan di bawah mengikut Tukarkan perkataan bahasa Inggeris di bawah
ejaan yang betul. mengikut ejaan bahasa Melayu yang betul.
1. Bag: 1. Ice:
2. Murtabak: 2. Tissue:
3. Tengahari: 3. Comission:
4. Ramadhan: 4. Akademic:
5. Keow teow:: 5. Psychology:

26

PENGIMBUHAN

Pengimbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-
bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan berperanan
sebagai pengubah ataupun penetap golongan kata dasar. Dalam bahasa Melayu,
imbuhan-imbuhan terdiri daripada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan
sisipan dan imbuhan apitan:

Ditambah pada bahagian Diselitkan di antara unsur- Ditambah pada bahagian
hadapan kata dasar; unsur kata dasar; belakang kata dasar;
ber – dalam berjalan em - dalam gemuruh tan dalam lautan
ter – dalam terambil (kata dasar: guruh) kan dalam panjangkan
di – dalam diambil in – dalam sinambung
(kata dasar: sambung)

Ulang kaji 2.3: Ditambahkan serentak pada
Letakkan imbuhan yang sesuai hadapan dan belakang kata
bagi perkataan di bawah. dasar;
1. Ajar ke- … -an dalam kedudukan
2. Cetak pe- … -an dalam pedalaman
3. Kerja
4. Bayang
5. Sambung

27

PEMILIHAN KATA

Pemilihan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk
sehingga dapat menghasilkan ayat dan ungkapan percakapan. Dalam pemilihan
kata terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembentukan kata dan golongan kata.

28

PEMBENTUKAN KATA Aktiviti 2.1:
1. Kata Tunggal Cari kata tunggal bagi setiap suku
kata yang telah dipelajari.

Kata tunggal ialah pola gabungan huruf konsonan dan huruf vokal sehingga membentuk
sama ada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata dan empat suku kata atau lebih.

Satu suku jam pen gam pin
kata lampu
buku pensel kertas mikrofon
Dua suku universiti
kata komputer pembaris pemadam

Tiga suku politeknik organisasi kategori
kata

Empat suku
kata dan
lebih

2. Kata Terbitan

Kata terbitan ialah satu proses yang menggabungkan imbuhan pada kata dasar. Dengan
kata lain, gandingan imbuhan pada kata dasar lalu membentuk perkataan dan makna
lain. Kata terbitan boleh didapati dalam empat (4) keadaan iaitu:

i. Kata terbitan berawalan –juruwang, tatabahasa, maharaja
ii. Kata terbitan akhiran – dermawan, patriotisme, biduanita
iii. Kata terbitan berapitan – pendidikan, berlanjutan, pemindahan
iv. Kata terbitan sisipan – telunjuk, selerak, gemerlapan

Ulang kaji 2.4
Isikan kata terbitan yang sesuai mengikut kata dasar berikut.
1. __________ (rawat)
2. __________ (ilmu)
3. __________ (lawat)
4. __________ (patriotic)
5. __________ (Menteri)

29

3. Kata Majmuk

Kata majmuk ialah dua kata dasar yang membawa satu makna tertentu yang perlu dieja
secara jarak atau terpisah (Abdul Ghalib, 2017). Namun, terdapat juga kata majmuk
yang dieja secara rapat yang dipanggil kata majmuk mantap. Kata majmuk boleh
difahami dengan bentuk-bentuk berikut:

Bentuk Contoh
Kata bebas Lalu lintas, lambat laun, gambar rajah, kereta api
Istilah khusus Atur cara, pita suara, uji kaji
Bentuk kiasan Panjang tangan, susah hati, anak angkat
Bentuk mantap tanggungjawab, setiausaha, kakitangan,
Bentuk gandaan Menteri-menteri besar, alat-alat tulis
Bentuk imbuhan Bercampur aduk, ditemuramah, mengemaskini

4. Kata Ganda

Kata ganda bermaksud proses menggandakan kata dasar. Kata ganda hendaklah
digunakan dengan betul mengikut konteks ayat atau makna. Contohnya;

i. Rumah di kawasan itu besar-besar belaka (menunjukkan sifat rumah itu besar).
ii. Majlis perkahwinan itu diadakan secara besar-besaran (menunjukkan majlis itu

sangat meriah).

