KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104 Nama : Qistina Balqis Binti Dahari Mohd Unit : Bahasa Melayu 2 ( PPISMP) Nama Pensyarah : En. Mohamad Bin Ab Latiff
konsep kesusasteraan melayu Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yangterdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seniyang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai senibahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yangmendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifatkreatif. Seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan dan kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungankepuasan intelek dan kepuasan estetik.
TAKRIF KESUSASTERAAN Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu “ castra “ . Susastera yang bermaksuud kata yang membawa maksud khususu , iaitu : Sastera huruf atau buku ( ke ) susastera ( an ) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Hashim Awang ( 1987 ) mengatakan kesusasteraan itu adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Disamping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-apek isi atau daya pengucapannya.
Prosa Tradisional Prosa Moden Jenis Kesusasteraan Melayu Puisi Tradisional Puisi Moden
Pantun Seloka Syair Gurindam Jenis , bentuk dan ciri puisi tradisinonal Pantun paling ringkas terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama. Baris dikumpul menjadi empat, enam dan lapan kerat. Seloka adalah puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah, sama ada berirama atau tidak. Syair sejenis puisi berlagu. Terdiri daripada empat baris serangkap. Sebuah syair mempunyai makna yang menceritakan sesuatu kisah. Gurindam sejenis puisi yang tidak terikat. Setiap baris mempunyai tiga,empat,enam atau lebih perkataan. Pola rima a-a; a-b atau serima
FunGsi Sastera Melayu Karya untuk melahirkan sastera yang membawa keseronokkan dan keterujaan. Karya ini terhasil daripada keindahan kata-kata, irama atau rentak yang tersusun, karya ini mampu membelai pembaca dengan unsur kelucuan. kepentingan sastera hiburan ini menjadikan sesebuah karya seperti penglipurlara diterima, diminati dan digilai masyarakat Sastera Hiburan Sastera Dakwah Sastera dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan saranan objek dakwah. Sastera disampaikan dalam bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya.
FunGsi Sastera Melayu Sastera Pendidikan Sastera pendidikan memberikan pengetahuan, pengajaran, nasihat atau pesanan . Semangat dan nilai yang terdapat dalam sastera menjadi pendorong kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama untuk membangunkan masyarakat. Sastera Kritikan Sosial Sastera ini merakam kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai sudut pandangan. Sastera ini memaparkan kisah yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia.
CONTOH KARYA HASIL PUISI TRANDISIONAL
BENTUK PANTUN : merupakan puisi terikat. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, empat baris serangkap. Bilangan perkataan setiap baris hampir sama , empat hingga lima perkataan setiap baris. 01. Pantun Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. CONTOH PANTUN :
Pantun ini menyampaikan bahawa seseorang yang berbudi pekerti yang baik pasti namanya akan disebut-sebut dan sentiasa dikenang oleh orang lain terhadap perkara yang telah dibuat atau memberi pertolongan. Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. Seperti kata pepatah “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Hal ini membawa erti walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetapi membawa sejuta makna untuk dikenang. Perasaan kasih budi ini terlahir daripada dalaman seseorang yang menjadikan asbab sesebuah hubungan lebih erat hingga ke akhir hayat. Maksud penyampaian pantun :
Syair merupakan sejenis puisi yang disampaikan dalam alunan berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap yang terdiri daripada empat baris serangkap. Tidak mempunyai pembayang. Penyampaian syair bersifat pesanan,nasihat dan pengajaran kepada masyarakat. 02.Syair CONTOH SYAIR :
Rangkap 1 Maksud penyampaian syair : Seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, mempunyai sikap kurang sopan, berakhlak rendah dan hidup dalam keadaan miskin. Rangkap 2 Rangkap 3 Penyair memohon maaf jika tulisan daripada perasaan kecewanya menghasilkan kata-kata yang tidak menarik dalam warkah tersebut Sebuah warkah telah ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.
