3 Saya anak Malaysia Anak-anak ceria Baik budi bahasa Kepada orang tua Suka bantu-membantu Tak mengira bangsa Mendengar kata ayah lbu dan juga guru Sayang-menyayangi Berakhlak mulia Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Rukun Negara kita Ada lima prinsipnya Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Asas aman sentosa Saya anak Malaysia Tidak suka sengketa Jujur dan beramanah Amalan setiap masa Saya anak Malaysia lntegriti di hati Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir Saya anak Malaysia 3
BERSIHNYA! WAH, OBJEKTIF CERITA Pada akhir cerita murid dapat: 1. Menyatakan nilai dalam cerita. 2. Mengenal pasti ciri-ciri gerai makan yang bersih. 3. Menerangkan cara untuk mengelakkan keracunan makanan. 4. Mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan harian. 4
5 Tiga orang rakan sedang berjalan menuju ke taman permainan. Bersebelahan taman peramainan tersebut terdapat gerai makan.
6 Kawan-kawan, tengok sana tu! Ramai sungguh orang makan di situ. Ya Ramu... tentu sedap makanannya. Jom kita pergi dekat gerai itu dan tengok sendiri!
7 Samsul, Lim dan Ramu berjalan ke arah gerai tersebut.
8
9 Tengoklah pekerja-pekerja di gerai ini, penampilan mereka kemas. Mereka memakai pakaian seragam, lengkap berapron dan menutup kepala. Wah, bersihnya! Patutlah ramai yang makan di sini. Betullah, sangat bersih.
Mereka bercadang untuk makan di gerai itu. Tiba-tiba mereka ternampak kakak Samsul di gerai itu. 10 Ya ... itu kakak saya, kak Rozi. Gerai macam inilah yang patut menjadi pilihan orang ramai. Makanan diletakkan dalam bekas yang bertutup. Penyepit dan senduk bagi setiap makanan juga disediakan secara berasingan. Pekerjanya pula melayan pelanggan dengan sopan. Eh.., itu macam kakak kamu Samsul.
11 a an
Samsul memanggil kakaknya. 12 Kakak buat apa di gerai ni? Eh, Ramu, Samsul, Lim! Kakak hendak beli nasi ayam. Nasi ayam di gerai ini sangat sedap dan murah.
13 Betullah Kak. Kami pun tertarik untuk datang ke sini. Gerai ini bersih dan kemas.
KadepunasMinta maaf ya.. kakak tidak dapat makan bersama-sama. Kakak terpaksa balik cepat. 14
Kak, marilah makan dengan kami. Kami pun hendak makan nasi ayam di gerai ini. 15
16 Mereka menjamu selera di gerai itu. Mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima. Makanan yang dihidangkan pun bersih dan enak. Sedapkan nasi ayam tadi. Gerai pun bersih. Kita dapat makan dengaselesa dan selamat. Kitajuga tidak perlu risau dengkeracunan makanan. Baguskan kalau semua gerai bersih macam gerai tadi.
17 dengan at. Kita u dengan anan.
1. Bersih 2. Kemas 3. Sopan 1. Membuat permainan kecil berdasarkan cerita, contoh “Main Pakai Apron”, “Main Pakai Topi Chef”, Main Masak-masak”. 2. Membuat simulasi cerita “Wah Bersihnya.” Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan melodi “Pak Pung Pak Mustafe” sambil membuat pergerakan kreatif. Nyanyian Nilai lntegriti Pengajaran Cadangan Aktiviti Uji Minda 1. Ceritakan keadaan kebersihan di gerai makan tersebut. 2. Sebutkan nilai integriti yang terdapat dalam cerita. 3. Bandingkan gerai makan yang bersih dengan yang kotor. 4. Mengapakah tiga sahabat memilih gerai Makan Muhibah? 5. Mengapakah kita tidak boleh makan di gerai yang kotor? 1. Penampilan 2. Pakaian seragam 3. Apron 4. Tertarik 5. Layanan 6. Keracunan makanan Kosa Kata Bersih, bersih, bersih Bersih itu yang cantik Bersih itu yang comel Bersih itu yang molek Bersih, bersih, bersih Bersih itu yang segar Bersih itu yang wangi Bersih itu berseri Bersih itu amalan mulia Bersih hati bersihlah minda Bersih itu patuh agama Bersih diri ramai yang suka Bersih, bersih, bersih Bersih itu yang cantik Bersih itu yang comel Bersih itu yang molek Melodi asal: Pak Pung Pak Mustafe Penulis lirik : Dr. Mohamed Ayob Sukani Nor Fazilah Hanim binti Mohtasar 1. Bijak memilih tempat makan yang bersih. 2. Mengamalkan kebersihan setiap masa, sama ada di rumah, di sekolah, di tempat-tempat awam atau di mana-mana sahaja. 18 Wah, Bersihnya