SEULAS KATA PENGARAH IKM KUALA LUMPUR Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera “Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya terlahirlah naskah RISE-UP. Pelbagai program dan aktiviti serta pencapaian pelajar dan pensyarah dirangkumkan di dalam naskah RISEUP untuk dikongsikan kepada para pembaca. Tahniah kepada semua atas segala kejayaan yang diukir. Saya berharap melalui RISE-UP, pembaca akan dapat merasai semangat dan mendapatkan inspirasi demi sebuah kejayaan. Selamat membaca, mengeksplorasi dan menikmati pengalaman dalam halaman-halaman RISE-UP institusi kami. Semoga memori yang dilakar menjadi kenangan manis untuk masa hadapan”. TN. HJ. RUSLI BIN ABD RAHMAN PENGARAH IKM KUALA LUMPUR SEULAS KATA 01
Sejak berumur 11 tahun beliau didedahkan dengan alat penghawa dingin oleh ayahnya yang merupakan Ketua Operasi Bahagian Kejuruteraan Mekanikal disebuah syarikat penghawa dingin di selatan tanah air. Selesai menduduki SPM, beliau terus bekerja mencari pengalaman. Beliau telah menyambung pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Kecekapan (SKK) HVAC pada peringkat 2 di Akademi Binaan Malaysia, Johor. Kemudian, beliau menyambung pelajaran dalam program diploma di Politeknik Melaka selama 3 tahun. Pengalaman yang ditimba dengan membuat kerjakerja penyelenggaraan penghawa dingin di pejabat serta rumah-rumah pensyarah telah mencungkil minat dalam bidang tersebut. Pada awal tahun 2020, beliau menyambung pengajian Sijil Kemahiran Malaysia HVAC peringkat 3 di IKM Sik Kedah. "Belajar sampai ke negeri China, Bermimpi biar sampai ke angkasa" T E K N O U S A H A W A N M U D A P E M A C U E K O N O M I N E G A R A BERLANDASKAN MINAT DAN USAHA BERTERUSAN, BIDANG PEKERJAAN BERKAITAN PENGHAWA DINGIN YANG PENUH CABARAN DAPAT DIHADAPI DENGAN TENANG. BERBEKALKAN KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN DALAM BIDANG TERSEBUT, AIMAN SYAHMI BIN ADNAN, LULUSAN PROGRAM TEKNOUSAHAWAN PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA IKM KUALA LUMPUR AMBILAN KOHORT PERTAMA SESI MEI 2021 - JUN 2023 BERKONGSI CERITA. Berbekalkan jiwa keusahawanan, semangat yang jitu serta minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi, beliau telah menubuhkan syarikat TRIPLE C LIGHTNING ENTERPRISE yang beroperasi di Melaka dengan pertambahan sebanyak 4 cawangan sehingga kini. Berbekalkan semangat untuk menimba ilmu yang tidak pernah padam, beliau telah menyertai ambilan kohort pertama program Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara di IKM Kuala Lumpur pada tahun 2021. Antara anugerah yang pernah diperolehi adalah "Anugerah Usahawan Muda" dan "Anugerah Usahawan Politeknik". Selain itu, syarikat beliau ditawarkan untuk berkolaborasi dengan beberapa politeknik di Melaka dan Johor serta dilantik sebagai Penasihat Industri. Berkat kecekalan menghadapi pelbagai onak duri dalam berbisnes, perniagaan beliau telah berkembang luas dengan menambah perkhidmatan dalam pelbagai bidang termasuklah kerja-kerja pendawaian elektrik, CCTV, penambahbaikan bangunan dan pengendalian kabel Fiber Optic Overhead & Underground. PENCAPAIAN 02
PERTANDINGAN WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA BAGI TAHUN 2023 Seramai SEMBILAN (9) orang pelajar daripada program Diploma Teknologi Penyejukan Penyamanan Udara (PPU), Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk (Mekanikal) (LRM), Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara (DTRAC) dan Sijil Teknologi Kimpalan (STK) telah mewakili IKM Kuala Lumpur ke Peringkat Pra-Kelayakan Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Kebangsaan. Pertandingan telah berlangsung pada 24 - 29 Mei 2023 bertempat di ABM Wilayah Utara, Sintok, Kedah Darul Aman. PENCAPAIAN 03
PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN Mesin yang beroperasi secara separa automatik dengan menggunakan sistem kawalan elektro-pneumatik diharapkan dapat memberikan perubahan positif dalam masyarakat serta meningkatkan produktiviti produk pengusaha makanan. Diharapkan melalui penciptaan mesin ini mampu membantu para pengusaha meningkatkan penghasilan produk berkualiti terutamanya pengusaha karipap sejuk beku. Pengendalian mesin karipap ini amat mudah, malah mampu menjamin keaslian produk yang dikeluarkan. Inovasi ini diharapkan dapat menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi peniaga-peniaga kecil untuk terus kekal bersaing dalam pasaran semasa. PENCAPAIAN 04 CURRY PUFF MAKER MACHINE 'CURRY PUFF MAKER MACHINE' YANG DIHASILKAN OLEH PARA PELAJAR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIK INDUSTRI (SMI) TELAH DIPERTANDINGKAN DI DALAM PERTANDINGAN INOVASI DI PERINGKAT KEBANGSAAN. PENGHASILAN MESIN INI TELAH MENERAPKAN ELEMEN TEKNOLOGI BARU BAGI PENAMBAHBAIKAN DARIPADA KAEDAH KONVENSIONAL UNTUK MEMPERMUDAHKAN PENGHASILAN PRODUK MAKANAN SEDIA ADA.
PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT ANTARABANGSA Pegawai Kaunseling dan Kerjaya, IKM Kuala Lumpur Pn. Siti Nurafizah binti Mohd Zam Zam dan kumpulan kaunselor telah menyertai pertandingan International Innovation ARSVOT Malaysia 2023 (IAM2023) dan telah memenangi Anugerah Gold Medal dan Best Award bagi produk 'Sistem Pemudahcara Kerja Kaunselor : CounselorApps'. Pertandingan peringkat antarabangsa ini menfokuskan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, produk inovatif dan medium untuk berkongsi kepakaran dalam bidang kemanusiaan bertemakan Innovations Towards SDGs 2030 (Sustainable Development Goals). Salah satu elemen di dalam Global Goals. Lebih 600 penyertaan dan lebih 2600 orang peserta terdiri daripada pelbagai institusi dan agensi sama ada dalam dan luar negara. PENCAPAIAN 05
ICOE : GIG VALIDATION CENTRE PERTAMA DI MALAYSIA Satu inisiatif telah dilaksanakan oleh IKM Kuala Lumpur di bawah Jabatan Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara (DTRAC) bersama GIG Partner (Bateriku.com) bagi memberi peluang kepada pelajar dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan di samping menambah kemahiran dan ilmu berkaitan. Sijil juga diberikan kepada pelajar dan komuniti yang menyertai program ini. Justeru itu, melalui syarikat 'Bateriku' ianya bukan sekadar membantu komuniti dan pelajar menjadi BHERO tetapi mendorong peserta sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya. KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 06
MESYUARAT KERJASAMA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN (STK) IKM KUALA LUMPUR BERSAMA CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD Pada Januari 2023, telah diadakan satu jalinan kerjasama diantara pihak pengurusan tertinggi IKM Kuala Lumpur bersama pengurus CIDB Tech. Kuala Lumpur. Perbincangan berkenaan hala tuju bidang teknologi kimpalan dan aspek latihan untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar dan pensyarah seperti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh CIDB Tech. Sdn. Bhd.. KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 07
LAWATAN DARI TOSHIBA ELEVATOR (M) SDN. BHD. Pada 4 Julai 2023, IKM Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada pihak Toshiba Elevator (Malaysia) Sdn Bhd yang dihadiri oleh Mr. Tao Yewen selaku Presiden dan CEO Toshiba Elevator (M) Sdn Bhd. Tujuan lawatan ini adalah membina jalinan kerjasama dan kolaborasi antara dua pihak bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan perkongsian kepakaran demi meningkatkan kualiti kemahiran pelajar. KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 08
LAWATAN KE FUZI DREAM INDUSTRIES SDN BHD Lawatan kerjasama industri program Sijil Teknologi Fabrikasi Logam (STL) ke Fuzi Dream Industries Sdn Bhd, Rawang Selangor pada 16 Mei 2023 telah diadakan bertujuan membuka peluang kerjasama di antara TVET MARA dan industri khususnya IKM Kuala Lumpur. Delegasi diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Nizam bin Ali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, bersama Pn. Rafidah binti Bakar, Ketua Jabatan Mekanikal, Pegawai Perhubungan Industri, Ketua Program, para pensyarah dan 23 orang pelajar. KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 09
PROGRAM KESEDARAN ANTI RASUAH BERSAMA SPRM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR IKM Kuala Lumpur amat menitikberatkan nilai integriti dalam sistem pentadbiran dan budaya bekerja. Jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah bagi berkongsi kepakaran, kemahiran dan pembudayaan agar dapat dimanfaatkan dalam usaha penerapan nilai integriti yang berterusan dalam kalangan para staff, pensyarah dan pelajar IKM KL. KERJASAMA & HUBUNGAN LUAR 10
PEMERKASAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Para pensyarah IKM Kuala Lumpur telah diberi latihan berkenaan ilmu pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Kursus Latihan Perkongsian Amalan Terbaik Dalam PDP TVET MARA Abad Ke-21 Pensyarah KKTM,MJII dan IKM 2023 dan Taklimat Pelaksanaan Lesson Plan (PAK 21). Kursus ini telah diajar untuk mengaplikasikan teknologi digital seperti penghasilan video pembelajaran dan penggunaan platform pembelajaran online. Para pensyarah juga didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini terutama dalam bidang TVET melalui Kursus Smart System Integration:IIOT Gateway Siri 3 Program Master Trainer Bidang Smart System Integration Specialist Di SHRDC Shah Alam. Diharapkan pengajaran dan pembelajaran di IKM Kuala Lumpur lebih efektif dan efisien serta kualiti dapat dipertingkatkan selari dengan arus teknologi IR 4.0. PROGRAM PEMBANGUNAN STAF 11 LATIHAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DALAM PDP TVET ABAD KE 21 UNTUK PENSYARAH KKTM,MJII & IKM 2023
PROGRAM PEMBANGUNAN STAF 12 KURSUS 'SMART SYSTEM INTEGRATION : IIOT GATEWAY' SIRI 3 PROGRAM 'MASTER TRAINE'R BIDANG 'SMART SYSTEM INTEGRATION SPECIALIST' DI SHRDC SHAH ALAM TAKLIMAT PELAKSANAAN LESSON PLAN (PAK 21)
PROGRAM 'LEADERS TO LEADERS' Unit Kaunseling dan Kerjaya bersama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) IKM Kuala Lumpur berkolaborasi bersama Pembimbing Rakan Universiti USIM, Students Representative Council UniKL MIIT dan Peer Guidance Club KPM Bandar Melaka telah menganjurkan program Leaders to Leaders pada 25 Mei 2023 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dan UniKL MIIT, Kuala Lumpur. Delegasi IKM Kuala Lumpur seramai 18 orang terdiri daripada 15 orang pimpinan PRS. Program ini bertujuan untuk berkongsi idea, pengalaman, ilmu kepimpinan, bertukar pandangan dan membina jaringan kerjasama program pada masa akan datang. PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 13
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PUSAT JAGAAN AMAL ASYURA SUNGAI BULOH, SELANGOR Jabatan Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara (DTRAC), Unit Kaunseling dan Kerjaya, Pembimbing Rakan Sebaya dan Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan program khidmat komuniti bagi membantu golongan anak yatim dan asnaf di Rumah Pusat Jagaan Amal Asyura pada 16 Februari 2023. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti perkongsian kepakaran, kemahiran, latihan, perkhidmatan penyelenggaraan penghawa dingin, aktiviti bersama anak-anak dan penyampaian sumbangan kepada penghuni. PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 14
MY FUTURE JOB CAREER ATTACK IKMKL X PERKESO Unit Kaunseling dan Kerjaya telah berkolaborasi bersama pihak PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Mac 2023 dan 28 Mac 2023 dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penyediaan latihan kepada para pelajar dan graduan. Inisiatif latihan seperti tips menghadiri temuduga, penyediaan resume efektif dan latihan temuduga telah diadakan bagi meningkatkan nilai diri pelajar dalam aspek kebolehpasaran pekerja. PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 15
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PARA PELAJAR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (SPN) SEMESTER 3 KE IKM JASIN Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (SPN) telah membuat lawatan sambil belajar ke IKM Jasin Melaka untuk mempelajari kaedah penggunaan Mesin EDM Die Sinking. Terima Kasih IKM Jasin kerana telah memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu di sana. PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 16
MOTIVATION TALK : RESET MINDA BELIA BERJAYA : 'BE PROACTIVE' PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 17 Seramai 80 orang pelajar telah dipilih bagi menyertai Motivation Talk : Reset Minda Belia Berjaya Be Proactive bersama Pegawai Psikologi UPM, En. Muhammad Za'im bin Rosli pada 21 Mac 2023 anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya. Program ini menfokuskan memberi celik minda kepentingan belia untuk menjadi seorang yang proaktif, aktif, berdaya saing dan mempunyai pemikiran yang produktif melalui tip-tip yang dikongsikan.
