BAB 2 DAYA DAN GERAKAN 1
Fizik Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
2.1 GERAKAN LINEAR
GERAKAN LINEAR
Pergerakan dalam satu
lintasan yang lurus
dinamakan gerakan
linear
GERAKAN LINEAR
• Gerakan linear boleh dihuraikan dari
segi jarak, sesaran, laju, halaju dan
pecutan.
• Rajah 2.1 menunjukkan sebuah teksi
yang sedang menunggu penumpang di
tempat letak kereta.
• Kedudukan teksi itu tidak berubah
dengan masa. Justeru, teksi itu dikatakan
berada dalam keadaan pegun.
GERAKAN LINEAR
• Puan Chong hendak menaiki teksi itu dari Bagan Datoh ke Sungkai.
• Rajah menunjukkan paparan aplikasi peta yang menunjukkan bahawa teksi itu perlu bergerak melalui laluan
berwarna biru dengan panjang lintasan sejauh 83.00 km.
• Setelah tiba di Sungkai, kedudukan teksi itu ialah 57.22 km ke Timur dari Bagan Datoh.
• Sebenarnya, nilai 83.00 km dan 57.22 km ke Timur masing-masing ialah jarak dan sesaran bagi
pergerakan teksi tersebut.
GERAKAN LINEAR
• Semasa menaiki teksi, Puan Chong mendapati
bahawa bacaan meter laju teksi kadangkala malar dan
kadangkala berubah-ubah walaupun di jalan raya yang
lurus.
• Rajah 2.4 menggambarkan perbezaan pergerakan antara halaju
seragam dengan tidak seragam sebuah kereta
• Perhatikan sesaran dan sela masa kedua-dua kereta tersebut.Andaikan
pergerakan ke kanan adalah positif, dan ke kiri adalah negatif.
• Dalam Rajah 2.4, sesaran kereta biru bertambah untuk sela masa yang
sama
• Maka, kereta biru bergerak dengan halaju yang bertambah.
• Dalam hal ini, kereta biru dikatakan mengalami pecutan pada arah yang
sama dengan arah gerakan kereta.
• Sebaliknya, jika sesaran berkurang untuk sela masa yang sama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.5, kereta bergerak dengan halaju yang berkurang.
• Kereta mengalami pecutan tetapi pada arah yang bertentangan dengan arah
gerakan kereta.
MENENTUKAN
JARAK, SESARAN,
LAJU, HALAJU
DAN PE C U TAN
Pergerakan suatu
objek dikaji
dengan
menentukan nilai
jarak, sesaran,
laju, halaju dan
pecutan
JANGKA MASA
DETIK
• Jangka masa detik
yang dikendalikan
oleh arus ulang-alik
berfrekuensi 50 Hz
membuat 50 titik
dalam masa 1 saat
pada pita detik.
PITA DETIK
• Pita detik merekod sesaran bagi objek bergerak
dan juga masa yang diambil
• Seterusnya, halaju dan pecutan boleh dihitung
• Jika pita detik yang panjang digunakan, lebih banyak titik dapat dirakam
pada pita detik itu.
• Dalam hal ini, pita detik itu boleh dibahagi kepada jalur-jalur yang
mempunyai bilangan detik yang sama.
• Jalur-jalur itu dipotong dan dilekat sebelah-menyebelah di atas kertas
graf untuk membentuk carta pita seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
• Selain daripada jangka
masa detik, sistem
photogate dan pemasa
elektronik boleh
digunakan untuk mengkaji
pergerakan linear dengan
lebih jitu.
• Rajah 2.15 menunjukkan
sistem photogate dan
pemasa elektronik yang
digunakan bersama troli
tidak bermotor yang
bergerak di atas landasan
aluminium yang
dicondongkan.
MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR DENGAN
MENGGUNAKAN PERSAMAAN GERAKAN LINEAR
2.2 GRAF GERAKAN LINEAR
MENGANALISIS GRAF SESARAN-MASA • Rajah 2.18 menunjukkan
UNTUK MENENTUKAN JARAK, SESARAN titik asal dan titik akhir
bagi sebuah motosikal
DAN HALAJU yang ditunggang ke arah
kanan (arah positif) dan
kemudian berpatah balik
ke kiri (arah negatif).
• Graf sesaran-masa dalam
Rajah 2.19 menunjukkan
gerakan linear motosikal
tersebut.