The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ramli Razak, 2024-05-07 11:59:24

LAPORAN INDUSTRI IKTBN SEPANG

LAPORAN EKSEKUTIF IKTBNS

Keywords: LAPORAN LI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) SEPANG MOHAMED RAMLI BIN ABDUL RAZAK 021006101033 K.U.S INDUSTRIES (M) SDN.BHD NO 2 & 4,JALAN PERUSAHAAN 1,KAWASAN INDUSTRI PKNS BATU 20, 48000 RAWANG,SELANGOR. 8 JANUARI 2024 – 29 MAC 2024


[Type here] I PENGESAHAN KETUA JABATAN Saya akui bahawa telah membaca Laporan Latihan Industri (LI) ini dan pada pandangan saya Laporan Latihan Industri ini adalah memenuhi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap (4) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang dalam bidang Teknologi Mekanikal Pemesinan (Pembuatan CAD/CAM). Tandatangan : Nama Ketua Jabatan : EN MOHD RUDI BIN AB MUTALIB Tarikh :


[Type here] II PENGAKUAN PELAJAR Saya akui ini adalah Laporan Latihan Industri (LI) K.U.S INDUSTRIES (M) SDN BHD di mana semuanya adalah hasil kerja saya sendiri. Tandatangan : Nama pelajar : MOHAMED RAMLI BIN ABDUL RAZAK Tarikh :


[Type here] III PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia Nya dan keredhaan Nya, saya telah dapat menyelesai dan menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya sebagaimana yang telah disyaratkan untuk penganugerahan Sijil Diploma Teknologi Mekanikal Pembuatan (CAD/CAM). Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada En. Amir Akmal bin Anuar (Cik Amir) kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan En Fairuz bin Saribudin sebagai penyelia kepada saya dalam usaha menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan, bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, tidak lupa juga pada para pensyarah dan rakan sepejuangan yang sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan latihan industri ini. Sekian, terima kasih.


[Type here] IV ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN ▪ PENGESAHAN KETUA JABATAN ▪ PENGAKUAN PELAJAR ▪ PENGHARGAAN ▪ ISI KANDUNGAN I II III IV 2 BAB 1 - PENGENALAN 1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1.2 KELEBIHAN LATIHAN INDUSTRI 1.3 OBJEKTIF LAPORAN 1-4 3 BAB 2 – LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 SEJARAH SYARIKAT 2.2 OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKAT 2.3 LOGO SYARIKAT 2.4 LOKASI SYARIKAT 2.5 CARTA ORGANISASI SYARIKAT 2.6 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SYARIKAT 5-11 4 BAB 3 – LAPORAN TUGAS / PROJEK 3.1 PENDAHULUAN 3.2 TUGASAN YANG DILAKSANAKAN 3.3.1 minggu pertama (8/1/24 – 13/1/24) 12-48


[Type here] V 3.3.2 minggu kedua (15/1/24 – 20/1/24) 3.3.3 minggu ketiga (22/1/24 – 27/1/24) 3.3.4 minggu keempat (29/1/24 – 3/2/24) 3.3.5 minggu kelima (5/2/24 – 10/2/24) 3.3.6 minggu keenam (12/2/24 – 17/2/24) 3.3.7 minggu ketujuh (19/2/24 – 24/2/24) 3.3.8 minggu kelapan (26/2/24 – 2/3/24) 3.3.9 minggu kesembilan (4/3/24 – 9/3/24) 3.3.10 minggu kesepuluh (11/3/24 – 16/3/24) 3.3.11 minggu kesebelas (18/3/24 – 23/3/24) 3.3.12 minggu keduabelas (25/3/24 – 29/3/24) 3.3 PERALATAN/PERISIAN YANG DiGUNAKAN 3.4 CONTOH PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH KILANG 3.5 AMALAN KESELAMATAN AM 3.6 UNDANG – UNDANG PERATURAN KESELAMATAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI 5 BAB 4 – CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 49


[Type here] VI 6 BAB 5 – PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN 50-53


