iv. Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau keduaduanya, seperti aktiviti treasure hunt. v. Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya. vi. Ikhtiar hidup/survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri. Tujuan perkhemahan Faedah Perkhemahan - Memupuk niali-nilai murni individu - Merancang segala aktiviti dan keperluan - Menghargai alam sekitar ciptaaan Tuhan - Menghilangkan stres - Untuk berseronok - Mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak baik
Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: a. membentuk organisasi perkhemahan: Jawatankuasa Induk; Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; danBarisan Jurulatih dan Pembimbing. b. mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program Perkhemahan; mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa; mengenal pasti jurulatih, pembimbing danpengiring; c. menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program; d. menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan; wang masuk; dan wang keluar. e. menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi: bilangan hari; masa perjalanan pergi dan perjalanan balik; pengisian program; waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan); pengurusan diri; aktiviti/kerja masa lapang; dan halhal lain yang berkaitan. f. menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan Perancangan dan persediaan awal
g. mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yang berkenaan; h. menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, suratsurat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain,jika berkenaan; i. menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid; j. surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar; k. memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan; l. memperincikan peraturan-peraturan keselamatan serta menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan: Perancangan dan persediaan awal
m. memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata n. memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan o. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah: kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas. p. memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu); q. memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan; r. menentukan semua prosedurperkhemahan dipatuhi; dan s. menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja. Perancangan dan persediaan awal
Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: a. memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan; b. memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah: tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif; mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam; sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan; c. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah: kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas. d. kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti: surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan; elektrik; air yang bersih; dan sistem komunikasi. e. melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan; Semasa Aktiviti perkhemahan
f. selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang lain turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. g. membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam. h. menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancangkan i. memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan j. menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus. Semasa Aktiviti perkhemahan
GAJET Gajet merupakan binaan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan pembinaan gajet Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaiandan maklumat di tapak perkhemahan. Melindungi makanan daripada tercemar Mengelakkan kemalangan sepertiterlanggar peralatan yang tajam Memudahkan kita merujukatau mendapatkan maklumat Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan Memudahkan kerja-kerja memasakdan menghidang makanan Menjadi mercu tanda perkhemahan sepertipintu gerbang dan tiang bender Gajet perkhemahan
Faedah membuat Gajet Menggalakkan seseorang itu berfikir secara kreatif dalam menghasilkan peralatan yang diperlukan Menguji keupayaan seseorang dalam mempraktikkan kemahiranikatan dan simpulan yang dipelajari Menanam semangat bekerjasama dalam sebuah kumpulanuntuk menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan Cara-cara pembinaan gajet Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai ciri-ciriyang tersendiri. Pembinaannya pula perlu mengikut kesesuaian tempat serta bilangan peserta yang menggunakannya. Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas, kuat serta senang dirobohkan. Jenis gajet ditentukan kepada3 bahagian, iaitu gajet dapur atau belakang perkhemahan, gajet pertolongan cemas dan gajet perkhemahan. Gajet perkhemahan
Prinsip membuat Gajet Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan kepada yang lain. Prinsip membuat gajet adalah seperti berikut: Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan boleh patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul Gunakan bahan semulajadi Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai Buat gajet ciptaan atau rekaan sendini Gajet perkhemahan
Papan kenyataan Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat.Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti.BSMM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan. Bahan yang diperlukan adalah seperti kayu, buluh, tali, marker dan bahanbahan lain yang sesuai. Gajet perkhemahan Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan di samping sebagai tempat memasang bendera. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang .banyak, pintu gerbang yang didirikan harus agak besar dan cantik. Bahan dan peralatan yang diperlukan adalah seperti kayu atau buluh pelbagai ukuran, tali sama ada rami, jut atau raffia,cangkul, parang dan gergaji serta tangga (jika ada).
