INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2020 BMMB3103 PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR SITI ZULAIKHA BINTI ZALMAN NOMBOR KAD PENGENALAN 010611-10-0254 NOMBOR ANGKA GILIRAN 2020192340212 KUMPULAN KELAS PISMP F11 NAMA PENSYARAH DAN JABATAN DR. MOHD HAIDI BIN MOHD KASRAN (KETUA JABATAN PERSURATAN MELAYU) TAJUK TUGASAN 1 PENGHASILAN KARYA CERPEN KANAKKANAK BERTEMAKAN KESMAYARAKATAN TARIKH TAKLIMAT 27 JANUARI 2023 TARIKH HANTAR TUGASAN 9 MAC 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
1 PENGENALAN Cerpen boleh dikenali sebagai cerita pendek dan tergolong dalam prosa Melayu moden. Menurut Hashim Awang, cerpen dalam kesusasteraan Melayu moden pertama kali muncul dalam tahun 1920 bila majalah Pengasuh menyiarkan sebuah cerita yang berjudul Kecelakaan Pemalas, ciptaan Nor bin Ibrahim, atau nama samarannya Madrasi (1975:4 dalam Farra Humairah Mohd, 2020). Sejak itu, cerpen bermunculan bersama-sama dengan munculnya penerbitan berkala dalam Bahasa Melayu yang pertama kali terbit di Malaysia pada 1876 iaitu Jawi Peranakan. Akan tetapi, pembentukan cerpen ini dimulai dengan cerita yang disampaikan melalui lisan, kemudian barulah melalui tulisan. Cerpen ini ialah cerita berpandukan fakta dan diadun dengan imaginasi. Lazimnya, cerepn ini merupakan satu gabungan antara pengalaman dengan rekaan pengarang. Panjang cerpen kebiasaaannya antara 1,700 sehingga 2,000 patah perkataan. Namun, bagi cerpen kanak-kanak pula tidak melebihi 1,000 patah perkataan (Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila Shahidin, 2017). Menurut watak dalam cerpen adalah terhad dan kebanyakan cerpen menghadkan kepada satu watak sahaja. Begitu juga dengan latar belakang dan latar masa adalah terhad. Cerpen juga perlu mengandungi satu plot cerita dan berdasarkan satu tema. Cerpen yang baik adalah cerpen yang mudah difahami, mempunyai mesej yang jelas, menggunakan bahasa yang indah, judul yang menarik dan meyakinkan pembaca. Zalila Sharif (2019) merumuskan bahawa cerpen kanak-kanak ialah koleksi cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak sepenuhnya.
2 Oleh: Siti Zulaikha Binti Zalman
3 Kampung Teratak mempunyai jiran tetangga yang amat prihatin. Jika ada jiran dalam kesusahan, penduduk kampung Teratak akan menghulurkan bantuan. Kampung ini tidak pernah berlaku pertelingkahan antara jiran-jiran, mahupun bermusuhmusuhan. Kampung Teratak dikenali sebagai kampung yang aman dan harmoni. 1
4 Namun, semua itu berubah sekelip mata sahaja apabila Encik Dabi’yah muncul di kampung tersebut sebagai jiran baharu. Encik Dabi’yah merupakan lelaki berambut putih dan sangat kaya. Kehadirannya disambut baik oleh penduduk Kampung Teratak. Penduduk kampung Teratak sentiasa membantu Dabi’yah jika Dabi’yah terkial-kial dalam melakukan sesuatu perkara. Pada mulanya, dia akan sentiasa membantu jiran yang memerlukan pertolongan, menyertaikan aktiviti gotong-royong, berkomunikasi dan bergaul dengan jiran-jiran. Apabila Dabi’yah telah dapat menyesuaikan diri di kampung tersebut, dia semakin kurang bergaul dengan jiranjiran, tidak menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan tidak menghulurkan bantuan. Sentiasa membuat onar di kampung dan memburukkan jiran tetangga yang lain. Cerita yang direkareka olehnya menyebabkan ada pertelingkahan antara jiranjiran. Dia semakin kuat bermegah dengan kekayaan yang dia ada. Oleh itu, dia dipanggil sebagai Mat Dabik. Nama Mat Dabik sesuai dengan caranya berjalan yang mendabik dada. 2
5 Suatu hari, beberapa orang jiran dan ketua kampung melawatnya di rumah. Jiran-jiran menegur tingkah lakunya yang negatif. Sebaliknya, dia membalas “Saya orang kaya, kenapa harta saya perlu berkongsi dengan orang lain? Mintalah pada ketua kampung.” ujarnya sambil duduk sambil lewa di kerusi. 3