[Type here] 1 BAB 1 - PENGENALAN Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian daripada bidang pengajian teknikal di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBNS). Setiap pelajar yang berada di semester 5 adalah diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri kerana ia merupakan syarat utama bagi seseorang pelajar itu layak atau tidak menerima penganugerahan diploma. Pelajar diwajibkan untuk mengikuti Latihan Industri di manamana syarikat sama ada swasta ataupun kerajaan selama 12 minggu. Dalam tempoh menghadapi Latihan Industri pelajar mendedahkan diri pelajar kepada suasana pekerjaan yang sebenar yang nyata berbeza dari suasana di Institut. Sebelum memilih atau memohon tempat latihan industri pelajar haruslah, memastikan tempat latihan industri itu bersesuaian dengan bidang yang diceburi. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa bekerja dalam tempoh latihan yang telah ditetapkan oleh pihak Institut iaitu selama 3 bulan bermula 8 JANUARI 2024 sehingga 29 MAC 2024. Semasa menjalani tempoh latihan, pelajar seharusnya merekod segala pengetahuan yang dikumpul dari semasa ke semasa serta kerja-kerja yang diselesaikan. Pengunaan rekod ini adalah untuk dipantau oleh pensyarah demi memastikan pelajar mendapat latihan yang bersesuaian dengan kursus yang diambil.


[Type here] 2 1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Latihan industri telah diwajibkan kepada pelajar dengan harapan setiap objektifnya dapat dicapai dengan cemeriang. Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut : I) Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di ikton dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya. Teori yang dipelajari menjadi panduan berguna manakala praktikal di firma menjadi pelengkap kepada ilmu yang sedia ada. II) Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. Melalui semangat ini juga, dapat melahirkan sikap saling hormat-menghormati dan bertolak-ansur. Gabungan sikap-sikap ini akan menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. III) Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri. Amalan ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya diri sendiri dan tujuan peraturan keselamatan kepada kita. IV) Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh iktbn. Penyediaan laporan ini sebenarya menjadi pelengkap latihan industri ini dan panduan pelajar setiap masa. V) Mendedahkan pelajar dengan realiti alam pekerjaan. Pendedahan ini menjadi satu bonus bagi pelajar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang. Ini kerana, kebanyakan firma menawarkan pekerjaan bagi mereka yang berpengalaman. VI) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi. Dengan adanya sikap ini dalam diri pelajar, kakitangan firma akan memberi kepercayaan yang tinggi. Dengan ini, nama iktbn dan ikbn turut dipandang tinggi.


[Type here] 3 1.2 KELEBIHAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri merupakan satu pendedahan awal kepada alam pekerjaan yang mempunyai perbezaan dengan pembelajaran di institusi pengajian tinggi.Selain itu, latihan industri ini memberi peluang kepada pelajar dalam mendapatkan sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran. Di samping itu, pelajar akan belajar menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baru dan tentunya jauh berbeza dari sebelumnya. Latihan industri sememangnya memberi pelbagai manfaat kepada semua pelajar termasuk pihak swasta dan kerajaan. Pelajar mendapat ilmu dan kemahiran manakala pihak swasta dan kerajaan akan mempunyai generasi pelapis yang berkualiti. Dengan ini, generasi pelapis juga mampu memberikan sumbangan dalam pembangunan ekonomi agar seiring dengan negara-negara maju. Selain itu, pelajar juga mampu meningkatkan daya keyakinan diri dan berfikiran matang. Matang juga akan mempelajari etika kerja dan mengamalkan adab budaya sopan dalam pergaulan. Sikap pelajar hendaklah dijaga kerana penilaian daripada pihak firma akan diambil kira. Latihan industri ini juga membantu pelajar menggabungkan teori dan praktikal yang dilakukan. Peluang menjalani latihan industri ini juga memberi kesempatan kepada pelajar untuk bertanyakan sebarang keraguan kepada pekerja mahir dengan lebih terperinci. Di samping itu, pelajar juga akan terdedah kepada masalah-masalah kerja dan mereka akan dibantu oleh pihak firma untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang betul dan rasional. Tempoh masa selama 3 bulan ini, sangat sesuai dalam memberikan gambaran yang jelas serta rujukan kepada pelajar tentang pekerjaan.


