The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMF2007063, 2021-09-30 00:08:35

Bay Al-Inah

Bay Al-Inah

FIQH MUAMALAT 2
ECO2513

WRITTEN REPORT OF ASSIGNMENT

TITLE : BAY AL-INAH

LECTURER’S NAME : ASHIKIN BINTI SALLEH
SUBMISSION DATE : 30 SEPTEMBER 2021

NAME NO . ID
NUR IFFAH BINTI ZAHARI BMF 20 - 07 - 065
FIRRA NURHARNANI BINTI YAHAYA BMF 20 - 07- 063
FATIN MUNIRAH BINTI MUHAMMAD NADZRI BMF 20 - 07 - 068
SITI NADIAH WADIHAH BINTI ABD RAZAK BMF 20 - 07 - 066
MUHAMMAD FIKRI BIN ABDUL RAHMAN BMF 20 - 07 - 004

1

ISI KANDUNGAN

No. Perkara Halaman
1 Penghargaan 3

2 Pengenalan tugasan & pengenalan watak-watak 4

3 E-komik 5-6
4 Isu semasa / ulasan berkaitan isu 7
5 Dalil / perbahasan ulama 8
6 Cadangan penyelesaian 9
7 Kuiz 10
8 Refleksi 11
9 Rujukan 12

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah
bertungkus lumus dapat kami menyiapkan tugasan berkumpulan ‘E-Komik Muamalat’ &
‘Tiktok’ dengan mengaplikasikan kontrak Bay’ al-Inah ini dalam jangka masa yang telah
ditetapkan dengan jayanya.

Terlebih dahulu, kami ingin mendedikasikan jutaan terima kasih dan ucapan
penghargaan kepada pensyarah tercinta kami Puan Asyikin binti Salleh kerana tunjuk
ajarnya serta bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Beliau
sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam membantu menjalankan tugasan ini
dengan baiknya dan berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya
difahami oleh kami. Di samping itu, ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga
ditujukan kepada ahli kumpulan iaitu Nur Iffah , Firra, Fatin Munirah , Siti Nadiah Wadihah
serta Muhammad Fikri yang banyak memberikan kerjasama dengan meluangkan masa
untuk berhempas pulas bersama-sama bagi menyempurnakan tugasan ini.

Beribu penghargaan yang tidak terhingga ,dengan melalui kerja tugasan
berkumpulan ini juga mampu memberi sedikit sebanyak pengetahuan keatas kami
mengenai kontrak bay al-inah. Tugasan ini mampu mengeratkan hubungan kami
sekumpulan untuk bersama sama berganding bahu dalam menyelesaikan tugasan ini .

3

PENGENALAN

Dalam tugasan kami pada kali ini, kami ditugaskan untuk menganalisa kontrak muamalat
dalam kewangan dan perbankan Islam mengikut kehendak piawaian Syariah yang telah
ditetapkan. Perkataan al-Bay boleh didefinisikan sebagai pertukaran sesuatu barangan dengan
sesuatu barangan yang lain. Ia merupakan suatu kontrak penukaran yang memerlukan
persetujuan dan perjanjian dari kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Al-Bay dari segi
syarak dihuraikan sebagai pertukaran harta dengan harta yang lain melalui prosedur tertentu atau
proses penukaran sesuatu barangan yang digemari dengan sesuatu yang selayaknya dengan
cara tertentu yang lengkap.

Manakala terdapat salah satu daripada kontrak kontroversi yang dikatakan bay’ al-inah
dalam kalangan Sarjana Islam Klasik dan moden kerana dikatakan termasuk dalam hilah yang
buruk (Ibn. Rusyd, 1988). Bay al-Inah ini dinyatakan sebagai kategori hilah yang sering terjadi
dalam perbahasan muamalat maliyyah disaingkan dengan perkara ataupun kontrak yang lain.
Tiada makna dalam bentuk frasa yang jelas menerangkan tentang kontrak Bay al-Inah ini. Ia
ditakrifkan sebagai seseorang menjual miliknya dengan harga tertangguh kemudiannya
membelinya semula dalam majlis yang sama dengan harga tunai yang berbeza kadarnya untuk
mengelakkan daripada berlakunya riba.

Bagi memahami lebih jelas lagi kontrak Bay’ al-Inah ini, kami telah menyediakan e-komik
berkaitannya. Situasinya berlaku antara Sam, pekerja kilang dan Dol, penjual telefon bimbit,
dimana Sam membeli telefon bimbit daripada Dol pada harga tangguh, dan kemudiannya
mengalami komplikasi dan menjual semula telefon tersebut kepada Dol bagi mendapatkan wang
tunai.