Terdapat tiga (3) bentuk penggandaan, iaitu:

Bentuk Contoh
Penggandaan penuh Kawan-kawan, buku-buku, sekolah-sekolah
Penggandaan separa Lelaki, dedaun, jejentik
Penggandaan berentak saki-baki, gunung-ganang, cerai-berai

30

Ulang kaji 2.5 hati
Padankan kata majmuk yang betul. mulut
mata
kaca tangan
hidung
buah

isi

lubang

gatal

Ulang kaji 2.6
Gariskan kata ganda bagi lirik lagu di bawah.

Tajuk lagu: Teman
Penyanyi: Iman Troye
Lirik: Ezra Kong

Rama-rama hinggap di bunga taman
Langitan biru di takluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan

Mudah-mudahan ku dipertemukan
Dengan si dia yang ku idamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman
Oh cinta yang indah mekar kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

Aku pilih-pilih lagi, pilih-pilih hati
Puas ku mencari
Bergilir-gilir ganti, gilir-gilir janji
Yang dimungkiri

Dan jika kau berkenan jadikan ku teman
Berteman dan meneman bukan sekadar kawan

Ku timang-menimang dalam fikiran
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita kan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan
Oh cinta yang indah mekar kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

31

GOLONGAN KATA

1. Kata Nama

Kata nama terbahagi kepada tiga (3) subgolongan, iaitu kata nama am, kata nama khas
dan kata ganti diri.

Kata Nama

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
- manusia - manusia - pertama
- haiwan - haiwan - kedua
- benda - benda - ketiga
- tempat - tempat - tunjuk
- tumbuhan - tumbuhan - tanya

i. Kata nama am: merujuk kepada manusia, benda, haiwan, tumbuhan dan tempat.
Ianya juga boleh didahului dengan kata bilangan atau penjodoh bilangan.
Contohnya, polis, harimau, masjid, bunga, telefon.

ii. Kata nama khas: merujuk kepada manusia, benda, haiwan, tumbuhan dan
tempat. Kata nama khas mestilah bermula dengan huruf besar. Contohnya; Polis
Diraja Malaysia, Pak Belang, Masjid Nurul Ehsan, bunga Rafflesia, telefon
Samsung.

iii. Kata ganti nama: merujuk kepada kata ganti diri ketika bercakap dengan dua
pihak atau pihak ketiga. Kata tunjuk juga termasuk dalam kata ganti nama. Contoh
kata ganti tunjuk ialah itu dan ini.

32

Kata Ganti Nama pertama saya, aku, patik,
kedua hamba, beta,
ketiga
awak, engkau, tuan,
puan, tuan hamba,
saudara, saudari,

tuanku

kami, kita, mereka,
baginda, dia, beliau,

ia

Subgolongan Kata Kata Kata Contoh Ayat
Nama Ganti
/ Nama Khas Nama Nama beliau Cikgu
Azman Beliau Azman.
Kategori Am Ini buku Bahasa
Manusia/ cikgu Malaysia.
Saya bersekolah di
orang buku Buku Bahasa Ini Sekolah Kebangsaan
Benda Malaysia Saya Taman Medan.
Sekolah Itu Kucing Siam.
Tempat sekolah kebangsaan Itu
Taman Medan
Binatang kucing Kucing Siam

Tumbuhan bunga Bunga Raya Ia Ini Bunga Raya. Ia adalah

lambang bunga

kebangsaan di Malaysia.

Jadual 2.3 Pembahagian subgolongan kata nama beserta contoh

Permainan. Sila bermain Kategori/ Manusia/ Haiwan/ Negeri/ Tumbuhan/ Benda
sekurang-kurangnya Abjad orang binatang negara buah-buahan Almari
bersama dua orang atau A
lebih. Cari kata nama B Ahmad Ayam Amerika Anggur
yang sesuai mengikut C
abjad dan kategori. D
Kemudian semak dengan E
kawan anda. Jawapan F
yang tidak sama
dianggap pemenang.

33

Aktiviti 2.2
Senaraikan lima (5) kata kerja transitif dan kata
kerja tidak transitif beserta contoh ayat.

2. Kata Kerja

Kata kerja disebut juga sebagai perbuatan. Kata kerja boleh dikenalpasti oleh kata
bantu dan wujud dalam bentuk aktif dan pasif. Kata kerja terbahagi kepada dua (2) iaitu
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif aktif:
Hilmi sedang membaiki paip sinki
Kata kerja tidak boleh berdiri dengan sendiri dan diikuti dengan yang bocor itu.
objek. Terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata Kata kerja transitif pasif:
kerja transitif pasif. Paip sinki yang bocor itu sedang
dibaiki oleh Hilmi.
Kata Kerja Tak Transitif
Adik sedang tidur.
Kata kerja yang sempurna makna, boleh berdiri sendiri dalam ayat Emak sudah selesai memasak di
tanpa memerlukan objek. dapur.

3. Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat dan boleh menjadi unsur dalam
frasa adjektif. Kata adjektif menerangkan keadaan sifat bagi kata nama. Contohnya;

i. Kereta itu berwarna merah – berwarna merah menerangkan warna kereta
tersebut iaitu merah.

ii. Rumah banglo itu sangat besar – sangat besar menerangkan saiz rumah tersebut.
iii. Safwan telah menikahi seorang gadis yang cantik dan sopan santun – cantik dan

sopan santun menerangkan sifat dan perwatakan seorang gadis.

Terdapat sembilan (9) jenis kata adjektif yang memudahkan sesuatu kata nama itu
diterangkan dan difahami, iaitu:

34

Bil. Jenis Contoh

1. Sifat/ keadaan baik, sihat, sakit

2. Warna merah, biru, kelabu

3. Ukuran panjang, pendek, kecil

4. Bentuk bulat, petak, lurus

5. Waktu cepat, awal, lambat

6. Jarak jauh, dekat, sebelah

7. Cara pantas, tepat, selalu

8. Perasaan rindu, marah, geram

9. Pancaindera wangi, manis, pahit

Jadual 2.4 Jenis-jenis kata adjektif

4. Kata Tugas

Golongan kata tugas ialah satu perkataan yang dimasukkan dalam binaan ayat, sama
ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama
dan kata adjektif atau pun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa
atau klausa tertentu. Kata tugas tidak dapat berdiri dengan sendiri kerana tidak
mempunyai makna yang tersendiri.

Jenis kata tugas Contoh

Kata Sendi Nama ke, dari, dalam, akan, dengan

Kata Hubung dan, atau, tetapi, hingga

Kata Bantu akan, telah, harus, belum

Kata Seru amboi, wah, aduh, cis, alahai

Kata Tanya mengapa, bila, bagaimana

Kata Bilangan dua, segala, suku, setiap

Kata Nafi tidak, bukan

Kata Pemeri ialah, adalah

Kata Penguat sangat, amat, paling, hanya

Kata Penegas lah, tah, pun, lagi, sahaja, jua

Jadual 2.5 Jenis-jenis kata tugas

35

Ulang kaji 2.7:
Cari kata lawan bagi kata adjektif berikut.
1. Kurus:
2. Benci:
3. Mahal:
4. Lapar:
5. Kacak:

Ulang kaji 2.8:
Gariskan kata tugas yang salah di dalam ayat berikut dan gantikan dengan kata tugas
yang betul.

1. Datin Fazura bukan sahaja anggun dan berbudi orangnya.

____________________________________________________________________

2. Nasi goreng itu akan disiapkan di dalam masa setengah jam lagi.

____________________________________________________________________

3. Fattah merenung mata isterinya tetapi mengucapkan kata-kata yang romantik.

____________________________________________________________________

4. Ketika Pak Jabit mudik ke hulu, buaya itu telah mengekorinya secara perlahan-
lahan.

____________________________________________________________________

Pepatah Jika hendak mengenal orang berbangsa, 36
Lihatlah kepada budi dan bahasanya.

(Pendeta Za’ba)

STRUKTUR AYAT

Struktur ayat bermaksud satu baris ayat yang mengandungi unsur klausa,
manakala klausa terdiri daripada unsur frasa dan frasa pula terdiri daripada
bentuk-bentuk perkataan. Dalam membentuk ayat, dua bahagian utama
iaitu subjek dan predikat akan menjadikan susunan ayat lebih lengkap dan
dapat difahami dengan mudah. Lihat setiap contoh di bawah.

Contoh Perkataan Contoh Klausa
- pelajar - pelajar itu sedang belajar
- politeknik - pelajar itu tinggal di
- belajar
- rajin politeknik
- sedang - pelajar itu sangat rajin

Contoh Frasa Contoh Ayat
- Seorang pelajar (frasa nama) - Pelajar itu (subjek) sedang belajar
- Seorang pelajar politeknik
(predikat).
sedang belajar (frasa kerja) - Pelajar itu (subjek) tinggal di
- Seorang pelajar politeknik itu
politeknik (predikat).
sangat rajin (frasa adjektif) - Pelajar itu (subjek) sangat rajin

(predikat).