[Type here] 4 1.3 OBJEKTIF LAPORAN (HARIAN DAN EKSEKUTIF) Laporan terbahagi kepada 2 iaitu Laporan Harian dan Executive dimana ia wajib disiapkan oleh pelajar dan perl dikemukakan kepada pihak IKTBN. Laporan harian mesti diisi oleh pelajar pada setiap hari bekerja semasa menjalankan latihan industri. Bagi laporan eksekutif pula, pelajar perlu menyiapkan setelah selesai menjalani latihan. Laporan ini akan di kemukakan kepada pihak IKTBN semasa pendaftaran tamat latihan industri. Antara objektif laporan ini adalah: i. Membolehkan pihak IKTBN menilai hasil kerja pelajar dan memberikan penilaian yang terbaik dan sesuai dengan hasil kerja yang dikemukakan. ii) Membolehkan pihak IKTBN mengetahui aktiviti-aktiviti pelajar ketika menjalani latihan industri. la amat penting kepada pihak IKTBN mengharapkan pelajar menjalani latihan berdasarkan bidang yang diceburi. iii) Menjadi panduan yang berterusan kepada pelajar, tidak kira ketika belajar atau setelah memasuki alam pekerjaan. Buku laporan ini juga bolen dijadikan panduan kepada pelajar sendiri serta mereka yang memerlukan. iv) Membolehkan pelajar fokus dalam menyelesaikan kerja-kerja untuk menyediakan laporan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada pihak iktbn. lain dan yang paling utama adalah diri sendiri. Membolehkan pelajar membukukan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi ketika menjalani latihan industri. v) Menjadi salah satu langkah susulan yang utama dalam memantau keadaan pelajar yang menjalani latihan industri. Cara pemantauan ini berkesan dalam menguruskan bilangan pelajar yang ramai.


[Type here] 5 2.1 PROFILE DAN SEJARAH SYARIKAT Nama Syarikat : K.U.S INDUSTRIES (M) SDN.BHD No Berdaftar : 478047-H Tarikh Ditubuhkan : September 2000 Alamat Berdaftar : Lot 3.22 & 3.23, Pertama Kompleks , Jalan Tuanku Abdul Rahman , 50100 Kuala Lumpur. Alamat Pejabat/Kilang : No 2 & 4 Jalan Perusahaan 1, kawasan industri PKNS batu 20 , 48000 Rawang Selangor Nombor Telefon : 03-2691 9288 Nombor Faks : 03-2694 0107 E-mel : - [email protected] Bidang Perniagaan : Bahagian Perniagaan utama syarikat adalah pembuatan dan pembekalan produk berasaskan loga seperti berikut : - Perabot makmal - Perabot pejabat - Perabot Asrama - Perabot hospital Modal Dibenarkan : RM 450,000.00 Modal Berbayar : RM 28,000.00 Jurubank Utama : BANK ISLAM – Tingkat bawah & satu, 2 & 4 Jalan 14/22 Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya , Selangor Setiausaha Syarikat : Dato ‘ Hj Rusdi b Hj Mustafa - Lot 3.22 & 3.23, Pertama Kompleks , Jalan Tuanku Abdul Rahman , 50100 Kuala Lumpur


[Type here] 6 Juruaudit : SIRIM QAS INTERNATIONAL.


[Type here] 7 2.2 OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKAT OBJEKTIF - “ Kami akan berusaha mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami ke arah mencapai abjektif kualiti untuk kepuasan pelanggan “. VISI - Sebagai sebuah syarikat bumiputera kami komited dengan visi kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan yang terbaik. Disokong oleh pengalaman dan profesional serta kakitangan yang berdedikasi serta peningkatan perkhidmatan baharu. MISI - Falsafah kami bukan sahaja untuk memberikan penyelesaian menyeluruh dan terbaik. Selain itu, menjadikan perkhidmatan yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan dengan melaksanakan semua projek perabot secara profesional di samping jaminan dalam memenuhi tarikh akhir.


