e FOLIO KERJAYA SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG GELAM 71000 PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN Pendidikan STEM Peneraju Kerjaya Masa Hadapan
• Disediakan oleh: 1. Nurunnajihah Bt Mohamad Kamalrul Hasnooh 2. Nur Aleesya Dania Bt Azmir 3. Luqman Nurhakeem Bin Azmer @Redzuan 4. Muhammad Mifzal Aisy Bin Mohd Rizal
BAHAGIAN A HALAMAN 1 v BIODATA MURID
BIODATA MURID NAMA: NURUNNAJIHAH BINTI MOHD KAMALRUL HASNOOH KELAS: 6 JUJUR NAMA SEKOLAH: SEK KEBANGSAAN KAMPONG GELAM ALAMAT SEKOLAH: KM 1,JALAN SEREMBAN,71010 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN BIDANG KERJAYA PILIHAN: PEGAWAI SAINS i
BIODATA MURID NAMA: NUR ALESYA DANIA BINTI AZMIR KELAS: 6 JUJUR NAMA SEKOLAH: SEK KEBANGSAAN KAMPONG GELAM ALAMAT SEKOLAH: KM 1,JALAN SEREMBAN,71010 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN BIDANG KERJAYA PILIHAN: DOKTOR VETERINAR ii
BIODATA MURID NAMA: LUQMAN NURHAKEEM BIN AZMER@REDZUAN KELAS: 6 AMANAH NAMA SEKOLAH: SEK KEBANGSAAN KAMPONG GELAM ALAMAT SEKOLAH: KM 1,JALAN SEREMBAN,71000 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN BIDANG KERJAYA PILIHAN: JURUTERBANG iii
BIODATA MURID NAMA: MUHAMMAD MIFZAL AISY BIN MOHAMAD RIZAL KELAS: 6 AMANAH NAMA SEKOLAH: SEK KEBANGSAAN KAMPONG GELAM ALAMAT SEKOLAH: KM 1,JALAN SEREMBAN,71000 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN BIDANG KERJAYA PILIHAN: JURUTERA MEKANIKAL iv
8 BAHAGIAN A HALAMAN 2 v KANDUNGAN
v BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 BIODATA PELAJAR i-iv 2 ISI KANDUNGAN v PENGHARGAAN vi PENGESAHAN vii 2 HURAIAN RINGKAS 10 KERJAYA PILIHAN 2.1 PEGAWAI PERUBATAN 1 2.2 SAINTIS BIOTEKNOLOGI 2 2.3 JURUTERA KIMIA 3 2.4 PEGAWAI FARMASI 4 2.5 DOKTOR OPTOMETRI 5 2.6 SAINTIS SAINS NUKLEAR 6 2.7 AHLI VIROLOGI 7 BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 2.8 SAINTIS MARIN 8 2.9 AHLI GEOGOLI 9 2.10 JURUTERA POLIMER 10 3 HALA TUJU KERJAYA DAN HURAIAN TERPERINCI 5 KERJAYA PILIHAN KAMI 3.1 JURUTERA MEKANIKAL 13 3.2 JURUTERBANG 19 3.3 DOKTOR VETERINAR 22 3.4 PEGAWAI SAINS 25 3.5 AKTUARI 28 4 KESIMPULAN/RUMUSAN 32-34
BAHAGIAN A HALAMAN 3 v PENGHARGAAN vPENGESAHAN
SEKALUNG PENGHARGAAN Syukur Alhamdulilah dengan hidayah dan limpah kurniaNya maka terhasillah eFolio ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa, guru dan rakan-rakan yang bersama membantu kami dalam menghasilkan eFolio ini. eFolio ini menekankan kerjaya yang boleh diterokai di dalam bidang sains dan teknologi.Selain itu kerjaya yang dipilih bersesuaian dengan tema”Pendidikan STEM Peneraju Kerjaya Masa Depan negara”. eFolio ini juga memberi pengetahuan yang terkini terutama pekerjaan yang baharu yang boleh diterokai. Selain itu sepanjang penyediaan eFolio ini, ia dapat menggalakkan diri kami untuk menceburi bidang sains dan teknologi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “Pendidikan STEM Peneraju Kerjaya Masa DepanNegara” vi
eFOLIO KERJAYA TAJUK: PENDIDIKAN STEM PENERAJU KERJAYA MASA DEPAN NEGARA Disediakan oleh: Nurunnajihah Binti Mohamad Kamalrul Hasnooh Tahun 6 Jujur Nur Alesya Dania Binti Azmir Tahun 6 Jujur Luqman Nurhakeem Bin Azmer@Redzuan Tahun 6 Amanah Muhammad Mifzal Aisy Bin Mohamad Rizal Tahun 6 Amanah PENGESAHAN; Disahkan Oleh: ………………………. vii
BAHAGIAN B v Pengenalan tentang 10 jenis pekerjaan yang dipilih dalam bidang sains dan teknologi
PEGAWAI BIOPERUBATAN 1 Kerjaya yang berada di dalam sains dan teknologi yang ingin diterangkan ialah Pegawai bioperubatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan kesihatan rakyat untuk masa hadapan demi kehidupan yang sihat. Tugas bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan dan pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di hospital mahu pun di dalam industri perubatan itu sendiri, serta pengawalan mutu hasil pengeluaran industri pemasaran bahan-bahan berkaitan perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan juga mempunyai pengetahuan dasar mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan. Pelajar yang berminat untuk memilih kerjaya sebagai Pegawai Bioperubatan untuk masa hadapan, pelajar itu sendiri perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (aliran sains) serta kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran sains yang lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan perlajaran ke program matriklulasi atau sains asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun. Selepas tamat peperiksaan matrikulasi/STPM aliran sains dengan memperolehi keputusan yng cemerlang atau baik dalam mata perlajaran Biologi, Kimia, Fizik, dan Matematik, mereka berpeluang memohon kursus yang berkenaaan ini. Syarat untuk memceburi bidang Pegawai Bioperubatan ini ialah pelajar harus memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains. Beberapa university tempatan menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda, antara nya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
