The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Kurikulum KE-1 2022-2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanbwedad, 2022-05-22 11:22:21

Minit Mesyuarat Kurikulum KE-1 2022-2023

Minit Mesyuarat Kurikulum KE-1 2022-2023

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI

TEL: 04-3973561
FAX: 04-3902662

Ruj.Kami : SMKTI(KURI)600-1/2(1)
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2022/2023

Tarikh : 15 MAC 2022
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam
Aplikasi : Dalam talian (Google Meet)
Lokasi : Kediaman masing- masing

Kehadiran: 30. Pn. Nur Raihan Binti Azmi
1. Tn. Hj. Ramli Bin Ahmad 31. En. Khairul Anuar Bin Ramli
2. En. Sugumaran A/L Rajandran 32. Pn. Noraznieza Binti Mohd Yusof
3. Pn. Norzakiah Binti Hamid 33. Pn. Rahmah Binti Abdullah
4. En. Anthony Samy A/L Muniyandi 34. Pn.Musliza Binti Madi
5. Pn. Wan Basthiah Binti Abdul Rahman 35. En. Mohd Nurhairi Bin Abd Rahman
6. Pn. Asimah Binti Saat 36. En. Lai Nam Chun
7. Pn. Rosnah Binti Othman 37. Pn. Mariani Binti Embran
8. Pn. Rashidah Binti Sidek 38. Pn. Jamilah Binti Mohd Noor
9. Pn. Asrah Binti Abdul Hamid 39. Pn. Nur Khairina Binti Abd Manaf
10. Pn. Goh Bee Sian 40. Pn. Shandi A/P Subramaniam
11. Pn. Chew Siew Mun 41. Pn. Nasirah Binti Mat Isa
12. Pn. Law Mee Peng 42. Pn Noorita Binti Fauzi
13. Pn. Rahmas Binti Sharoin 43. Pn. Romah Binti Husin
14. Pn. Nur Adila Binti Ab. Sukor 44. Pn. Nurhazwani Binti Jamil
15. Pn. Suzana Binti Ismail 45. En. Mohd Firdaus Bin Aziz
16. Pn. Muthuletchumi A/P K.Sundram 46. Cik Tan Mee Hiang
17. Pn. Nura Binti Ahmad 47. Pn. Normala Binti. Ibrahim
18. Pn. Izean Binti Abdul Wahab 48. En. Mohd Zaiman Bin Ali
19. En. Muhamad Rasimi Bin Muhamad Yusup 49. Pn. Zainon Binti Yazid
20. En. Mohd Amran Bin Wahab 50. En. Padamanathan A/L Nadason
21. Pn. Noor Aidila Binti Saaid 51. En. Zulkifli Bin Harun
22. Pn. Siti Zurairah Binti Abdul Hamid 52. Pn. Phuah Siew Imm
23. En. Khairul Nizam Bin Abdul Manaf 53. Pn. Quay Kuan Neo
24. Pn. Parveenderjit A/P Maljit Singh 54. Pn. Komathy A/P Gopalan
25. Pn. Lee Leng Leng 55. En. Syafawi Bin Danish
26. Pn. Hafizah Binti Raslan
27. Cik Chin Lee Hoon
28. Pn. Marlizam Binti Md Ramli
29. Pn. Intan Baiduri Binti Husin

1

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Taklimat Kurikulum oleh PK Pentadbiran
3. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

Pengetua mengalu-alukan kedatangan PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid,PK
Kokurikulum, Ketua Bidang dan guru-guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Kurikulum
Kali Pertama 2022/2023.

Makluman : Semua Guru

2.0 Taklimat Kurikulum oleh Penolong Kanan Pentadbiran

PKP mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru yang hadir ke Mesyuarat
Kurikulum Kali Pertama 2022/2023 pada malam ini.

PKP juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rashidah yang membantu mengemaskini
Buku Pengurusan Sekolah 2022/2023 dan Cikgu Chin yang telah melaksanakan PBD sekolah.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Intan Baiduri atas kenaikan pangkat menjadi
Guru Kanan Kemanusiaan.

PKP memperingatkan supaya semua guru bersedia dalam talian untuk Google Meet selewat-
lewatnya 10 minit lebih awal dan sebaik-baiknya sebelum Tuan Pengetua berada dalam talian
Google Meet.