Tiang bendera Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera.Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan BSMM. Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera BSMM manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri. Gajet perkhemahan Gajet pagar adalah penting untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Ketinggian pagar yang sesuai adalah sekitar satu meter sahaja. Bagi memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiaskan pagar mereka dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
Gajet yang digunakan untuk meletakkan peralatan kerja seperti cangkul agar kelihatan kemas dan mudah diambil. Tempat letak peralatan kerja Penyidai /ampaian Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya.Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batang ,pokok yang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan. Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai. Tempat letak kasut Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya.Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batang ,pokok yang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan. Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
Gajet yang digunakan untuk meletakkan peralatan kerja seperti cangkul agar kelihatan kemas dan mudah diambil. Tempat letak peralatan kerja Penyidai /ampaian Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya.Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batang ,pokok yang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan. Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai. Tempat letak kasut Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya.Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batang ,pokok yang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan. Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
Lakonan Bisu Alatan yang diperlukan Kertas yang dituliskan pelbagai gerak kerja yang perlu dilakukan oleh BSMM Langkah 1.Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. 2.Satu kumpulan diminta untuk menghantar seorang wakil. 3.Wakil dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, wakil dikehendaki beraksi di hadapan kumpulannya dan ahli yang lain cuba untuk meneka lakonan yang dipamerkan. 4. Permainan dalam Bsmm Tujuan permainan : Menambah ilmu pengetahuan Memantapkan kemahiran Meningkatkan penglibatan aktif Meningkatkan kreativiti Meningkatkan kecekapan
Simpulan Alatan yang diperlukan Tali,bangku Langkah Setiap ahli BSMM dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. 1. Ketua kumpulan memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku. 2. Kemudian, disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan Simpul Tindih Kasih. 3. Permainan dalam Bsmm
Permainan dalam Bsmm Kepala dan ekor Alatan yang diperlukan Kon Langkah Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli. Setiap ahli BSMM berbaris mengikut kumpulan masing-masing. 1. Ahli yang berada di paling hadapan dan belakang akan memegang kon. 2. Apabila ketua menyebut “kepala” ahli BSMM yang berada di paling hadapan tidak bergerak tetapi ahli lain akan berpusing mengelilingi ahli tersebut dan kembali ke tempat asal selepas dua pusingan. 3. Apabila ketua menyebut “ekor” ahli BSMM yang berada di belakang sekali tidak bergerak tetapi ahli lain akan berpusing mengelilingi ahli tersebut. 4. Mana-mana kumpulan yang selesai dulu akan diisytiharkan sebagai pemenang.Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan sehingga tamat permainan. 5.
Permainan dalam Bsmm Merintis Alatan yang diperlukan Tali dan kayu Langkah Pastikan semua ahli BSMM sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. 1. 2.Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. 3.Gunakan tali yang sesuai untuk membina projek perintis. Ketua kumpulan boleh merujuk kepada model-model projek yang hendak dibina. 4. Orienteering Alatan yang diperlukan Kompas dan peta Langkah 1.Route Orienteering Ahli BSMM dikehendaki mengikut satu perjalanan dengan had masa yang ditetapkan. Sepanjang perjalanan, ahli BSMM ditugaskan untuk menandakan stesyen-stesyen tertentu sebagai tugasan dalam peta lakaran. 2.Projek Orienteering Ahli BSMM dikehendaki mengikut satu perjalan setelah menjalinnya di atas peta mereka. Apabila mereka menemui satu stesen, mereka dikehendaki membuat sesuatu aktiviti seperti menyanyi, menari dan sebagainya.
