Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3
4 Pada akhir cerita murid dapat: 1. Menyatakan nilai integriti dalam cerita 2. Memberi contoh amalan nilai berdasarkan cerita 3. Mengamalkan sikap berbudi bahasa 4. Menghormati ibu bapa Objektif Cerita PATUHI NASIHAT IBU
5 Mimi merupakan anak tunggal Encik Musa. Dia dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya. Namun begitu, Mimi jarang mendengar nasihat ibu bapanya.
6 Mimi juga malas membantu ibunya. Dia memberi pelbagai alasan untuk tidak membantu ibunya.
7 Ibu : Makanlah nasi goreng yang ibu masak tu. Mimi : Mimi tak nak nasi goreng. Mimi nak makan roti canai. Pada suatu pagi, Mimi terlewat bangun tidur. Dia tidak mahu makan sarapan yang disediakan oleh ibunya.
8 Mimi terus beredar untuk ke sekolah.
9 Ibu : Cuba Mimi tengok dalam almari kasut. Ibu : Lain kali susunlah kasut dalam almari kasut. Mimi : Ibu, di mana sebelah lagi kasut Mimi? Mimi : Tak ada pun. Eh! Ada di tepi pasu bunga. Tiba-tiba, terdengar suara Mimi memanggil ibunya.
10 Mimi : Aduh... aduh.., sakitnya! Ibu tolong... tolong. Mimi terus memakai kasut sekolah. Tiba-tiba terdengar suara Mimi menjerit kesakitan.
11 Ibu : Kenapa Mimi? Kenapa sayang? Mimi : Kaki Mimi sakit... sakit... Ibu Mimi segera mendapatkan anaknya yang sedang menangis kesakitan.
12 Ibu : Eh... lipan. Besarnya! Kita kena segera ke hospital. Tiba-tiba kelihatan seekor lipan keluar dari kasut sekolah Mimi.
13 Ibu : Mimi perlu berhati-hati semasa hendak memakai kasut. Doktor : Betul... awak perlu mendengar nasihat ibu. Ibu segera membawa Mimi ke hospital. Mimi terus diberi rawatan sebaik sahaja tiba di hospital.
Selepas selesai rawatan, Mimi dibawa pulang ke rumah. Ibu menasihati Mimi supaya lebih berhati-hati. 14 Ibu : Kasut perlu disusun dalam almari supaya tidak dimasuki serangga atau haiwan berbisa. Selepas selesai rawatan, Mimi dibawa pulang ke rumah. Ibu menasihati Mimi supaya lebih berhati-hati.
15 Ibu : Baiklah Mimi... lain kali jangan buat lagi. Mimi : Ibu... maafkan Mimi kerana selalu tidak mendengar nasihat ibu.
16 Selepas kejadian tersebut Mimi tidak lagi bersikap kasar terhadap ibunya. Dia juga selalu mendengar nasihat dan menghormati ibu bapanya.
17 Ibu dan bapa Mimi gembira dengan perubahan sikap anak mereka.
1. Berhati-hati 2. Mendengar nasihat 3. Sedia memohon maaf 4. Hormat 1. Mendengar nasihat ibu bapa. 2. Menghormati ibu bapa. 3. Bersedia memohon maaf jika melakukan kesalahan. 1. Lakonan watak dalam cerita. 2. Menghasilkan kad ucapan untuk ibu dan bapa sebagai menghargai jasa mereka. 1. Tunggal 2. Menghiraukan 3. Berbisa 4. Perubahan Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi lagu “Kenekkenek Odeng” sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Nilai lntegriti Pengajaran Cadangan Aktiviti 18 Kosa Kata Uji Minda Ibu ibu sayangku Bangun pagi untukku Kerja mulia selalu Tidak mengira waktu Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Hu Wahai kawan-kawanku Dengar nasihat ibu Derhaka tidak perlu Syurga tempat di tuju Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Hu Sifat rajin amalan kita Kasih sayang di hati mulia Kerjasamalah kita untuk semua Baiklah di hati sesamalah kita Ibu ibu sayangku Bangun pagi untukku Kerja mulia selalu Tidak mengira waktu Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Huwa Hu Nasihatku 1. Nyatakan sikap Mimi terhadap ibu bapanya. 2. Ceritakan kejadian yang berlaku kepada Mimi. 3. Pada pendapat kamu, kenapakah lipan berada di dalam kasut Mimi? 4. Apakah nasihat ibu kepada Mimi? 5. Andaikan Mimi lewat dibawa ke hospital, apakah yang akan berlaku? 6. Bagaimanakah sikap kamu semasa ibu memberi nasihat? 2x 18 Melodi asal : Kenek-kenek Odeng Penulis lirik : Roziah binti Harun Dr. Siti Nor binti Yaacob