The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Vios Yazie, 2020-07-20 00:18:05

BUKU PERATURAN PELAJAR KKPT

BUKU PANDUAN KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP

Keywords: BUKU PERATURAN PELAJAR KKPT,MINGGU HALUAN SISWA KKPT

Kolej Komuniti Padang Terap

Kementerian Pengajian Tinggi

1
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
IKRAR PELAJAR KKPT

Bahawasanya kami,
pelajar-pelajar

dengan ini berikrar dan berjanji
akan mematuhi semua

peraturan dan undang-undang,
serta menumpukan

semua usaha dan tenaga kami
dalam kegiatan akademik dan kokurikulum

bagi mengharumkan nama baik
Kolej Komuniti Padang Terap.

Kami berjanji akan
mencurahkan tenaga dan bakti kami

untuk kemajuan diri,
bangsa, agama dan Negara.

2
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

Jika kami di dapati
melakukan kesalahan
semasa kami menjadi pelajar,
kami dengan rela hati,
sedia menerima hukuman
yang diputuskan oleh pihak
Kolej Komuniti Padang Terap
termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar
dan ibubapa kami atau penjaga kami
tidak akan membuat sebarang bantahan
ke atas hukuman yang di ambil

ke atas kami

3
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

MAKLUMAT
AM

VISI

Menjadi peneraju Institusi TVET
yang unggul.

MISI

❏ Menyediakan akses yang meluas kepada program
TVET berkualiti dan diiktiraf;
❏ Memperkasa komuniti melalui pembelajaran
sepanjang hayat;
❏ Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan
dan seimbang;
❏ Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan
pihak berkepentingan.

4
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

5
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

LAGU KOLEJ KOMUNITI

Seia dan sekata
Teguh ilmu di dada
Bersama mengorak langkah
Membina generasi berjaya

Kitalah penerus alaf wawasan
Meningkatkan bakat Insan
Kolej Komuniti

Di sini medan menggapai bintang
Terus berbakti dan cemerlang

Bersama menabur jasa
Jiwa Satu Malaysia

Megahmu di mercu jaya
Berbudi menjadi nyata

Kitalah penerus alaf wawasan
Meningkatkan bakat Insan
Kolej Komuniti

Di sini medan menggapai bintang

Ooooo….
Kitalah penerus alaf wawasan

Meningkatkan bakat Insan
Kolej Komuniti

Di sini medan menggapai bintang
Terus berbakti dan cemerlang

6
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
PENGENALAN

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi merupakan institusi
pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua
lapisan anggota masyarakat yang memerlukannya dan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar lepasan menengah, pekerja-pekerja dan
kumpulan-kumpulan lain dalam sesebuah masyarakat untuk melanjutkan
pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka minati.

Kolej Komuniti Padang Terap ( KKPT) merupakan satu satunya kolej kampus
tetap dan bukannya rumah kedai dengan pelbagai kemudahan dan
frasarana lengkap untuk pembelajaran yang lebih kondusif terletak di
Kuala Nerang.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan
menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk
mengikuti latihan dan kemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan
vokasional.
2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan
masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
3. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat
Kolej Komuniti untuk memberikan latihan kepada pekerja-pekerja mereka
4. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat,
kerajaan setempat dan sektor swasta bagi memajukan kawasan.
5. Menyediakan latihan dan kemahiran supaya dapat memenuhi
keperluan pasaran dan penduduk setempat.
6. Memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk
menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej
komuniti.
7. Memberikan khidmat kaunseling kepada masyarakat setempat
bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan
kerjaya mereka.

7
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
KELAYAKAN MASUK
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SIJIL KOLEJ KOMUNITI

a) Sijil Kolej Komuniti (SKK):

❏ Warganegara Malaysia dan
❏ Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara

· Syarat khas berdasarkan program

b) Sijil Kemahiran Khas [SKK (Khas)]:
❏ Warganegara Malaysia
❏ Tamat Sekolah Menengah
❏ Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran) dan
❏ Menguasai 3M (Membaca, Menulis & Mengira) dan perlu
menjalani proses saringan.

YURAN PENGAJIAN

Program Sijil Kolej Komuniti (SKK/SKK Khas)- RM 200.00 satu semester

Kursus Jangka Pendek -RM 5.00 – RM 20.00
(mengikut keperluan kursus)

BANTUAN KEWANGAN

Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan bantuan kewangan bagi
mereka yang layak dan pelajar boleh memohon bantuan ini, sekiranya
perlu. Pelajar juga boleh memohon biasiswa / pinjaman dari penaja-
penaja lain yang menyediakan biasiswa / pinjaman. Hanya satu bentuk
biasiswa / pinjaman sahaja dibenarkan pada satu-satu sesi pengajian.
Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej
Komuniti untuk tujuan tersebut. Unit Pembangunan Pelajar akan
membantu pelajar dalam menyediakan dokumen-dokumen yang
diperlukan semasa proses permohonan biasiswa / pinjaman tersebut.