Mata angin Alatan yang diperlukan Marker Langkah Tentukan dan label arah mata angin yang betul iaitu utara, selatan, barat dan timur dengan marker.Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli. 1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk berbaris dan berhadapan ke arah utara. 2. Apabila diberi arahan, setiap ahli harus melompat dan berdiri menghadap ke arah yang disebut. 3. Jika didapati ahli berhadapan ke arah yang salah, maka ahli tersebut perlu duduk sementara permainan diteruskan. 4. Apabila semua ahli dalam sesuatu kumpulan itu dihukum duduk, maka kumpulan tersebut akan diisytiharkan kalah. 5. Permainan dalam Bsmm
Lirik Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LIRIK: DATO' DOL RAMLI LAGU: DATO' JOHARI SALLEH "LAGU BULAN SABIT MERA MALAYSIA WAS FIRST PLAYED IN A CERENOVY 1975 TO COMMEMORATE THE CHANGE OF NAME OF THE SOCIETY FROM THE MALAYSIAN RED CROSS SOCIETY TO THE MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY"
Kemahiran ikhtiar hidup Ikhtiar hidup atau lebih dikenali dengan survival dalam terjemahan bahasa inggeris yang membawa maksud the will to live, to outlive, state of continuing to live.Bagi makna lain dalam bahasa Melayu ia juga memberi makna kemampuan atau keupayaan sesuatu itu untuk terus hidup berasaskan keadaan persekitaran di mana sesuatu berada. Kemahiran ikhtiar hidup juga adalah satu usaha atau ikhtiar yang hendaklah dilakukan oleh seseorang supaya boleh hidup ketika menghadapi sesuatu masalah bekalan makanan atau sesuatu ancaman Ikhtiar Hidup Situasi Ikhtiar Hidup Bencana Alam Ancaman Binatang buas Faktor keihatan Kurang teliti dengan perancangan Tersesat dalam hutan
Prinsip-prinsip asas Kemahuan :Segala daya usaha untuk terus hidup termasuklah kemahuan mencari sumber makanan dan minuman melalui pemasangan jerat, perangkap dan sebagainya. Mengatasi ketakutan :Ketakutan datang dari kelemahan diri sendiri. Antaranya takut kepada ancaman liar, ketiadaan makanan dan minuman serta takut dengan benda yang tidak pernah ditemui. Peralatan Ikhtiar hidup Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa. (pisau, mata pancing, pemetik api, garam Undang-undang asas Ikhtiar hidup Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. 1. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan. 2. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran. 3. Elakkan dari merasa risau. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain. 4. Berhenti awal di siang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. 5.
Situasi Ikhtiar Hidup Kehabisan bekalan makanan dan minuman Ancaman binatang Masalah perlindungan Lain-lain Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran), dan material (peralatan, pakaian dan bekalan). Punca Situasi Ikhtiar Hidup: Kelalaian manusia sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau peringkat perlaksanaan aktiviti Kurang pengetahan dan kemahiran Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup: Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar sentiasa terdedah pelbagai cabaran dan risiko. Terdapat 5 elemen utama dalam ikhtiar untuk hidup: Fire (Api) Food & Drink (Makanan & Minuman) Shelter (Tempat perlindungan) First Aid Signaling (Memberi Isyarat)
Perangkap Berumpun Kadang kala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. Perangkap tanpa Umpan Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya. Perangkap
Masakan solar Makanan Solar Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur. Masakan solar hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mendatangkan banyak kebaikan atau kelebihan. Kebaikan yang sedia ada ialah satu cara mendidik kita (ahli pandu puteri) dan juga insan di dunia ini supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengelak dan mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api. Di samping itu, kita dapat mengurangkan penggunaan gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai untuk masakan solar adalah pada musim panas terik. Gambar berikut merupakan cara menghasilkan dapur masakan solar.
Masakan solar Penyediaan dapur solar Contoh Menu Solar
Masakan Rimba Makanan Rimba Biasaannya seorang kadet yang menghadiri sesuatu perkhemahan akan membawa periuk dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan memasak sayur-sayuran. Kadet dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lainlain peralatan memasak. Cara ini dikenali sebagai masakan hutan/rimba atau backwoodsman. Memasak dengan cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan periuk. Namun begitu, masakan rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila kita sentiasa dilatih apabila berkhemah di luar. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan menggunakan bahan seperti buluh, buah-buahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah dan sebagainya.
Cara masakan rimba
Cara masakan rimba
Majlis malam kebudayaan Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan iaitu di dalam acara temasya unggu api. la diadakan pada waktu malam ketika sekumpulan ahli sedang duduk dalam satu bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang menyala. Tujuan: Merupakan acara kemuncak (diadakan di tempat lapang, ada aktiviti seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya untuk menghibur) Mencungkil bakat ahli dari segi lakonan, nyayian dan lawak jenaka. Menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli BSMM. Melatih bertataterbib, taat dan menurut perintah. Melatih ahli supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka. Bersukan ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan kegiatan-kegiatan lain. Menerangi kawasan di waktu malam dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit.