[Type here] 8 2.3 LOGO SYARIKAT LOGO SYARIKAT KUS INDUSTRIES (M) SDN BHD


[Type here] 9 2.4 LOKASI SYARIKAT LOKASI SYARIKAT KUS INDUSTRIES (M) SDN.BHD


[Type here] 10 PENGURUS EKSEKUTIF KEWANGAN EKSEKUTIF PENTADBIRAN KETUA PROJEK EKSEKUTIF PEMASARAN KERANI PEKERJA MAHIR PEKERJA MAHIR PEKERJA MAHIR PEKERJA MAHIR 2.5 CARTA ORGANISASI SYARIKAT


[Type here] 11 2.6 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SYARIKAT • Perkhidmatan yang disediakan adalah berurusan dengan Pemesinan CNC dan kerjakerja Bending. -Kejuruteraan Logam pengkhususan dalam fabrikasi keluli, bahagian perkakas dan pemesinan. • Selain itu, syarikat K.U.S INDUSTRIES SDN.BHD ini menyediakan perkhidmatan penghasilan produk atau barangan yang ditempah oleh pelanggan berasaskan logam daripada plate besi.. • Perkhidmatan lain seperti potong bahan logam, buat lubang, buat bebenang skru, dan lain-lain dengan menggunakan mesin dan alatan khas dalam kerja-kerja kejuruteraan pembuatan.


[Type here] 12 BAB 3 – AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 PENDAHULUAN Sepanjang tempoh latihan industri selama 3 bulan ( Dari 8 Januari 2024 hingga 29 Mac 2024 ) pelbagai aktiviti yang telah saya lakukan.Saya telah ditempatkan sebagai pelatih pekerja am.Antara tugas yang saya laksanakan ialah membantu juru teknik di dalam bahagian Production dan Machining. Di sepanjang tempoh latihan industri ini banyak tugasan yang saya lakukan dan saya juga dapat mempelajari pelbagai pembelajaran baru yang tidak pernah dipelajari sebelum keluar untuk latihan industri.Sekiranya seseorang pelajar gagal didalam modul latihan industri , pelajar itu dikehendaki untuk mengulang semester .Pelajar yang hanya mempelajari teori dan amali dibengkel tetapi tidak mempratikkan apa yang telah dipelajari tidak akan menambah pengalaman.Oleh itu , saya dapat menambah ilmu pengetahuan lebih mendalam tentang bidang ini semasa berada di latihan industri. Setelah tamat menjalani latihan industri, para pelatih perlu menyiapkan satu laporan rasmi bagi memenuhi syarat -syarat untuk lulus dalam latihan industri.Tujuan utama Buku Laporan Industri ini disediakan adalah untuk mencatat setiap kerja dan latihan yang dilakukan oleh pelajar semasa latihan industri disamping memperkenalkan firma atau agensi kepada pihak I.K.T.B.N untuk keperluan semua pihak sebagai tempat rujukan. Adalah diharapkan buku laporan ini akan dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pelajar sekiranya menghadapi masalah dalam mengendalikan kerja atau tugas di K.U.S INDUSTRIES (M) SDN.BHD mahupun di lain lain industri yang berkaitan atau sekiranya timbul masalah ketika berada di dalam alam pekerjaan kelak terutamanya dalam sektor industri dan baik pulih.