SA 2 INSTIS BIOTEKNOLOGI Kerjaya Saintis Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan pengunaan mikrob,sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, teknologi dalam kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Bioteknologi juga boleh dianggap juga sebagai julat teknologi serba boleh atau canggih yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara displin semula jadi dalam genetic,biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraaan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrologi. Bidang bioteknologi ini sedang berkembang pesat di negara kita. Dengan majunya perkembangan bioteknologi,saintis bioteknologi dapat menghasilkan produk yang baik sebagai contohnya dalam pertanian, penghasilan tanaman amat lumayan dalam penanaman padi, jagung, gandum dan sebagainya hasil tanian untuk penghasilan baka yang baik. Ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan makanan dunia sejagat. Untuk menceburi bidang bioteknologi ,pelajar perlu menamatkan matrikulasi dari aliran sains atau STPM dari aliran sains untuk mendapatkan tawaran ke university yang menawarkan kursus bioteknologi sebagainya. Dan syarat yang diperlukan ialah kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurang dua mata pelajaran sains seperti biologi dan sains atau sebagainya berkaitan mata pelajaran sains.
3 JURUTERA KIMIA Kerjaya jurutera kimia adalah kerjaya yang agak berkembang pesat di negara kita mahupun luar negara dan melibatkan banyak industri yang memerlukan jurutera kimia yang professional. Jurutera kimia banyak menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk pelarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau pun kimia halus mengikut spesifikasi. Struktur pengkajian yang teliti untuk proses-proses yang sedia ada atau alat-alat kelengkapan yang digunakan,kecekapan, dan tahap pengeluarannya. Serta, menjalankan kajian kimia menegenai prinsip- prinsip kimia, fizik, dan kaji daya gerak haba untuk mencipta proses-proses yang baharu. Mereka juga perlu memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran sesuatu pemprosesan. Penyeliaan kepada pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skala yang besar bagi tujuan komersial, serta mengkaji sifat-sifat kimia yang pelbagai bentuk atau barang-barang kimia seperti asid,rayon,pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan penciptaan cara- cara pemprosesan dan alat kelengkapan untuk pembuatan sesuatu produk. Aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup reactor dan lain-lain alat kelengkapan untuk memastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain amat memerlukan penyeliaan dan penyelarasan yang efisien dan efektif. Bagi menceburi bidang ini pelajar haruslah mendapat keputusan SPM atau setaraf sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, dan Matematik Tambahan atau lulus STPM aliran sains dan mendapat gred kepujian dalam Kertas Am, Matematik, Fizik, atau berkaitan dengan sains. Pelajar haruslah memiliki Ijazah Sains Kepujian Kejuruteaan Kimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tempatan mahupun university luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
4 Pegawai farmasi menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensen produk- produk farmaseutikal dan farmasi klinikal. Selain berkhidmat di farmasi, pegawai farmasi boleh berkhidmat di Unit-unit Pengkuatkuasa Farmasi di negeri-negeri dan menjalankan aktiviti-aktiviti pengkuatkuasa undang-undang farmasi termasuklah urusan pentadbiran dan pengurusan farmasi. Terdapat juga aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisi kandungan bahan-bahan ubat,kosmetik dan ubat tradisional termasuk sekali dengan nombor pendaftaran dan perlesenan ubat-ubatan perlu melibatkan pegawai farmasi. Jika ingin menceburi bidang ini seharusnya memiliki personality diri yang berdikari, sabar, teliti, terancang dan tenang. Dalam bidang farmasi seseorag itu perlu ketelitian yang jitu kerana kecuaian dalam kerja-kerja pembahagian ubat-ubatan yang salah boleh memudaratkan dan mengorbankan nyawa seseorang pesakit. Selain ketilitian, komunikasi yang baik dan berkesan amat penting kerana melibatkan pendispensen produk-produk farmaseutikal dan ubat-ubatan kepada orang ramai. Dalam masa yang sama etika moral seorang pegawai farmasi juga amat penting supa tidak menjual ubat-ubatan terkawal lepada orang awam yang tidak memerlukan ubat-ubatan demi mengaut keuntungan peribadi. Untuk menceburi bidang ini dan menjadi seorang pegawai farmasi, pelajar haruslah daripada aliran sains semasa menengah atas, dalam peperiksaaan SPM mendapatkan kepujian dalam mata pelajran Biologi, Kimia, matematik, dan bahasa inggeris serta bahasa melayu haruslah lulus.pelajar juga haruslah memiliki ijazah dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan dan daripada institusi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. PEGAWAI FARMASI