03. Seloka BENTUK SELOKA: Berbentuk bebas dan tidak terikat. Mempunyai tujuh hingga sembilan suku kata. Mengandungi satu rangkap. Mempunyai tiga hingga lima patah perkataan sebaris. Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.. Seloka juga terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris. Satu ciri penting seloka adalah mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah laku dan sifat negatif. CONTOH SELOKA:
Seloka Pak Kaduk menceritakan tentang nasib malang yang terus menimpa Pak Kaduk akibat daripada tindakan dan kelakuan yang bodoh dan ceroboh tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.Pak Kaduk menukarkan ayamnya dengan ayam Raja lalu kampungnya tergadai. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuang nasi kerana mahu pergi kenduri. Setibanya tiba kenduri telah habis. Pak Kaduk amat marah lalu memukul isterinya sehingga membunuh isteri. Akhir sekali ,membuang nasi sehingga lapar. Maksud penyampaian seloka :
04. Gurindam BENTUK GURINDAM: Mengandungi dua baris serangkap. Mempunyai irama akhir yang seragam. Mengandungi empat hingga tujuh perkataan . Bahasa yang digunakan bernada riang. Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada bentuk tertentu. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap. Setiap baris biasanya mengandungi tiga, empat, enam atau lebih perkataan mengikut sesebuah jalan penceritaan yang disampaikan. Pola rima a-a; a-b atau serima ( monoryme). Setiap rangkap menjadi sebuah jalan penceritaan yang bertututan dan memerlukan beberapa baris untuk menyatakan keseluruhan idea.
Maksud rangkap gurindam :: Rangkap 1 Barang siapa yang rajin belajar dan melakukan ulang kaji, lebih bertambah ilmu yang diperolehi. Rangkap 2 Seseorang yang ikhlas dan membuka sepenuh hati ketika belajar, perlulah menjauhi daripada sifat keji dan malas. Rangkap 3 Seseorang yang pandai membahagi masa , pelbagai pengalaman dapat diperolehi. Rangkap 4 Seseorang individu yang mempunyai adab yang tinggi, maka dirinya jauh dari sikap biadap. Rangkap 5 Seseorang yang rajin bertanya dan mempunyai hasrat menambah pengetahuan, maka tidak sesat dalam pembelajaran.
PUISI TRADISIONAL HASIL SENDIRI
Syair hasil sendiri Wahai anakku dengarlah bebelan, Ibu merapikan mu demi masa hadapan, Lengkapkanlah diri dengan pelajaran, Tidak lupa juga iman dan bekalan. Ilmu itu pelindung diri, Iman juga perlu disemat dihati, Menjaga kedua-dua perlu rapi, Agar hidup sentiasa diberkati. Ibu mengerti kamu sudah dewasa, Untuk fikir pahala dan dosa, Janganlah buat perkara yang sia-sia, Semoga anakku dilindungi Maha Esa.
1. Pemilihan kata ( diksi) yang indah. Contoh : “ Ilmu itu pelindung diri” 2. Sinkof. Contoh : “ Wahai anakku” 3. Asonasi. ( pengulangan huruf vokal A) Contoh : “ Iman juga perlu disemat dihati, ” 4. Aliterasi. ( pengulangan huruf konsonan M) Contoh : “ Ibu mengerti kamu sudah dewasa” Penyampaian syair dari sudut hati seorang ibu yang melihat anaknya kian membesar dan akan menjalani kehidupan sendiri . Nasihat ibu untuk si anak agar sentiasa berbuat baik. TEMA : GAYA BAHASA & KEINDAHAN : NILAI & PENGAJARAN: Kasih sayang seorang ibu. Kegigihan dan keprihatinan ibu menasihati anaknya untuk melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat di dewasa kelak.
Rangkap 1 Hati seorang ibu yang melahirkan anak memberi nasihat tentang kehidupan di masa depan agar seorang anak berjaya dengan ilmu pelajran. Tidak lupa juga menjaga iman dengan melakukan suruhan Allah SWT sebagai seorang hamba yang taat. Rangkap 2 Ilmu dan pengetahuan itu sebagai perisai diri yang menunjukkan kredibaliti seseorang insan. Iman juga perlu sentiasa dijaga rapi dan semat didalam hati. Melengkapkan kedua-dua antara ilmu dan iman perlu sekali dan dijaga kesan didalam diri supaya hidup diberkati. Rangkap 3 Ibu berpesan kepada anaknya yang kelak akan dewasa untuk sentiasa beringat dalam melakukan sesuatu perkara yang baik dan buruk. Jangan buat perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Doa seorang ibu kepada anaknya.