[Type here] 13 3.2 TUGASAN YANG DILAKSANAKAN 3.2.1 MINGGU PERTAMA (8/1/24 – 13/1/24) • Saya melapor diri ke kilang K.U.S INDUSTRIES (M) SDN.BHD Rajah 3.1 Kus Industries Sdn Bhd • Encik Fairuz (penyelia kilang) memberi penerangan tentang peraturan kilang.Selepas itu Encik Fairuz menyerahkan saya ke supervisor saya untuk menerangkan tentang tugasan yang perlu saya lakukan. • Supervisor saya mengenalkan mesin mesin didalam kilang tersebut . Selepas itu meletakkan saya di bahagian mesin CNC PUNCHER . Kemudian mengenalkan mesin CNC. Rajah 3.2 Pengenalan mesin CNC


[Type here] 14 • Melakukan pembersihan disetiap persekitaran kilang dan mesin. • Wajib mengemas mesin dan persekitarannya selepas digunakan. Rajah 3.3 Melakukan Pembersihan pada Pesrsekitaran Mesin. • Memulakan kerja memesin plate menggunakan CNC. • Memotong shelf bersaiz 832x552 sebanyak 285 pcs Rajah 3.4 Memulakan kerja pemesinan menggunakan CNC.


[Type here] 15 • Belajar membuat drawing menggunakan autocad 2008. • Kemudian cuba membuat drawing pintu kiri untuk dipotong. • Belajar transfer program dari komputer ke mesin CNC. Rajah 3.5 Proses membelajar membuat drawing dan transfer data ke mesin. • Mempelajari cara membuka mata alat CNC yang lama tukar kepada baru. • Kemas bahagian tolling/buang cip (tatal) / serpihan plate • Memasang mata alat baru saiz 25 dan 5 \ Rajah 3.6 Proses Menukar Mata Alat CNC


[Type here] 16 3.2.2 MINGGU KEDUA (15/1/24 – 20/1/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong side kanan sebanyak 95 pcs saiz 1558x819 untuk almari single. • Memotong side kiri sebanyak 43 pcs menggunakan mesin CNC. Rajah 3.7 Proses pemotongan plate menggunakan mesin CNC. • Jalan mesin CNC dengan memotong body drawer sebanyak 43pcs saiz 572x452. • Jalan mesin CNC dengan memotong shelf (rak) saiz 996x559 sebanyak 100pcs untuk almari standard. Rajah 3.8 Proses jalan mesin CNC .


[Type here] 17 • Belajar membuat drawing bersama supervisor untuk lebih faham menggunakan autocad. • Cuba untuk membuat drawing sambil dipantau oleh supervisor. • Selepas membuat drawing , cuba untuk melakukan dry run pada mesin CNC untuk melihat cara pemotongan plate. Rajah 3.9 Proses belajar membuat drawing bersama supervisor.


[Type here] 18 3.2.3 MINGGU KETIGA (22/1/24 – 27/1/24) • Belajar melihat / membaca drawing projek bersama supervisor. • Sedikit breifing mengenai drawing projek yang boleh menyebabkan seseorang pekerja dibuang majikan kerana pecah amanah . Rajah 4.0 Proses Membaca drawing bersama supervisor.


[Type here] 19 ⚫ Jalan mesin CNC dengan memotong drawer cover (laci almari) sebanyak 200 pcs saiz 554x148. ⚫ Drawer cover ini ialah laci yang berada di dalam almari standard. Rajah 4.1 Memotong drawer cover menggunakan mesin CNC. ⚫ Jalan mesin CNC dengan memotong dengan memotong side left ( sisi kiri) sebanyak 100 pcs saiz 1889x591 untuk almari standard. • Side kiri ini ialah bahagian tepi kiri pada almari standard . Rajah 4.2 Proses Pemotongan side kiri .


[Type here] 20 • Membuat drawing dan membaiki drawing plate menggunakan autocad. • Membuat drawing plate side kanan sambil dipantau oleh supervisor. • Side kanan ialah bahagian tepi kanan pada almari standard. Rajah 4.3 Membuat drawing side kanan.


[Type here] 21 3.2.4 MINGGU KEEMPAT (29/1/24 – 3/2/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong side kanan sebanyak 54 pcs untuk almari standard saiz 1889x591. • Jalan mesin selepas menyiapkan drawing side kanan. • Side kanan ialah bahagian sisi kanan pada almari standrd. Rajah 4.4 Jalan mesin CNC dengan memotong side kanan.