5 Perkataan optometri terdiri daripada dua patah perkataan iaitu “opto” yang membawa maksud mata atau pun penglihatan sementara itu perkataan “metri” pula membawa maksud pengukuran. Sebagai doctor optometri merupakan kerjaya yang dikenali sebagai “ doctor mata’ / “pakar mata” yang akan melibatkan penjagaan, pemeriksaan mata (Optometris dan Orthopedics), serta perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur “K-reading” dan juga dalam ujian penglihatan warna. Tugas-tugas sebagai doctor optometri atau pakar mata adalah termasuk mengesan dan memastikan penyakit-penyakit mata seperti katarak ( selaalu nya berlaku pada warga emas dan penghidap kencing manis), konjuktivitis dan sebagainya yang berkaitan dengan mata. Selain itu, doctor mata juga memberikan khidmat perubatan dalam merawat penyakit mata dan dalam penyembuhan masalah mata seperti selepas pembedahan mata. Rabun ada pelbagai jenis rabun termasuklah rabun jauh, rabun dekat, rabun warna dan sebagainya yang dapat dikesan oleh doctor mata selepas pemeriksaan mata dilakukan. Sesetengah doctor mata juga melakukan pembedahan mata jika terdapatnya bahan- bahan bendsing / bahan-bahan asing didalam mata, penyakit mata serta laser mata seperti mengubati rabun mata. Ijazah sarjana Muda Optometrik ataupun kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan untuk menjadi salah seorang doctor optometric di hospital mahupun klinikal. University tempatan, swasta mahupun graduan daripada university luar Negara untuk melanjutkan pelarajaran dalam bidang optometric sekiranya diiktiraf oleh kerajaan. Di dalamm peperiksaan Sijil Plajaran Malaysia dalam jurusan sains perlulah mendapatkan keputusan yang baik dalam biologi, Fizik, Matematik dan bahasa Inggeris serta lulus dalam bahasa Malaysia. DOKTOR OPTOMETRI
6 Sains Nuclear adalah satu cabang ilmu yang amat mengkhususkan kajian-kajian mengenai radioaaktif atau pun sinaran yang terbit daripada nukleas radioaktif dan juga sinaran lain seperti sinar x dan alur electron dimanfaatkan bagi tujuan sains dan teknologi terutamanya bidang perubatan yang mengunakan sinar x bagi tujuan x-ray pesakit dan dapat pelbagai bidang yang mengunakan sains nuclear demi pembangunan sesebuah negara. Pendidikan sains nuklear memberi tumpuan kepada aspek teknologi dan penggunaan sampingan bagi memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ianya bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuclear dalam bidang pertanian, perubatan perindustrian, sains alam sekitar dan sains asas. Dari segi peluang kerjaya dalam bidang sains nuclear ini, graduan daripada sains nuclear tidak akan menghadapi kesukaran dalam pencarian pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada disektor awam mahupun swasta daripada pelbagai bidang dan industri. Antara jawatan yang bolegh disandang dalam sesebuah organisasi seperti jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan alam sekitar, perunding, pegawai ujian tanpa musnah atau non-destruction test (NDT), pegawai saintis serta pegawai-pegawai di syarikat perindustrian. Selain itu, mereka juga boleh berkhidmat di bidang industry rawatan sisa radioaktif, radiografi, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang kekurangan tenaga pengajar dalam bidang sains nuklear dan berkaitan teknologi sinaran. SAINTIS SAINS NUKLEAR
7 AHLI VIROLOGI Ahli virologi atau lebih dekenali sebagai ‘pakar kesan penyakit” yang mempunyai kepakaran dalam bidang biologi.Virologi adalah yang melibatkan kajian yang merangkumi pelbagai aspek virus yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit pada manusia dan haiwan. Terdapat banyak virus daripada ringan seperti selsema kepada yang berat seperti AIDS mahupun H1N1. Sebagai contoh, Sars yang juga dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Akut Teruk juga disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai coronavirus. Memandangkan virologi melibatkan bidang kajian dan penyelidikan, persekitaraan kerja sebagai seorang saintis virology kebanyakannya melibatkan kerja-kerja di makmal. Selain itu, kepakaran dalam bidang virologi ini juga diperlukan dalam Bahagian Epidemiologi iaitu kajian mengenai bagaimana penyakit berjangkit daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan.seorang saintis virologi memainkan peranan di bahagian ini iaitu memantau dan mengawal merebaknya penyakit-penyakit berjangkit atau pun wabak. Bagi pelajar yang berminat untuk menceburi bidang virologi untuk menjadi seorang saintis viroloiy harus mempunyai asas yang kuat dalam bidang sains dan memasuki kelas aliran sains tulen dan mempunyai asas yyang kuat dalam biologi. Serta, mata pelajaran kimia,Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia juga tidak dapat dikecualikan. Terdapat banyak universiti tempatan mahupun swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang dan universiti luar negara yang diikttiraf oleh kerajaan. Kebanyakkan program virologi ditawarkan sama ada di bawah fakulti sains hayat, sains biologi atau pun sains bioteknologi.
