IKM KUALA LUMPUR T O K O H INSPIRASI KE JAYAAN SELAMAT DATANG 2024 E - M AJALAH Edisi 1 | Sesi Januari - Jun 2024
SEULAS KATA SEULAS KATA 01 Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera “Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya terlahirlah e-Majalah IKM Kuala Lumpur. Pelbagai program dan aktiviti serta pencapaian pelajar dan pensyarah dirangkumkan di dalam naskah e-Majalah untuk dikongsikan kepada para pembaca. Tahniah kepada semua atas segala kejayaan yang diukir. Saya berharap melalui e-Majalah ini, pembaca akan dapat merasai semangat dan mendapatkan inspirasi demi sebuah kejayaan. Selamat membaca, mengeksplorasi dan menikmati pengalaman dalam halaman-halaman e-Majalah institusi kami. Semoga memori yang dilakar menjadi kenangan manis untuk masa hadapan”. RUSLI BIN ABD RAHMAN PENGARAH IKM KUALA LUMPUR
APC 2024 PENCAPAIAN 02 Tahniah pada semua semua kakitangan IKM Kuala Lumpur yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC 2023 pada 20 Februari 2024 yang bertempat di German-Malaysian Institute, Bangi. Semoga kalian terus tekad mengekalkan momentum kecemerlangan sepanjang tempoh berkhidmat!
M AJ L IS APRESIASI PE LAJAR PENCAPAIAN 03 Pada tanggal 5 Mac 2024, Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar bagi meraikan pelajar yang telah mendapat keputusan GPA / CGPA 3.75 ke atas. Dalam selingan majlis juga, hadirin dihiburkan dengan Pasya MENTOR dan juga pelajar IKM KL sendiri yang berbakat bagi menyumbangkan suara bagi menghiburkan para tamu.
PR O GRA M ‘ F O O D BANK’ KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 04 Bantuan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar IKM Kuala Lumpur yang berada di rumah sewa luar serta pelajar asrama dengan kerjasama PPZ Wilayah anjuran JK Bantuan dan Zakat Pelajar.
CSR BERSA M A PE M ADA M PROMOSI DAN CSR 05 IKM Kuala Lumpur komited menerapkan nilai prihatin dan bertanggungjawab dalam diri para pelajar melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang dijalankan di Kompleks Komuniti Wanita Desa Pandan, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024. Delegasi IKM Kuala Lumpur terdiri daripada Pn. Lowearnes binti Ahmad Shukri Low, Pn. Siti Nurafizah binti Mohd Zam Zam, Pn. Ardania binti Ayub dan Pn. Norhazani binti Nawi bersama 23 orang pelajar telah bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat dalam proses pembaikan dan pembersihan. Aktiviti ini kolaborasi Badan Wakil Pelajar (BWP), Jawatankuasa Teknologi Hijau, Jabatan Pengajian AM dan Unit Kaunseling IKM Kuala Lumpur.
Badan Wakil Pelajar (BWP) terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Siswa telah mengadakan Program Iftar Jamaie, Tazkirah Ramadan dan Terawih Berjemaah untuk mengimarah bulan Ramadan yang mulia ini disamping mengeratkan silaturahim diantara para pelajar. Sumbangan yang diterima untuk iftar jamaie amat bermanfaat buat para pelajar. Terima kasih kepada para penyumbang bersama-sama berkongsi rezeki di bulan mulia ini. I FTAR JA M A’ I E 2024 AKTIVITI PELAJAR 06
BUBUR LA M BUK IHYA RA M ADAN 2024 PROMSI DAN CSR 07 Badan Kebajikan Anggota IKM Kuala Lumpur telah mengadakan Program Bubur Lambuk Ihya Ramadan Tahun 2024 dengan kerjasama RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut bersama sama menjayakan program Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan. Objektif program Bubur Lambuk Ihya Madhan adalah bagi meraikan kemuliaan bulan ramadhan dengan menjalinkan hubungan sesama kakitangan dan pelajar IKM KL. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara pelajar dan staff IKM KL dengan komuniti dan badan berkanun yang lain dalam bulan Ramadhan. Objektif terakhir program ini adalah untuk berkongsi rezeki bersama warga IKM Kuala Lumpur dan komuniti.