Makluman : Semua Guru

2.1 Pengurusan Kurikulum

2.1.1 Jadual Waktu
PKP meminta semua guru yang masih belum mengambil jadual waktu untuk
mengambilmya selewat-lewatnya pada hari Jumaat. Semua guru diminta menggunakan
jadual waktu untuk PdPr mulai 21 Mac 2022 hingga 1 April 2022.

Tindakan : Semua Guru

2.1.2 Fail Rancangan Mengajar
PKP memaklumkan mulai tahun 2022, semua guru menggunakan Fail Rancangan
Mengajar (FRM) menggantikan Buku Rekod Mengajar (BRM). Fail Rekod Mengajar akan
diedarkan kepada semua guru sebelum minggu persekolahan 2022/2023. Guru mesti
menaip Rancangan Pelajaran Harian mengikut standard yang ditetapkan dalam KSSM
sebelum PdPc. Fail Rekod Mengajar dihantar setiap minggu pada hari Jumaat untuk
semakan dan pengesahan oleh pentadbir

Tindakan : Semua Guru

2

2.1.3 Proses Pembelajaran dan Pengajaran
Semua guru diminta mematuhi waktu masuk-keluar kelas masing-masing dan
menggunakan masa PdP pada tahap maksimum.

Semua guru hendaklah menyediakan ABM dan BBM dalam PdP. Guru-guru diminta
mengelakkan penggunaan telefon bimbit dan duduk sewaktu melaksanakan PdP di dalam
kelas. Pihak Pentadbir akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa.

Makluman : Semua Guru

2.2 Pencerapan PdP

2.2.1 PKP memaklumkan pencerapan dan semakan buku latihan akan dilaksanakan
sebanyak dua kali sepanjang tahun iaitu pertama pada bulan Julai dan kedua pada bulan
Oktober 2022/2023.

Makluman : Semua Guru

2.2.2 Pencerap adalah terdiri daripada Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid,
PK Kokurikulum, dan Guru Kanan Mata Pelajaran. Guru-guru diminta berjumpa dengan
pencerap msing-masing untuk menetapkan tarikh dan masa pencerapan.

Tindakan : Semua Guru

2.2.3 Buku Latihan atau nota murid hendaklah dihantar kepada pencerap untuk disemak
selewat-lewatnya seminggu sebelum pencerapan.

Tindakan : Semua Guru

2.2.4 Borang pencerapan akan menggunakan fomat baru selaras dengan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (Standard 4 dalam SKPMG 2)
Pencerapan akan dilaksanakan melalui 3 Fasa iaitu:
Fasa 1 : Bermula 21 – 31 Mac 2022 (Kendiri)
Fasa 2 : April – Jun 2022 (Pencerapan 1 )
Fasa 3 : Julai – Oktober 2022 (Pencerapan 2)

Makluman : Semua Guru

2.2.5 Latihan Murid
Guru-guru hendaklah memberi dan menyemak buku latihan murid mengikut bilangan yang
dicadangkan dan munasabah. Penggunaan Buku Kerja adalah tidak digalakkan
berdasarkan surat KPM KP (BPK) 600 – 3 Mid 90) bertarikh 4 September 2014 Panduan
Penggunaan Buku Kerja di sekolah.

Tindakan : Semua Guru

2.2.6 Pengurusan Peperiksaan
Semua guru hendaklah mematuhi tarikh yang telah ditetapkan oleh UPP dalam pengurusan
peperiksaan seperti penyediaan dan penghantaran kertas soalan, semakan, dan pengisian
markah yang melibatkan akauntabiliti dan integriti.

Tindakan : Semua Guru

3

2.3 Pengurusan Panitia

2.3.1 ASAS PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN

Pekeliling SPI Bil 4/986 menyatakan Panitia Mata Pelajaran ialah:
i. guru-guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama
ii. guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran,
pengalaman dan kepakaran

iii. medan untuk guru-guru mencari masalah pembelajaran, motivasi,sikap dan tabiat
belajar murid

iv. untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem
v. Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP(BS)8591/Jld.

11/(44), 13hb Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi
menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah
vi. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan semua panitia dapat berfungsi atas
landasan yang kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di
sekolah.