'GO NATURE TAMAN BOTANI' PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 18 Pembimbing Rakan Siswa (PRS) IKM Kuala Lumpur dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya telah mengadakan program Go Nature Taman Botani, KL' pada 18 Mac 2023 (sabtu) bertemakan Healing and Bonding Time dan Let's Healing our Stress by Discover Nature. Seramai 43 orang pelajar telah sertai program ini. Aktiviti mendekatkan diri dengan alam pastinya membantu melepaskan tekanan dan merehatkan minda setelah berhari-hari menimba ilmu di dalam kelas.
KURSUS DIGITAL ACCOUNTING APPS 4.0 Jabatan Teknousahawan dan Unit Usahawan IKM Kuala Lumpur telah mengadakan kursus Digital Accounting Apps 4.0 kepada pelajar Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara (DTRAC), Inkubator IKM Kuala Lumpur dan pelajar aliran perdana IKM Kuala Lumpur. Kursus ini mendapat peruntukan dana daripada Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jumlah peserta kursus ini ialah seramai 30 orang. Objektif kursus ini adalah sebagai panduan kepada pelajar dalam mengendalikan kewangan perniagaan bagi meyakinkan pihak luar yang berkepentingan terhadap perniagaan. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari pengurusan dokumen kewangan dan bukan kewangan serta tatacara menyimpan dokumen secara teratur dan sistematik. Impak daripada kursus ini, pelajar akan dapat mengetahui prestasi perniagaan dengan lebih cepat dan boleh bertindak pantas bagi mengatasi masalah yang timbul dalam perniagaan berdasarkan kedudukan kewangan. PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR 19
PROGRAM TOWN HALL KEUSAHAWANAN IKM KUALA LUMPUR Program Pembangunan untuk pelajar Diploma Teknousahawan Penyejukan & Penyamanan Udara, Diploma Kompetensi Elektrik (Penjanaan), Teknousahawan & Alumni IKM KL telah diadakan pada 14 Februari 2023 di Dewan Syarahan IKM Kuala Lumpur. Program ini melibatkan seramai 44 orang peserta . Objektif utama sesi Townhall Keusahawanan adalah untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keusahawanan serta menyediakan platform kepada para usahawan untuk berinteraksi dan bertukar idea serta pengalaman. KEUSAHAWANAN 20
TEKNOUSAHAWAN INKUBATOR IKM Kuala Lumpur telah mewujudkan beberapa program di bawah keusahawanan, salah satu program adalah Program Teknousahawan / Inkubator. Program ini mensasarkan bekas pelajar IKM Kuala Lumpur yang menceburi bidang perniagaan teknikal dan memerlukan bantuan serta sokongan daripada pihak IKM dan MARA. Salah seorang peserta Inkubator ini ialah saudara Mohamad Termizi Bin Hamzah. Beliau telah menyertai program ini sejak Mac 2022. Beliau memulakan pengajian di IKM Kuala Lumpur dalam jurusan Sijil Kejuruteraan Elektrik Domestik ( SED), PW4 pada tahun 2016 sehingga 2018. Kemudian beliau menyambung ke peringkat Diploma Kompensi Elektrik (A1) juga di IKM Kuala Lumpur bermula tahun 2019 sehingga 2021. Beliau telah menghadiri beberapa kursus, antaranya adalah Kursus Digital Accounting Apps 4.0 dan Kursus Pengurusan Projek Elektrik Jabatan Kerja Raya. Saudara Termizi juga telah mendapat beberapa projek di Temerloh dan Kuantan Pahang. Antara projek yang telah dilaksanakan dengan jayanya adalah penambahan pendawaian di Pejabat Risda Daerah Temerloh, pendawaian semula Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Shian Kuantan, pendawaian gelanggang futsal Kampung Bolok, kerja-kerja memasang lampu hiasan di bandar Mentakab serta kerja-kerja membaikpulih lampu jalan dan kerja berkaitan di Temerloh. Alhamdulillah hasil daripada kerja-kerja