[Type here] 22 • Membuat drawing autocad dengan melukis drawer body. • Selepas siapkan drawing , jalan mesin CNC dengan memotong body drawer sebanyak 100 pcs saiz 537x427. Rajah 4.5 Membuat drawing dan memotong body drawer . • Membuat drawing dengan melukis door right (pintu kanan latch lock) • Selepaskan menyiapkan drawing , jalan mesin CNC dengan memotong pintu kanan 5sebanyak 50 pcs. • Pintu kanan ini mengandungi kunci untuk mengunci almari. Rajah 4.6 Membuat drawing dan memotong pintu kanan.


[Type here] 23 ⚫ Melihat dan belajar supervisor membuat drawing. ⚫ Jalan mesin CNC dengan memotong top (atas almari) sebanyak 100 pcs. ⚫ Diajar menggunakan clamp mesin dengan betul. Rajah 4.7 Memotong bahagian top dan diajar menggunakan clamp mesin. ⚫ Jalan mesin dengan memotong divider sebanyak 100 pcs untuk almari standard saiz 1660x562 . ⚫ Divider ialah bahagian tetengah yang berada didalam mesin . Rajah 4.8 Proses memotong divider.


[Type here] 24 3.2.5 MINGGU KELIMA (5/2/24 – 10/2/24) • Membuat drawing dengan melukis mirror clip. • Mirror clip ini alah bahagian tempat letak cermin. • Jalan mesin CNC dengan memotong mirror clip sebanyak 100 pcs saiz 466x332. Rajah 4.9 Proses membuat drawing dan memotong mirror clip.


[Type here] 25 ⚫ Membuat drawing dengan melukis back (belakang almari) menggunakan autocad. ⚫ Back ialah bahagian belakang pada almari standard. ⚫ Jalan mesin CNC dengan memotong back sebanyak 50 pcs. Rajah 5.0 Membuang drawing dan memotong bahagian back. • Jalan mesin CNC dengan memotong shelf A (rak) sebanyak 100 pcs. • Shelf ini mempunyai 4 bahagian di dalam almari , disebabkan itu dipanggil shelf A , B , C , D Rajah 5.1 Memotong shelf A.


[Type here] 26 3.2.6 MINGGU KEENAM (12/2/24 – 17/2/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong door ‘ R ‘ sebanyak 100 pcs. • Pintu kanan ini mempunyai lock untuk kunci almari ( flash lock ). Rajah 5.2 Memotong door ‘ R ' • Jalan mesin CNC dengan memotong runner ‘ FRONT ‘ sebanyak 400 pcs saiz 380x69 • Runner ‘ F ‘ ini tempat memegang drawer laci supaya tidak terjatuh. Rajah 5.3 Jalan mesin dengan memotong runner F.


[Type here] 27 • Jalan mesin CNC dengan memotong runner ‘ M ‘ sebanyak 400 pcs. • Runner ‘ M ‘ adalah untuk landasan laci semasa membuka dan menutup laci. Rajah 5.4 Jalan mesin dengan memotong runner M.


[Type here] 28 3.2.7 MINGGU KETUJUH (19/2/24 – 24/2/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong ‘ topi ‘ saiz 1772x481 sebanyak 90 pcs. • Topi ini ialah cover yang berada di atas almari standard sebagai aksesori. Rajah 5.5 Memotong topi aksesori untuk almari. • Membuat drawing dengan melukis ‘ bottom ‘ untuk almari standard. • Bottom ini ialah bahagian tapak bawah pada almari . • Dipantau oleh supervisor semasa membuat drawing Rajah 5.6 Membuat drawing bottom.


[Type here] 29 • Jalan mesin CNC dengan memotong back sebanyak 100 pcs saiz 1861x960. • Back ialah bahagian belakang pada almari standard. Rajah 5.7 Memotong back untuk almari standard.


[Type here] 30 3.2.8 MINGGU KELAPAN (26/2/24 – 2/3/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong ‘ top ‘sebanyak 100 pcs saiz 978x611. • Top ini ialah bahagian atas pada almari standard. Rajah 5.8 Memotong top untuk almari standard. • Membuat drawing dengan melukis shelf A untuk almari. • Shelf A ini ialah pecahan beberapa rak yang berada dalam almari. Rajah 5.9 Membuat drawing shelf A.