Persiapan Awal: Kayu api (termasuk minyak tanah) Lampu elektrik Makanan dan minuman Acara atau program yang hendak dilaksanakan Orang yang merasmikan majlis Para jemputan (ibu bapa, pengawai atau orang kenamaan, ahli persatuan beruniform lain dan sebagainya. Tempat duduk, kawasan dan persediaan lain. Tujuan: Merupakan acara kemuncak (diadakan di tempat lapang, ada aktiviti seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainyauntuk menghibur) Mencungkil bakat ahli dari segi lakonan, nyayian dan lawak jenaka. Menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli BSMM. Melatih bertataterbib, taat dan menurut perintah. Melatih ahli supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapanuntuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka. Bersukan ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan kegiatan-kegiatan lain. Menerangi kawasan di waktu malam dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit. Majlis malam kebudayaan
1.Perasmian (secara ringkas, siapa). Selepas perasmian (beberapa lagu rancak beramairamai, semua peserta terlibat) 2. Pertunjukan/ persembahan (selang seli, nyanyian beramai-ramai, lakonan pendek/ sketsa, nyanyian berkumpulan, tarian, permainan ringkas dan nyanyian-round song') 3. Selitkan dengan cerita pendek/ celoteh berunsurkan nasihat 4. 5.Selepas setiap persembahan- Yell 6.Lagu pantun di pertengahan acara- 'Rasa Sayang" 7.Acara yang baik-dikemudiankan Penutup-Lagu/Negaraku' , dilakuakan tatkala acara sedang berada dikemuncak- walaupun persembahan belum habis. 8. Prosedur Majlis malam kebudayaan
Nyanyian lagu patriotik lagu nasyid, solo, koir, berduet, berkumpulan Membina keyakinan diri Mencungkil & mengembangkan Tarian kebudayaan (tarian Zapin, Inang, Sumazav...) Mempunyai gerakan kreatif Keseragaman & kerjasama pasukan Puisi Pantun, sajak, syair Membawa isu semasa & memberi pengajaran Teater Lakonan & mempamerkan kostum yang kreatif Memberi mesej kpd penonton Drama Drama moden atau bangsawan Mempamerkan kehidupan yang reality & khayalan Dikir barat Amalan budaya yang membawa isu semasa Tradisi Kelantan Boria Amalan budaya memberi pengajaran Tradisi orang utara Persembahan lawan kumpulan A & B Cth: Pisang goreng, goreng apa skrg. gorang ayam skrg, ayam apa skrg..Siapa lambat kira salah,Meningkatkan tindak balas Hikayat Hikayat Hang Tuah Contoh Aktiviti Malam Kebudayan:
Kembara dan pandu arah Tujuan Untuk melatih keekapan pancaindera (tanda, symbol dan lain-lain) Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan. Untuk menikmati keindahan alam di hutan. Memberikan pengalaman baharu Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan Mewujudkan pengurusan aktivti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. Kembara Tinjauan kawasan dahul sebelum aktiviti jalan lasak sama ada selamat atau sesuai. Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya BSMM, sekolah dan ibu bapa. Maklumkan juga kepada pihak hospital agar segala urusan kemalangan dapat diutamakan. Peralatan seperti kotak first aids, persendirian, bulu log perlu disediakan.
Prosedur Kembara 1.Pemeriksaan keshatan peserta Pengawasan pergerakan para peserta sentiasa dalam keadaan selamat 2. 3.Taklimat jurulatih dan peserta 4.Semakan alatan dan logistic 5.Peralatan kecemasan 6.Pengagihan kumpulan atau kategori Alatan :Kompas Kompas adalah digunakan untuk menetukan arah dan dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. Jenis jenis kompas adalah seperti Kompas Prismatik, kompas BearingSudut, Kompas mata angin 16, Kompas Bidik, kompas Silva dan Kompas Orienteering dan sebagainya. Menggunakan kompas secara tepat: Bearing yang ditunjukkan oleh kompas terus ke sesuatu tanda Dalam keadaan ini bearing kompas hanya dijadikan panduan kasar. Memastikan pergerakan lebih kurang selari dengan arah bearing Apabila tiba di sasaran, pastikan bearing yang ditunjukkan oleh kompas dipathi sepenuhnya. Mengesan Tanda dan Simbol: Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dan sebagainya. Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta. Kembara dan pandu arah
khlidmat kesukarelawan Definisi 'Kesukarelawan' bermaksud sikap sekarela ataupun dengan kehendak sendiri dan tidak paksa dari mana-mana pihak. Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan kepada diri sendiri. Minggu Kerja - Kerja / tugas yang diatur untuk seminggu Bantuan Bencana - Aktiviti membantu mangsa dalam kesusahan akibat bencana seperti banjir, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya. Masyarakat Penyayang - Mengadakan aktiviti derma darah atau penjagaan orang sakit di rumah dan lain-lain. Hari Peringatan > Everywhere for everyone 8 May 2017 - World Red Cross & Red Cresent Day Antara aktiviti yang diadakan:Donor Darah Sukarela,Senam Pagi ,Stand Pameran Palang Merah Alam Sekitar - Tidak memusnahkan alam sekitar seperti tumbuhan yang bernyawa.
