The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AZAHAR MADAR, 2023-08-31 08:58:50

10 Makanan Berkhasiat Badan Sihat

10 Makanan Berkhasiat Badan Sihat

3 Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3


4 OBJEKTIF CERITA Pada akhir cerita murid dapat: 1. Mengenal pasti makanan berkhasiat. 2. Mengamalkan pemakanan berkhasiat. 3. Bersederhana dalam pengambilan makanan. 4. Menunjukkan sikap menghormati ibu. MAKANAN BERKHASIAT BADAN SIHAT


5 Zaril merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Zaril berusia enam tahun dan berbadan gempal.


6 Zaril amat menggemari makanan segera. Dia juga suka makan makanan dalam kuantiti yang banyak. Makan sayur Zaril. Sayur dan buah penting untuk kesihatan.


7 Ibunya selalu menasihati Zaril supaya makan makanan seimbang.


8 Walaupun sedap, makanan segera tidak baik untuk kesihatan. Zaril mesti makan makanan yang berkhasiat dan elakkan makan makanan segera.


9 Zaril tidak mengendahkan nasihat ibunya. Dia masih makan makanan yang tidak berkhasiat dalam kuantiti banyak. Tapi, mi segera dan burger sedap ibu.


10 Ibu... Ibu... laparlah. Ada, Zaril makan nasi, sup sayur dan ayam goreng serta minum jus tembikai. Suatu hari, Zaril baru pulang dari tadika. Dia terus ke dapur. Ibunya sedang memasak.


11 Cukuplah tu. Alahai... sabar… kesiannya anak ibu. Tadi, Zaril tak makan di tadika?


12 Tak boleh. Lebih baik makan nasi. Ibu dah masak. Tapi, Zaril masih lapar. Boleh Zaril makan mi segera? Tak mahu. Zaril nak makan mi segera juga.


13 Ibu bertegas tidak membenarkan Zaril makan mi segera. Zaril merajuk lalu beredar ke biliknya.


Tidak lama kemudian, Zaril masuk semula ke dapur. Ibunya telah selesai masak. Zaril menyediakan mi segera sendiri. Mi segera itu dibeli tanpa pengetahuan ibunya. Dia cepat-cepat makan. Selesai makan, Zaril ke biliknya. 14


Perut Zaril sakit. Kenapa ni, Zaril? Muka Zaril pucat. Ibu, ibu. Perut Zaril sakit. 15 Malam itu, Zaril tidak dapat tidur. Perutnya sakit. Dia mula menangis dan memanggil ibunya.


Zaril makan mi segera? Sepatutnya Zaril makan nasi yang ibu masak, bukan mi segera. Ya, Zaril lapar. Zaril makan mi segera tengah hari tadi. 16 Zaril segera berlari ke bilik air. Dia muntah. Ibunya bergegas ke bilik air membantu Zaril.


Baguslah. Kita mesti makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada mengambil makanan segera. Zaril minta maaf ibu. Zaril janji tidak akan makan makanan segera lagi. 17 Ibu membawa Zaril ke klinik untuk mendapatkan rawatan.


18 1. Menasihati 2. Sabar 3. Meminta maaf 1. Mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat. 2. Mendengar nasihat ibu. 3. Makan secara sederhana. 1. Bina piramid makanan. 2. Menyediakan makanan yang berkhasiat. Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi “Lompat Si Katak Lompat” sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Nilai lntegriti Pengajaran Cadangan Aktiviti Uji Minda 1. Apakah makanan kegemaran Zaril? 2. Nyatakan nasihat ibu kepada Zaril. 3. Mengapakah Zaril sakit perut? 4. Apakah yang akan terjadi sekiranya Zaril lewat diberi rawatan? 5. Senaraikan makanan berkhasiat yang kamu suka. 1. Gempal 2. Kuantiti 3. Makanan seimbang 4. Bertegas 5. Berkhasiat 6. Bergegas Kosa Kata Kalau kita nak sihat Ikut Piramid Makanan Gaya hidup sihat Pastikan jadi amalan Banyak makan bijirin Sayur sayur buah buahan Makan sederhana Tenusu dan protin Gula kurangkanlah ... ooi Kalau kita nak sihat Ikut Piramid Makanan Gaya hidup sihat Pastikan jadi amalan Melodi asal: Lompat Si Katak Lompat Penulis lirik : Mohammad Diah Bin Wahari Rozman bin Rosely Piramid Makanan 2x ⎫ ⎭ ⎬


Click to View FlipBook Version