REKA BENTUK : INDUSTRI , HIASAN DALAMAN , LANDSKAP
REKA BENTUK REKA BENTUK REKA BENTUK
INDUSTRI HIASAN DALAMAN LANDSKAP
PANDUAN SOALAN :REKA BENTUK INDUSTRI
1 Selain melibatkan penghasilan produk baru, reka bentuk industri juga melibatkan
A Teknologi produk kitar semula
B Penggunaan bahan-bahan baru
C Pengubahsuaian produk sedia ada
D Pembagunan teknologi pengilangan
2 Apakah proses pertama dalam menghasilkan reka bentuk industri ?
A Lakaran
B Penyelidikan
C Rekaan konsep
D Model tanpa skala
3 Apakah proses penghasilan reka bentuk industri berdasarkan kenyataan di bawah ?
Produk ini dihasilkan bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan,
spesifikasidan kekukuhannya. Contohnya jika sebuah kereta perlu diuji
dari aspek kelajuan, cengkaman ,imbangan dan sebgainya .
A Prototaip
B Model hiasan
C Model berskala
D Produk sebenar
4 Apakah bidang tugas pereka dalam reka bentuk industri berdasarkan gambarajah di atas?
A Konsep rekabentuk
B Menganalisa bahan
C Menghasilkan model
D Menghasilkan prototaip
5 Senarai di bawah merupakan proses menghasilkan reka bentuk industri. Susun proses tersebut mengikut urutan yang betul .
I. Penilaian semula produk
II. Kajian dan penyelidikan reka bentuk
III. Proses menghasilkan produk
IV. Mengenal pasti masalah
A IV, II, III dan I
B II, IV, I dan III
C III, I , II dan IV
D I, III, IV dan II
INFO PENTING TENTANG REKA BENTUK INDUSTRI
I. Proses reka bentuk barangan elektrik dan elektronik, perabot, kenderaan dan sebagainya.
II. Revolusi Perusahaan di Eropah yang muncul pada abad ke-17 memberi perkembangan pesat industri reka bentuk.
PERKARA PERLU DIAMBIL DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN :
i. Keperluan – adakah produk baru ini dapat memenuhi keperluan pengguna
ii. Bentuk dan fungsi – produk yang dicipta perlu mempunyai bentuk yang menarik dan sesuai dengan fungsinya.
iii. Bahan – bahan yang diguna mestilah sesuai, tahan lasak, jimat kos dan mudah didapati .
antara bahan yang boleh digunakan ialah kayu, kaca, logam, plastik, tembikar dan bahan campuran dsb.
PROSES REKA BENTUK
I. Mengenal pasti masalah ( Perbincangan )
II. Membuat kajian dan penyelidikan ( lakaran barangan yang akan dicipta )
III. Menghasilkan model ( bahan tanah liat)
IV. Membuat prototaip ( reka bentuk sebenar ciptaan mengikut spesifikasi yang betul)
IV. Penghasilan produk
h) Membuat promosi
PERBINCANGAN LAKARAN PENGHASILAN MODEL PROTOTAIP (UJIAN)