[Type here] 31 ⚫ Jalan mesin CNC dengan memotong ‘ outerfront ‘ sebanyak 100 pcs. ⚫ ‘ Outerfront ‘ ialah penarik laci almari standard. Rajah 6.0 Jalan mesin dengan memotong outerfront.


[Type here] 32 • Membuat drawing dengan melukis ‘ drawer ‘ untuk almari. • Drawer ialah laci bagi almari. Rajah 6.1 Proses membuat drawing drawer (laci) • Membuat drawing dengan melukis ‘ door ‘ right untuk almari standard. • Door ini ialah pintu untuk almari. Rajah 6.2 Proses membuat drawing door.


[Type here] 33 3.2.9 MINGGU KESEMBILAN (4/3/24 – 9/3/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong side kanan sebanyak 43 pcs. • Side kanan ini ialah bahagian tepi sisi kanan untuk almari single door. Rajah 6.5 Memotong side kanan untuk almari single door. • Membuat drawing side right untuk almari standard. • Side kanan ini ialah bahagian sisi kanan almari standard. Rajah 6.6 Membuat drawing side right.


[Type here] 34 • Mmebuat drawing dengan melukis body drawer untuk almari standard. • Body drawer ini ialah badan laci untuk almari. Rajah 6.7 Membuat drawing body drawer. • Jalan mesin CNC dengan memotong bottom sebanyak 50 pcs saiz 949x670. • Bottom ini ialah tapak bawah pada almari. Rajah 6.8 Memotong bottom untuk almari.


[Type here] 35 • Membuat drawing dengan melukis ‘ door padlock ‘. • Door padlock ini ialah pintu yang mengandungi kunci untuk mengunci almari. Rajah 6.9 Membuat drawing padlock.


[Type here] 36 3.3.10 MINGGU KESEPULUH (11/3/24 – 16/3/23) • Membuat drawing dengan melukis shelf untuk almari. • Shelf ini terbahagi kepada 4 di dalam almari. • Kegunaan shelf ini adalah untuk meletakkan barang diatasnya dalam almari Rajah 7.0 Mmembuat drawing shelf. • Membuat drawing bottom menggunakan autocad sambil dipantau supervisor. • Bottom ini adalah bahagian bawah pada almari. Rajah 7.1 Membuat drawing bottom


[Type here] 37 • Membuat drawing top untuk almari standard. • Top ini ialah bahagian atas pada almari standard. Rajah 7.2 Membuat drawing top. • Membuat drawing dengan melukis shelf untuk almari standard. • Shelf ini ialah rak yang berada di dalam almari. Rajah 7.3 Membuat drawing shelf.


[Type here] 38 • Membuat drawing dengan melukis side left untuk almari standard. • Side left ini ialah bahagian sisi kiri pada almari. Rajah 7.4 Membuat drawing side left.


[Type here] 39 3.2.10 MINGGU KESEBELAS (18/3/24 – 23/3/24) • Jalan mesin CNC dengan memotong plate side left sebanyak 100 pcs saiz 1889x581. • Side left ini ialah bahagian sisi kiri pada almari. Rajah 7.5 Jalan mesin CNC memotong side left. • Membuat drawing dengan melukis top. • Top ialah bahagian atas pada almari standard. Rajah 7.6 Mmembuat drawing top.


[Type here] 40 • Jalan mesin CNC dengan memotong side right untuk almari single door sebanyak 100 pcs. • Side kanan ini ialah bahagian sisi kanan pada almari. Rajah 7.7 Memotong side right. • Jalan mesin CNC dengan memotong back sebanyak 100 pcs. • Back ialah bahagian belakang pada almari standard. Rajah 7.8 Memotong back .


[Type here] 41 • Membuat drawing dengan melukis bottom • Bottom ini ialah bahagian bawah pada almari. Rajah 7.9 Membuat drawing bottom


Click to View FlipBook Version