JOM MENGGEMBARA
BERSAMA KAMI
PILIHAN NO 1 ORANG SARAWAK
KAMI SANTUNI ANDA
DENGAN KASIH SAYANG
KERTAS KERJA
PERMOHONAN LESEN
PERNIAGAAN
AGENSI PELANCONGAN
TICKETING, INBOUND DAN
OUTBOUND
UMTESAR TRAVEL & TOURS TAJUK UTAMA
Tingkat 1, Sublot 6, Desa Ilmu Phase 6 Jalan UMTESAR Travel & Tours pengendali
Datuk Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan, pelancongan khusus dan syarikat pengurusan
destinasi di Malaysia. Kami mengendalikan
Inbound, Outbound & Ticketing.
ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN MENGENAI PERNIAGAAN 3
2.0 VISI, MISI, NILAI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN 4
3.0 PROFIL PRODUK 5
4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 5
5.0 PERKHIDMATAN KAMI 9
6.0 ANGGARAN JUALAN SETAHUN PAKEJ INBOUND 10
7.0 ANGGARAN JUALAN SETAHUN PAKEJ OUTBOUND 10
8.0 LOKASI PERNIAGAAN 12
9.0 PERANCANGAN OPERASI 14
PERLESENAN 16
RUMUSAN
1|UMTESAR TRAVEL & TOURS
1.0 PENGENALAN MENGENAI PERNIAGAAN
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta mempopularkan Malaysia
di mata dunia. Pelancongan juga menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat
meningkatkan pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain dalam memberi peranan
sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju Negara maju ke generasi
berikutnya.
Syarikat kami Umtesar Travel & Tours merupakan sebuah syarikat pengendali
pelancongan khusus untuk pengurusan destinasi di Sarawak khasnya dan seluruh asia amnya.
Kami menawarkan rangkaian lengkap perjalanan dan mengendalikan produk dan
perkhidmatan berkaitan inbound, outbound & ticketing termasuk pengurusan destinasi, acara,
lawatan, penginapan hotel, penyediaaan pakej percutian dan pengurusan insurans perjalanan.
Umtesar Travel & Tours terletak di Kota Samarahan, Sarawak. Pasukan kami terlatih,
berdedikasi, mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelancongan, mahir dalam
menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi pelancongan dalam dan luar negara. Kami
juga menawarkan perkhidmatan pengurusan destinasi untuk semua pelanggan dalam dan luar
negara.
Syarikat Umtesar Travel & Tours bermatlamat menjadi yang dipercayai oleh setiap
pelancong agar ia menjadi satu kesan kepada perkembangan dalam pembangunan industri
dalam agensi pelancongan di negeri Sarawak mahupun di Malaysia supaya dapat memberi
sambutan yang memberangsangkan dari sudut perkhidmatan yang ditawarkan agar pelanggan
berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Impian Umtesar Travel & Tours adalah
untuk menjadi sebuah agensi pelancongan yang maju dan berdaya saing, agar dapat
mengembangkan sektor pelancongan negara disamping dapat memberikan perkhidmatan yang
terbaik. Oleh itu, untuk mencapai matlamat, syarikat Umtesar Travel & Tours menyediakan
visi, misi, nilai dan objektif syarikat seperti berikut:-
2|UMTESAR TRAVEL & TOURS
2.0 VISI, MISI, NILAI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
VISI
Sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan berkualiti, efisen, efektif
dan berdaya saing kepada pelancong dalam dan luar negara.
MISI
Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan menawarkan perkhidmatan
pelanggan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan pelanggan.
NILAI
Kami menerapkan nilai menyantuni pelanggan kami dengan hormat dan berkembang
melalui kreativiti, menyepadukan kejujuran, integriti, dan etika perniagaan ke dalam semua
aspek perniagaan.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan dan produk yang memuaskan kepada pelanggan, ianya akan
dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk dan
menggunakan perkhidmatan dari kami. Dengan itu, nama syarikat akan menjadi lebih dikenali
ramai.
Ini akan memudahkan lagi syarikat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan-
pelanggan baru dan pelanggan ulang. Oleh yang demikian, syarikat akan dapat
mengembangkan lagi perniagaan dan juga keuntungan.
Objektif kami ialah untuk menjadi sebuah syarikat pelancongan Bumiputera yang
menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia
dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
3|UMTESAR TRAVEL & TOURS
3.0 PROFIL PRODUK
Umtesar Travel & Tours adalah sebuah syarikat yang memberikan tumpuan penuh
dalam sektor pelancongan. Kami menyediakan pakej-pakej lawatan dan perkhidmatan yang
menarik.
UMTESAR TRAVEL & TOURS
“KAMI SANTUNI ANDA DENGAN KASIH SAYANG”
PILIHAN NO 1 ORANG SARAWAK
“Umtesar Travel & Tours” adalah nama syarikat kami bersempena dari nama Umrah Team
Sarawak yang memperkenalkan pakej pelancongan yang ditawarkan bukan terhad hanya untuk
pakej pelancongan domestik dan pakej pelancongan luar negara tetapi juga turut menyediakan
pakej pelancongan untuk pelancong Islam menunaikan umrah. Ini menunjukkan pakej yang
ditawarkan oleh Umtesar Travel & Tours adalah secara menyeluruh. Malah perkataan “team”
yang kami gunakan dalam nama syarikat menggambarkan kami bekerja secara berpasukan dan
menggangap pelanggan kami adalah rakan dan keluarga kami serta sebagai tanda kemesraan
kami terhadap pelanggan. Oleh yang demikian, slogan kata kami “Kami Santuni Anda Dengan
Kasih Sayang” memberi makna bahawa kami sangat menghargai pelanggan kami dengan
memberi perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami dan
berusaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
Selain itu juga, perkataan jawi عمرةyang berwarna merah, kuning dan hitam
melambangkan warna bendera Sarawak yang menunjukkan Umtesar Travel & Tours menjadi
pilihan no 1 orang Sarawak untuk melaksanakan dan mengatur pakej pelancongan dalam dan
luar negara untuk orang Sarawak khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Antara produk-produk
yang kami pasarkan ialah, perkhidmatan pelancongan domestik (Inbound) pakej pelancongan
luar negara (Outbound) dan agensi pengembaraan dan tempahan tiket (Ticketing).
4|UMTESAR TRAVEL & TOURS
4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
UMTESAR TRAVEL & TOURS” Melambangkan konsep menyantuni pelanggan
sebagai rakan dan bekerja dalam suasana berpasukan. Berikut adalah butiran tentang syarikat:-
Nama Perniagaan : Syarikat Umtesar Travel & Tours Sdn. Bhd
Alamat Berdaftar : Lot 26-27, 2nd Floor, Setia Raja Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350
Kuching Sarawak.
Alamat Operasi : Tingkat 1, Sublot 6, Desa Ilmu Phase 6 Jalan Datuk Mohd Musa, 94300, Kota
Samarahan, Sarawak
No Telefon :
No. Daftar Perniagaan : 1462624-W
Aktiviti Perniagaan : Pakej Pelancongan
Bentuk Perniagaan : Perkongsian
Modal Permulaan : RM 200,000
Bank Berurusan : Maybank
No. Akaun : 561284064796
5.0 PERKHIDMATAN KAMI
Kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami. Apabila sambutan pelancong
memberansangkan maka, perolehan keuntungan syarikat juga dapat dimaksimumkan.
Sehubungan itu, apabila sambutan pelancong yang semakin hangat kualiti perkhidmatan
syarikat akan dapat ditingkatkan serta menjamin permintaan pasaran dan pelanggan akan terus
meningkat. Malah, dari segi jaminan dan perkhidmatan pula, para pelancong merasakan diri
mereka lebih terjamin dan selamat menggunakan perkhidmatan kami. Berikut dinyatakan
perkhidmatan yang kami tawarkan:-
1) Perkhidmatan Tiket Penerbangan
Bantuan segera untuk semua maklumat mengenai tempahan penerbangan, seperti
jadual penerbangan, penerbangan tambang rendah dan maklumat status penerbangan.
5|UMTESAR TRAVEL & TOURS
2) Tempahan Hotel
Membantu pelanggan untuk membuat tempahan hotel dan memilih hotel yang
bersesuaian.
3) Penerbangan + Hotel
Menawarkan pelanggan kami pakej dinamik penerbangan dan hotel yang disatukan.
4) Pakej Inbound/Pakej Pelancongan Dalam Malaysia
Menganjurkan pakej pelancongan di Malaysia, dengan perkhidmatan yang terbaik dan
harga yang berpatutan. Syarikat menyediakan pakej pelancongan dalam negara merangkumi
tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian mengikut
pakej yang ditawarkan. Pakej-pakej percutian dalam Malaysia yang ditawarkan adalah seperti
berikut:-
➢ Pakej 1
Pakej Jum Berambeh Kuching (3 Hari 2 Malam)
Harga Pakej Termasuk Pakej tidak Termasuk Tempat Dilawati
RM1000 - Penginapan - Tiket Penerbangan - Kampung Budaya
(3 Hari 2 malam) - Pemandu Pelancong - Bayaran Masuk Borneo - Sarawak River
-Min 8 pax -Makan (3x Makan Culture Museum Cruise
-Max 10 pax Tengahari, 2x Makan - Borneo Culture
Malam) Museum
- Bayaran Masuk - Semenggoh Wildlife
Centre
- Cat Museum
Kek Lapis Warisan
6|UMTESAR TRAVEL & TOURS
➢ Pakej 2
Pakej Bengoh Dam & Kampung Sting
Pakej Pilihan Barang Yang perlu dibawa
1. Perjalanan sehari tanpa makan untuk - Sediakan baju lebih
seorang Rm70.00 (min 5 pax) - Bawa air dan makanan ringan
termasuk bayaran masuk - Sediakan peti pertolongan cemas dan ubat-
2. Perjalanan sehari tanpa makan untuk ubatan
seorang Rm90.00 (min 2 pax) - Bawa baju hujan sekiranya diperlukan
termasuk bayaran masuk - Pakej tidak termasuk pengangkutan
3. 2H1M serta makan seorang Rm
170.00 (min 5 pax) termasuk bayaran
masuk
4. 2H1M serta makan untuk seorang
Rm210.00 (min 2 pax) termasuk
bayaran masuk.
5) Pakej Outbound/Luar Negara
Dilengkapi dengan pakej kreatif yang memenuhi semua keperluan, dengan
perkhidmatan termasuk mengendalikan setiap permintaan perjalanan dunia ke mana-mana
destinasi, mengendalikan semua riadah dan lawatan perniagaan di luar negara. Mmenawarkan
pakej percutian keluar negara yang paling menarik dan yang memenuhi citarasa dan bajet di
seluruh dunia seperti asia, eropah dan afrika utara. Kami mempunyai rangkaian yang boleh
dipercayai dengan gabungan penyedia yang mempunyai pengalaman di pasaran, membolehkan
koordinasi pelbagai aktiviti serentak dijalankan secara cekap dan berjaya. Berikut antara pakej
pelancongan luar Negara yang ditawarkan:-
7|UMTESAR TRAVEL & TOURS
➢ Pakej 1
Pakej Wonderful Chiang Mai-Chiang Rai
Harga Pakej Termasuk Pakej Tidak Termasuk
Rm2699 pax - Penginapan Hotel (Chiang - Tiket penerbangan
(5 Hari 4 Malam) Mai (2 malam) Chiang Rai (1 - Tip untuk pemandu
malam) dan Mae Sai (1 - Perbelanjaan
malam) peribadi
- Bayaran masuk
- Jadual perjalanan
- Pemandu tempatan yang fasih
bercakap Melayu/Inggeris
- Makanan
Nota: Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (percuma)
- Kanak-kanak berumur antara 6- 10 tahun bayaran 50% daripada harga orang
dewasa (Rm1349)
- Kanak-kanak berumur 11-12 tahun bayaran 75% daripada harga orang dewasa
(Rm2024)
➢ Pakej 2
Pakej Amazing HO CHI MINH
Pilihan Harga Pakej Termasuk Pakej tidak
termasuk
1. Harga berkumpulan - Makan seperti dalam jadual - Tiket
- Seorang, hotel 2 perjalanan penerbangan
bintang (Rm510) - Air mineral - insurans
- Seorang, hotel 3 - Semua bayaran masuk
bintang (Rm580) - Pengangkutan ambil dan hantar
2. Harga lawatan peribadi ke lapangan terbang
- Seorang, hotel 2 - Pengangkutan sepanjang
bintang (Rm946) lawatan
- Seorang, hotel 3 - Percuma sim kad
bintang (Rm1015) - Bayaran pemandu pelancong
8|UMTESAR TRAVEL & TOURS
Nota :-
- Dewasa dikira 11 tahun ke atas.
- 5 – 10 tahun mendapat harga 50% diskaun daripada harga orang dewasa. Tanpa katil
dapat diskaun 25% lagi.
- Umur 5 tahun ke bawah adalah percuma
6.0 ANGGARAN JUALAN SETAHUN PAKEJ INBOUND
➢ Pakej 1
TEMPAT HARGA INDIVIDU JUMLAH
Jum Berambeh Kuching Rm 1000 30 Rm 30,000
➢ Pakej 2
TEMPAT PAKEJ PILIHAN INDIVIDU JUMLAH
50 Rm 3,500
Bengoh Dam & Kampung Sting Rm 70 30 Rm 2,700
20 Rm 3,400
RM 90 20 Rm 4,200
Rm 13,800
RM 170
RM 210
Pakej 1 : Anggaran Jualan sebulan x 12 bulan:
Rm 30,000 X 12 Bulan = Rm 450,000 setahun
Pakej 2 : Anggaran Jualan sebulan x 12 bulan :
Rm 13,800 X 12 bulan = Rm 165,600 setahun
9|UMTESAR TRAVEL & TOURS
7.0 ANGGARAN JUALAN SETAHUN PAKEJ OUTBOUND
➢ Pakej 1
TEMPAT PAKEJ PILIHAN INDIVIDU JUMLAH
Chiang Mai-Chiang Rai Rm 2699 30 Rm 80,970
RM 1349 15 Rm 20,235
RM 2024 20 Rm 40,480
Rm 141,685
➢ Pakej 2 PAKEJ PILIHAN INDIVIDU JUMLAH
Rm 510 30 Rm 15,300
TEMPAT RM 580 15 Rm 8,700
HO CHI MINH RM 946 20 Rm 18,920
RM 1015 15 Rm 15, 225
Rm 58,145
Pakej 1 : Anggaran Jualan sebulan x 12 bulan:
Rm 141,685 X 12 Bulan = Rm 1,700,220 setahun
Pakej 2 : Anggaran Jualan sebulan x 12 bulan:
Rm 58,145 X 12 Bulan = Rm 697,740 setahun
8.0 LOKASI PERNIAGAAN
Berdasarkan jenis perniagaan yang dijalankan, syarikat kami memilih untuk bertapak
di bangunan Kota Samarahan, Sarawak kerana ianya merupakan tempat paling sesuai untuk
menjalankan perniagaan kami. Hal ini kerana, kedudukan tempat syarikat kami adalah sangat
strategik kerana berada di tengah-tengah bandar dan menjadi laluan keluar masuk penduduk
dari kawasan pendalaman untuk pergi ke kawasan bandar selain laluan yang mudah, tidak
terlalu sibuk, mempunyai tapak parkir yang banyak dan terdapat kemudahan awam. Dari segi
persaingan pula, agensi travel yang lain tidak banyak membuka cawangan di kawasan tersut
10 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
menyebabkan syarikat kami kurang saingan dan menjadi tumpuan. Sehubungan itu, kawasan
yang kami pilih berdekatan dengan kelompok sasaran kerana berada ditengah-tengah antara
bandar dan kawasan pendalaman.
Dalam strategi mempromosikan pula, pemilihan tempat memainkan operanan penting.
Kami perlu melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang hendak
ditawarkan kepada para pelancong dalam usaha tersebut pelbagai kaedah digunakan dalam
promosi yang perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya
membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kami. Tanpa aktiviti promosi,
pemasaran perkhidmatan yang berkualiti. Justeru, ia boleh meningkatkan jualan perkhidmatan
syarikat kami dan sekiranya perkhidmatan kami tidak berkualiti maka industri sukar
memperolehi tahap kompetitif yang dikehendaki dalam pasaran. Kaedah mempromosikan
perkhidmatan kami bertujuan memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang
ramai. Sehubungan Itu, Kota Samarahan merupakan kawasan yang tepat untuk menyebarkan
maklumat kerana berada di kawasan yang semakin pesat membangun, mempunyai latar
belakang penduduk yang pelbagai dan faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan
serta tahap perkhidmatan kami dan menawarkan produk dan perkhidmatan yang betul di lokasi
dan pada masa yang sesuai. Berikut merupakan peta atau laluan ke bangunan syarikat Umtesar
Travel & Tours:-
11 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
9.0 PERANCANGAN OPERASI
Operasi syarikat Umtesar Travel & Tours mengamalkan seperti mana yang ditetapkan
oleh undang-undang perniagaan. Hal ini kerana ia menjaga hak perkerja agar ketidakwujudan
salah faham di dalam organisasi. Oleh itu, pihak pengurusan telah menetapkan satu struktur
setiap jawatan agar tindakan yang di lakukan dalam kerja adalah berdasarkan jawatan mereka.
Waktu operasi perniagaan kami pula bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Berikut
merupakan carta organisasi syarikat kami:
PENGARAH
SARINA BT SAIRIN
PENGURUS PENOLONG
PENGURUS
MARDHIAH BINTI
MOHAMAD MAHIDIN SITI BAIZURA BINTI TASMIDI
1) PENGARAH SYARIKAT
Nama penuh : Sarina Binti Sairin
No kad pengenalan : 860728525660
Tarikh Lahir : 28 Julai 1986
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda
Alamat Kediaman : No 268, Lorong Cahya Permai 2A, Samariang Aman, Petrajaya,
93050, Kuching Sarawak
Mengadakan mesyuarat Am tahunan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun kelander.
Menyediakan dan menyerahkan penyata pulangan tahunan kepada pendaftar syarikat
dalam tempoh sebulan atau dua bulan, menyimpan segala rekod perakaunan syarikat,
membentangkan akaun, kunci kira-kira dan laporan pengarah syarikat.
12 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
2) PENGURUS SYARIKAT
Nama penuh : Mardhiah Binti Mohamad Mahidin
No kad pengenalan : 920315135084
Tarikh Lahir : 15 Mac 1992
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Pengurusan
Alamat Kediaman : No 372, Blok A, Lorong 5B4, Kampung Haji Baki, 93250 Kuching
Sarawak
Bertindak sebagai penggerak kepada usaha memasarkan produk yang dihasilkan oleh
syarikat, mengkaji aspek citarasa pengguna, serta merangka objektif pemasaran. Menguruskan
aktiviti harian yang berkaitan pelan kewangan, pembayaran bil dan rekod pengurusan, sumber
manusia, dan pengagihan dan logistik fizikal, dalam sebuah pertubuhan atau pejabat.
Pentadbiran pejabat termasuklah rancangan tugasan untuk para perkerja, mengawasi perkerja,
dan mencadang barang-barang keperluan dan pembaikian alatan pejabat.
3) PENOLONG PENGURUS
Nama penuh : Siti Baizura Binti Tasmidi
No kad pengenalan : 940303135480
Tarikh Lahir : 3 Mac 1994
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Pengurusan
Alamat Kediaman : Lorong 13B, Kampung Menaul, Jalan Ensenggei, 94700 Serian,
Sarawak
Bertanggungjawab membantu pengurus merancang dan melaksana aktiviti operasi,
menentukan keperluan sumber manusia mencukupi, memastikan pelanggan dilayan dengan
baik, merancang kemajuan perkhidmatan ke arah kecemerlangan dan penambah baik.
13 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
PERLESENAN
14 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
15 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S
RUMUSAN
Secara tuntasnya, berdasarkan syarikat yang ingin kami bangunkan iaitu syarikat
Umtesar Travel & Tours adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelancong
asing mahupun tempatan yang memerlukan perkhidmatan yang mudah dan lengkap untuk
mengatur dan merancang penggembaraan. Dengan adanya pelancong yang datang ke negara
kita, maka, kita akan dapat memperkenalkan kepada mereka tentang keindahan dan keunikan
negara kita di samping menjadi wakil rasmi pelancong untuk mengurus masalah penerbangan,
membantu mencari penginapan yang selesa, serta menyusun jadual perjalanan mengikut
kesesuaian. Justeru itu, dengan tertubuhnya syarikat travel ini kami dapat menjamin keselesaan
para pelancong dengan mengutamakan kepuasan hati pelanggan dengan perkhidmatan yang
diberikan dan syarikat kami juga dapat berkembang dengan lebih pesat lagi selaras dengan
negara kita yang sedang membangun.
16 | U M T E S A R T R A V E L & T O U R S