PANDUAN SOALAN : REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
1 Susun semula proses menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman mengikut urutan yang betul.
I Melukis pelan tapak
II Melukis pelan perspektif
III Menghasilkan lakaran idea
IV Menentukan tema dan keperluan
A I, II, IV, III
B II, I, III, IV
C III, IV, II, I
D IV, III, I, II
2 Ruang kongkongan dalam reka bentuk hiasan dalaman merujuk kepada ___________ .
A ruang terbatas dan terhad
B ruang yang memenuhi kehendak pelangan
C cara susun atur ruang yang baik dan selamat
D binaan unsur dari tiang, dinding, siling dan atap
3 Apakah prinsip asas yang digunakan dalam menyusun atur perabot seperti gambar di bawah?
I Kontra
II Harmoni
III Imbangan
IV Penegasan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
B II dan III
D I dan IV
4 Jelaskan keperluan bagi menghasilkan gambar rajah seperti di bawah ?
A Dapat melihat dari pandangan 3 dimensi
B Melihat kedudukan tingkap dan pintu
C Melihat kedudukan setiap ruang dalaman
D Menjelaskan susun atur ruang dalam skala
5 Nyatakan aspek yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan pelan reka bentuk hiasan dalaman .
A Kos, fungsi dan kekemasan
B Warna, bahan dan keselamatan
C Keselesaan, keluasan dan status
D Pengudaraan, ruang laluan dan cahaya
6 Apakah peranan utama bagi seseorang pereka hiasan dalaman ?
A Membina reka bentuk perabot
B Menaikkan status sesuatu ruang
C Menentukan kos harga peralatan
D merancang pembinaan ruang dalaman
INFO PENTING TENTANG REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
LAKARAN IDEA PELAN TAPAK LUKISAN PERSPEKTIF MODEL HIASAN DALAMAN
PANDUAN SOALAN : REKA BENTUK LANDSKAP
1 Nyatakan fungsi utama tumbuhan berdasarkan kedudukannya pada gambarajah di bawah .
A Mengawal hakisan tanah
B Menghalang dan mengarah pergerakan
C Mengawal pencemaran udara dan bunyi
D Menyediakan perlindungan dari panas dan hujan
2 Mereka bentuk landskap melibatkan bidang yang berkaitan di antara ____________________.
A seni dan sains
B Seni dan reka bentuk
C seni bina dan geografi
D seni lukis dan seni reka
3. Maklumat di bawah merujuk kepada satu struktur binaan yang terdapat dalam reka bentuk landskap .
Merupakan struktur naungan atau peneduh . Menjadi laluan kepada pengguna di samping
memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan memanjat .
Apakah jenis struktur yang dimaksudkan tersebut ?
A gazebo
B pergola
C wakaf
D trellis
4 Senarai di bawah merupakan proses menghasilkan reka bentuk industri. Susun proses tersebut mengikut urutan yang betul .
I. Meneliti tapak atau lokasi
II. Menghasilkan pelan landsakap
III. Menentukan tema dan fungsi landskap
IV. Menghasilkan model landskap
A IV, II, III dan I
B II, IV, I dan III
C III, I , II dan IV
D I, III, IV dan II
5 Prinsip apakah yang diterapkan dalam reka bentuk lanskap di di bawah ?
A Prinsip kesatuan
B Prinsip imbangan
C Prinsip Kepelbagaian
D Prinsip irama dan pergerakan
6 Senaraikan elemen yang dapat menentukan konsep landskap .
I jenis kolam
II jenis tumbuhan
III struktur binaan
IV kaedah penyusunan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, III dan IV
INFO PENTING TENTANG REKA BENTUK LANDSKAP
JENIS-JENIS LANDSKAP
a) Landskap lembut – terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
b) Landskap keras / kejur – terdiri daripada bahan buatan manusia seperti pergola, gazebo, bangku simen, lampu taman, laluan pejalan dsb.
LANDSKAP LEMBUT LANDSKAP KEJUR GAZEBO/WAKAF PERGOLA
ELEMEN PENTING LANDSKAP :
a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna dan fungsi
b) Bentuk mika bumi / topografi – seperti bukit-bukau, tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak bertakung. Air juga dapat memberi kesan sejuk dan bunyi air membawa
ketenangan
PROSES REKA BENTUK LANDSKAP :
a) Menentukan tema dan fungsi landskap
b) Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi/topografi
c) Membuat lakaran tapak landskap
d) Membuat pelan awal dan pelan induk mengikut skala yang sesuai
e) Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
f) Membuat model 3 dimensi bagi projek besar
g) Membuat kemasan dengan meletakkan tajuk, arah mata angin, dan skala
“ manusia yang tidak merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal ”