Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3
4 Pada akhir cerita murid dapat: 1. Menunjukkan sikap menghormati hak orang lain. 2. Mengamalkan sikap berwaspada dalam semua tindakan. Objektif Cerita LALAT PAK BELANG DAN
5 Pak Belang, seekor harimau yang sangat garang. Haiwan lain sangat takut dengan Pak Belang.
6 Pada suatu hari, semasa Pak Belang sedang tidur, seekor lalat hinggap di hidungnya. Pak Belang terjaga dan berasa sangat marah kerana tidurnya terganggu.
7 Pak Belang : Siapa yang berani mengganggu tidurku? Lalat : Akulah.
8 Pak Belang : Siapa kau? Lalat : Lalat... Hi! Hi! Hi! Walaupun kau raja dalam hutan ini, aku tidak takut.
9 Pak Belang : Kau sepatutnya tidak mengganggu tidurku. Hormatlah sikit! Pak Belang berasa sangat marah dan terus mengaum dengan kuat. Aummm!... Aummm!... Aummm!
10 Pak Belang : Siap kau? Aumm!... Aumm!.. .Aumm! Lalat : Tak takut. Kau tak dapat tangkap aku pun. Lalat terus mengusik Pak Belang. Sambil ketawa, dia terbang dan berlegar-legar di depan muka Pak Belang.
11 Pak Belang bertambah marah kerana gagal menangkap lalat. Lalat sangat gembira kerana berjaya mengusik Pak Belang.
12
13 Lalat terus terbang dan berlegar-legar. Tanpa disedari, lalat terlanggar sarang labah-labah yang berada di atas pokok. Lalat meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Semakin kuat lalat meronta, semakin kuat sarang labah-labah itu menjerutnya.
14 Pak Belang : Macam mana aku nak tolong kamu...kamu terlalu tinggi. Kasihan kamu. Lalat : Tolong! Tolong! Tolong saya Pak Belang. Pak Belang cuba memanjat pokok untuk membantu lalat, tetapi gagal.
15 Melihat ada mangsa melekat pada sarangnya, labah-labah terus merangkak ke arah lalat. Memandangkan keadaan itu, Pak Belang menjerit meminta lalat segera menyelamatkan dirinya. Namun sudah terlambat, lalat telah ditangkap oleh labah-labah.
16 Pak Belang kesal kerana tidak dapat menyelamatkan lalat. Pak Belang sedih dan akhirnya beredar dari situ.
17
1. Hormat-menghormati 2. Membantu 3. Belas kasihan 1. Menghormati hak orang lain. 2. Tidak mengkhianati orang lain. 3. Sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan. 1. Lakonkan watak-watak dalam cerita. 2. Meniru suara haiwan dalam cerita. 3. Membuat topeng harimau, lalat dan labah-labah. 1. Garang 2. Hinggap 3. Mengusik Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi “Si Bongkok Tiga” sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Nilai lntegriti Pengajaran Cadangan Aktiviti 18 Kosa Kata Uji Minda 4. Berlegar-legar 5. Meronta 6. Menjerut Wahai kawan mari semua Dengar cerita yang penuh makna Elak sengketa jangan menghina Santunkan diri walau di mana Marilah kita bertoleransi Itu sifat sangat terpuji Sesama kita berbaik hati Amalkan sifat berhemah tinggi (Ulang semua rangkap 2x ) Elak Sengketa 1. Siapakah Pak Belang dalam cerita di atas? 2. Apakah yang dibuat oleh lalat sehingga Pak Belang menjadi marah? 3. Bagaimanakah lalat boleh terperangkap pada sarang labah-labah? 4. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita di atas? 5. Andaikan Pak Belang membantu lalat yang terperangkap pada sarang labah-labah. Apakah yang akan berlaku? 6. Nyatakan nilai integriti yang boleh dicontohi daripada cerita di atas. 18 Melodi asal: Si Bongkok Tiga Penulis lirik: Intan Azlina binti Abdullah Abdullah Bin Yusof