The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuhailenn, 2021-01-18 03:44:43

Buku Pengurusan 2021

Buku Pengurusan 2021

SK SERI JONG |BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

7. JAWATANKUASA AKTIVITI SAMBUTAN / PERAYAAN SEKOLAH

1) Program Penghayatan Al-Quran/Kerohanian :Tn. Haji Abdullah Bin AbRahman
2) Program Maal Hijrah : Pn. Zalina Binti Aziz
3) Program Maulidur Rasul : Pn. Samsiah Binti Sharif
4) Program SARANA Ibu Bapa : Pn. Farah Azryena Binti Nor Azahar
5) Program Perkhemahan Unit Beruniform : En. Muhamad Rashid Bin Abu Hassan
6) Program Bulan Kemerdekaan : Pn. Nur Atiqah Binti Alias
7) Program KempenBulanMembaca : Pn. Hjh Suzana Binti Zainuddin
8) Program Minggu Anti Dadah : En. Ya’cob Bin Jamian
9) Program Bulan Kecergasan / 1M1S : En. Rosmanizan Bin Ab Ghani
10) Program Sambutan Hari Raya : Pn. Tuty Murni Binti Ibrahim
11) Program Kem Bestari Solat : Pn. Mudzaffarah Binti Mohamed Dali
12) Program Sambutan Hari Guru : Pengerusi Kelab Guru (BAKES)
13) Program Motivasi Ibu Bapa Dan Murid : Pn. Ismawati Bin Ismail
14) Program Merentas Desa : En. Rosmanizam Bin Ab Ghani
15) Program Kejohanan Olahraga : En. Rosmanizam Bin Ab Ghani
16) Program Pertandingan Permainan : En. Mohd Zulhirzi Bin Zainal
17) Program Sambutan Hari Kanak-Kanak : Pn. Nur Atiqah Binti Alias
18) Program Lawatan Sambil Belajar : En. Mohamad Adli Bin Mohd Tomin
19) Program Hari Keusahawan : En. Wan Muhamad Izzudin Bin Wan Zakaria
20) Majlis Anugerah Kecemerlangan : Pn. Pn. Farah Azryena Binti Nor Azhar
21) Hari Terbuka : Pn. Noridah Binti Jemean

148

SK SERI JONG |BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PETUA SEORANG GURU

Jika guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.

Jika guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.

Jika guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.

Jika guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid bertambah gagap.

Jika guru menjadi pemudah cara,
Ramai murid pandai berbicara.

Jika guru mengajar tanpa menilai,
Tidak akan tahu murid bodoh atau pandai.

Jika guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.

Jika guru kurang merancang,
Dalam bilik darjah banyak temberang.

Jika guru suka berdamping,
Banyak murid dapat dibimbing.

Jika guru pentingkan diri sendiri,
Murid tidak akan menghargai.

Jika guru penuh tanggungjawab,
Disiplin murid mudah digilap.

Guru sepatutnya:
• secara sedar menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

yang bersesuaian.
• menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan.
• mengenal pasti potensi murid.
• memberi latihan secukupnya dan mencabar.
• bertindak sebagai pemudah cara.
• mengajar dalam suasana kondusif, mencabar dan berkesan.
• bertanggungjawab terhadap amanah seperti yang diikrar dan dijanjikan.

149

SK SERI JONG |BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

11 ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
• Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard
antarabangsa.
• Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan semakan semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017.
• Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
• Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang
2020.
• Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur
6+ tahun, disokong program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai
persediaan untuk pekerjaan.
• Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan
sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas
peralihan.
• Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.
• Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi
pendedahan terhadap Bahasa Inggeris.
• Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
• Memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017.
• Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai
dan falsafah agama utama menjelang 2017.
• Memperkembangkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.
• Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara
jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
• Mengetatkan syarat dan lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% ke
atas.
• Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah.
• Memastikan guru memberi fokus kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan
mengurangkan beban pentadbiran.
• Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi 2016
• Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan
mulai 2025.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
• Memperkenalkan criteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses
perancangan menggantikan bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
• Melaksanakan pakej kerjaya baru bagi pengetua/guru besar mulai 2013 dengan lebih
sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan
kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid.

150

SK SERI JONG |BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan
• Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan
dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014.
• Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah
yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar.
• Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015 bermula
dengan Sabah dan Sarawak.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
• Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui satu BestariNet
bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013.
• Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal
pada 2013.
• Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.

8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian Pelajaran
• Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet
dan personel serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013.
• Sekurang-kurangnya 2500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD
untuk menyokong sekolah menjelang 2014.
• Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai
2013.
• Memperkukuh fungsi utama dan rasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
• Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui pembabitan ibu
bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
• Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum
setempat dan kualiti guru mulai 2016.
• 1000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat dari komuniti miskin untuk
belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
• Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan
membabitkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
• Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan rasionalisasi program
impak rendah setiap tahun selaras anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Bajet Berasaskan
Keberhasilan (OBB).
• Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi dengan mengagihkan peruntukan kepada
bidang paling kritikal seperti meningkatkan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
• Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan
Pendidikan mulai 2013.
• Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan
PPPM kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan
mengambil kira perkembangan persekitarannya.

151

SK SERI JONG |BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID

1. PENGETAHUAN
• Melengkapkan murid dengan kemahiran hidup asas selain mendapatkan pengetahuan dalam
bidang lain seperti seni dan sukan.

2. KEMAHIRAN BERFIKIR
• Membantu murid mendapat pengetahuan sepanjang hayat dan mewujudkan pengetahuan
baru.

3. KEMAHIRAN MEMIMPIN
• Membantu murid mencapai potensi penuh melalui pembabitan sebagai pemimpin.

4. KEMAHIRAN DWIBAHASA
• Membolehkan murid berkomunikasi dengan berkesan di kalangan masyarakat pelbagai
bangsa.

5. ETIKA DAN KEROHANIAN
• Mempersiapkan murid supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan.

6. IDENTITI NASIONAL
• Memupuk semangat cintakan negara dan bangsa.

152


Click to View FlipBook Version