The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 389-21-leslie, 2022-03-20 22:32:57

Tugasan 1 BMMB1104

tugasan 1 bmmb1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

KERJA KURSUS

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI I (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : LESLIE JIKIE ANAK FREDERICK
ANGKA GILIRAN SABUNGKOK
NO. KAD PENGENALAN
KUMPULAN/ UNIT : 2021022310150
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : 031216130309

: PPRBMM2-6

: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

1

Bil Isi Kandungan Muka surat

1.0 Konsep dan Fungsi 3-5
Kesusasteraan Melayu
dalam Kehidupan
Masyarakat Melayu
Tradisonal

2.0 Manifestasi Akal Budi 5-6
Pantun-pantun Melayu

3.0 Kesimpulan 7

4.0 Rujukan 8

2

1.0 Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
Tradisional

Apakah itu kesusasteraan? Abu Bakar Hamid (1997) menyatakan bahawa
kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intelektual dengan gabungan
kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Menurut Ismail Hussein (1998) pula,
kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa
yang bersifat kreatif. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, perkataan
kesusasteraan sebenarnya terbentuk daripada akar kata bahasa Sanskrit di mana su
bermaksud indah dan baik, sastera pula merujuk kepada huruf atau buku . Jika
imbuhan ke - an ditambahkan, maka terbentuklah perkataan kesusasteraan yang
bermakna kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. ( Hashim
Awang, 1997 )

3

Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan
masing-masing jenis mempunyai ciri-ciri dan bentuk yang tersendiri. Jenis pertama
ialah prosa tradisional. Prosa-prosa tradisional ini berbentuk bebas dan tidak terikat. .
Kategori dalam prosa tradisonal boleh dipecahkan kepada empat kategori, iaitu cerita
panglipur lara, cerita jenaka, cerita rakyat, dan epik. Cerita panglipur lara selalunya
merupakan cerita yang berlegar di sekitar golongan istana dan golongan putera-puteri
dan kebiasannya bertemakan percintaan dalam kalangan wira dan wirawati . Cerita
jenaka pula ialah sejenis cerita rakyat yang bahan ceritanya mengandungi unsur
kelucuan dan diambil daripada kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri
daripada beberapa episode yang lengkap. Seterusnya, cerita rakyat ialah cerita yang
mempunyai nilai dan pengajaran yang boleh terbahagi kepada lagenda, mitos, dan
dongeng. . Selain daripada itu, epik ialah hasil gambaran yang bersifat objektif dan
mengandungi unsur-unsur ghaib . Jenis sastera Melayu yang kedua ialah prosa
moden. Prosa moden merupakan ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun
dalam bentuk karangan yang disusun dalam bentuk yang lebih mudah difahami
berbanding puisi. Salah satu prosa moden yang tidak asing secara umunya ialah
novel. . Alur cerita dalam novel ialah kompleks dan ceritanya boleh terdiri daripada
pelbagai tema. Selanjutnya, cerpen juga merupakan prosa moden yang bersifat fiktif
atau berupa karangan daripada penulis . Sehubungan dengan itu, diksi atau pilihan
dalam cerpen ialah tidak rumit supaya lebih mudah difahami oleh para pembaca.
Prosa moden yang terakhir ialah jenis drama yang umumnya terdiri daripada dialog
yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Drama menjadi
semakin menarik kerana wujudnya konflik dan aksi untuk melahirkan pelbagai emosi
seperti saspens dalam kalangan pembaca.

Selanjutnya, hanya ada satu jenis puisi moden, iaitu sajak. Sajak boleh
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu jenis bebas, terikat, dan separuh terikat. Jika
ditelesuri dengan lebih mendalam, sajak bebas seperti namanya juga ialah tidak
terikat dengan rima, rangkap, dan ayat serta bebas bersuara tanpa bentuk tetap dan
sajak terikat ialah terikat dengan pola khusu seperti rima dan baris setiap rangkap.
Manakala, sajak separuh terikat mempunyai sifat yang separuh bebas dan separuh
terikat. Seterusnya, pantun, gurindam, seloka, dan syair pula merupakan empat jenis
puisi tradisional. Umum mengetahui bahawa pantun mempunyai rangkap berasingan
dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea yang terdiri daripada pembayang
dan maksud. Syair pula biasanya puisi yang dijeniskan berdasarkan isi dan juga tema
seperti teman keagamaan, penceritaan, dan ilmu pengajaran. Di samping itu,

4

gurindam pula merupakan puisi terikat yang biasanya terdiri daripada dua baris
serangkap dengan rima hujung yang seirma ‘aa’. Jenis puisi tradisional yang terakhir
ialah seloka yang dikenali sebagai puisi tertua dalam kesusasteraan Melayu. Jika
diteliti, seloka bersifat menyindir sambil memberi pengajaran kepada masyarakat dan
bersifat bebas.

Menurut Mokhtar Hassan ( 2005 ), sesebuah karya sastera tidak dihasilkan
dengan kekosongan atau tanpa sebab. Oleh itu, karya sastera memainkan banyak
peranan khasnya dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Fungsi perdana
karya sastera dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional adalah sebagai
medium hiburan. Hal ini dikatakan demikian kerana karya sastera mampu menghibur
hati pembaca kerana tema dan isu yang ringan serta selalunya berakhir dengan
kegembiraan. Seterusnya, karya sastera juga merupakan sumber pendidikan
masyarakat Melayu tradisional. Dalam konteks ini, karya sastera mampu memberi
pengajaran, nasihat, atau pesanan kepada masyarakat yang secara tidak langsung
sebagai sumber pendidikan tidak formal . Contohnya, cerita “ Arnab dan Kura-kura”
amat terkenal kerana cerita ini bukan sahaja menghiburkan pembaca sahaja, tetapi
turut menyerapkan kepentingan nilai rendah diri dan tolong menolong dalam
kehidupan seharian.