ini, beliau telah menjana pendapatan sebanyak RM46,000.00 bagi enam (6) bulan pertama pada tahun 2023. Ia merupakan satu kejayaan yang luar biasa bagi beliau yang baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan, ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Beliau sentiasa berpegang kepada pepatah yang mengatakan "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Beliau merupakan seorang yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan. Impak daripada Program Inkubator ini, peserta dapat membina keyakinan diri, jaringan kerjasama serta motivasi untuk lebih berjaya dalam perniagaan. . KEUSAHAWANAN 21
PROGRAM JOM MASUK IKM KL Tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2022. TVET MARA menyediakan peluang bagi mereka yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran. IKM KL mengambil inisiatif menganjurkan Program Jom Masuk IKM Kuala Lumpur bersempena dengan pengumuman keputusan SPM 2022 pada 8 Jun 2023 di 8 buah sekolah terpilih sekitar Lembah Klang. Antara sekolah yang terlibat adalah: 1. SMK Jugra 2. SMK Canggang 3. SMK Sg Kertas 4. SMK Kiaramas 5. SMK Wangsa Keramat 6. SMK Bandar Baru Ampang 7. SMK Menjalara 8. SMK Seri Keramat PROMOSI & CSR 22
CSR AGIHAN BUBUR LAMBUK Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia, Badan Kebajikan Anggota (BKA) IKM Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengadakan program khidmat masyarakat menyediakan bubur lambuk dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Jumaat Maluri. Bubur lambuk telah diagihkan kepada para pelajar serta komuniti setempat. Penyediaan dan agihan telah dilaksanakan secara bergotong-royong agar dapat mengeratkan silaturahim sempena bulan ramadhan yang mulia ini. PROMOSI & CSR 23
PROGRAM KOMUNITI HARMONI Program Komuniti Harmoni di Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Pantai, Seremban telah diadakan, kolaborasi di antara IKM Kuala Lumpur bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Pejabat Agama Islam Daerah, Seremban dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Seremban pada 24 hingga 25 Jun 2023. Program di bawah kelolaan bersama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Unit Kaunseling dan Kerjaya, IKM Kuala Lumpur. Antara pengisian program, ziarah anak angkat ke rumah keluarga angkat, penyampaian sumbangan, aktiviti sukaneka, senamrobik, malam kebudayaan dan kesenian, perkongsian tips berguna, sesi perkenalan IKMKL, majlis penutup dan penyampaian hadiah. Program memberi pengalaman kepada pelajar menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, mengasah kemahiran insaniah dan membina jaringan kerjasama luar. PROMOSI & CSR 24
PROMOSI & CSR 25
PROGRAM CERITA KAMI @TVET Bahagian Kemahiran Teknikal telah menganjurkan Program Cerita Kami@TVET dengan Kerjasama bersama BERNAMA Radio. Program temubual di BERNAMA Radio bagi slot IKM Kuala Lumpur kali ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan Program Teknousahawan yang ditawarkan di IKM Kuala Lumpur kepada para usahawan di luar sana. Pn. Azarina Binti Jalaludin selaku Pensyarah Usahawan merangkap Penyelaras Teknousahawan Perdana dan Pn. Norzawani Binti Zakaria selaku pelajar teknousahawan DTRAC IKM Kuala Lumpur merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ZS Grandeur telahdijemput bagi mengulas topik “Teknousahawan Membina Negara”. Diantara intipati perkongsian adalah tujuan program teknousahawan ditubuhkan, syarat kemasukan, sistem pelaksanaan program teknousahawan, pengalaman pelajar sepanjang program, pengaplikasian ilmu yang dipelajari, perancangan pelajar selepas bergraduat serta implikasi program teknousahawan kepada negara. PROMOSI & CSR 26