8 SAINTIS MARIN Saintis Marin merupakan kerjaya yang berkaitan dengan laut dan tertumpu kepada aspek-aspek ekologi,diversity dan sains sumber marin. Penyelidikan ke atas ekologi dan diversity invertebrate marin,ekologi terumbu karang, fisiologi,ekologi dan diversity bakterioplankton,fisioplankton dan rumpai laut, bioteknologi marin, kimia marin dan iklim lautan. Penyelidikan bidang sains marin terbahagi kepada tiga bidang teras utama iaitu biologi, ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur. Saintis Marin membawa pendekatan yang inovatif dalam menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan ekosistem marin dan memahami habitat-habitat utama ekosistem marin, taburan factor-faktor fizik dan kimia secara global mengikut masa dan tempat, dan bagaiman ini mempengaruhi taburan organism di lautan. Perbincangan habitat bermula dengan kawasan littoral, diikuti dengan kawasan pelagic dan akhirnya kawasan bentik dan laut dalam. Kerja lapangan akan diadakan untuk menunjukkan zonasi organisma laut di samping demonstrasi kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ekologi marin. Sebagai sebuah Negara maritime, Malaysia memberikan penumpuan yang sangat mengalakkan dalam pendidikan dan peyelidikan sains laut. Ini terbukti dengn bertambahnya bilangan IPTA di Negara ini yang menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang sains laut, di samping penubuhan sebuah direktorat oseanografi kebangsaan. University Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan pelopor terawal yang menawarkan program pengajian dalam bidang sains laut di peringakt siswazah. Tahun 2000 merupakan ulang tahun ke-15 penubuhan program sains laut di UKM.
AH 9 LI GEOLOGI Tugas utama sebagai ahli geologi ialah untuk menyiasat struktur bumi dan secara ringkasnya ini adalah satu bidang ilmu berkaitan sains bumi yang mengkaji kejadian, perkembangan dan kandungan bumi. Antara kajian yang dilakukan oleh ahli geologi seperti tanah runtuh, tanah jerlus dan tanah atau jalan mendap, akan menkaji dan meneliti punca kejadian serta menyiasat dan menilai struktur bahan, kekuatan tanah dan keadaan bawah permukaan tanah termasuk juga dengan aspek persekitaran yang terdapat di kawasan kejadian juga untuk dikaji demi mencari punca kejadian. Selain itu, ahli geologi juga mengkaji mengenai evolusi kehidupan di planet bumi serta yang terkini dan juga membuat kajian mengenai cerekawala lain seperti planet dan satelit. Banyak sektor lain memerlukan ahli geologi dan dengan kerjaya seperti kejuruteraan awam, perlombongan , pengkuarian dan geteknik.Di sektor ini juga,ahli geologi, di perlukan oleh syarikat petroleum dan cari gali petroleum seperti Petronas . Ahli geologi juga terlibat dalam projek lebuh raya, lapangan terbang, empangan, dan bangunan tinggi. Sesetengah ahli geologi juga boleh membuka syarikat perunding sendiri jika tidak berminat berkerja di bawah pengurusan orang lain atau tidak mahu berkerja di muzium dan makmal penyelidikan. Di sektor awam pula, ahli geologi boleh berkhidmat dengan jabatan kajibumi atau pun sebagai pensyarah.