Makluman : Semua Guru

2.3.2 TUJUAN PENUBUHAN PANITIA

Antara tujuan penubuhan panitia adalah:
i. Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
ii. Berusaha mendapatkan strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong

serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
iii. Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan

berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
iv. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan

persatuan atau kelas akademik.
Makluman : Semua Guru

2.3.3 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA
PELAJARAN

PKP menjelaskan senarai tugas dan tanggungjawab KP mata pelajaran adalah:
i. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran.
ii. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
iii. Melantik Setiausaha Panitia dalam kalangan ahli Panitia.
iv. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia.
v. Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran.
vi. Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru

Besar, GPK, dan AJK Panitia.
vii. Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
viii. Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal

yang berkaitan dengan mata pelajaran.

4

ix. Memberikan perhatian kepada semua keputusan ujian dar peperiksaan mata pelajaran
untuk menjamin pencapaian pelajar.
Tindakan : Ketua Panitia

2.4 SENARAI TUGAS DAN TENGJAWAB SETIAUSAHA

PKP memaklumkan tugas dan tanggungjawab Setiausaha Panitia adalah:
i. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan
ii. Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia
iii. Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera.
iv. Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah.
v. Menyediakan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia.
vi. Menyimpan dokumen-dokumen dan maklumat - maklumat yang berkaitan.
vii. Mengemaskini fail – fail bagi tahun-tahun semasa seperti ditetapkan.
viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Makluman : Semua Guru

2.5 STATUS PERBELANJAAN PCG

i. Permohanan perbelanjaan untuk sebarang aktiviti hendaklah dibuat lebih awal untuk tujuan
pengisian borang permohanan. Nota minta perlu diisi dan tidak dibenarkan membuat
sebarang pembelian sebelum mengisi nota minta.

ii. Ketua Panitia perlu membuat perancangan sebelum membuat sebarang perbelanjaan.
Perbelanjaan Panitia hendaklah yang memberi manfaat kepada Panitia dan pelajar.

iii. Jawatan Kuasa Panitia perlu menyediakan Anggaran Perbelanjaan 2022/2023 bagi
melancarkan semua aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh Panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

2.6 PENGURUSAN FAIL PANITIA

2.6.1 PKP memaklumkan terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh Ketua Panitia Mata
Pelajaran iaitu:

1. FAIL INDUK
2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
3. MESYUARAT PANITIA
4. PROGRAM KECEMERLANGAN
5. PEPERIKSAAN
6. PENYELIAAN/PENCERAPAN
7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
8. AKTIVITI KOAKADEMIK
9. BANK SOALAN
10. MAKLUMAT GURU

5

10 jenis fail ini mempunyai isi kandungan yang berbeza.
Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail:-

01. FAIL INDUK
1 Surat-surat perhubungan luar / dalaman
2. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
3.Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
4.Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
5.ABM/Kewangan Panitia

02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
1.Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
2. Huraian Sukatan Pelajaran
3. Rancangan Pelajaran Tahunan
4.Senarai Bahan Bantu Belajar dan kedudukannya
5.Senarai buku teks dan rujukan.
6. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan

03. MESYUARAT PANITIA
1. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
2.Notis/ Minit Mesyuarat dan Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
3.Kehadiran Mesyuarat
4. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
5. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
6. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)

04. PROGRAM KECEMERLANGAN
1.Pelan Strategik
2.Laporan-laporan program
3.Program Perkembangan Staf
4.Kajian Tindakan (Jika ada)

05. PEPERIKSAAN
1.Jadual peperiksaan
2.Jadual penyedia soalan
3.Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
4.Analisis Headcount
5.Post-Mortem / Audit Akademik

0.6 PENYELIAAN / PENCERAPAN
1.Jadual Penyeliaan
2.Borang penyeliaan
3.Laporan kekuatan/kelemahan

6

07. PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID
1.Jadual semakan
2.Borang penyemakan
3. Laporan kekuatan/kelemahan

08. AKTIVITI KO-AKADEMIK
1.Surat Menyurat
2.Aktiviti tahunan
3.Laporan aktiviti

09. BANK SOALAN
1.Soalan-soalan peperiksaan sekolah
2. Soalan-soalan setara daerah / negeri
3. Soalan-soalan peperiksaan awam

10. MAKLUMAT GURU
1.Jadual waktu persendirian
2.Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
3.Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia

Makluman : Semua Guru

2.6.2 LAPORAN SEMAKAN FAIL PANITIA

PKP memaklumkan :
i. Fail Panitia mesti disimpan di dalam Bilik Mesyuarat Utama SMKTI.
ii. Ketua Panita yang belum menghantar Fail Panitia hendaklah menghantar fail Panita
kepada PKP dengan kadar segera.