SEBUAH PERJALANAN MENUJU KEJAYAAN Jawatankuasa promosi IKM KL mengambil inisiatif berkongsi peluang pendidikan yang ditawarkan di IKM Kuala Lumpur kepada semua pelajar lepasan sekolah menengah di seluruh negara. Pembukaan booth telah diadakan di beberapa tempat seperti di Darul Kifayah MAIWP, Himpunan Huffaz Masjid Wilayah, Jom Masuk U di Universiti Malaya, Jom Masuk IKM KL di sekolah-sekolah sekitar serta di Karnival IPMA MARA bertujuan membantu lebih ramai pelajar dan lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai hala tuju, bidang bersesuaian dan peluang yang ditawarkan MARA dan IKM KL khususnya. Jawatankuasa promosi komited untuk terus memainkan peranan yang aktif menyebarluaskan bidang TVET di peringkat komuniti khususnya kepada kelompok B40 yang tidak mendapat tawaran di institusi pendidikan tinggi awam. HIMPUNAN HUFFAZ DI MASJID WILAYAH (9-10 MAC 2023) DARUL KIFAYAH MAIWP (11-12 FEB 2023) KARNIVAL IPMA MARA (10-11 JUN 2023) PROMOSI & CSR 27
JOM MASUK U DI UNIVERSITI MALAYA (4-5 JUN 2023) JOM MASUK IKM KL DI SEKOLAH SEKITAR (8 JUN 2023) JOM MASUK IKM KL DI SEKOLAH SEKITAR (8 JUN 2023) JOM MASUK U DI UNIVERSITI MALAYA (4-5 JUN 2023) JOM MASUK U DI UNIVERSITI MALAYA (4-5 JUN 2023) PROMOSI & CSR 28
BICARA SANTAI BERSAMA ALUMNI Program Bicara Santai Bersama Alumni telah diadakan bagi membantu para pelajar meningkatkan motivasi diri dalam pelajaran. Disamping itu, menjadikan alumni sebagai role model dan sumber inspirasi untuk lebih bersedia menghadapi alam kerjaya. Program seumpama ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan prospek kerjaya yang bersesuaian melalui interaksi dengan alumni secara langsung. ALUMNI 29
Warga IKM Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas di atas kecemerlangan. Semoga kalian terus maju jaya! TAHNIAH & SYABAS! MUHAMAD FITRI BIN MOHD ZAKI (PPU) ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG NORAINA NAJIHA BT MOHAMAD AZHAR (DCS) ANUGERAH KHAS INDUSTRI ALUMNI 30
BACAAN YASIN PERDANA & CERAMAH 'MARA SEBAGAI ORGANISASI DIBERKATI' SEMPENA SAMBUTAN HARI MARA KALI KE-57 Warga IKM Kuala Lumpur (IKMKL) bersama-sama berhimpun di dalam Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Ceramah 'MARA Sebagai Organisasi Diberkati' sempena Sambutan Hari MARA Kali Ke-57 peringkat IKMKL bagi Tahun 2023 di Dataran Ilmu. Semoga mendapat keberkatan buat seluruh warga kerja MARA. AKTIVITI PELAJAR 31
PILIHANRAYA KAMPUS Pilihanraya kampus merupakan proses demokrasi di dalam IKM Kuala Lumpur di mana para pelajar memilih wakil pelajar untuk dilantik memegang tampuk pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi tahun 2023/2024. Diharapakn Majlis Perwakilan pelajar yang dilantik mampu berperanan membawa suara para pelajar berkenaan isu, keperluan, atau saranan serta penambahbaikan kepada pengurusan IKMKL. AKTIVITI PELAJAR 32
PROGRAM 'SPARKLING RAMADHAN HYPE' Bertemakan Fasting Is Healthy, Fasting Is Happy , program ini dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti adalah Iftar Jamaie (satu kali seminggu), Tazkirah Ramadhan, Let’s Fit dan Ramadhan Open Movies. Program anjuran Pembimbing Rakan Siswa (PRS) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini amat bermakna buat pelajar bagi memeriahkan bulan ramadhan di IKM Kuala Lumpur dengan amal kebaikan. AKTIVITI PELAJAR 33