37

Ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa. Penulisan
klausa mestilah mempunyai subjek dan predikat. Klausa tidak mempunyai tanda
nokhtah dan permulaan perkataan menggunakan huruf kecil. Frasa pula satu
kumpulan kata yang membentuk unit klausa contohnya, frasa nama (FN), frasa kerja
(FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Perbezaan ini boleh difahami
seperti contoh di bawah:

Subjek Predikat

Ayat Seorang pelajar sedang belajar.
Klausa
Frasa seorang pelajar sedang belajar
Perkataan
Seorang pelajar politeknik sedang belajar.

seorang pelajar politeknik sedang belajar

Memahami struktur ayat dapat membantu kita untuk memahami mengapa sesebuah
ayat itu salah atau betul dan seterusnya memperbaiki kesalahan tersebut (Nadzri
2016). Untuk memahami struktur ayat, empat (4) perkara ini perlu dipelajari.

1. Konsep subjek predikat :
Pelajar itu (subjek) sedang belajar (predikat)

2. Bentuk pola ayat dasar:
FN+FN: Seorang pelajar politeknik
FN+FK: Seorang pelajar sedang belajar
FN+FA: Pelajar itu sangat rajin
FN+FS: Pelajar itu sedang belajar di politeknik

3. Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat aktif: Pelajar itu sedang membaca buku.
Ayat pasif: Buku itu sedang dibaca oleh seorang pelajar politeknik.

38

4. Jenis-jenis ayat :
Ayat penyata: Ini buku saya.
Ayat perintah: Sila baca buku ini
Ayat seruan: Aah, banyaknya buku awak!
Ayat tanya: Adakah awak sedang membaca buku?

Ulang kaji 2.9
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama+frasa nama
(FN+FN), frasa nama+Frasa kerja (FN+FK), frasa nama+frasa adjektif (FN+FA)
atau frasa nama+frasa sendiri (FN+FS).

1. Kasut kulit ini untuk abang.
2. Arnab putih itu melompat tinggi
3. Taman bunga itu sangat cantik landskapnya.
4. Muzium Perak ialah sebuah bangunan sejarah.

Ulang kaji 2.10
Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.
1. Di minta semua peserta bersedia untuk memulakan pertandingan.
2. Makanlah nasi itu, saya masak untuk awak.
3. Sila tunggu sebentar, pengarah sedang bermesyuarat.
4. Usah dikenangkan kisah duka itu lagi.
5. Tolong siapkan tugasan saya segera.

39

PENGHUBUNG AYAT

Kata penghubung ayat (kata hubung) ialah sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ayat majmuk
pula terdiri daripada ayat tunggal yang mempunyai subjek dan predikat.
Contoh kata hubung yang digunakan ialah dan, sambil, atau, tetapi, lalu,
bahawa, kerana, apabila, supaya, yang, walaupun.

Contoh kata hubung adalah seperti berikut:

1. Ayat tunggal 1 : Afiq bermain bola.
Ayat tunggal 2 : Afiq berlari.
Ayat majmuk : Afiq bermain bola sambil berlari.

Daripada contoh 1 di atas, kita boleh lihat perkataan sambil telah
menjadikan dua ayat menjadi satu.

2. Ayat majmuk : Yani membeli baju dan tudung di pasar raya.
Ayat tunggal 1 : Yani membeli baju di pasar raya.
Ayat tunggal 2 : Yani membeli seluar di pasar raya.

Manakala daripada contoh 2, perkataan dan boleh digunakan untuk dua
perkara berbeza sekiranya dipisahkan ayat tersebut. Oleh yang demikian,
perkataan sambil serta dan telah menjadi penghubung ayat bagi
mengukuhkan sesuatu penyataan.

40

Ulang kaji 2.11
Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk.

1. Pelakon itu telah menerima saman daripada pihak polis.
Pelakon itu melanggar undang-undang jalan raya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Adik membeli rumah.
Rumah adik terletak di Seremban.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Menteri Pendidikan membuat pengumuman.
Pembukaan sekolah pada minggu hadapan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Yusof telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Peluang pekerjaan pada masa sekarang sangat terhad.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………..

5. Sila kutip sampah itu.
Buang sampah itu ke dalam tong sampah.

…………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………..............................

41

BAB 3

Objektif bab:
1. Mengetahui bentuk-bentuk pegucapan awam.
2. Mengetahui teknik-teknik dan panduan pengucapan awam.
3. Menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan dari segi

pengucapan awam


Click to View FlipBook Version