8
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
TEMPAT TINGGAL

Asrama TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak Kolej Komuniti Padang Terap.
Adalah tanggungjawab pelajar sendiri untuk mendapatkan tempat
tinggal, jika perlu.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Sijil Kolej Komuniti Berterusan (SKKT)

❏ Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) – 4 semester
❏ Sijil Teknologi Elektrik (SKE) – 4 Semester

Nota: Pelajar lepasan Kolej Komuniti adalah berpeluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik.

KURSUS JANGKA PENDEK
Objektif bagi perlaksanaan kursus pendek adalah untuk memberi peluang
pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan seterusnya kualiti
kerja. Di samping itu juga, ia dapat memberi pendidikan sepanjang hayat
melalui program yang fleksibel dan mudah alih.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan modul yang telah
ditetapkan dan akan dilaksanakan mengikut permintaan masyarakat
setempat.

PENGIKTIRAFAN SIJIL
Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

9
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDAFTARAN KURSUS

❏ Pelajar yang telah mendaftar semester modul dikehendaki
mendaftar tiap–tiap kursus yang diambil melalui pensyarah kelas dalam
tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester.

❏ Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang mempunyai pra
syarat, sekiranya pelajar belum lulus kursus yang menjadi pra syarat bagi
kursus tersebut.
❏ Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus yang
telah didaftarkan dengan teliti.
❏ Pelajar yang telah mendaftar kursus berkenaan hendaklah
mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus tersebut.
❏ Pelajar WAJIB menghadiri setiap sesi PdP tidak kurang dari 80%
dari jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus.
❏ Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah lima (5)
hari sepanjang semester .
❏ Pelajar akan diberikan: -

i. surat amaran (SA) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab
tertentu yang dapat diterima oleh kolej melebihi 10% daripada jam
pertemuan bagi kursus tersebut.

ii. surat tunjuk sebab (STS) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab
tertentu yang dapat diterima oleh kolej melebihi 20% daripada jam
pertemuan bagi kursus tersebut.

10
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
PENILAIAN

❏ Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti
- aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) bagi semua kursus yang diikuti
berdasarkan keperluan kurikulum.
❏ Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus jika memenuhi syarat-syarat
berikut:

i. Pelajar WAJIB menghadiri sesi PdP tidak kurang dari 80% dari
jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus dan

ii. Memperolehi markah Pentaksiran Berterusan(PB)
dengan MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata
1.00

SISTEM GRED
Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus akan
dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam Jadual 2.

11
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

❏ Selain daripada gred tersebut, gred berikut juga digunakan:
❏ Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus
untuk mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan
penganugerahan sijil.
❏ Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus
yang mendapat gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan
atau lebih dari 2.00.

PENCAPAIAN DAN STATUS AKADEMIK

❏ Pencapaian keseluruhan pelajar dinilai dengan menggunakan
dua (2) ukuran iaitu Purata Nilai Mata (PNM) untuk sesuatu semester dan
Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) untuk kesemua semester yang telah
diikuti.
❏ Pengiraan PNM dan HPNM ditentukan mengikut kaedah seperti
berikut:

Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester
dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 4.

KEPUTUSAN RASMI PENILAIAN

❏ Keputusan rasmi penilaian pelajar dalam tempoh satu (1) minggu
dari tarikh Mesyuarat JK Peperiksaan Kolej Komuniti.
❏ Keputusan rasmi penilaian akan dipamerkan di Unit Peperiksaan
dan melalui web (http://mytvet.edu.my/istudent/)

12
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
MENAMATKAN PENGAJIAN PROGRAM

❏ Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program
sekiranya :

i. Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program
dan telah lulus Latihan Industri

ii. Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi
sesuatu program.

iii. Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa
Melayu SPM WAJIB LULUS kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A.
(berkuatkuasa Sesi Mac 2015).

STATUS DIBERHENTIKAN

i. Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga
kali berturut-turut.

ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10
semester) termasuk Latihan Industri

13
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
KAEDAH PENILAIAN DAN PERATURAN LATIHAN INDUSTRI

❏ Kelayakan menjalani Latihan Industri

i. Pelajar perlu LULUS SEMUA kursus yang ditetapkan
sebelum menjalani Latihan Industri

ii. Memperolehi HPNM 2.00 an ke atas

❏ Jam kredit Latihan Industri diambil kira dalam pengiraan jumlah
jam kredit bergraduat tetapi tidak diambil kira dalam pengiraaan HPNM
(Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri).

PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI

❖ Pelajar perlu LULUS SEMUA kursus / LA yang ditetapkan sebelum
menjalani LI.
❖ Pelajar dibenarkan mengambil cuti selama tujuh (7) hari sewaktu
menjalani LI dengan kelulusan organisasi yang berkaitan.
i) Syarat untuk Lulus LI adalah :-
⮚ Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan;
⮚ Mendapat kelayakan minimum Gred D dengan nilai mata 1.00.
⮚ Penilaian LI dibuat berdasarkan kriteria berikut :-
i. Penilaian Semasa Lawatan Penyeliaan (Kolej ) : 30 %
ii. Penilaian Pencapaian Pelajar Oleh Syarikat / Firma : 30 %
iii. Penilaian Buku Laporan Harian : 20 %
iv. Kehadiran : 20 %

14
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
❖ Mata kredit LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit
bergraduat tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.

PENGURUSAN PENGAMBILAN PELAJAR

Pengurusan Pengambilan Pelajar adalah merupakan satu unit yang
menguruskan pengambilan pelajar baharu ke Kolej Komuniti. Unit ini
juga berperanan untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar
seperti :

❏Menguruskan proses pendaftaran pelajar, rayuan kemasukan,
pertukaran kolej/program, penangguhan dan berhenti pengajian serta
pelbagai isu lain yang berkaitan.
❏Menguruskan penyimpanan rekod peribadi pelajar.
❏Mengeluarkan kad pelajar.

PENGURUSAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Pengurusan Pembangunan Pelajar adalah merupakan satu unit yang
menguruskan aktiviti sahsiah, disiplin dan kebajikan pelajar. Unit ini juga
berperanan untuk memberikan kemudahan pelajar seperti :

❏ Mengawal disiplin pelajar. (Penguatkuasaan Akta 174)
❏ Menguruskan insuran (Takaful)
❏ Menguruskan permohonan bantuan kewangan pelajar daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia.
❏ Menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar.

PENGURUSAN PEPERIKSAAN

❏ Unit Peperiksaan adalah bertanggungjawab dalam menentukan
dan menyimpan rekod penilaian dan mengeluarkan keputusan persijilan
pelajar-pelajar.
❏ Bentuk penilaian ini adalah tertakluk kepada perubahan pada
bila-bila masa yang dianggap sah sebagai satu cara untuk mengetahui
kemajuan atau kebolehan akademik atau praktis pelajar-pelajar

15
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
berpandukan arahan daripada Bahagian Peperiksaan Dan Penilaian Kolej
Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pengurusan Sukan dan Kokurikulum merupakan unit yang
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti sukan untuk
para pelajar setiap semester. Ia juga memainkan peranan penting bagi
memberi pendedahan dan mengembangkan bakat sukan pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi.

Fungsi dan aktiviti utama unit sukan dan kokurikulum:
❏ Urusan penyediaan Takwim Kerja Sukan dan Kokurikulum
❏ Mengurus pendaftaran Kegiatan Sukan dan Kokurikulum
❏ Mengurus pelaksanaan Kegiatan Sukan dan Kokurikulum
❏ Mengurus Kewangan dan Perolehan Peralatan Sukan
❏ Mengurus perkembangan Staf berkaitan aktiviti Sukan dan
Kokurikulum

PENGURUSAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah berperanan untuk membantu
pelajar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar seperti
masalah akademik, sosial dan seluruh aspek kehidupan insan. Unit
Bimbingan dan Kaunseling mempunyai beberapa objektif tertentu yang
berbentuk khidmat kepada pelajar seperti :

❏ Khidmat Kaunseling krisis.
❏ Khidmat Kaunseling pemulihan / pembaikan dalam masalah.
❏ Peribadi, pelajaran, sosial dan kerjaya.
❏ Khidmat pencegahan seperti menghindari pelajar dari terlibat
dalam perbuatan salah laku.
❏ Khidmat penyuburan dan perkayaan dalam aspek
perkembangan pelajar.

16
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

PERATURAN DAN
KAWALAN

DISIPLIN PELAJAR

17
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
PERATURAN DAN TERTIB PELAJAR KOLEJ

Semua pelajar kolej adalah tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia
iaitu Akta Pelajaran 1961 dan Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976 (Jadual Pertama) (Pindaan) 1997.

