The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA BAHAGIAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nor, 2023-03-27 02:14:06

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 BENDERA KEBANGSAAN NEGERA KITA BAHAGIAN 2

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA BAHAGIAN 2

Keywords: JAKUR GEMILANG

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 JALUR GEMILANG BENDERA KITA Buku teks Sejarah Tahun 5 Muka surat 124-125 (BAHAGIAN 2)


SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Di akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan nama bendera kebangsaan. 2. Menerangkan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan.


JALUR GEMILANG BENDERA KITA Bendera kebangsaan ialah lambang identiti negara dan menjadi kebanggaan rakyat. Apakah nama bendera kebangsaan negara kita ? Nama bendera kebangsaan ialah JALUR GEMILANG. Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama ini sempena hari kemerdekaan yang ke-40 iaitu pada 31 Ogos 1997.


JALUR GEMILANG BENDERA KITA Mengapakah bendera Kebangsaan ini dinamakan Jalur Gemilang ? Diberikan nama jalur gemilang kerana mempunyai 14 jalur. Jalur bermaksud satu haluan yang sama untuk menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang bermaksud bercahaya dan cemerlang.


KEPENTINGAN MENGHORMATI BENDERA KEBANGSAAN 1. Cinta kepada negara 2. Mempertahankan negara 3. Lambang ketaatan kepada negara 4. Mewujudkan rakyat yang bersatu padu 5. Menjamin kedaulatan negara 6. Kesetiaan kepada pemerintah


SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 KENALI IDENTITI JALUR GEMILANG Buku teks Sejarah Tahun 5 Muka surat 126-127


Warna Kuning : ▪ Lambang kesetiaan kepada raja dan negara. ▪ Lambang kedaulatan Raja Berperlembagaan. Putih : ▪ Lambang kesucian dan keikhlasan. ▪ Lambang ketahanan rakyat yang beradab. Warna Biru Tua : ▪ Lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum. ▪ Bersatu padu dan berusaha memajukan ekonomi negara. Bintang Pecah 14 : ▪ Lambang perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna Merah : • Lambang keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran. Bulan Sabit : ▪ Lambang agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Sumber : Buku Teks Sejarah tahun 5


SEJARAH TAHUN 5 UNIT 9 Kita sebagai warganegara perlu menghayati maksud dan lambang yang terdapat pada bendera kebangsaan negara kita bagi menjadi seorang rakyat yang bertanggungjawab.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version