PR O GRA M " L EBIH BAIK CEGAH” PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 08 Pada 27 Februari 2024 telah diadakan Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah bertajuk 'Lebih Baik Cegah' bersama para pelajar semester satu dan dua. Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa Ko-Kurikulum kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Parlimen Titiwangsa dan Majlis Perwakilan Penduduk Titiwangsa Sub Zon 5. Program ini untuk menyuntik kesedaran tentang bahaya dadah dan akibat salah guna dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat. Semoga kolaborasi yang baik ini akan terus dilaksanakan dimasa akan datang
Minggu ke-10 merupakan Minggu Aktiviti mengikut kalender akademik IKM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, dan ia melibatkan semua pelajar. Terdapat juga aktiviti sampingan seperti Kursus Creative Content Photo dan Program Bijak Sifir anjuran Jabatan Pengajian Am yang melibatkan anak staf. Secara keseluruhannya, semua program dan aktiviti telah berlangsung dengan jayanya. M INGGU AKTIVITI AKTIVITI PELAJAR 09
TRAIN THE TRAINER PROGRAM PEMBANGUNAN STAF 10 Pelaksanaan Kursus Train The Trainer untuk pensyarah Program Sijil Teknologi Kimpalan telah dijalankan di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama CIDB dengan persijilan yang diiktiraf iaitu Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKPCIDB), CIDB Akta 520. Kursus ini diadakan dengan matlamat utama untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada peserta dalam melaksanakan Program Diploma Kompetensi Kimpalan-Latihan secara mobiliti dengan cemerlang. Program ini merangkumi modul persijilan peningkatan kemahiran dan kelayakan mengajar dalam bidang kimpalan 6G Shielded Metal Arc Welding (6G SMAW)- CS dan 6G Gas Tungsten Arc Welding (6G GTAW)-CS. Tarikh kursus dari 18 Disember 2023 hingga 05 Januari 2024 dan tempat pelaksanaan kursus adalah di CIDB Technologies.
O SH-C KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 11 Kursus Latihan sebagai Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) telah dijalankan selama 5 hari kepada lepasan IKM Kuala Lumpur seramai 30 orang. TAHNIAH kepada semua peserta untuk kumpulan pertama. Kumpulan kedua akan bermula 23 – 27 Januari 2024. Peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan akan mendapat Sijil Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH-C).
JAWATAN KUASA RAKAN MEDIA TVETMARA & PENJENAMAAN "BUILDING TALENT, GENERATING FUTURE" PENASIHAT RUSLI BIN ABD RAHMAN PENGERUSI ZALIANAH BINTI ATAN PENYELARAS MUHAMMAD SYUKRAN BIN JAMIL SETIAUSAHA 1 SITI NURAFIZAH BINTI MOHD ZAM ZAM SETIAUSAHA 2 NOR RUDZIAH BINTI ABD AZIZ PUBLIC RELATION LOWEARNES BINTI AHMAD SHUKRI LOW JEMPUTAN PROMOSI KHAS SEKOLAH/BADAN KERAJAAN/SWASTA ASMADI BIN BAKAR MUHAMMAD FAIZ KHAN BIN FADZIR KHAN IR. ROHANA @ NUR AIBAH BINTI YUSOF MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ZAINAL BADERI ZALMIN BIN OMAR MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMAD NOR AMIRUL HAKIM BIN ZAKARIA ZIROSMINA BINTI JULIHI SYAHRIN BIN MOHD SHAHED IBRAHIM BIN HAKIM MUHAMMAD HAFIZ BIN MOKHTAR JARINGAN KERJASAMA PROMOSI TVETMARA (IKM KL) SITI NURAFIZAH BINTI MOHD ZAM ZAM SAHAKILAWATI BINTI HASAN NUR AMIRA BINTI AB GHAFA MEDIA (FB PAGE/IG/YOUTUBE/LIVE) , GRAFIK & DESIGN AMIR HUSAINI BIN IBRAHIM SYAHIDAN BIN RAMLI MOHD SHAHIR BIN YUSOF HAZIQ HUSAINI BIN ZAINAL ABIDDIN SHAH E-BULETIN & EDITOR NADIA AQILA BINTI ROSELAND (KETUA) NOR ASIKIN BINTI ARIFIN AMIR HUSAINI BIN IBRAHIM (GRAFIK) WARTAWAN/CONTENT CREATOR/PUBLISITI NOOR ASMIDA BINTI MOHD SALEH AZIANA BINTI MAT DOM MUHAMMAD MARWAN HAFIZ BIN ARIFFIN MOHD HATIFI BIN ZULKIFLI ZAITUN BIN ZAINAL ABIDIN MODH AZZI BIN MUKHTAR MD NAZIR BIN YAHYA MUHAMMAD NUR AIZAT BIN OMAR NUR HABIBAH BINTI ZAIHAN