4

E COMIC
5

6

ISU SEMASA KONTRAK BAY AL INAH / ULASAN BERKAITAN ISU

Isu pengharamannya

Bay Al-Inah ini diharamkan oleh majoriti ulama feqah seperti Imam Maliki,Hanbali dan Hanafi
kerana bay Al-Inah ini akan mewujudkan risiko untuk adanya riba. Kebanyakan perbankan Islam
di Malaysia terkesan dengan tentang pengharamannya kerana mereka menggunakan kontrak
Bay Al-Inah di dalam urusan muamalat.Kontrak ini juga dikatakan akan mengundang isu
penipuan. Contohnya, apabila sesuatu barangan itu dijual secara ansuran dan si pembeli telah
menggunakannya . Secara tiba-tiba si pembeli terdesak memerlukan duit secara tunai jadi dia
menjualnya semula dengan harga yang lebih rendah dari harga asal. Perbezaan nilai yang dibeli
pada mula-mula dengan setelah dijual semula itu adalah dianggap riba. Bay Al-Inah ini juga
diharamkan atas dasar Sadd Al-dharai’. Selain itu, Abū Hanifah juga melarang bai’ inah dan bagi
Abu Hanifah Jual beli secara tangguh atau ansuran tidak sah.

Isu pengharusannya

Ibn Hazim menyatakan hukum asal jual beli adalah harus berdasarkan Firman Allah dalam surah
Al-Baqarah : 275 “ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu Bay
Al-Inah ini dikatakan harus kerana pada mulanya kontrak ini juga perlu dijual beli dan kemudian
dijual kembali.Pendapat Imam Syafie tentang Bay Al-Inah ini tiada masalah kerana apabila si
pembeli telah membeli sesuatu dari si penjual dengan harga yang telah ditetapkan oleh penjual
dan pembeli membayarnya secara bertangguh dengan jangka waktu yang telah ditetapkan,
kemudian si pembeli menjual barang tersebut kembali kepada penjual secara tunai, dengan
harga yang lebih murah dari harga asal .Imam Syafie menyatakan keadaan ini sama dengan
keadaan apabila si pembeli tadi menjual barangan tersebut kepada pihak lain. Bagi Imam Syafie
jual beli yang kedua, dimana pembeli menjual semula kepada si penjual merupakan akad jual beli
baharu yang mana tidak ada kaitannya dengan akad jual beli yang pertama. Peristiwa jual beli
antara si penjual dan si pembeli tersebut telah dilarang bagi ulama feqah yang lain kerana
mengandungi unsur riba.

7

DALIL/ PERBAHASAN ULAMA
DALIL KEHARUSAN BAY AL-INAH
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah
menghantar seorang ke Khaybar dan pulang membawa tamar yang baik. Rasulullah S.A.W.
bertanya: "Adakah semua tamar di Khaybar seperti ini?" Dia menjawab: "Tidak, tetapi kami
menukar satu gantang tamar (yang baik) dengan tiga gantang (yang tidak baik)." Rasulullah
bersabda: "Jangan buat begitu. Jual keseluruhannya dengan dirham kemudian beli tamar yang
baik dengan wang tersebut."

DALIL PENGHARAMAN BAY AL-INAH

Dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawasanya Nabi S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud: "Apabila kamu berjual beli dengan cara 'inah, dan kamu mula lebih redha dengan
perniagaan pertanian dan cucuk tanam sehingga meninggalkan jihad, nescaya Allah S.W.T. akan
menimpakan ke atasmu kehinaan dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehinggalah kamu
kembali kepada (mengutamakan hukum) agamamu (berbanding helah riba dan cinta harta)".
IMAM MALIKI
Mazhab Maliki menolak Bai’ Al-Inah.
IMAM HANBALI
Mazhab hanbali berpendapat bahawa Bai’ Al-Inah adalah tidak harus dan mengatakan ianya
adalah punca kepada riba itu terjadi.
IMAM SYAFIE
Mazhab Syafie berpendapat bahawa hukumnya harus tetapi jikalau mempunyai niat asal untuk
menjual semula hukumnya haram dan kontrak itu terbatal.
IMAM HANAFI
Mazhab hanafi juga berpendapat bahawa Bay Al-Inah ini diharamkan.

