SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)
BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,
SELANGOR.
KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TAHUN 2022
Disediakan oleh:
Fatimah Binti Bakar
Setiausaha Kokurikulum
SMK Taman Bunga Raya (1)
1
1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Puan Pengetua untuk menimbang dan bersetuju
mengadakan :
1.1 Program/aktiviti : Kursus Kepimpinan Kokurikulum Dalam Talian
Tarikh : 23 April 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 am -12.00 pm
Tempat : Dewan Al-Farabi
Kumpulan Sasaran : Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha Kelab/Persatuan
Ko-akademik, Pasukan Badan Beruniform, Kelab Sukan dan
Permainan dan Rumah Sukan SMK Taman Bunga Raya 1
1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6174.00.
2. LATAR BELAKANG
Barisan kepimpinan pasukan badan beruniform , kelab/persatuan ko-akademik dan kelab
sukan dan permainan sekolah adalah para murid yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para murid
ke tahap yang lebih baik. Murid-murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan
penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan
panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Murid-murid ini juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang
dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut, kursus
kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.
3. OBJEKTIF
3.1 Mengetahui, memahami dan dapat menjalankan tugas perjawatan masing-masing dengan
penuh komitmen.
3.2 Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma, berkeyakinan dan boleh
bekerja dalam satu kumpulan.
3.3 Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan pentadbiran
organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai perancangan strategik.
2
3.4 Mendedahkan cara penulisan minit mesyuarat, membuat kertas kerja, laporan aktiviti dan
membantu guru penasihat dalam pengurusan fail dalam unit kokurikulum.
3.5 Memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai kepimpinan dan pengurusan kepada
pemimpin-pemimpin pelajar.
4 KPI (Indikator Output dan Outcome)
4.1 Hasil akhir : Sasaran berupaya melahirkan pemimpin yang berkaliber dalam unit
kokurikulum
4.2 Impak Program/ Kesan : Pelaksanaan aktiviti / program oleh guru daripada
pengurusan yang baik menghasilkan kualiti terhadap
kemenjadian murid.
5. IMPLIKASI KEWANGAN
5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Kursus kepimpinan kokurikulum dalam
talian berjumlah RM6174.00.
5.2 Maklumat terperinci seperti dalam LAMPIRAN A
6. STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN PROGRAM
6.1 Strategi pelaksanaan (rujuk perkara 1).
6.2 Jadual (rujuk lampiran).
6.3 Pengisian Program (rujuk lampiran).
7. PELAN KONTINGENSI
7.1 Sekiranya ancaman Covid-19 masih berterusan dan PKP & PKPB masih dilaksanakan,
kursus akan diteruskan secara dalam talian.
8. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / AKTIVITI
8.1 Laporan Program
9. PENUTUPAN
9.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan kursus kepimpinan Kokurikulum Dalam Talian
dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.
3
10. ULASAN PENGETUA :
_______________________________________________________________________
Disokong untuk dilaksanakan mengikut Kertas Cadangan yang dibentangkan.
11. SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju bagi mengadakan kursus pengurusan dan
kepimpinan sukan permainan Dalam Talian dengan anggaran peruntukan sebanyak
RM6174.00.
PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *
…………........………………………………
(WAN KHATIJAH WAN ABDULLAH)
PENGETUA
SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)
Tarikh :
* Potong yang mana berkenaan
4
LAMPIRAN A
BIL. ITEM HARGA SEUNIT BILANGAN JUMLAH PERUNTUKAN
RM UNIT RM
1. Hamper 30.00 18 540.00
2. Hamper 20.00 18 360.00
3. Hamper 10.00 18 180.00
4. Buku Laporan Aktiviti 12.00 65 780.00
Kokurikulum (BLAK) 50.00 6 300.00
5. Hamper makanan 70.00 1 70.00
6. Hamper makanan 60.00 3
7. Kotak plastik 200 180.00
8. Makanan murid 3.00 200 600.00
9. Set alat tulis dan fail 5.00 200 1000.00
10. Sijil penyertaan 1.00 2 1000.00
11. Printer ink cartridge 150.00 4 300.00
12. Kertas warna (rim) 16.00 10
13. Kertas A4 (rim) 15.00 5 64.00
14. Marker pen 54.00 20 150.00
15. Air mineral 12.00 12 270.00
16. Hand sanitizer 10.00 4 240.00
17. Pelitup muka (50 keping) 5.00 JUMLAH 120.00
20.00
6174 .00
5
STRATEGI PELAKSANAAN
Guru memaklumkan AJK Tertinggi unit Kokurikulum di dalam
Telegram, tentang Kursus Kepimpinan kokurikulum yang akan
dijalankan.
Guru menjemput murid yang pernah terlibat sebagai peserta
kursus kepimpinan untuk mengendalikan sesi bengkel sebagai
fasilitator
Semua peserta terlibat berkumpul di Dewan Al-Farabi
Bengkel dikendalikan oleh Penceramah Jemputan dengan
membuat perkongsian pengalaman dan kemahiran yang perlu
digunakan dalam mengurus sesuatu unit kokurikulum
Seterusnya disambung dengan latihan dalam kumpulan dan
soalan kuiz berkaitan dengan kursus yang dianjurkan
6
Masa JADUAL PELAKSANAAN
8.00 am – 8.20 am
8.20 am – 8.30 am Aktiviti
8.30 am – 9.00 am Pendaftaran kehadiran peserta
9.00 am – 10.00 am Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
10.00 am – 11.00 am Ucapan PK KOKURIKULUM: Pn. Jaya Jothie
11.00 am – 11.30 am
11.30 am – 11.45 am Ceramah kepimpinan
11.45 am – 12.00 pm Bengkel/LDK
Soal jawap/kuiz
Penyampaian hadiah
Ucapan penutupan
PENGISIAN PROGRAM
PENGENALAN
CERAMAH KONSEP KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
BENGKEL /LDK
TAYANGAN SLAID
SOAL JAWAB
SOALAN KUIZ
PENUTUP
7