Peraturan kehidupan di Kolej Padang Terap (KKPT) berkuatkuasa kepada
semua pelajar tanpa pengecualian. Tindakan tatatertib akan dikenakan
ke atas mana-mana pelajar yang melanggar peraturan-peraturan
tersebut mengikut Jadual Ke 2, Bahagian V (Acara Tatatertib) Kaedah 48.

RUPADIRI

1.0 RUPADIRI
Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Adalah
menjadi kewajipan pelajar Islam memakai pakaian menutup aurat.

PAKAIAN DAN RUPA DIRI
Semasa Hari Pendaftaran

Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju kemeja dan seluar slack
berwarna gelap. Pelajar perempuan dikehendaki memakai baju kurung
dan bertudung bagi yang beragama Islam atau berpakaian sopan bagi
yang bukan Islam. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup dan
sarung kaki. Topi, baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan
adalah DILARANG.

Semua pelajar perlu memakai pelitup muka dan sentiasa mematuhi SOP
yang telah ditetapkan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung
penularan semula COVID-19 di Malaysia.

Semasa Program Suaikenal ( MINGGU HALUAN SISWA )

Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti Program Minggu Haluan
Siswa sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti mengikut
Garis Panduan Pengurusan Minggu Suai Kenal Pasca Covid 19.

18
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

Semasa Kuliah / Bengkel/ Makmal

Semua pelajar perlu mematuhi arahan dan panduan pemakaian yang
tertakluk kepada Buku Panduan & Peraturan Kolej Komuniti serta Akta 174
(Akta Institusi). Rujuk Contoh Rupa Diri dan Pakaian Pelajar.

1.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

1.1.1 Pakaian ke kelas/bengkel/makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ’T’ berkolar
sahaja dibenarkan dan tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau menggambarkan mana-
mana parti politik. Baju ’T’ tidak berkolar (round neck) TIDAK dibenarkan.

b. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tucked in).

c. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah
lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.

d. Berseluar jenis ’slack’ sahaja. Pemakaian seluar jeans TIDAK
dibenarkan

e. Berkasut dan berstokin.

f. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.

g. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising TIDAK
dibenarkan.

h. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
i. Pakaian khas bengkel/studio/makmal yang ditetapkan oleh pihak
Kolej Komuniti.

1.1.2 Rambut Pelajar Lelaki

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang
tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga
dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

19
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

b. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan
adalah TIDAK dibenarkan.

1.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

1.2.1 Pakaian ke kelas/bengkel/makmal

a. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang,
berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK
di benarkan.

b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai skirt yang lebih pendek dari
paras lutut.

c. Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah melambangkan mana-mana
parti politik. Baju ’T’ tidak berkolar (round neck) TIDAK dibenarkan. Baju
tersebut mestilah dipakai bersama jaket kolej.

d. Berseluar ketat TIDAK dibenarkan.

e. Berseluar jeans TIDAK dibenarkan.

f. Selipar dan terompah TIDAK dibenarkan.

1.2.2 Rambut Pelajar Perempuan
a. Rambut hendaklah kemas.

b. Rambut yang diwarnakan TIDAK dibenarkan.

c. Adalah menjadi kewajipan pelajar Islam menutup aurat.
(bertudung)
1.3 PERHIASAN

a. Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barang kemas.
Jika memakainya mestilah tidak berlebihan.

20
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
CONTOH SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR KOLEJ

21
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

2.0 MENGHADIRI KULIAH/BENGKEL

Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain
pengajaran berhubung dengan kursus Pengajiannya dan MESTILAH :

2.1 Kehadirannya tidak kurang 80 %.

2.2 Berada di dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang
ditetapkan.

2.3 Mendapat kebenaran Ketua Program untuk tidak hadir.

2.4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat
kelulusan ketidakhadirannya dari Ketua Program.

3.0 MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN

3.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keceriaan kampus Kolej Komuniti.

3.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti
hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat
tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan
yang digunakan.

3.3 Pelajar dipertanggungjawapkan untuk menentukan serta
memastikan semua suis lampu / kipas / penyaman udara / komputer /
mesin dimatikan sebelum meninggalkan kelas / bengkel / makmal /
dewan kuliah.

4.0 MENJAGA HARTA BENDA

4.1 Perbuatan merosakkan harta benda Kolej Komuniti seperti
Perabot, peralatan dalam bilik / makmal / bengkel, kenderaan rasmi Kolej
Komuniti atau menconteng dinding / notis rasmi / pekeliling rasmi atau
merosakkan tanaman di dalam Kampus adalah menjadi suatu kesalahan
tatatertib.

22
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

5.0 PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / BADAN / PERTUBUHAN /
KUMPULAN DAN PARTI POLITIK.

5.1 Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik,
kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu
mendapat kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil
kuasanya.

5.2 Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang
boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau
bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
yang diharamkan.

5.3 Semua aktiviti yang hendak dijalankan di dalam dan di luar
kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari
Pengarah.

5.4 Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di
dalam atau di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis dari Pengarah.

6.0 MEMILIKI BAHAN-BAHAN LUCAH,DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI

6.1 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.

6.2 Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja
apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus.

6.3 Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja
apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus.

6.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada
pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah bertujuan untuk digunakan
bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau
memasukkan ke dalam badannya dengan suntikan atau dengan apa-
apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

23
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
6.5 Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan
atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau di luar kampus.

6.6 Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan atau
menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri sama ada di
dalam atau di luar kampus.

7.0 GANGGUAN KETENTERAMAN

7.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising atau bercakap secara
kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah / bengkel / makmal
/ perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya.

7.2 Pelajar tidak dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-
hara atau menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa Kolej
Komuniti.

7.3 Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui
saluran tertentu seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti
cadangan.

8.0 PENCERAMAH LUAR

8.1 Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah
sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan
kepada pelajar di dalam atau di luar kolej. Kebenaran ini tertakluk kepada
had dan syarat yang ditetapkan.

9.0 KESALAHAN–KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN
PENGGANTUNGAN / PEMBUANGAN PELAJAR DARI KOLEJ KOMUNITI

9.1 Mencemar nama baik kolej, kakitangan atau pelajarnya sama
ada di dalam atau di luar kampus kolej dengan kelakuan, kata-kata atau
tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

9.2 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kolej. harta benda milik kolej,
9.3 Merosak, mencacat (vandalisme)
kerajaan, awam atau orang perseorangan.

24
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

9.4 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar kolej
daripada menjalankan tugasnya yang sah.

9.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki
panji-panji, poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar
lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus.

9.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di
luar kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukan
kolej atau pihak lain.

9.7 Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di
dalam kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kolej.

9.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada
pihak luar mengenai kolej, kakitangan atau pelajarnya.

9.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai
sebarang keputusan pihak kolej tanpa melalui saluran yang ditetapkan.

9.10 Menglibatkan diri dengn sebatang bentuk perjudian, pertaruhan
atau loteri.

9.11 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat
minuman keras / bahan kimia yang memabukkan / mengkhayalkan.

9.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang
diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan.

9.13 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar,
menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah (porno).

9.14 Memberi atau menyebar maklumat palsu.
9.15 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah,
pegawai atau kakitangan kolej yang diberi kuasa.

9.16 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa kolej
atau pihak lain yang terlibat dengan kolej.

25
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
9.17 Melakukan ugutan atau ‘ragging’ pada bila-bila masa sama ada
di dalam atau di luar kampus.

9.18 Berkelakuan biadap dan angkuh terhadap mana-mana
kakitangan atau pelajar kolej atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau
tulisan.

9.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama
ada di dalam atau di luar kampus.

9.20 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-
cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat
lucah sama ada di dalam atau di luar kampus.

9.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang
dilarang.

9.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara
haram di mana-mana kawasan kampus.

9.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak,
menyamun, memeras ugut dan menculik.

9.24 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan
mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku
lima, kerambit dan lain-lain.

9.25 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan
kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah.

9.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar,
menyorok, menyimpan atau menjual.

9.27 Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah kolej.

9.28 Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di dalam
atau di luar kampus kolej.

26
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
9.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk
tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.

9.30 Memugut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian,
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

9.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan,
badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh kolej atau kerajaan.

10.0 LARANGAN MEROKOK

10.1 Pelajar dilarang merokok di mana-mana kawasan kampus Kolej.

LALULINTAS

11.0 PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS

11.1 Kenderaan Rasmi Kolej Komuniti

11.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan Kolej Komuniti
bagi tujuan rasmi dengan memohon melalui pensyarah

berkaitan.

11.1.2 Pengguna kenderaan Kolej Komuniti dikehendaki menjaga
kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan tersebut

11.1.3 Pelajar dikehendaki menjaga disiplin dan tingkahlaku semasa
menggunakan kenderaan Kolej Komuniti.

11.2 Kenderaan Persendirian

11.2.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh memasuki kampus setelah
didaftar dan mendapat kelulusandaripada pihak Kolej Komuniti.

