SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA (BAHAGIAN 1)
SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Di akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan sejarah bendera kebangsaan dengan betul.
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA Bendera kebangsaan merupakan identiti negara. Bendera kebangsaan menjadi simbol penyatuan kaum. Ia menjadi lambang kemegahan rakyat. Sebagai warganegara, kita perlu mengetahui sejarah bendera kebangsaan negara.
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA 1949 Majlis Perundangan Persekutuan menganjurkan pertandingan mereka cipta bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Berapakah penyertaan yang diterima? 373 penyertaan telah diterima.
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA 1949 Keputusan akhir diumumkan dalam akhbar The Malay Mail. Tiga rekaan bendera dipilih untuk ke peringkat akhir.
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA KEPUTUSAN PERTANDINGAN: Bendera hasil rekaan ENCIK MOHAMED BIN HAMZAH telah dipilih sebagai rekaan terbaik. Bendera ini mengandungi 11 jalur berwarna biru dan putih. Terdapat bulan sabit dan bintang pecah lima. Bendera rekaan Encik Mohamed bin Hamzah dipilih kerana bendera itu mengandungi unsur-unsur perlambangan agama Islam, raja dan perpaduan. Tahukah anda mengapa bendera rekaan Encik Mohamed bin Hamzah dipilih?
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA Encik Mohamed bin Hamzah dilahirkan di Singapura pada 5 Mac 1918. Pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor. Meninggal dunia pada 19 Februari 1993. Siapa Encik Mohamed bin Hamzah?
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA Beberapa pindaan dibuat terhadap rekaan bendera Encik Mohamed bin Hamzah. Jalur warna biru ditukar kepada warna merah. Mengandungi 11 jalur berwarna merah dan putih. REKA BENTUK YANG DIPINDA
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA TAHUN 1950 Pada April 1950, rekaan bendera Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Mengandungi 11 jalur. Terdapat bintang pecah 11. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor.
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA BENDERA MALAYSIA SEJAK TAHUN 1963
SEJARAH BENDERA NEGARA KITA 1949 Pertandingan mereka cipta bendera 1949 Keputusan diumumkan dalam The Malay Mail 1949 Bendera rekaan Encik Mohamed bin Hamzah terpilih. Reka bentuk bendera dipinda (jalur biru tukar kepada merah) April 1950 Bendera Persekutuan Tanah Melayu diluluskan 16 September 1963 Bendera Malaysia (14 jalur dan bintang pecah 14) 1 2 6 5 4 3