TRAGEDI 13 MEI 1
MPU21032
Dr. Nor Hayati Fatmi Binti
Talib R
1
ISI KANDUNGAN 2
2
1. PENGENALAN m/s 3
1.1.Pengenalan tentang tragedi 13 mei
2. LATAR BELAKANG m/s 4-5
3. KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI m/s 6-11
3.1.Isu perkauman dalam pilihan raya1969
3.2.Perarakan kamatian cina
3.3.Rumah menteri besar selangor
3.4.Regimen Renjer
3.5.Askar melayu
3.6.Panggung odeon
3.7.Angka korban
3.8.Mageran
4. PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI m/s 12-22
4.1.Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun
4.2.Dasar pecah & Perintah penjajah Inggeris
4.3.Latar belakang Pendidikan yang berbeza
4.4.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
4.5.Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara
4.6.Pertelingkahan Parti Politik
4.7.Perbezaan agama dan budaya
4.8.Masalah ekonomi
4.9.Persatuan-persatuan etnik
5. KESAN TRAGEDI 13 MEI DALAM SEJARAH NEGARA m/s 22-27
5.1.Pengistiharan Darurat
5.2.Membentuk Majlis Gerakan Negara (MEGERAN)
5.3.Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
5.4.Memperkenalkan Rukun Negara
6. PENGAJARAN m/s 27-28
7. RUMUSAN m/s 29
3
1. Pengenalan
1.1 Pengenalan tentang Tragedi 13 Mei
Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial kepada masyarakat
Malaysia. Tragedi 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku
secara tiba- tiba atau kerana sebab -sebab yang spontan tetapi ianya merupakan
suatu rentetan kepada peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Hal ini dapat
dilihat semasa penduduk Jepun di Tanah Melayu yang merupakan salah satu
factor yang turut menyumbang kepada tragedi 13 Mei. Selain itu, kesan
peninggalan penjajah inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada tragedi
tersebut.Hal ini kerana amalan diskriminasi yang digubal oleh inggeris
contohnya ialah mereka telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
Tanah Melayu
3
4
2. Latar Belakang
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik
yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,
MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 Di parlimen walaupun masih
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka
dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya
Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum
Cina berarak menerusi Kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian
besar
darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan
4
5
yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak
penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari
Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan dan logo perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969
sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di
atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato’ Harun dris
telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO
akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
5
6
3. Kronologi Tragedi 13 Mei
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
3.1 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di
Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk
dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga
dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi
dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak
pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk
dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenangan.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum
6
7
pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan
tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato'
Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-
orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai
konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke
arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
3.2 Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi
permohonan maaf sudah terlambat.
3.3 Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi
7
8
yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak
dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan
Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris
selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-
rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang
panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk
mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan
DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah
Menteri Besar Selangor
4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru
telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi
gelap telah bertindak balas.
Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-
rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,
tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh
keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera
dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala
Lumpur
3.4 Regimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan
lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu
semakin meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-
pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar
Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar
8
9
Selangor.
3.5 Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam
lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina
ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga
sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
3.6 Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa
iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina
keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di
panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.
Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-
orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang
dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat
mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
9
10
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah
dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang
dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka
mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar
Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru
ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri
Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di
Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
3.7 Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.
Di mana Tunku ? Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang
dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana 6.45 petang Encik Mansor
selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan
kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13
Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam
tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi
orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13
Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana
Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan
Bank Rakyat.
3.8 Mageran
10
11
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan
Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema
Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan.
Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-
burukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan
beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah
penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi
Baru dan Rukun Negara telah diciptakan
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari
Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di
tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3
semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam
Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap
berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak
keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
11
12
4.Punca-punca Tragedi 13 MEI
Peristiwa13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam
sejarah di negara ini iaitu antara orang melayu dan orang Cina. Perbincangan
ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘’melukan Kembali parut
yang telah pun kering” dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuanya lebih
menjurus untuk memperketatkan rentetan sebab musabab mengapaianya terjadi
seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang
Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘’tidur sekatil tetapi mimpinya
berlainan (Siew Chang Yee,2007)
Antara punca konflik adalah
4.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
12
13
4.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan
perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa
faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani
atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang
Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang.
Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara
pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat
cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar
manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar
ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik
13
14
yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-
masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar
sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-
apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini
menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.
Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk
mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang
tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai
kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin
melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan
ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam
masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini
akhirnya telah 201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku
antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk
memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
4.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila
sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina
dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-
buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China
14
15
dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh
orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum
Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan
yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil
silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang
memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun
selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan
baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran
1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka
merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan
Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan
Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai
naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu
iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya
gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan
ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti
Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada
kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir
maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong
projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak
mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan
tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku
15
16
Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah
memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan
Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat
mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa.
4.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan
taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata
umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan
ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya
pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan
untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .
16
17
Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela
nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah
ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru
itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya
1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu
sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan
menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat
menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti
politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di
mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.
4.5 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu
1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka
kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
17
18
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa
Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim
oleh Syed Nasir bin Ismail.
4.6 Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura
telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara
Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai
pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan
raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu .
Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-
galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .
Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan
Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata
"Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya
hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di
18
19
sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan
kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada
orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu
menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima
persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat
awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan
ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di
belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan
kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya
membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat
malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman
antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah
terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap
di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak,
Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan
majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu
telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang
Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-
orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan
kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.
Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan
Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan
melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini
telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-
orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu
penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang
terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan
kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina
punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".
Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori
sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.
Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-
ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu
Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar
19
20
bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh
membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu
sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah
diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas
daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan
berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di
situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum
yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan
peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau
Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak
balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap
perjuangan komunis.