11.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar
masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan
yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti.

27
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

11.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang

dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak

dibenarkan meletakkan kenderaan mereka ditempat yang dikhaskan

untuk pensyarah / kakitangan Kolej Komuniti.

11.2.4 Pihak Kolej Komuniti tidak bertanggungjawab ke atas

kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam

kampus.

11.2.5 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

11.2.6 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam
kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a. Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

b. Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti.

c. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak menggeluarkan
bunyi yang kuat atau yang diubahsuai.

d. Memakai topi keledar semasa menunggang atau
membonceng motosikal.

e. Digalakkan memakai pantul cahaya semasa menunggang
atau membonceng motosikal.

f. Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

g. Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan
jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ)

h. Dilarang membonceng motosikal bagi pelajar lelaki dan perempuan
yang bukan mahram.

Mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan seperti mana
yang dinyatakan boleh dikenakan tindakan tatatertib dibawah Akta 174,

28
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
Akta Institut-Institut Pelajar (Tatatertib) 1976 (Jadual Pertama) (Pindaan)
1997, Kaedah 47, Iaitu Amaran atau Denda tidak lebih daripada seratus
ringgit.

TAHAP PERLANGGARAN DISIPLIN

1. Penguatkuasaan Perlaksanaan Disiplin bagi tahap perlanggaran
RINGAN.

1.1 Pegawai Disiplin Kolej Komuniti akan membuat siasatan segera ke
atas pelajar berdasarkan:
1.1.1 Aduan dari Pensyarah / Staf KKPT
1.1.2 Aduan daripada pelajar KKPT
1.1.3 Aduan daripada pihak luar

1.2 Pegawai Disiplin Kolej Komuniti mengambil tindakan disiplin ke
atas pelajar jika terbukti kesalahan yang diadukan. Antara tindakan yang
diambil ialah:
1.2.1 Amaran
1.2.2 Denda wang tunai tidak melebihi RM 100.00
1.2.3 Hukuman pentadbiran mengikut budibicara Pegawai Disiplin Kolej
Komuniti.

Antara hukuman pentadbiran ialah:
⇒ Dirujuk kepada Pengarah KKAP
⇒ Dirujuk kepada Ketua Jabatan
⇒ Ditahan keputusan peperiksaan
⇒ Membuat kerja amal di KKPT (spt:membersihkan kawasan).

1.3 Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan tindakan / hukuman
yang diambil direkodkan ke dalam Buku Rekod Disiplin KKPT.

2. Penguatkuasaan Pelaksanaan Disiplin bagi tahap perlanggaran
BERAT

29
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
2.1 Urusetia akan membuat siasatan segera dengan kerjasama
Pegawai Disiplin Kolej Komuniti dan membuka fail kes ke atas pelajar
berkenaan berdasarkan:
2.1.1 Aduan dari Pensyarah / Staf KKPT
2.1.2 Aduan daripada pelajar KKPT
2.1.3 Aduan daripada pihak luar

2.2 Berdasarkan siasatan dan laporan yang diterima. Urusetia akan
mengisi borang prime facie berkenaan pertuduhan untuk tindakan
Pegawai Pembangunan Pelajar.

2.3 Jika terdapat Prime Facie ke atas kes dan setelah mendapat
arahan dari Pegawai Pembangunan Pelajar, Urusetia akan menjalankan
siasatan lanjut bagi menyediakan fakta kes.

2.4 Setelah mendapat fakta kes yang kukuh, Urusetia akan
menyediakan notis kehadiran perbicaraan tatatertib kepada pelajar
berkenaan.

2.5 Urusetia juga menyediakan notis kehadiran ibubapa dalam
perbicaraan tatatertib.

2.6 Urusetia akan menyediakan bilik perbicaraan serta
mengenalpasti pegawai-pegawai yang patut hadir dan sesi perbicaraan
akan dijalankan setelah mendapat arahan dari Pegawai Pembangunan
Pelajar.

2.7 Setelah selesai perbicaraan Urusetia HEP mengisi borang
keputusan dan hukuman dan ditandatangani oleh Pegawai HEP.

2.8 Setiausaha Urusetia HEP akan menyimpan segala rekod
perbicaraan dalam fail yang dibuka dan setiap salinan disimpan dalam
fail kes pelajar.

30
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
HUKUMAN & TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN

Mengikut BAHAGIAN V (ACARA TATATERTIB) KAEDAH 48 Seseorang pelajar
yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-
mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali.
1. Amaran.