khlidmat kesukarelawan
khlidmat kesukarelawan Sukarelawan BSMM tunjang khidmat masyarakat “Komitment ahli persatuan itu kukuh walaupun hidup sebagai sukarelawan itu sering dilihat sebagai ‘wira yang tidak didendangkan’. “BSMM Negeri Sabah telah membuktikan bahawa anda adalah sebuah badan sukarela yang bukan saja komited malah adalah satu badan sukarela yang telah mencurahkan begitu banyak khidmat bakti dalam peranan membantu kerajaan, ” katanya. Menurut Maria, sepanjang tempoh 75 tahun dalam perkhidmatan kemanusiaan, BSMM telah membuat transformasi tersendiri dalam perkhidmatan. “Contohnya pada ketika dahulu kita cuma melihat murid-murid sekolah unit beruniform BSMM bertugas ketika sukan tanpa ada kepakaran dan aset ambulans. Borneo Daily Bulletin https://www.borneodailybulletin.com/sukarelawan-bsmmtunjang-khidmat-masyarakat/
khlidmat kesukarelawan Sukarelawan Tunjang Pembangunan Masyarakat Prihatin Badan sukarela seperti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah membuktikan bahawa ahlinya berfungsi sebagai sebuah badan yang sentiasa komited membantu kerajaan dalam usaha menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat. Justeru, matlamat menjadikan BSMM di negeri ini sebagai satu entiti sukarela yang dikenali bukanlah kerja yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi dari semua warga BSMM, ” ujarnya. Dalam teks ucapan yang disampaikan Pembantu Menteri II KPMKR, Flovia Ng, Shahelmey turut menjelaskan, walaupun penglibatan sukarelawan sering dilihat sebagai wira tak didendang namun beliau pasti sukarelawan BSMM Sabah sentiasa bersedia menyumbang khidmat bersama-sama dengan agensi lain terutama ketika bencana dan kecemasan. Malah, penganjuran kursus berkaitan Air, Sanitasi dan Promosi Kebersihan (eWASH) selama enam hari itu disifatkan wajar sebagai asas persediaan kepada ahli-ahlinya bagi memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutama dalam konteks persediaan dalam pengurusan bencana. Program dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Asia Pasifik tersebut julung kali diadakan dan bertujuan menyediakan ‘National Disasater Respons Team’ BSMM bagi zon Borneo serta memfokus kepada pengetahuan membekalkan air bersih terawat, sanitasi dan promosi kebersihan kepada mangsa bencana.
Asas pertolongan cemas Definisi Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan. Variasi nama: First Aid Bantu Mula Pertolongan Cemas Objektif: Menyelamat nyawa Mengelak mangsa cedera lebih serius Mengurangkan kesakitan Menguruskan pemindahan ke hospital
Pertolongan cemas Objektif Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidakselesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah. Peraturan Am Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital
Prinsip-prinsip Pertolongan cemas Penilaian Ahli perlu menilai keadaan untuk menentukan sama ada selamat untuk menyelamatkan mangsa dan keadaan persekitaran kemalangan ( keselamatan diri, orang sekitar atau kemudahan sekitar) Bertenang Ahli perlu bertenang dan tidak panik dengan keadaan. Panik akan menjejaskan keupayaan ahli untuk berfikir dan bertindak untuk menyelamatkan mangsa. Mulakan usaha pertolongan cemasa dengan 3C= Check, Call, Care. Minta bantuandaripada orang yang berhampiran Ahli perlu meminta bantuan daripada orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba, ambulans atau polis dengan membuat panggilan atau mendapatkan bantuan luar yang dapat berbuat demikian Hindari daripada keadaan yang membahayakan Ahli perlu menjalankan tindakan pertolongan cemas kepada mangsa di tempat yang selamat setelah mengalihkan mangsa daripada tempat yang membahaya Tidak menggerakkan pesakit kecuali perlu Usaha ini dilakukan untuk mengelakkan kecederaan pada mangsa menjadi lebih serius akibat pergerakan yang tidak diperlukan. Pergerakan selepas kecederaan akan menggerakkan luka dan menyebabkan lebih pendarahan atau pergerakan tulang patah.