4.7 Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu.
Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya
bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-
agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah
mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
20
21
4.8 Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara
tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan
kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan
orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
4.9 Persatuan-persatuan etnik
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak
persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-
masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik
Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang
terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan
negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia
kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih
seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu.
Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan
21
22
muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan
keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
5.1 Pengisytiharan Darurat
Pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang di buat pada
malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan
digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di
bawah undang-undang tentera. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari
rumah. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama
ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang
begitu banyak dalam satu masa. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) di keluarkan dari Kampung Baru dan
askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri daripada
orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut
menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang
5. MdKikealeatayskuaasnnembeaTrkbiarnnagmsgealeuCadipn-ail.u1ap3. MMenueruit dlapaolraanm, ketSuaepjaasurkaanhReNjimeengRaernajer
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang
lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah
rumah Menteri Besar Selangor.
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar-askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai
emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang
22
23
menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membawa
botol ke arah askar Melayu tersebut.
Ramai orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada
rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda
Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Walau bagaimanapun,
jadi sekarang, tiada bukti yang didedahkan mengenai rakaman ini.
5.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara(MEGERAN)
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun
Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin
parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi
polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T
Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie,
Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral
tuanku Osman Tuanku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di
Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan
berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah
23
24
dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula
dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian supaya tragedi seumpama itu tidak berulang.
Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi
meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Perlembagaan Negara. Turut
dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menyusun
semula masyarakat dan menghapuskan pengenalan kaum dengan aktiviti
ekonomi atau pekerjaan dan membasmi kemiskinan tegar serta pembangunan di
kawasan luar bandar.
Selepas itu terbentuknya Barisan Nasional yang menggantikan Parti
Perikatan yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir semua parti
yang bertanding pada 1969 menyertai BN kecuali DAP dan PAS.
Kesan jangka panjang daripada peristiwa ini pula ialah luar bandar semakin
maju dan tahap kemiskinan penduduk berkurangan dengan Amanah Saham
Nasional dan Bank Bumiputera diperkenalkan. Institusi pendidikan seperti
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan pelbagai peluang lain juga diwujudkan bagi melahirkan
golongan profesional dan cendekiawan tempatan.
Kerajaan juga menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara yang dikenali
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mengatasi
masalah perpaduan kaum di negara ini.
5.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Nagara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan melalui MAGERAN pada bulan
Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum dan salah satu hasilnya
adalah larihnya satu ideologi kebangsaan di Malaysia. Majlis Perundingan
Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri
daripada wakil-wakil:
24
25
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu
perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan
perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
5.4 Memperkenalkan Rukun Negara
Kerajaan juga memperkenalkan Rukunegara sebagai ideologi bangsa
Malaysia. Malah Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga diperkenalkan untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan
adalah kesemuanya untuk menyemai perpaduan kaum. Ia sama sekali bukan
25
26
bertujuan untuk mewujudkan dominasi orang Melayu terhadap kaum lain tetapi
mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Menyedari masyarakat
berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka
kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan
yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara
adalah manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan
di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.
Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah
untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang
telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya
ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai
corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.
3. Kedaulatan Undang-undang.
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan.
5. Pengajaran
26
27
TRAGEDI 13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai peri
pentingnya menjaga hubungan kaum dalam Malaysia. Sikap hormat-
menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji
seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum sangat
penting di kalangan rakyat.
Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di
Malaysia maka peristiwa 13 Mei 1969 ini berkemungkinan berulang sekiranya
tiada kesedaran terhadap isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan
istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini. Oleh
itu, pengajaran yang kita boleh ambil dan terapkan dalam kehidupan kita ialah:
1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi.
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi
masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan
dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan
kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita
bertindak. Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika
melibatkan orang lain juga.
2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana.
Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang
bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan
boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira
sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan.
Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk
menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana!
3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum.
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya
memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan
selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat
menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya
27
28
mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil
kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran".
4. Betapa Pentingnya Kesatuan.
Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita
semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak
kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan
dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar
oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi.
Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat berpencak..
5. Rumusan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum
yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Malah,
peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana
pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa
dan kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan
datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi
msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah
melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum
pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan
melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Mungkin sudah tiba masanya
kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat
negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang
28
29
boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran
yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan
apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama
dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan
dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-
sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-
menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.
6. Rujukan
Peristiwa 13 Mei 1969: Belajar Daripada Luka Dan Getir Sejarah. (2020, May 14). 1Media.My.
https://www.1media.my/2020/05/peristiwa-13-mei-1969-belajar-daripada.html
Halim, I. (2019, May 15). Pengajaran 50 tahun tragedi 13 Mei 1969. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2019/05/15/pengajaran-50-tahun-tragedi-13-mei-1969/
Borley, M. E. A. N. (n.d.). Kesan Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 - Kesan Rusuhan Kaum pada 13 Mei
1969. Peristiwa 13 Mei 1969. StuDocu. https://www.studocu.com/my/document/universiti-
malaysia-sabah/hubungan-etnik/kesan-rusuhan-kaum-pada-13-mei-1969/12415085
29
30
TRAGEDI 13 MEI
E-BOOK ini mengandungi tentang peristiwa TRAGEDI 13 MEI yang
membawa kesan yang amat besar terhadap TANAH MELAYU atau
MALAYSIA pada hari dan tahun itu. Tragedi ini memberi kesan yang amat
dahsyat terhadap perpaduan kaum di MALAYSIA. Semua ini berlaku kerana
ada nya bara yang memulakan pentempuran antara kaum ini. Kita juga dapat
mengambil pengajaran peristiwa ini yang boleh diterapkan dalam kehidupan
kita pada masa kini
30
31
31