2. Denda tidak melebihi RM 100.00 (seratus ringgit).

3. Penggantungan daripada mengunakan apa-apa atau semua
kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan.

4. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi
selama tempoh yang ditentukan.

5. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau
keseluruhan peperiksaan di Institusi.

6. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama
tempoh yang ditentukan.

7. Pembuangan daripada Institusi.

Perkara-perkara atau salahlaku berikut yang disabitkan kesalahan boleh
dijatuhkan hukuman mandatori serta PEMBERHENTIAN PEMBUANGAN dari
KKPT:
(i)Kes-kes Khalwat

(ii)Penyalahguna najis dadah

(iii)Kes-kes jenayah yang melibatkan pihak polis atau lain-lain pihak berkuasa.

31
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
HAL-HAL LAIN
❏ Pelajar TIDAK digalakkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan,
perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau
separuh masa, yang pada pendapat Pengetua boleh menjejaskan
pengajiannya.
❏ Pelajar kolej dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej
kolej sama ada di dalam atau di luar kampus. Pelajar digalakkan
menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi
cadangan. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan khas
peperiksaan, bengkel, makmal, perpustakaan dan lain-lain yang telah
dan akan dikeluarkan oleh kolej dari semasa ke semasa.
❏ Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga barang
berharga peribadi seperti motosikal, beg duit, telefon bimbit dan
sebagainya. Pihak Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab di atas
kerosakan atau kehilangan barang-barang tersebut.
❏ Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa
membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan
peraturan ini.

32
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

PERPUSTAKAAN
BIR MAUNA KKPT

PENGENALAN

❏ Perpustakaan Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) dibentuk sebaik
sahaja buku-buku diperolehi pada . Pada ketika itu kaedah manual
digunakan untuk merekodkan pinjaman dan pemulangan buku dari
pelajar dan pensyarah. Apabila bilangan pelajar dan bilangan buku
bertambah satu sistem perpustakaan berkomputer telah diperolehi. Kini
semua maklumat buku-buku dalam perpustakaan kolej dan maklumat
pengguna iaitu pelajar serta kakitangan telah pun dimasukkan ke dalam
sistem ini. Perpustakaan kolej kini beroperasi di tingkat aras 1 Kolej Komuniti
Padang Terap.
❏ Antara perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan ini adalah
untuk memastikan ianya dapat membantu institusi ini mengurus dan
membekal maklumat yang berfaedah kepada pengguna khasnya warga
Kolej Komuniti Padang Terap adalah seperti berikut :
❏ Pinjaman dan rujukan buku
❏ Pencarian maklumat
❏ Berita terkini Kolej
❏ Kawasan pembaca dan kawalan belajar berkumpulan
❏ Koleksi bahan cetak

33
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
PERATURAN PERPUSTAKAAN

1.0 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN

i. Dilarang membuat bising sehingga boleh mengganggu
ketenteraman pengguna-pengguna lain.

ii. Dilarang menggubah susunatur perabut kerusi dan meja yang
sedia ada. Sebuah meja lengkap dengan kerusi terhad untuk 6 pengguna
sahaja. Kerusi yang digunakan hendaklah disusun kembali selepas guna.

iii. Dilarang makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan
menjejaskan suasana di dalam perpustakaan.

iv. Dilarang membawa sebarang bahan makanan dan minuman ke
dalam perpustakaan.

v. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh
membawa kerosakan pada bahan tersebut.

vi. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh
membawa kerosakkan pada barang tersebut.

vii. Dilarang menggunting artikel-artikel dalam majalah dan akhbar atau
apa-apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.

viii. Dilarang mencuri sebarang buku, majalah-majalah, akhbar atau apa-
apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.

ix. Penggunaan telefon mudah alih (handphone) hanya dibenarkan
dalam keadaan nada getar ( vibrate ) dan senyap ( silent ).

x. Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan
menggenai bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan

34
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

xi. Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam.
Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran
harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut.

xii. Dilarang membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi kaledar, baju
jaket dan senjata tajam ke dalam perpustakaan.

xiii. Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang
seperti fail, buku dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk
diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.

xiv. Pengguna yang hendak meminjam bahan perpustakaan perlu
mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dan pinjaman tanpa kad keahlian
tidak akan dilayan.

xv. Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan
kepada pihak perpustakaan.

xvi. Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut peraturan Am
Kolej Komuniti.