Selain itu, karya sastera juga berfungsi sebagai kritikan sosial dalam kalangan
masyarakat Melayu tradisional. Umum mengetahui bahawa sesebuah karya sastera
dihasilkan melalui fenomena sebenar yang berlaku dalam kehidupan sosial sesebuah
masyarakat. ( Burhan Nurgiyantoro, 2005 ) Fungsi karya sastera sebagai alat dakwah
juga tidak dapat dinafikan kerana bahasa kesusasteraan berupaya menyembunyikan
pesan-pesan yang hendak disampaikan kepada khalayak pembacanya melalui aneka
bentuk dan ragam esetika.

2.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-pantun Melayu

Pantun-pantun Melayu merupakan ekspresi pemikiran khasnya orang Melayu
tradisional dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat memperlihatkan bentuk pemikiran
masyarakat Melayu yang peka terhadap alam sekeliling dan menjadikan pantun

5

sebagai lambang ketekalan minda yang tidak pupus ditelan zaman. ( Zurinah Hassan,
2004 ). Kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang sangat berkait rapat dengan
alam sekeliling yang bukan sahaja merupakan punca pendapatan malah menjadi
sumber perhubungan dalam kalangan masyarakat menyebabkan perbuatan manusia
ataupun kehidupan soiobudaya manusia dibayangkan oleh unsur flora dan fauna .
Berdasarkan pantun yang diberikan, rangkap pertama pantun tersebut mengisahkan
air perlulah dicedok dengan air dan nasi dicedok dengan senduk yang secara
halusnya memberi bayangan untuk kita menuntut ilmu dengan tempat atau insan
yang benar. Maka, bahagian maksud pantun pun dapat dikaitkan dengan pembayang
apabila memperlihatkan buah padi yang semakin berisi semakin rendah, janganlah
seperti lalang yang semakin lama semakin panjang. Masyarakat Melayu tradisional
cuba menyampaikan akal budi mereka melalui pantun ini dengan mengalakkan
masyarakat untuk menjadi semakin rendah diri sekiranya berilmu pengetahuan tinggi
atau berpangkat tinggi. Dalam konteks ini, masyarakat Melayu tradisional yang
majoritinya tidak berpendidikan memerlukan tunjuk ajar para cendekiawan yang
berilmu pengetahuan tinggi untuk membentuk anak bangsa.

Rangkap kedua pula mencerminkan kepentingan kesantunan berbahasa dalam
kalangan masyarakat Melayu tradisional dengan menyampaikan maksud yang jelas
pada rangkap 2. Baris “Indah tampan kerana budi” jelas menunjukkan bahawa orang
yang berbudi akan dipandang mulia, manakala baris “Tinggi bahasa kerana bahasa”
pula memperlihatkan kedaulatan bahasa Melayu yang menjadi martabat bangsa.
Tamsilnya, orang yang berbudi bahasa akan sentiasa disanjung dan dipandang mulia
oleh masyarakat sehingga menjadi suri teladan.

Seterusnya, rangkap 3 pantun pula memerihalkan “rusa berbelang kaki” sebagai
seekor belalang yang mengingatkan masyarakat bahawa padang luas hanya menjadi
menjadi habitat serangga atau hidupan kecil. Oleh itu, pembayang rangkap ini
memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menuntut ilmu secara ala kadar
untuk memperoleh ilmu yang luas. Selain itu, masyarakat Melayu turut menekankan
orang yang tidak serius menuntut ilmu seumpama bunga yang kembang, tetapi
kembangnya tidak begitu menjadi. Tuntasnya, para guru juga hendaklah bijak
menarik minat para pelajar untuk menjadi lebih serius dalam menuntut ilmu. Maka,
pelajar akan menuntut ilmu dengan lebih efektif dan serius supaya tidak menjadi
seperti katak di bawah tempurung.

6

3.0 Kesimpulan
. Kesusasteraan Melayu hendaklah dipelihara dan dimartabatkan kerana dapat

menyerlahkan falsafah pemikiran manusia, masyarakat, dan bangsa serta mengasuh
dan mengajar manusia. ( Fathin dan Azhar, 2018 ). Intinya, karya sastera
dimartabatkan supaya khazanah negara tidak pupus ditelan zaman.
(1122 patah perkataan)

7

4.0 Rujukan
Abu Bakar Hamid. (1997). Diskusi Sastra. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burhan Nurgiyantoro. (2005). Kearifan sang profesor; bersuku bangsa untuk

kenal-mengenal. UNY Press.
DBP Malaysia. (2020, Julai 15). Akal budi Melayu. https://youtu.be/1RCwX2z_u8o
Fathin & Azhar. (2018). Pendidikan sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan

karakter pelajar. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 1-14.
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.1.2018
Hashim Awang. (1997). Kritikan kesusasteraan: teori dan penulisan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1998). Pejuang bahasa yang tidak mengenal kalah. Dewan
Masyarakat.
Mokhtar Hassan. (2005). Key concepts in Usman Awang’s short stories:developing
criticical thinking. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazimah binti Zakaria. (2014). Konsep kepegangan Melayu tradisional dan peranan
penceritaan. Jurnal Pendidikan Melayu, 25(1), 159-179.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/2568
Zurinah Hassan. (2004). Menjejak puisi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

8


Click to View FlipBook Version