10 JURUTERA POLIMER Bidang kejuruteraan polimer kini semakin berkembang di kebanyakkan Negara-negara maju yang membangun pesat.Selain menyediakan prospek luas dalam kerjaya professional, bidang polimer mampu menjana ekonomi negara menerusi penghasilan pembuatan produk getah dan plastik berkualiti. Perkataan polimer mungkin asing bagi sesetengah golongan khususnya bagi yang mengikuti aliran selain aliran sains. Perkataan “poly” datang dari perkataan Greek yang membawa maksud banyak manakala ‘mer’ membawa maksud bahagian. Dalam bahasa saintifik, ia adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian tentang bahan kimia iaitu pencantuman ikatan karbon yang lebih panjang untuk membentuk polimer. Getah dan plastik adalah bahasa mudah untuk menerangkan apa itu polimer. Kejuruteraan polimer harus memperbaiki alat kelengkapan bagi meningkatkan pengeluaran polimer dengan lebih cekap dan mengkaji sifat-sifat pencantuman ikatan karbon yang lebih panjang dan cekap dengan bahan mentah. Juga menyelia dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin untuk memastikanbahan mentah yang digunakan lebih produktif melalui proses pencantuman ikatan karbon. Dari segi peluang kerjaya, lulusan bidang kejuruteraan polimer tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka amat diperlukan sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu penyelidik, pegawai kawalan, perunding dan pegawai sains di syarikat perindustrian yang pesat membangun. Pelbagai institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan mahupun luar negara menawarkan pengajian dalam bidang ini termasuklah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan sebagainya yang diiktiraf oleh kerajaan dan kelayakan yang secukupnya untuk menceburi bidang ini.
BAHAGIAN B v Gambar Sokongan Setiap Pekerjaan
11 PEGAWAI BIOPERUBATAN SAINTIS BIOTEKNOLOGI JURUTERA KIMIA PEGAWAI FARMASI
DOKTOR O 12 PTOMETRI AHLI VIROLOGI SAINTIS MARIN JURUTERA POLIMER SAINTIS SAINS NUKLEAR AHLI GEOLOGI
BAHAGIAN C v Hala Tuju Kerjaya v Penerangan Terperinci 5 Kerjaya Pilihan
HALA TUJU KERJAYA
JURUTERA MEKANIKAL 13 Jurutera mekanikal adalah kerjaya yang amat penting dan besar sumbangannya kepada kemajuan dan pembangunan kepada sesetiap negara yang sedang pesat membangun. Mereka menjalankan tugas penyelidikan,memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji,peralatan perindustrian,dalam masa yang sama membangunkan sistem perindustrian dan nasihat bagaimana mesin-mesin dan peralatan mekanikal berfungsi dan memberi penyelengaraan dan pembaikan yang menyeluruh jika diperlukan.mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelengaraan. Tugasan seorang jurutera mekanikal merangkumi reka cipta, mengurus dan mengunakan pelbagai jenis alat-alatan mekanikal dan mesin-mesin bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian, dan perindustrian.Menitikberatkan inovasi mesin baharu yang lebih mesra alam dengan penggunaan sumber tenaga daripada semulajadi, mengubah idea-idea baru kepada mesin-mesin yang lebih canggih, serta menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia. Memperbaiki atau mengubah kaedah-kaedah yang sedia ada kepada yang lebih mudah tetapi masih produktif dan efisen dalam pengeluaran untuk sesebuah produk dan merintis kaedah baru dan efektif dengan menekankan aspek pengetahuan saintifik, memperbaiki kebolehan dan kepandaian yang lebih kreatif dan inovatif.
14 Kerjaya sebagai jurutera mekanikal ini lebih tertumpu di bahagian Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan serta perindustrian. Kerjaya ini membolehkan mereka untuk berkerja di bawah sektor awam mahupun swasta dan memegang jawatan tertinggi didalam sesuatu organisasi, tetapi jika berminat untuk menjadi pensyarah di institusi tempatan mahupun swasta kerana bidang kejuruteraan mekanikal semakin diminati oleh pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan,mungkin kerjaya ini juga membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri atau pun menjadi perunding untuk sesuatu projek jika tidak berminat berkerja di bawah pengurusan majikan. SYARAT KELAYAKAN Jika seseorang pelajar berminat untuk menjadi seorang jurutera mekanikal, mereka haruslah mendapat keputusan kepujian daripada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) melalui mata pelajaran sains, matematik, matematik tambahan,fizik, dan bahasa inggeris, haruslah lulus mata pelajaran bahasa Malaysia.
15 Lulusan program matrikulasi aliran sains dan juga program asasi sains yang lulus dan yang berjaya juga akan diterima masuk ke peringkat ijazah sarjana muda atau ijazah pertama di university-universiti tempatan yang menawarkan bidang kejuruteraan mekanikal dan juga diiktiraf oleh kerajaan. Seperti di UTM, kursus-kursus kejuruteraan yang ditawarkan oleh pihak university yang memakan masa lima tahun tempoh pengajian juga boleh diikuti secara terus oleh lepasan SPM. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan keputusan yang baik boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UMS, dan UITM serta mana- mana university di luar Negara yang mendapat pengiktiran sijil oleh kerajaan, melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang ditawarkanoleh pihak institusi pengajian.terdapat juga university swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas yang juga menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan kerjaya di peringakat ijazah sarjana muda dan yang tertinggi juga ditawarkan oleh pihak institusi bagi melanjutkan pengajian.