Peti pertolongan cemas Definisi Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba. Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi. Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jenis dan kegunaannya dankandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. la juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya.
Peti pertolongan cemas Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah: Dresing steril - beberapa saiz. Plaster - beberapa saiz. Bendej tiga segi (kain anduh) Pembalut kain kasa (bendej penggulung ) Larutan Flavin ( lodin) | Larutan atau krim antiseptik Gunting kecil.
Peti pertolongan cemas Isi Peti first aid kit
Mengangkat Pesakit Prinsip asas mengangkat pesakit Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan. 1. Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda semasa mengangkat pesakit. 2. Angkat tanpa memulas. Elakkan sebarang gerakan semasa mengangkat. 3. Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain. 4. Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pesakit dan memberitahunya dengan jelas apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu. 5. 6.Mengutamakan keselesaan pesakit 7.Pastikan Kecederaan tidak bertambah teruk 8.Memerhatikan keadaan pesakit semasa pemindahan.
Mengangkat Pesakit Mengangkat Pesakit Menggunakan Usungan (Stretcher) Kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya mangsa tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga memerlukan mangsa dipindahkan secara jarak jauh. Tiga orang pembantu berada di sebelah mangsa manakala satu orang berada disebelah satu lagimangsa. Pembantu akan melutut dengan mengangka tlutut sebelah kanan. Mangsa akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga – tiga pembantu secara serentak,kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan. an
Mengangkat Pesakit MengangkatPesakit tanpa Menggunakan (Stretcher) Kaedah Menarik Meletakkan pesakit ke atas selimut tebal yang kemudiannya ditarik dengan memegang tepianselimut. Usungan in imembolehkan pesakit diangkut ketempat yang jauh sedikit dan sepatutnya diusahakan jika pesakit mempunyai kecederaanpada badan dan di dalam ketenatan Kaedah Menopang Digunakan sekiranya pesakit boleh berjalan Pesakit menopang dan bergantung di sisi penolong yang berjalan mengiringnya.
Mengangkat Pesakit MengangkatPesakit tanpa Menggunakan (Stretcher) Kaedah menggendong Bagi pesakit yang masih sedar dan berupayabekerjasama Dia dikendong pada belakang penolong danseterusnya menampung paha dan kaki pesakit Kaedah Mendukong Cara ini ialah mendukung di mana sebelahtangan pesakit memaut bahu penolong yangtangannya menampung berat badan pesakit di pinggang dan dipaha. Tentulah kaedah ini tidak dapat dijalankan jika berat badan pesakit di luar kemampuan kekuatan tenagapenolong.
Mengangkat Pesakit MengangkatPesakit tanpa Menggunakan (Stretcher) Kaedah usungan empat tangan Kaedah ini memerlukan dua penolong yangberpegang tangan secara bersilang. Tangan bersilang empat ini adalah untuk tempat duduk mangsa manakala mangsa akanmemegang bahu keduakedua penolong. Kaedah ini bagi magsa yang sedar diri dan tidak bolehberjalan. Kaedah Usungan kerusi Usungan ini memberi keselesaan kepada pesakit.
MengangkatPesakit tanpa Menggunakan (Stretcher) Kaedah usungan tangan bersilam Usungan ini memerlukandua orang penolong. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Usungan Empat Tangan cuma yang berbeza ialah kedua –dua tangan penolong memegang tangan secara cengkaman manakala tangan satu lagi kedua penolong akan memegang pinggang mangsa sebelah menyebelah Mengangkat Pesakit Kaedah Usungan Selimit Kaedah ini adalah sama dengan kaedahmenggunakan pengusung. Sebagai menggantikan pengusung jika tiadapengusung/papan keras. Kain selimut juga digunakan sebagaipengantara dari tempat mangsa ke pengusung