8

CADANGAN PENYELESAIAN
Sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Amir Fazlim et al.(2016) melalui artikel beliau sendiri,
penggunaan kaedah hibah bersyarat balasan melalui mekanisme hibah bersyarat mampu
menjadikan solusi alternatif bagi pengharaman bay al-inah. Boleh diberikan contoh seperti dalam
hubungan satu majlis antara pihak institusi kewangan yakni bank dan pelanggan , dimana pihak
bank sebagai pemiutang yang perlu memberi hibah kepada pelanggan dan pelanggan pula perlu
memberikan pihak bank barangan nilai tertentu secara tangguh. Barang seperti platinum dapat
dijadikan sebagai barang bernilai tertentu bagi mengelakkan kekeliruan atau keraguan dalam
kontrak antara pihak bank dan pelanggan. Hal ini dapat menunjukkan sebagai majlis jual beli
yang sebenar dan berpotensi sebagai produk pembiayaan kerana tidak mengandungi sebarang
perjanjian pra kontrak yang tidak sah dan larangan yang telah dipersetujui dalam syarak islam
perbankan.

9

KUIZ BAY AL INAH
10

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA REFLEKSI

NUR IFFAH BINTI ZAHARI Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya saya dapat menyiapkan
Tugasan tentang Bay Al-Inah yang diberikan oleh pensyarah.Daripada
pencarian yang kami lakukan di internet saya mendapati bahawa tajuk ini
mendapat perbahasan ulama yang hebat dan juga penentangan terhadap
kontrak Bay Al-Inah.Oleh itu, ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
sekumpulan saya kerana sentiasa memberikan komitmen yang baik dan
kerjasama yang mantap antara satu sama lain.Tidak lupa juga ucapan terima
kasih buat Puan Ashikin binti Salleh diatas bimbingan dan tunjuk ajar.
Walaupun banyak kekangan yang dihadapi antaranya ialah kelajuan internet
tetapi kami berjaya harunginya. Akhir sekali, semoga ilmu yang kami peroleh
ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

FIRRA NURHARNANI Alhamdulillah dan syukur dengan jayanya kami dapat bergading bahu dalam
BINTI YAHAYA menyiapkan tugasan berkumpulan ini bersama .Banyak info dan pengetahuan
serta isu isu yang menjadi kontroversi dalam kontrak bay al-inah ini dapat
saya pelajari .Terima kasih tidak terhingga juga kepada Puan Ashikin binti
Salleh serta ahli kumpulan kerana telah memberi banyak kerjasama serta
tunjuk ajar dalam penyelesaian isu bagi tugasan ini.

FATIN MUNIRAH BINTI Setelah hampir sebulan lebih tempoh diberikan untuk menyiapkan tugasan
MUHAMMAD NADZRI bagi kursus ECO2513 daripada tarikh arahan dikeluarkan, kami sekumpulan
akhirnya dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan. Terima kasih untuk
rakan ahli kumpulan dan Puan Ashikin, dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu kami melaksanakan tugasan
ini.

SITI NADIAH WADIHAH Alhamdulillah, selepas menyempurnakan tugasan ini, saya mendapati bahawa
BINTI ABD RAZAK semangat kerjasama merupakan sesuatu aspek yang amat penting yang perlu
diamalkan. Ianya kerana melalui kerjasamalah kami dapat berbincang dan
MUHAMMAD FIKRI BIN menghasilkan kerja berkumpulan yang berkualiti. Saya ingin mengucapkan
ABDUL RAHMAN setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah tersayang Puan Ashikin binti
Salleh atas bimbingan yang sangat baik dan tidak lupa juga kepada ahli
kumpulan yang memberi kerjasama, meluangkan masa untuk menyiapkan
tugasan ECO 2513 dengan jayanya.

Alhamdulillah dan syukur kerana kami dapat menyempurnakan tugasan ini
dengan baik. Pelbagai ilmu dan info yang dapat kami pelajari dan tugasan ini
dapat membuat kami lebih faham secara mendalam tentang isu dan solusi
Bay Al-Inah. Terima kasih juga kepada Puan Asyikin kerana sentiasa memberi
semangat bagi meneruskan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan
saya kerana dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan
tugasan ini.

11

RUJUKAN

JUSOH, A. F. (2017). Maqasid Pengharaman Pembiayaan Peribadi Berlandaskan. journal
article.ukm, 12. Retrieved from Makalah Khas:
http://journalarticle.ukm.my/11931/1/22607-67926-1-PB.pdf

ABDULLAH, W. N. (2012). Kontrak bai’ al-inah dalam produk pembiayaan peribadi secara Islam:
satu tinjauan perundangan. Retrieved from MY.TO:
http://myto.upm.edu.my/find/Record/ukmvital-80451/Description#tabnav

Jauhary, S. (2019, JANUARY 30). Hukum Akad Bai'ul 'Inah Di Dalam Perbankan Islam. Retrieved

from gerakanpenamalaysia:

http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2019/01/hukum-akad-baiul-inah-di-dalam.html

12


Click to View FlipBook Version