The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHANA BINTI ROSELI Moe, 2020-11-29 19:17:34

BAB 12 TENAGA NUKLEAR

NOTA SAINS T4 KSSM
BAB 12

BAB 12
TENAGA
NUKLEAR

z

Sains Tingkatan 4
Cikgu Suhana

12.1
z PENGGUNAAN

TENAGA
NUKLEAR

Penggunaan Tenaga
Nuklearz

▪ Tenaga nuklear memberikan banyak
manfaat kepada manusia apabila dijanakan
dan dikawal dengan baik.

▪ Setiap tahun berlakunya pertambahan
negara yang menggunakan tenaga nuklear
untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai
bidang.

▪ Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara
yang menggunakan tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga di negara mereka.

▪ Antaranya Amerika Syarikat, Rusia,
Perancis, Slovakia dan Jepun

z

z

Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh
menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau
mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu.
Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien
berbanding dengan sumber tenaga lain.

z

z

Tenaga nuklear menghasilkan sinaran mengion yang
digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan,
pertanian dan perindustrian. Penggunaan tenaga nuklear
dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup
manusia.

z

Tenaga
nuklear
membebaskan
jumlah gas
zrumah hijau
yang sedikit
berbanding
dengan
sumber tenaga
yang lain.

z Sisa
radioaktif
z
yang
dihasilkan

boleh
menjejaskan
kesihatan dan
mengancam
nyawa semua

hidupan.

z

z

Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar
dan jika disalahgunakan, boleh
menyebabkan kesan yang buruk kepada
manusia.

12.2
z PENGHASILAN

TENAGA
NUKLEAR

Penghaszilan
Tenaga Nuklear

▪ Tenaga nuklear

bermaksud tenaga

yang terhasil daripada

tindak balas di dalam

nukleus atom.

▪ Tenaga nuklear

dihasilkan melalui

pembelahan nukleus

dan pelakuran

nukleus.

Pezmbelahan Nukleus

▪ Pembelahan nukleus merupakan proses
pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat
kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan
dan lebih stabil disertai dengan pembebasan
tenaga.

▪ Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron
yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif
yang berat seperti uranium-235.

Pezmbelahan Nukleus

▪ Bedilan daripada neutron itu menyebabkan
nukleus itu pecah kepada dua atau lebih
nukleus yang lebih ringan dan stabil.

▪ Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.



Pelakuzran Nukleus

▪ Pelakuran nukleus merupakan

satu proses percantuman atau

penggabungan dua nukleus

radioaktif yang ringan

membentuk satu nukleus yang

lebih berat disertai dengan

pembebasan tenaga.

▪ Sebagai contoh, dua nukleus

kecil dan ringan seperti

deuterium dan tritium (isotop

hidrogen) bercantum dan

▪ Proses ini membebaskan membentuk satu nukleus yang
tenaga nuklear yang lebih lebih besar dan berat.

banyak berbanding dengan ▪ Proses ini berlaku pada suhu
pembelahan nukleus.
yang amat tinggi. .



z

Penjanaan Tenaga Elektrik daripada
Tenaga Nuklear

▪ Kegunaan utama tenaga nuklear adalah
untuk menjana tenaga elektrik.

▪ Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga
nuklear ini dilakukan di dalam stesen jana
kuasa tenaga nuklear.

▪ Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri
daripada reaktor nuklear dan penjana.

▪ Reaktor nuklear menghasilkan jumlah
tenaga yang besar.







z Reaktor Nuklear Malaysia

▪ Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1
MegaWatt milik Agensi Nuklear Malaysia.

▪ Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28
Jun 1982.

▪ RTP ini merupakan jenis kolam yang direka bentuk
supaya eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras
reaktor tersebut.

▪ Namun, reaktor ini hanya untuk tujuan latihan,
penyelidikan dan penghasilan radioisotop sahaja

▪ Malaysia perlu membina sebuah reaktor nuklear yang
mampu menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu
menjalankan penjanaan elektrik bersumberkan tenaga
nuklear.



Peznggunaan Tenaga Nuklear bagi
Negara yang Menggunakannya

▪ Sehingga kini, tenaga nuklear
terus menjadi pilihan bagi
negara-negara di dunia
sebagai sumber alternatif
tenaga elektrik.

▪ Terdapat beberapa sebab
mengapa negara-negara ini
memilih tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga
negara mereka.

z Kurang sumber tenaga lain

▪ Kebanyakan negara yang
menggunakan tenaga nuklear
kurang sumber tenaga lain seperti
arang batu dan petroleum.

▪ Kos yang amat tinggi diperlukan
jika mereka mengimport sumber
tenaga ini dari negara lain.

▪ Oleh itu, mereka perlu
menggunakan sumber tenaga lain
seperti tenaga nuklear.

Keluasan negara yang besar serta
kezpadatan penduduk yang tinggi

▪ Negara China contohnya
adalah sangat besar dan
mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi.

▪ Kuasa dan tenaga yang

dihasilkan oleh tenaga

nuklear cukup besar

sehingga mampu untuk

menjanakan tenaga

elektrik ke seluruh negara

mereka.

Sumber pendapatan negara

z

▪ Reaktor nuklear di Slovakia

contohnya mampu

menghasilkan tenaga elektrik

yang melebihi keperluan

negaranya.

▪ Oleh itu, mereka telah
membekalkan tenaga elektrik
itu kepada negara-negara
jiran dan mampu mendapat
keuntungan yang lumayan.

z Teknologi yang canggih

▪ Kajian dan pembangunan
sentiasa dilakukan oleh negara-
negara yang menggunakan
tenaga nuklear.

▪ Hasilnya kini, mereka telah
berjaya memiliki teknologi yang
lebih canggih serta mampu
mengurangkan risiko-risiko yang
berlaku kepada reaktor nuklear

▪ Contohnya seperti pembinaan
Makmal Nasional Argonne yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.

12.3
IMPAK
z PENGGUNAAN
TENAGA NUKLEAR

Impak Penggunaan Senjata Nuklear

z

▪ Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal
tentang tenaga nuklear dijalankan untuk
menghasilkan bom.

▪ Hasil sampingan daripada pembelahan
nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu
plutonium boleh digunakan untuk membuat
bom atom

▪ Dunia telah menyaksikan satu malapetaka
yang amat dahsyat apabila tenaga nuklear
digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear

▪ Senjata nuklear pernah digunakan semasa
Perang Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat
terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

z Pengeboman

▪ Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom di

bom atom “Little Boy” telah digugurkan Hiroshima dan
oleh pihak tentera Amerika Syarikat di
Nagasaki
Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan dalam Perang
diikuti satu lagi bom atom “Fat Man” di

Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Dunia Kedua

▪ Letusan tenaga nuklear oleh bom atom
menghasilkan satu gelombang letupan
yang amat kuat sehingga
mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa
orang awam secara serta-merta

▪ Pengeboman ini menyebabkan
keadaan seluruh bandar raya itu
menjadi amat panas sehingga
mencairkan struktur besi

z Pengeboman
bom atom di
▪ Letusan bom nuklear juga Hiroshima dan
mengganggu keadaan atmosfera
kesan daripada gelombang yang Nagasaki
terhasil di samping luruhan radioaktif dalam Perang
yang dikeluarkan Dunia Kedua

▪ Pada ketika itu, seluruh sistem
perhubungan di bandar raya itu
terputus.







z Impak Ujian Nuklear

▪ Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk
memastikan sama ada senjata itu berfungsi atau tidak.

▪ Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di
bawah laut.

▪ Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran
▪ ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi

terhadap tanah dan sumber air.
▪ Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga

pencemaran yang teruk.
▪ Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada

ujian nuklear boleh menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.



12.4
TzENAGA NUKLEAR

DI MALAYSIA

Kzewajaran Pembinaan Stesen Jana
Kuasa Nuklear di Malaysia

▪ Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear,
beberapa faktor perlu diambil kira seperti:

▪ Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang
akan habis dan kosnya semakin meningkat

▪ kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih
rendah berbanding dengan sumber bahan api fosil

▪ Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear
juga mestilah sangat strategik. Kawasannya mestilah
berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses
penyejukan berlaku

▪ Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear
adalah jauh lebih besar daripada sumber bahan api fosil

z Agensi Nuklear Malaysia

▪ Agensi Nuklear Malaysia, yang
dahulunya dikenal sebagai Institut
Penyelidikan Teknologi Nuklear
Malaysia (MINT), terletak di Bangi,
Selangor.

▪ Agensi ini ditubuhkan bagi
menyelaras aktiviti berteraskan sains
dan teknologi nuklear serta teknologi
yang berkaitan dengannya.

z Agensi Nuklear Malaysia

▪ Aktiviti utama yang dijalankan di sini

ialah penyelidikan dan pembangunan

teknologi nuklear bagi pembangunan

negara dengan kerjasama

antarabangsa.

z


Click to View FlipBook Version