The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rubaiya.abunawas15, 2020-02-13 15:35:00

Program Jom ke Sekolah SMK Paya Rumput 2020

SMK PAYA RUMPUT

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM

PERMUAFAKATAN KPM & PDRM





















TARIKH : 17 FEBRUARI 2020
HARI : ISNIN

MASA : 7.40 -8.40 PAGI
TEMPAT : Dataran Etika SMK Paya Rumpur

ATUR CARA MAJLIS




7.00 -7.30 pagi



 Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah, PIBG dan
pentadbir dan guru-guru

 Meraikan kehadiran murid

 Murid,guru,pentadbir,PIBG dan PDRM mengambil
7.40
tempat pagi
 Ucapan aluan juruacara
 Nyanyian:

 Lagu Negaraku,
 Lagu Malaysia Bersih

 Lagu Negeri Melaka,
 Lagu Sekolah
 Bacaan Doa
 Bacaan ikrar

 Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah
 Ucapan Pengetua – Bacaan Perutusan Timbalan Menteri
Pendidikan
 Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM;

 Pelancaran Buku Panduan PPS
 Bacaan ikrar jom ke sekolah
 Penyampaian Sijil Kehadiran dan Sijil Kelas Mencapai

Kehadiran 98% ke atas bagi Bulan Januari
 Jamuan
 Bersurai

PENGENALAN



Program Jom Ke Sekolah 2020 adalah merupakan program kolaboratif


antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan


pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan

Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia .




OBJEKTIF


1.Mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap di


antara pihak sekolah dan pihak PPS





2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat

dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang


serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.





3. Membantu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mengelakkan


daripada faktor keciciran dalam pendidikan.

AHLI JAWATANKUASA




Pengerusi : Pn. Hajah Rubaiya binti Abu Nawas - Pengetua
Naib Pengerusi : Pn. Zaiha binti Ahmad - GPK HEM
: Pn. Soyah binti Sanusi - GPK Pentadbiran
: Pn. Ranimah binti Yahya – GPK Kokurikulum
Penyelaras : Pn. Hadizatul Kamar binti Abd Hadi - GKMP Kemanusiaan
Setiausaha : Pn. Siti Nor Rasidah binti Md Jani

Bendahari : Pn. Nadia Adlina binti Abdullah
AHLI JAWATANKUASA



Ketua: Pn. Latifah Hassan – GKMP Bahasa Ketua: Pn.Azizah Ahmad GKMP Sains & Math Ketua: Pn. Yanti Hartiny Hamidon GKMP Tek Vok
JK BACAAN IKRAR JK Mengalu-alukan Murid JK JURUACARA
Pn. Nur Wardah Nadrah Pintu Utama – Barisan Pentadbir Pn. Alina Izura Salehuddin
- Murid -PIBG, Pn. Ruhanah Mohamed
Semua Guru Bidang Bahasa Pn Noor Affiza Noor Rosdy
JK DOKUMENTASI DAN LAPORAN Semua Guru Bidang Tek & Vok - Murid
Pn. Suria binti Talib (laluan pelajar hingga ke dataran)
Cik Sara Yasmine Roziman JK DISIPLIN& KAWALAN MURID
Pagar Alternatif En Mohd Azif bin Shukor (K)
JK FOTOGRAFI Semua Guru Bidang Sains Matematik Pn. Norhaslina Hassan
En. Mohd Azrin Mohd Daud Pn. Roiamah Basri (K) Semua Guru Disiplin dan Guru Kelas
Pn. Janaky a/p Vasu Semua Guru Bidang Kemanusiaan
Kelab Fotografi Pn. Nur Hidayah Ali (K) K Jamuan
Cik Noru Abd Jalil
JK BACAAN DOA JK Sijil , Cenderamata Pn. Nur Afiqah Azlan
En. Muhammad Muhsin Hamdan Pn. Yuslinda Md Shah
- Murid Cik Nurzakiah Zakaria JK Sijil , Cenderamata
JK SIAR RAYA Pn. Yuslinda Md Shah
Cik Nurzakiah Zakaria
En. Daniel Rajapandian Jackson JK Banner
a/l Danaraj En Hasiran leman
En. Muhd Firdaus Hashim En Mohd Rosnisal Abd Aziz JK PERSIAPAN TEMPAT
- Murid En. Nor Azlan Mohd Salleh
En. Shah Ryzwan

LAGU MALAYSIA BERSIH

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN






TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA



YB TEO NiE CHING



SEMPENA


PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2020








BERTEMPAT DI


SMK SULAIMAN, BENTONG

PAHANG


17 FEBRUARI 2020

Salam Sejahtera










Syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana mengizinkan kita untuk menjalin silaturahim dan



menyulam ukhwah , sempena Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia



(KPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam Program, Jom ke Sekolah Peringkat


Kebangsaan Tahun 2020.







1. Pada kesempatan ini , saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada



(Pegawai Perhubungan Sekolah). Sesungguhnya kehadiran tuan bersama-sama kita pada


hari ini membuktikan kesungguhan dan semangat permuafakatan yang tinggi dalam usaha


membangunkan sekolah sebagai institusi yang selamat dan aman. Tidak dilupakan juga



ucapan terima kasih ini untuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang



turut memberi sumbangan bagi kelancaran majlis, ibubapa dan komuniti. .

2. Kesepakatan, komitmen dan kesungguhan semua pihak, sama ada KPM, PDRM,


NUTP , ibubapa dan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan


program Jom Ke Sekolah ini akan menghasilkan impak yang besar kepada sistem pendidikan di


Malaysia.


Bagi tujuan tersebut, KPM amat berbesar hati dengan kerjasama berterusan oleh PDRM melalui


kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Terima Kasih atas segala



sumbangan dan komitmen yang diberikan.Satu tepukan gemuruh kepada PDRM.






3. Sesungguhnya KPM sentiasa membuka ruang dan pintu kerjasama dengan semua pihak,


sama ada badan kerajaan atau swasta pada setiap masa bagi memastikan aspirasi pendidikan negara


disokong oleh semua pihak. Sebagai contoh, KPM telah melaksanakan Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa,


Komuniti dan Swasta (PIBKS) peringkat kebangsaan pada tahun lalu. Program dan aktiviti begini akan


sentiasa dilaksanakan demi kepentingan anak bangsa Malaysia.

Para hadirin sekalian,






4. Pelaksanaan program Jom Ke Sekolah ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan



kerjasama yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan PPS. Jalinan yang mantap antara kedua-


dua pihak agar dapat memastikan disiplin murid lebih terkawal selaras dengan konsep sekolah


selamat dan amalan guru penyayang.






5. Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Pemangku Menteri


Pendidikan menyatakan hasrat beliau, agar kita memiliki nilai hidup yang baik untuk berjaya dalam


kehidupan . Sebaliknya jika nilai hidup yang kita amalkan tidak baik maka akan gagallah kita dalam


menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan. Hasrat beliau ini disampaikan semasa Majlis


Amanat dan Aspirasi bersama Warga KPM pada 6 Februari 2020 yang lalu. Oleh yang demikian


adalah perlu agar semua murid dididik untuk mengamalkan nilai hidup yang baik sejak di peringkat


rendah lagi. Nilai hidup yang baik yang dijadikan amalan seharian, akan membentuk budaya mulia


dalam kehidupan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,






6. Sesungguhnya bagi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara KPM dengan PDRM melalui


PPS sentiasa diperkasakan untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat dan ceria kepada


semua murid. Pihak KPM mengharapkan bukan sahaja murid dapat menikmati rasa selamat apabila



berada di sekolah tetapi warga sekolah, ibu bapa dan semua pihak yang berkepentingan turut


merasai perasaan tersebut setiap kali berada di kawasan sekolah.






7. Sebagaimana yang kita semua maklum, pendidikan perlu menjadi solusi kepada masalah-


masalah sosial yang berkemungkinan akan berlaku sekiranya anak-anak tidak dihantar untuk ke


sekolah. YAB, Perdana Menteri di majlis yang sama seperti yang saya nyatakan sebentar tadi,


menyatakan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) penting kerana ia merupakan usaha


membekalkan kita dengan ilmu dan kecekapan supaya kita dapat menangani masalah yang dihadapi


dalam kehidupan kita. Jika kita memiliki cukup ilmu pengetahuan dan kecekapan maka kebolehan kita


untuk mengatasi cabaran hidup akan menjadi lebih baik.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,






8. Pada masa ini peranan mendidik anak-anak bukanlah tugas guru semata-mata. Setiap


daripada kita perlu menggalas tanggungjawab ini bersama-sama demi masa depan negara. KPM


berharap kita semua dapat memperkukuh kerjasama dalam menyediakan pendidikan berkualiti


kepada anak bangsa, demi masa depan yang lebih gemilang. Sehubungan dengan itu, sekali lagi


saya menyeru agar semua pihak memberi sokongan padu kepada KPM dalam mengendalikan


program atau aktiviti pendidikan di pelbagai peringkat termasuklah peringkat kebangsaan dan


antarabangsa.


9. Bagi tujuan memantapkan peranan PPS di sekolah-sekolah pula, maka KPM dengan kerjasama


PDRM dan NUTP telah bertungkus lumus menyediakan Buku Panduan PPS bagi kegunaan sekolah-


sekolah dan PPS sendiri. Buku Panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan yang berguna bagi


kedua-dua pihak dalam menjalankan tugas demi mencapai aspirasi bersama-sama.

10. Justeru, saya mengambil kesempatan pada majlis ini juga untuk melancarkan Buku Panduan PPS


sebagai buku rujukan KPM dan PDRM bermula tahun ini. Semoga semua pihak yang berkaitan akan



mendapat manfaat yang besar dari pelancaran buku ini.






11. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua


pihak yang yang menjayakan majlis pada kali ini. Teruslah memberi komitmen jitu demi


memartabatkan sistem pendidikan negara agar menjadi sistem yang terunggul di dunia. Semoga


kerjasama erat dan padu serta sokongan dari semua pihak akan meningkatkan taraf pendidikan


negara untuk kejayaan generasi masa hadapan dan kemajuan negara kita.






Sekian, terima kasih

Kementerian Pendidikan Malaysia


Polis Diraja Malaysia

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


PPD Melaka Tengah


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Paya Rumput

Semua guru


Semua pihak





Yang telah menjayakan majlis ini


Click to View FlipBook Version