KURIKULUM PRASEKOLAH Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Prasekolah dilaksanakan dengan menggunapakai Dokumen Standard Kebangsaan Prasekolah (DSKP) Semakan 2017 sebagai panduan utama. Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah meliputi: 1.KOMUNIKASI -Kemahiran bahasa Melayu & bahasa Inggeris. 2.KEROHANIAN, SIKAP & NILAI -Penghayatan amalan agama. 3.KEMANUSIAAN -Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. 4.KETERAMPILAN DIRI -Kepimpinan, sosioemosi & sahsiah diri. 5.PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA -Perkembangan Jasmani, Kesihatan Kreativiti & Bakat. 6.SAINS & TEKNOLOGI -Kemahiran Matematik Awal dan Sains Awal. PERANCANGAN AKTIVITI PRASEKOLAH 2024 1.Minggu Orientasi 2.Karnival Sukan Pra 3.Lawatan Sambil Belajar 4.Projek luar /Penerokaan 5.Karnival Prasekolah 6.Majlis Sambutan Hari Raya 7.Sambutan Hari Lahir 8.Hari Apresiasi Prasekolah TATACARA PENGURUSAN KELAS Waktu Persekolahan: Sarapan pagi: 7.30 – 8.00 pagi Waktu belajar I: 8.00 - 10.00 pagi Waktu rehat: 10.00 - 10.30 pagi (Makanan disediakan oleh pembantu prasekolah mengikut menu yang ditetapkan oleh KPM) Waktu belajar II: 10.30 - 12.00 pagi Waktu balik: 12.00 pagi setiap hari. 06-7922149 (Sekolah) Guru Pra Mutiara-Cikgu Mazwan 019-2377442 Guru Pra Permata- Cikgu Hafiza 0192773911 PPM Pra Mutiara Pn Musfirah- 019-431 8031 PPM Pra Permata Pn Ardini - 0177879091 PENDIDIKAN BERKESAN MEREALISASIKAN PRASEKOLAH CEMERLANG
ENROLMEN MURID 2024 KELAS BILANGAN MURID MUTIARA 25 PERMATA 25 JUMLAH 50 SAPRASEKOH KPM DASAR PRASEKOLAH KPM Konsep Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Matlamat Pendidikan Prasekolah Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Objektif Pendidikan Prasekolah Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut: • menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. • mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. • mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. • menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. • menyayangi dan menghargai alam sekitar. • memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. • mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri. • mengembangkan daya kreatif dan estetika. • mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. VISI PRASEKOLAH Pendidikan Berkesan Merealisasikan Prasekolah Cemerlang MISI PRASEKOLAH Kami warga prasekolah SK Jimah Baru berusaha untuk menjadikan kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran 4M dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke tahun satu. GARIS PANDUAN DISIPLIN PRASEKOLAH 1. Pakaian Seragam: • Semua murid diwajibkan memakai baju yang ditetapkan oleh KPM iaitu baju t-shirt berkolar berwarna putih dan seluar track berwarna biru gelap atau hitam. • Bagi murid perempuan digalakkan memakai T-shirt lengan panjang dan bertudung putih. • Semua murid diwajibkan memakai kasut dan stoking hitam ke sekolah setiap hari. 2. Murid mesti berada di dalam kawasan berpagar prasekolah mulai 7.30-12.00 pagi. 3. Murid-murid tidak digalakkan membawa makanan dari rumah kerana makanan akan disediakan setiap hari di prasekolah. 4. Ibubapa atau orang luar tidak dibenarkan menunggu anak jagaan mereka dalam kawasan prasekolah sewaktu sesi pembelajaran sedang dijalankan. 5. Ibubapa/penjaga hendaklah menjemput anak jagaan mereka pada waktu balik di luar pagar B sekolah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.