16 Syarat- syarat kelayakan untuk menceburi bidang kejuruteraan mekanikal ialah pelajar haruslah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari mana-mana universitI tempatan atau luar negara selagi ianya diiktiraf oleh Kerajaaan Malaysia, dan mengikuti tempoh pengajian selama lima ke enam tahun. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers (BEM), dan haruslah mempunyai pengalaman berkerja selam tiga tahun yang diiktiraf di dalam mana-mana bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat pertauliahan menjadi seorang jurutera mekanikal yang profesional.
MATA PELAJARAN PENTING YANG BERKAITAN 17 DI BAWAH MERUPAKAN SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEMPATAN BAGI KURSUS INI Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setraf ekurang-kurangnya 5 mata kepujian dalam mata pelajaran Nahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, dan mata pelajaran sains. Bagi pelajar yang mengambil STPM pula haruslah lulus dalam mata pelajaran pengajian am, matematik, fizik atau berkaitan dengan jurusan sains. Fizik Matematik moden/ Matematik tambahan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Pengajian Am
C 18 IRI-CIRI PERIBADI Tekun dan berkerja keras dan dinamik dan keyakinan tinggi boleh untuk berjaya Ketepatan dalam pekerjaan dan tidak mudah putus asa. Ketelitian yang tinggi dan mampu berfikir dalam istilah matemati dan abtraks Kecederungan dan minat kepada bidang mekanik KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN v Mempunyai kemahiran computer serta kemahiran analisa dengan formula v Kemahiran berfikir yang logic, tepat dan mampu membuat keputusan v Mempunyai minda yang analitik, imaginasi kretif dan inovatif v Ketelitian yang baik dan mampu berkomunikasi di dalam kerja berpasukan
JURUTERBANG 19 Pemilihan kerjaya sebagai juruterbang merupakan kerjaya yang penuh dengan cabaran dan mempunyai risiko yang tinggi apabila berada di atmosfera bumi untuk menerbang kapal terbang menuju ke destinasi. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru.Ini desebabkan oleh cara pengendalian untuk memandu kapal terbang amat berbeza dengan cara pengendalian kenderaan lain seperti kereta. Kerjaya ini amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dan peluang amat terbuka luas berikutan perkembanganpesat industri penerbangan di dalam negara mahupun luar negara dan banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam dan di luar Negara menyediakan peluang pekerjaan, malahan peluang kerjaya bukan hanya untuk lelaki malah wanita juga dapat menjadikan juruterbang sebagai kerjaya mereka. Tugasan sebagai juruterbang adalah seperti melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat mengenai setiap penerbangan sekurang-kurangnya satu jam sebelum pesawat berlepas, dalam masa yang sama menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat sebelum berlepas serta keperluan bahan api seperti minyak. Tugas sebagai juruterbang bunkan hanya itu, tugasan termasuklah memeriksa kelengkapan dan perlatan elektronik serta memeriksa rutin semua system dan radar yang beroperasi dan dapat menerima dan melaksanakan arahan daripada pegawal kawalan trafik udara dari mula penerbangan hingga mendaratnya pesawat untuk memastikan pendaratan selamat dan mengelak dari segala halangan di angkasa semasa penerbangan.
SYARAT KELAYAKAN 20 Pelajar haruslah lulus latihan penerbangan dari institusi atau sekolah penerbangan yang diiktiraf oleh kerajaan dari luar negara mahupun dalam negara. MATA PELAJARAN PENTING YANG BERKAITAN Pelajar yang berminat perlu lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian untuk mata perlajaran bahasa Malaysia, dan sekurang-kurangnya mendapat kepujian untuk mata pelajaran lain seperti matematik, fizik dan bahasa inggeris. Dan juga keputusan yang baik daripada aliran sains akan diberi keutamaan. Fizik Matematik Bahasa inggeris Bahasa Malaysia
21 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN o Kemahiran berkomunikasi yang baik o Penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa inggeris yang baik, bahasa ketiga adalah bonus o Latihan khas daripada pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar Negara. Sekolah latihan penerbangan tempatan seperti MAS, Malaysian flying academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala diluar Negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan United Kingdom.
