SAINS TAHUN 6
MESIN
Cikgu Roslida
STD KANDUNGAN: 12.1-MESIN RINGKAS
STD PEMBELAJARAN:12.1.1-MENJELAS DENGAN CONTOH JENIS DAN
KEGUNAAN MESIN RINGKAS
12.1.2 MENEJLASKAN PEMERHATIAN MELALUI LAKARAN
Kriteria Kejayaan: di akhir pdpr murid dapat menyatakan 7 jenis
mesin ringkas iaitu
Tuas
Baji
Takal
Satah condong
Skru
Roda dan gandar
Gear
APAKAH ITU MESIN RINGKAS?
• Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita membuat
kerja dengan cepat dan pantas
JENIS-JENIS MESIN RINGKAS
Baji Skru Tuas Satah
Takal condong
Roda dan
Gandar Gear
BAJI
• Mempunyai satu atau dua satah condong yang tajam hujungnya
• Digunakan untuk memisah,memotong,atau menggerakkan,memegang dan memberhentikan objek
CONTOH BAJI
PENYENDAL PINTU PEMUTAR SKRU
PISAU PEMOTONG KAPAK
2. SKRU
• Satah condong berlingkar yang dinamakan bebenang
• Digunakan untuk menyatukan dan mengetatkan dua kepingan objek yang bergabung
contoh
Skru dan nat Skru pada penutup
botol
Skru papan
TUAS
• Terdiri daripada sebatang rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dinamakan fulkrum
• Digunakan untuk mengangkat objek dengan mudah
• Terdiri daripada tiga bahagian iaitu beba,daya dan fulkrum
CONTOH
Kereta sorong Jongkang Jongkit Gunting playar
Penyepit makanan
SATAH CONDONG
• Permukaan yang disendengkan dengan kedua-dua hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza
• Memudahkan untuk menggerakkan beban dari satu aras ke aras yang lebih tinggi
CONTOH
Papan condong gelongsor Tangga
diletakkan pada lori
RODA DAN GANDAR
• Terdiri daripada roda yang dipasangkan pada sebatang rod yang dinamakan gandar
• Digunakan untuk menggerakkan atau memutar sesuatu objek
CONTOH
Tombol pintu Roda kereta Pemutar skru basikal
mainan Alat mengangkut air
TAKAL
• Terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh bergerak bebas
• Digunakan untuk mengangkat ,menurunkan atau menarik beban apabila seutas tali atau rantai dilalukan
pada alur tersebut
CONTOH
Takal pada kren Mengangkut air diperigi
Takal di tapak
pembinaan
GEAR
• Terdiri daripada roda dan silinder bergigi
• Digunakan untuk mengubah arah dan kelajuan pergerakan bahagian –bahagian lain dalam satu mesin
yang lebih kompleks
CONTOH
Gear basikal Gear dalam mesin Jam tangan Pemukul telur
SOALAN KUIZ
• 1. sebutkan 7 mesin ringkas yang telah kamu pelajari.
• 2.Apakah mesin ringkas yang terdiri daripaada 3 bahagian iaitu daya,beban dan fulcrum?
• 3.Berikan 3 alat yang mempunyai baji.
• 4.Ahmad berkerja sebagai buruh kasar.dia perlu mengangkat beberapa beg simen ke tingkat 4.apakah
mesin ringkas yang perlu dia gunakan untuk memudahkan kerjanya?
• 5.Mesin ringkas yang berfungsi untuk mengubah kelajuan objek ialah..
• 6.Alat yang terdiri daripada roda dan sebatang rod ialah…………………….