Wahai pelajar dengarlah nasihat, Gurumu ingin memberi amanat, Siapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat, Agar diri dilindungi dunia akhirat. Pagar runtuh dibina baru, Teguh berdiri dengan rata, Tidak terhingga jasamu guru, Ilmu diberi bagaikan permata. Bunga mawar bunga berseri, Bunga orked mekar di tepi titi, Guru membina insan berperi, Menghasilkan modal insan yang berkualiti. Pantun hasil sendiri
TEMA : Guru sebagai pelita hidup kepada seorang pelajar. BENTUK PANTUN : merupakan puisi terikat. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, empat baris serangkap. Bilangan perkataan setiap baris hampir sama , empat hingga enam perkataan setiap baris. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN : 1. Pemilihan kata ( diksi ) yang indah . Contoh : “ bagaikan permata” . 2. Sinkof. Contoh : “ jasamu guru” 3. Repetisi . Contoh : “ Bunga mawar bunga berseri” 4.Asonasi. Contoh : “Wahai pelajar dengarlah nasihat” (pengulangan huruf vokal A) 5.Aliterasi.Contoh : “Gurumu ingin memberi amanat”( pengulangan huruf kosonan M) Nilai dan pengajaran: Menghargai jasa guru Sebagai seoranng pelajar hendaklah menghargai dan menyanjungi jasa seorang guru yang telah penat lelah mengajar.
Rangkap 1 Seorang guru menyampaikan nasihat dan memberi pengajaran terhadap kelebihan dan manfaat diperoleh daripada ilmu yang berguna sebagai perisai diri di dunia untyk meneruskan kehidupan sehari-harian dan di akhirat sebagai pelindung diri. Rangkap 2 Ilmu yang disampaikan oleh seorang guru bagaikan cahaya yang menerangi kehidupan seseorang insan yang mula mahu mengenali dunia. Ilmu tersebut tidak ternilai harganya dan dianggap sebagai sebuah permata yang cantik dan berseri. Rangkap 3 Guru melahirkan modal insan yang akan menerajui negara di masa depan. Guru juga bertanggungjawab melahirkan insan yang berkualiti dari segi jasmani, intelek, rohani dan akhlak yang mulia.
RUMUSAN Tuntasnya, karya sastera mampu membawa kepada keunggulan penguasaan bahasa yang menjadi pengantaraan komunikasi antara kalangan individu dan kelompok masyarakat. Namun, karya sastera bukan sahaja menjadi pengantaraan malahan menjadi sebuah penyampaian suri teladan yang baik dalam kisah-kisah yang diceritakan. Seperkara lagi, karya sastera kukuh untuk mengeratkan ukhwah ikatan antara sesama komuniti masyarakat terdahulu. Dalam nada yang sama, karya sastera dapat membantu untuk lebih mengenali dan menghargai penulispenulis karya yang membawa kepada mendidik masyarakat untuk melakukan amalan yang baik dengan cara berhibur. Hal ini, jelaslah bahawa mempelajari kerya sastera memberi ikhtibar yang baik kepada pembacanya.
Rujukan Hashim Awang, N. ( 1987). Pengenalan Budaya Dan Kesusasteraan Melayu .https://www.academia.edu/41878936/PENGENALAN_BUDAYA_DAN_KESUSASTERAA N_MELAYU Sarjana Ismail Hussein ( 1998). Konsep Kesusasteraan Melayu. https://www.scribd.com/document/508581025/Konsep-Kesusasteraan-Melayu. Azlin. (n.d.). Senarai gaya bahasa KOMSAS. Scribd. https://www.scribd.com/doc/299622155/Senarai-Gaya-Bahasa-KOMSAS Gonzalez, O. (n.d.). Fungsi kesusasteraan Melayu. Scribd. https://www.scribd.com/doc/119156351/Fungsi-kesusasteraanMelayutext=Jadidapatdilihatdenganjelas,ceritayangdapatmenyentuhperasaannya.
Sekian, Terima Kasih