22 DOKTOR VETERINAR Doktor veterinar juga dikenali sebagai doktor haiwan dan berkhidmat dibawah bahagian perubatan dan sians kesihatan haiwan. Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaanm ,menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan terhadap haiwan. Lulusan bidang ini juga boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, Klinik-klinik haiwan,Kementerian Pertanian, Zoo, Makmal Haiwan, sebagai Pensyarah Universiti , boleh juga membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi. DESKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan menentukan rawatannya Memastikan makanan ternakan selamat untuk penggunaan binatang Merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan Menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan. Mengawasi pusat-pusat karantina Membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan jabatan
23 SYARAT KELAYAKAN Ijazah Doktor perubatan Veterinary atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinary atau Sains Veterinary yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah seksyen 12(1) akta doktor veterinar. MATA PELAJARAN PENTING YANG BERKAITAN DI BAWAH MERUPAKAN SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEMPATAN BAGI KURSUS INI Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mendapat keputusan yang baik dan lulus dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia.Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya gred C atau lulus dalam mata pelajaran Pengahian Am, dan dua gred C atau lulus dalam dua mata pelajaran yang lain. Untuk STPM lulus sekurang-kurangnya dalam gred B dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM dan kepujian dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM atau, lulus sekurang-kurangnya dalam gred B dalam mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM. Wajib untuk mengambil MUET ( Malaysian Universiti English Test). Selain itu, mata pelajaran yang diambil kira dan diutamakan. v Biologi v Kimia v Bahasa Inggeris v Bahasa Melayu
24 CIRI-CIRI PERIBADI Sayang kepada binatang-binatang Penyabar Dedikasi dan berdikari Berani dan tenang apabila berlakunya kecemasan Ketelitian yang tinggi KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN Boleh menjalankan latihan praktikal Mempelajari cara pembedahan Mengaplikasikan pengetahuan mengikut keadaan.
PEGAWAI SAINS 25 Pegawai Sains bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelengara makmal serta teknik-teknik asas makmal. Pegawai Sains paling penting dalam bidang perubatan selain daripada pegawai perubatan dan merangkumi dengan menyelia penggunaan dan penyimpanan bahan ujikaji, bahan pakai buang unit patologi dan sementara itu penyimpanan rekod, pengurusan kakitangan, ciri dan penggunaan alat radas kaca dan plastik makmal, pensterilan dan disinfeksi, prinsip kawalan mutu, pengurusan dan pengendalian spesimen juga tergolong dalam skop kerja mereka . Selain daripada menguruskan makmal, pegawai sains juga skop perkhidmatan termasuklah Patologi Kimia, Sitopatalogi, Hematologi, Histopatologi, Mikribiologi perubatan dan perkhidmatan tranfusi darah. DESKRIPSI TUGAS Menyediakan ujian diagnostic dalam disiplin patologi Menyediakan khidmat nasihat dalam aspek patologi kepada pegawai perubatan Menjalankan kajian serta berkerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memperkembangkan perubatan dari segi teknologi Memastikan semua keputusan ujian boleh diguna pakai secara klinikal. Mengesahkan semua keputusan ujian diagnostic yang dikeluarkan Memastikan anggota bahagian patologi menjalankan kerja dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang diberi serta tanggungjawab Menyelesaikan masalah alatan makmal ketika berlaku kerosakan
26 SYARAT KELAYAKAN Pelajar mesti memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains daripada universiti tempatan, universiti luar Negara atau pun kolej-kolej yang menawarkan kursus ini yang telah diiktirafkan oleh kerajaan. Pelbagai universiti tempatan yang menawarkan kursus ini termasuklah Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan banyak lagi. MATA PELAJARAN PENTING YANG BERKAITAN Pelajar yang berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan kepujian dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Keputusnyng baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan Fizik, Biologi Matematik Bahasa Inggeris Matematik Matematik Tambahan Bahasa Melayu
27 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN Kemahiran menganalisis data Kemahiran menguruskan peralatan radas Kemahiran mengaplikasi formula dengan betul Kemahiran membuat keputusan
AKTUARI 28 Aktuari juga pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dah ahli matematik kemasyarakatan analisi dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Ini merupakan bidang yang sangat berkembang seiring dengan pembangunan negara dan dalam masa yang sama meningkat ekonomi negara. Penglibatan aktuari dalam banyak bidang termasuklah bidang kewangan, pelaburan dan insurans yang kian memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini, tetapi kepakaran di bidang ini masih berkurangan. Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisi pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran,kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan kepada masyarakat. Selain itu terdapat juga aktuari berkerja sebagai perunding di syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengauditan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Kerjaya aktuari juga mendapat tempat didalam sektor kerajaan tetapi menjurus kepada menguruskan pelan pencen atau pun insurans kerajaan. Aktuari juga boleh memilih profesian pendidikan sebagai tenaga pengajar di universiti sebagai pensyarah untuk bidang sains aktuari.