MINGGU AKTIVITI PELAJAR SESI JANUARI - JUN 2023 Minggu aktiviti pelajar bagi sesi Jan-Jun 2023 berlangsung dengan meriah. Para pelajar mengisi minggu tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh jawatankuasa terlibat. Diantaranya adalah pertandingan sukan antara program yang mengetengahkan bakat pelajar dalam sukan bola sepak, bola tampar, bola jaring dan lain-lain. Pertandingan Tiktok dapat mengasah kreativiti pelajar menghasilkan video yang kreatif. Terdapat juga mini bazar yang memberi peluang kepada pelajar menjana pendapatan melalui jualan di mini bazar. Program Halaqah Sisters yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah diantara pelajar-pelajar perempuan dan pensyarah-pensyarah. Minggu Aktiviti Pelajar ternyata menyerlahkan bakat-bakat terpendam yang dimiliki oleh pelajar. AKTIVITI PELAJAR 34
RIANG RIA RAYA AIDILFITRI 2023 Riang Ria Raya Aidilfitri IKM Kuala Lumpur yang disambut meriah pada 11 Mei 2023 di Dataran Ilmu, telah memberi peluang kepada warga kerja IKM KL beramah mesra dan bermaafan sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh pelajar serta pensyarah untuk dinikmati bersama. AKTIVITI PELAJAR 35
PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR SESI JANUARI - JUN 2023 Bagi memenuhi keperluan bergraduat, para pelajar semester akhir dari Program SMI, SPN, STK & STL IKM KL telah membuat pembentangan bagi Projek Tahun Akhir. Tahniah kepada semua pelajar di atas pembentangan yang sangat menarik. AKTIVITI PELAJAR 36
JAMUAN AKHIR SEMESTER IKM KUALA LUMPUR SESI JANUARI - JUN 2023 Jamuan akhir tahun bagi setiap program telah diadakan bagi meraikan pelajar sebelum keluar ke latihan industri. Pelbagai juadah telah disediakan seperti mee hoon goreng, ayam bakar dan lain-lain. Jamuan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pelajar dan tenaga pengajar. AKTIVITI PELAJAR 37
Warga IKM Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk (Mekanikal) di atas kejayaan mereka ke Peringkat Akhir WSMB 2023. Semoga kalian terus maju jaya! TAHNIAH & SYABAS!
Warga IKM Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara di atas kejayaan mereka ke Peringkat Akhir WSMB 2023. Semoga kalian terus maju jaya! TAHNIAH & SYABAS!
PODCAST SESSION : BUSINESS FOR AI 'Podcast Session : Business For AI' merupakan program kerjasama Diploma Teknousahawan IKM Kuala Lumpur dan Jabatan Teknoputra, UniKL. Membincangkan kelebihan dan cabaran dalam perniagaan apabila elemen AI mula menerokai perniagaan masa kini.
Warga IKM Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada kaunselor IKM Kuala Lumpur di atas kejayaan beliau mengeluarkan bukunya yang pertama. Semoga anda terus maju jaya! TAHNIAH & SYABAS!
JAWATAN KUASA RAKAN MEDIA TVETMARA & PENJENAMAAN "BUILDING TALENT, GENERATING FUTURE" PENASIHAT RUSLI BIN ABD RAHMAN PENGERUSI ZALIANAH BINTI ATAN PENYELARAS MUHAMMAD SYUKRAN BIN JAMIL SETIAUSAHA SITI NURAFIZAH BINTI MOHD ZAM ZAM PUBLIC RELATION LOWEARNES BINTI AHMAD SHUKRI LOW WARTAWAN/CONTENT CREATOR/PUBLISITI ROHANA NURAIBAH BINTI YUSOF MOHD SAIFUL SYAZWAN BIN MOHD YUSOFF AZIANA BINTI MAT DOM IBRAHIM BIN HAKIM ZAITUN BINTI ZAINAL ABIDIN MOHD AZZI BIN MUKHTAR MOHAMAD NIZAM BIN MOHAMAD NOR AHMAD SAUFIQ BIN MUHAMMAD NURUL HANI BINTI KAMARUDDIN MEDIA (FB PAGE/IG/YOUTUBE/LIVE) , GRAFIK & DESIGN AMIR HUSAINI BIN IBRAHIM SYAHIDAN BIN RAMLI MOHD SHAHIR BIN YUSOF HAZIQ HUSAINI BIN ZAINAL ABIDDIN SHAH E-BULETIN & EDITOR NOR ASIKIN BINTI ARIFIN (KETUA) ARDANIA BINTI AYUB NADIA AQILA BINTI ROSELAND NORHAZANI BINTI NAWI AMIR HUSAINI BIN IBRAHIM (GRAFIK E-BULETIN) AMBASSADOR NOOR ASMIDA BINTI MOHD SALEH SITI NURIN IMA BINTI AHMAD NOAKMA BINTI MOHAMAD