The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AZAHAR MADAR, 2023-08-31 10:02:51

09 Semut Yang Baik Hati

09 Semut Yang Baik Hati

Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3


SEMUT BAIK HATI YANG 4 OBJEKTIF CERITA Pada akhir cerita murid dapat: 1. Menyebut nilai integriti dalam cerita. 2. Menyatakan contoh sikap baik hati terhadap rakan. 3. Mengamalkan nilai baik hati sesama rakan. 4. Menunjukkan nilai berterima kasih atas bantuan yang diterima.


5 Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di dalam taman. Setiap hari, Belalang dan kawan-kawannya bermain-main sambil menyanyi di taman itu. Belalang tinggal dalam sebuah taman bunga yang indah. Kawan-kawannya iaitu kupu-kupu, kumbang, lebah dan semut juga tinggal di taman itu.


6 Suatu hari, Belalang bermain bersendirian. Semasa bermain, dia terjumpa dengan sekumpulan semut. Kumpulan semut itu sedang sibuk mengumpul makanan.


7


8 Betul ke? Langit cerah saja. Tak mungkin hujan akan turun. Marilah kita main bersama-sama. Hai semut, rajinnya kamu. Buat apa tu?


9 Kami sedang bekerjasama mengumpul makanan. Tidak lama lagi musim hujan akan tiba. Makanan akan berkurangan. Tak mahu. Kami belum habis mengumpul makanan lagi. Lebih baik kamu juga kumpul makanan.


Belalang tidak mengendahkan kata-kata semut. Dia terus bermain dan menyanyi dengan gembiranya. 10


11 Setelah puas bermain, Belalang pulang ke rumah. Dia tidur dengan nyenyaknya. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Belalang terjaga dari tidur. Dia berasa lapar, namun tiada makanan di rumahnya. 11


“Bila hujan berhenti, bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. 12 Malangnya, hujan masih turun dengan lebat dan berlarutan hingga beberapa hari.


13 Setelah beberapa hari tidak makan, Belalang jatuh sakit. Belalang menyesal kerana tidak mengikut nasihat semut supaya menyimpan makanan.


14 Apabila hujan berhenti, semut keluar dari sarangnya. Dia tidak nampak kelibat belalang. Dia terus ke rumah belalang. Semut terperanjat melihat belalang terlantar sakit di rumahnya.


1515 Jangan bimbang sahabatku. Saya sayang kamu. Saya akan bantu. Saya beri kamu makanan. Belalang, apa terjadi kepada kamu? Kamu nampak sangat lemah. Sudah beberapa hari saya tidak makan. Tak ada makanan di rumah saya. Menyesal saya tidak mengikut nasihat kamu. Terima kasih. Kamu sangat baik hati. Lain kali saya akan ikut nasihat kamu.


Akhirnya, belalang sembuh dan sihat. Semut gembira melihat belalang kembali sihat. Mereka dapat main bersama-sama di taman itu. 16


17


1. Lakonkan watak dalam cerita. 2. Mengumpul buku cerita atau alat permainan terpakai untuk disumbangkan kepada pusat sumber sekolah atau golongan yang memerlukan. Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi Lemak Manis sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Pengajaran Cadangan Aktiviti Uji Minda 1. Apakah persediaan semut untuk menghadapi musim hujan? 2. Mengapakah belalang jatuh sakit? 3. Bezakan antara sikap belalang dengan semut. 4. Andaikan kamu belalang, apakah persediaan kamu untuk menghadapi musim hujan? 5. Ramalkan keadaan belalang jika semut tidak membantu. 6. Nyatakan nilai integriti yang boleh dicontohi daripada cerita di atas. 1. Mengendahkan 2. Nyenyak 3. Malangnya 4. Berlarutan 5. Kelibat 6. Terlantar Kosa Kata Mari kawan dengar cerita Kisah semut dan belalang Jadi teladan di hari muka Kisahnya sedih bukan kepalang Semut rajin terus berusaha Kumpul makanan sepenuh daya Tapi belalang terus terleka Jatuh sakit makanan tiada Semut sedih belalang sakit Beri makanan tidak berkira Sayang sahabat sayang semua Belalang sihat semua gembira (3x) Melodi asal: Lemak Manis Penulis lirik : Shamsulmarzeni binti Manshor Semut dan Belalang 1. Merancang masa depan dengan bijak. 2. Membantu orang dalam kesusahan. 3. Mendengar nasihat orang lain. 4. Mengamalkan sikap berterima kasih. 1. Rajin 2. Kerjasama 3. Sayang 4. Membantu 5. Terima kasih 6. Baik hati Nilai lntegriti 18


Click to View FlipBook Version