29 DESKRIPSI TUGAS Merekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Mengunakan applikasi kebarangkalian, statistic, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan Mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans dan pelan pencen. Mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik Membentuk model-model kebarangkalin penyakit, kematian,kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengganguran dan sebagainya dibina. Menetapkan harga premiumyang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat yang dijangka melalui pelan insuran yang diambil. Membekalkan nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak mengambil aktuari di dalam syarikat mereka sebangai perunding,
30 SYARAT KELAYAKAN Sains aktuari adalah bidang professional dan terdapat badan-badan profesioanal yang menawarkan peperiksaan untuk menjadi aktuari yang profesioanal perlu menduduki peperiksaan dan lulus sebelum diiktiraf sebagai aktuari. Peperiksaan ikhtisas sains akutuari di peringkat “associateship” supaya para siswazah dapat member sumbangan yang berkesan dalam sector kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sector insuran sahaja. Pelajar haruslah lulus sekurang-kurangnya gred c dalam kursus matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi atau lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dan mendapat sekuran-kurangnya lulus di peringkat STPM. Kepujian mata pelajaran bahasa Malaysia, bahasa inggeris, matematik,matematik tambahan,fizik, kimia dan mana-mana mata pelajaran yang lain. MATA PELAJARAN PENTING YANG BERKAITAN Pelajar mesti memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains aktuari dari universiti tempatan, luar negara atau kolej-kolej yang menawarkan kursus ini yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Fizik Biologi Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu Matematik & Matematik Tambahan
BAHAGIAN D 31 v Rumusan
32 Saya memilih kerjaya sebagai pegawai sains kerana kerjaya ini menguji kemahiran minda dalam berfikir dan saya suka membuat kerja-kerja penyelidikan. Kerjaya ini merupakan satu kerjaya yang memerlukan seseorang itu mahir dalam membuat penyelidikan dan kerjaya ini berkaitan dengan sains dan teknologi daripada mata pelajaran biologi, fizik dan matematik perlu dikuasai dengan baik. Kerjaya di dalam bidang sains ini juga banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara terutamanya di dalam bidang penyelidikan perubatan dimana banyak penyelidikan telah pun dibuat dengan adanya pegawai sains tempatan.Negara tidak perlu membelanjakan wang untuk mencari pakar sains dari luar negara. Saya berminat untuk menjadi pegawai sains kerana saya amat berminat dengan matapelajaran sains ketika di sekolah rendah dan akan meneruskan minat ini ke peringkat yang lebih tinggi.Perkembangan sains dan teknologi yang semakin berkembang adalah sangat rugi sekiranya saya tidak manfaatkannya untuk kepentingan diri sendiri,masyarakat dan ekonomi negara khususnya. Disediakan oleh:Nurunnajihah Binti Mohamad Kamalrul Hasnooh : RUMUSAN PELAJAR
33 Saya ingin menjdi seorang doktor veterinar kerana saya suka haiwan dan mengenali pelbagai jenis haiwan yang ada dan kerjaya ini amat mencabar diri. Menjadi doktor veterinar kita dapat mengenali penyakit-penyakit haiwan yang sebelum ini tidak pernah dengar dan mengenalpasti masalah dan mencari cara rawatan yang sesuai. Untuk menceburi bidang ini dan memilih kerjaya ini , saya mestilah ada latar belakang yang kuat di dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang biologi dan menguasai mata pelajaran sains dan matematik dengan mendalam dan berkerja keras. Sumbangan kerjaya ini terhadap pembangunan negara adalah amat penting kerana kerjaya memelihara haiwan yang hampir pupus dan eksotik serta, menjaga dan merawat haiwan daripada penyakit mereka. Kepupusan haiwan yang eksotik seperti burung dodo, badak di Afrika, harimau belang dan banyak lagi. Haiwan-haiwan yang hampir pupus adalah kerana tiada penjagaan rapi dan rawatan yang sesuai dan penyelidikan terhadap mereka untuk kelangsungan hidup mereka. Salah satu faktor kepupusan haiwan adalah cuaca yang tidak menentu, panas yang berpanjangan dan banyak lagi, ini menyebabkan kerjaya ini penting dalam Negara. Disediakan Oleh: Nur Alesya Dania Binti Azmir : RUMUSAN PELAJAR
33 Saya memilih kerjaya sebagai juruterbang kerana bidang ini mencabar diri untuk menjadi lebih berani dan pemikiran saya. Kerjaya sebagai juruterbang amat memerlukan saya memahami dan menguasai sains dan matematik seperti sains, matematik dan fizik di dalam kerjaya ini . Kerjaya sebagai juruterbang juga dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan negara dalam industri pelancongan yang setiap tahun beratus ribu pelancong asing memasuki Malaysia semakin pesat dan pengaliran wang masuk atau pun pertukaran wang asing menambahkan pendpatan negara dan membantu pembangunan negara dari segi dikenali diluar Negara Saya berminat untuk menjadi juruterbang kerana menerbangkan orang ke tempat-tempat yang menarik dan eksotik dan melancong ke luar negara. Kerjaya yang diceburi seseorang sememangnya membantu pembangunan negara dari segi ekonomi mahupun pelbagai industri di dalam negara. Disediakan Oleh: Luqman Nurhakeem Bin Azmer@Redzuan RUMUSAN PELAJAR