iii. Guru yang telah menghadiri kursus di luar hendaklah menulis Minit Curai. Minit Curai
mesti dimasukkan di dalam Fail Minit Mesyuarat dan menyerahkan satu salinan kepada
PK Pentadbiran.

iv. Ketua Panitia wajib mengisi Rekod Subsidiari iaitu maklumat perbelanjaan dan Baki
Wang PCG. Rekod Subsidiari perlu dimasukkan di dalam Fail Kewangan.
Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru

2.7 Masa Instruksional
Semua guru hendaklah sentiasa mematuhi waktu persekolahan walaupun bekerja dari rumah.
Guru hendaklah menyediakan bahan untuk kelas sekiranya maklum awal tentang
ketidakhadiran ke sekolah.

Makluman : Semua Guru

2.8 Semua guru mesti mengantar borang SKPMg2 Standard 4 iaitu penilaian kendiri kepada
pencerap masing-masing pada 31 Mac 2022.

Tindakan : Semua Guru

7

2.9 Guru juga hendaklah membuat perbincangan terlebih dahulu dengan Penilai Pertama
sebelum mengisi Borang Keberhasilan 2022.

Tindakan : Semua Guru

2.10 Semua guru diminta mengambil Surat Akuan Penerimaan Tugas dan Surat Aku Janji
daripada PKP dan masukkan di dalan fail RPH setelah ditandatangani. Semua Fail RPH yang
lengkap perlu dihantar pada 01 APRIL 2022, hari Jumaa untuk semakan dan pengesahan oleh
pentadbir.

Tindakan : Semua Guru

2.11 Sesi persekolahan bersemuka akan bermula pada 4 APRIL 2022 manakala Sesi PdPr
bermula dari 21 MAC 2022 hingga 01APRIL 2022. Kehadiran ke sekolah bagi semua guru
adalah seperti biasa bermula pada 21 MAC 2022.

Makluman : Semua Guru

3.0 Hal-hal Lain

PK Pentadbiran memaklumkan:

3.1 Semua guru hendaklah menerima tugas yang diberi/diamanahkan dan hendaklah
mengelakkan untuk menolaknya.

Makluman : Semua Guru

3.2 Guru diminta jangan membelakangkan tugas untuk kepentingan peribadi sebaliknya
hendaklah mengutamakan kepentingan organisasi.

Makluman : Semua Guru

3.3 Guru juga dinasihatkan supaya tidak mengingkari perintah dan cuai dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Makluman : Semua Guru

Tuan Pengetua memaklumkan:

3.4. Penilaian Bersepadu
i. Markah LNPT hendaklah kurang daripada 95. Jika markah melebihi 95, guru hendaklah
memberi justifikasi kepada pengetua.

ii. Markah dinilai bukan sahaja daripada pencapaian akademik, tetapi juga berasaskan satu
program/projek yang berimpak tinggi kepada organisasi, murid atau rakan guru sama ada
secara individu atau berkumpulan.

iii. Penilaian Bersepadu adalah dinilai pada tahun semasa.

Makluman : Semua Guru

8

3.5 Penggunaan Utiliti di Sekolah
Guru tidak digalakkan untuk menggunakan elektrik sekolah/ wifi sekolah untuk urusan
peribadi atau perniagaan.

Makluman : Semua Guru

3.6 Guru diminta tidak merungut dan menerima sahaja tugas yang diberikan/diamanahkan dan
bersedia menerima teguran jika ada sebarang kekurangan.

Makluman : Semua Guru

3.7 Dua orang guru iaitu Cikgu Amran dan Cikgu Nura telah dipilih oleh Tn Pengetua melalui
putaran roda untuk menulis Minit Curai Kurikulum Kali Pertama 2022/2023. Minit Curai ini
hendaklah diserahkan kepada Tn Pengetua dalam tempoh masa tiga hari.

Tindakan : Cikgu Amran dan Cikgu Nura

Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi perhatian
dan kerjasama sepanjang Mesyuarat Kurukulum Kali Pertama 2022/2023.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.38 malam.

Terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ __________________

(WAN BASTHIAH BINTI ABDUL RAHMAN) (RAMLI BIN AHMAD)
Setiausaha Kurikulum, Pengetua,
SMK Taman Inderawasih SMK Taman Inderawasih

9


Click to View FlipBook Version