The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah tahun 4 | Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka (Pembukaan Melaka dan Asal-usul Melaka)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nor, 2024-02-28 22:25:04

Sejarah tahun 4 | Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka (Pembukaan Melaka dan Asal-usul Melaka)

Sejarah tahun 4 | Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka (Pembukaan Melaka dan Asal-usul Melaka)

Keywords: Pembukaan Melaka

Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka (Pembukaan Melaka dan Asal-usul Melaka) Sejarah Tahun 4


Objektif Pembelajaran : 1. Menjelaskan peristiwa pembukaan Melaka. 2. Menghuraikan asal usul nama Melaka dari pelbagai sumber. Di akhir pembelajaran, murid dapat :


PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA


Kebijaksanaan Parameswara sebagai tokoh terbilang terbukti apabila beliau berjaya memilih tempat yang baik untuk membuka sebuah kerajaan baharu.


Parameswara dan pengikutnya belayar meninggalkan Sening Ujong dan sampai ke muara Sungai Bertam.


Sampai sahaja di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak perkampungan nelayan, lalu singgah di situ.


Semasa keluar berburu, Parameswara melihat peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. Parameswara telah membuat keputusan untuk membuka sebuah kerajaan baharu di kawasan itu.


Kenapa Parameswara memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan ? Kerana Parameswara berpendapat tempat itu sungguh bertuah dan sesuai dibina sebuah kerajaan setelah melihat seekor haiwan yang kecil berjaya mengalahkan haiwan yang lebih besar.


Parameswara menamakan kerajaan baharunya dengan nama “Melaka”. Kenapa nama Melaka dipilih ? sempena nama pokok tempat baginda bersandar.


ASAL USUL NAMA MELAKA DARIPADA PELBAGAI SUMBER


Sumber asal usul nama Melaka Sumber tempatan Sumber Barat Sumber India Sumber Arab BUKU TEKS


Sulalatus Salatin menceritakan bahawa nama Melaka berasal daripada pokok Melaka. Pokok Melaka menjadi tempat Parameswara bersandar. Ketika bersandar pada pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk putih menendang anjingnya. Sumber tempatan : SULALATUS SALATIN


Sumber Arab : Sumber Arab menyebut melaka sebagai Malakat. Malakat bermaksud perhimpunan segala dagang.


Sumber India : Mengikut mitos Hindu, Melaka disebut Amalaka. Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di alam semesta.


Nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa. Malaqa bermaksud tempat perlindungan. Sumber Barat : Suma Oriental


KEISTIMEWAAN MELAKA SEMASA PEMERINTAHAN PARAMESRAWA


KEISTIMEWAAN MELAKA SEMASA PEMERINTAHAN PARAMESRAWA Kedudukan yang Strategik Terlindung daripada Angin Monsun Kebijaksanaan Pemerintah


Terlindung daripada Angin Monsun ➢Perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun yang membolehkan kapa-kapal belayar dengan selamat.


Kedudukan yang Strategik ➢ Melaka berada pada kedudukan yang strategik di antara jalan laut Timur dan Barat. ➢ Kedudukan yang strategik dapat menarik minat pedagang untuk singgah berdagang. Kegiatan perdagangan di Melaka Melaka Jalan Laut Timur Jalan Laut Barat


Kebijaksanaan Pemerintah ➢ Pemerintahan Kesultanan Melayu mengamalkan pentadbiran yang cekap dan terbuka. ➢ Keterbukaan ini juga menarik minat kerajaan asing untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka.


KESIMPULAN Pembukaan Melaka telah menjadi asas kepada pemerintahan kerajaan-kerajaan selepasnya. Kita perlu bersyukur dan menghargai warisan negara serta sama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara.


Sekian, Terima kasih. Jumpa lagi.


Click to View FlipBook Version