KOLEKSI PERKHIDMATAN

❏ Pinjaman Buku Perpustakaan

● Seorang pelajar di benarkan untuk meminjam 3 naskah buku
dalam masa 2 minggu.
● Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada
tarikh yang telah ditetapkan.
● Pelajar bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjamkan.
Sekiranya buku tersebut hilang, pelajar dikehendaki menggantikannya
atau membayar harga semasa buku tersebut.
● Sekiranya pelajar tidak memulangkan buku Perpustakaan dalam
tempoh yang ditetapkan, keputusan peperiksaan pelajar akan ditahan
sehingga buku tersebut dipulangkan.

35
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
● Pengguna layak meminjam buku dari koleksi pinjaman dan koleksi
rujukan terhad dengan menggunakan kad keahlian.

❏ Koleksi Rujukan Dalaman Terhad.( Red Spot Label)

● Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti
● pinjaman biasa Cuma tempoh pinjaman terhad dan
● dikhaskan untuk pensyarah akademik dan staff sahaja.

★ Bahan rujukan dalaman warna bertanda label merah seperti
kamus, bibliografi, jurnal, ensiklopedia dan majalah hanyalah dibenarkan
sebagai bahan rujukan dalaman perpustakaan sahaja. Bahan ini
mempunyai koleksi terhad sahaja.

Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
Kolej Komuniti,KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2020 (Pasca
Covid-19) adalah seperti berikut :
i. urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara
berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada

36
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
satu-satu masa. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri
oleh pelajar.;
ii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan,
penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan
pengamalan penjarakan sosial akan diadakan di seluruh Kolej
Komuniti,KPT ;
iii. hanya dua (2) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk
mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran.
iv. pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person under
Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan
mendaftar.
v. pelajar baharu akan mengikuti PdP secara dalam talian di dalam
kampus kecuali aktiviti makmal di dalam kelas.

vi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Kolej
Komuniti berkenaan.

37
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

Hal-hal Lain

❏ Pinjaman menggunakan kad keahlian pelajar lain adalah tidak
dibenarkan Hanya pengguna asal yang mempunyai status kad aktif
sahaja dibenarkan meminjam.
❏ Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakkan barang-barang persendirian yang diletak
atau tertinggal didalam/ diluar perpustakaan.
❏ Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang
melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Kolej
Komuniti untuk keluar dari perpustakaan.
❏ Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna mulangkan
bahan-bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
❏ Penggunaan ruang perpustakaan untuk kegunaan lain perlu
mendapat kelulusan pegawai bertugas di perpustakaan kolej komuniti
Arau.
❏ Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh
dikemukakan kepada pegawai perpustakaan.
❏ Pengarah atau wakil kuasanya dari masa ke semasa boleh
membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan
peraturan ini.

MASA PERKHIDMATAN

AHAD ~ RABU
08.00 a.m – 05.00 p.m

KHAMIS
08.00 a.m – 03.30 p.m

Ditutup pada hari Jumaat,Sabtu dan cuti umum

38
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap
satu-satu masa. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri
oleh pelajar.;
ii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan,
penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan
pengamalan penjarakan sosial akan diadakan di seluruh Kolej
Komuniti,KPT ;
iii. hanya dua (2) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk
mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran.
iv. pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person under
Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan
mendaftar.
v. pelajar baharu akan mengikuti PdP secara dalam talian di dalam
kampus kecuali aktiviti makmal di dalam kelas.

vi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Kolej
Komuniti berkenaan.

39
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Kolej Komuniti Padang Terap

Hal-hal Lain

❏ Pinjaman menggunakan kad keahlian pelajar lain adalah tidak
dibenarkan Hanya pengguna asal yang mempunyai status kad aktif
sahaja dibenarkan meminjam.
❏ Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakkan barang-barang persendirian yang diletak
atau tertinggal didalam/ diluar perpustakaan.
❏ Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang
melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Kolej
Komuniti untuk keluar dari perpustakaan.
❏ Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna mulangkan
bahan-bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
❏ Penggunaan ruang perpustakaan untuk kegunaan lain perlu
mendapat kelulusan pegawai bertugas di perpustakaan kolej komuniti
Arau.
❏ Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh
dikemukakan kepada pegawai perpustakaan.
❏ Pengarah atau wakil kuasanya dari masa ke semasa boleh
membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan
peraturan ini.

MASA PERKHIDMATAN

AHAD ~ RABU
08.00 a.m – 05.00 p.m

KHAMIS
08.00 a.m – 03.30 p.m

Ditutup pada hari Jumaat,Sabtu dan cuti umum

40
Panduan Peraturan Pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR


Click to View FlipBook Version
Previous Book
1_KSSR_DPK_BHS MELAYU SK TAHUN 6
Next Book
ลูกเสือค่ายยาเสพติด62