6 “Kami tidak pernah peduli dengan harta kamu. Kami cuma mahu kamu menyertai aktiviti di kampung ini dan tidak membohong dan memburukkan orang lain. Disebabkan cerita rekaan kamu, habis berlaku pergaduhan antara jiran-jiran.” Mat Dabik berkata “Saya tidak pernah membohong. Memang betul pun Pak Mat mendera kucing Mak Leha. Saya nampak dengan mata saya sendiri.” “Tetapi, pernahkah kamu bertanya pada Pak Mat dahulu apa yang berlaku sebelum kamu membuat kesimpulan? Kucing Mak Leha sangat liar. Pak Mat cuma membantu kucingnya yang tersepit sahaja.”, balas ketua kampung. “Siapa suruh Mak Leha tidak tanya pada Pak Mat dahulu? Kan sudah bergaduh. Bukan salah saya.” Ujar si Mat Dabik. Jiran-jiran tersebut sangat terkejut dengan perangai Mat Dabik. Mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 4
7 Pada suatu petang, penduduk jiran semua berkumpul dan bermesyuarat tanpa mengundang Mat Dabik. Mereka samasama berbincang untuk menyelesaikan masalah si Mat Dabik. Mereka berpakat untuk melantik Mat Dabik menjadi ketua kampung dan menguruskan hal-hal jiran tetangga. Kemudian, mereka akan melihat hasil dan reaksi Mat Dabik. Setelah berbincang, semua bersetuju dengan cadangan tersebut. 5
8 Keesokannya, penduduk kampung berpura-pura menyebarkan berita bahawa Mat Dabik akan dilantik menjadi ketua kampung kerana ketua kampung sudah tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Mat Dabik yang mendengarkan perkara itu, tersengih-sengih membayangkan dirinya menjadi ketua kampung. Dia tidak sabar untuk menjadi ketua kampung kerana sesuai dengan latar belakangnya yang kaya dan mewah. Di waktu petang, penduduk kampung mengundang Mat Dabik untuk bermesyuarat tentang pelantikan. Semasa bermesyuarat, mereka berhasrat untuk menjadikan Mat Dabik sebagai ketua kampung. Namun, perlu ada beberapa syarat jika hendak menjadi ketua kampung. Mat Dabik berkerut muka dan bertanya “Apakah syaratnya?”. Syaratnya, ketua kampung perlu sentiasa memberi bantuan dan menjaga keharmonian kampung Teratak, jika tidak tercapai dalam masa 4 minggu, jawatan akan dilucutkan. Mat Dabik tergelak kecil kerana syaratnya sangat mudah. Dia pun bersetuju untuk menjadi ketua kampung dan menandatangani surat setuju pelantikan ketua kampung. 6
9 Sepanjang Mat Dabik menjadi ketua kampung, setiap hari mesti ada seorang jiran yang akan meminta bantuan. Namun, Mat Dabik tetap menghulurkan bantuan kerana itu adalah syaratnya. Dia tidak berfikir panjang kerana dia berasa hartanya tidak pernah berkurang. Mat Dabik banyak dipuji oleh jiran-jiran kerana sifatnya yang sentiasa memberi bantuan sebagai ketua kampung. Mat Dabik sekali lagi bermegah dengan hartanya dan mendabik dada setelah mendengar pujian itu. 7
10 Namun, hari demi hari, minggu demi minggu, perkara ini membuatkan hartanya menjadi semakin berkurang. Akhirnya, Mat Dabik tidak mampu menghulurkan bantuan kepada jiranjiran. Apabila Mat Dabik tidak dapat memberikan bantuan, seluruh kampung mempersoalkan jawatannya yang tidak mampu memberi bantuan kepada penduduk kampung Teratak. 8
11 Bukan itu sahaja, penduduk kampung Teratak juga menjadi huru-hara dan bertelingkah antara satu sama lain. Ada juga penduduk yang tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Mat Dabik. Ada juga penduduk yang tidak mahu menghulurkan bantuan kerana itu adalah tanggungjawab ketua kampung. Cerita palsu yang direka dalam kalangan jiran juga telah tersebar menyebabkan berlaku bergaduhan. Situasi ini menyedarkan Mat Dabik bahawa dia pernah melihat keadaan ini. Malah, dia juga sedar bahawa situasi ini menunjukkan sikap dirinya yang dahulu. Mat Dabik juga telah kekurangan hartanya. Jadi, dia sedar dia gagal mencapai syarat sebagai ketua kampung. Keesokkannya, Mat Dabik mengadakan mesyuarat bersama penduduk kampung Teratak. Mat Dabik mengundang ketua kampung yang asal. Mat Dabik menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya kepada ketua kampung yang asal. Mat Dabik juga menyesal atas perbuatannya yang dahulu apabila sudah terkena di batang hidung sendiri. 9
12 Seluruh penduduk kampung memaafkan perbuatannya. Jawatan ketua kampung diserahkan kepada ketua kampung yang asal. Kampung Teratak menjadi harmoni semula dan saling menghulurkan bantuan. Mat Dabik juga telah diberi bantuan oleh penduduk kampung, begitu juga dengannya yang tidak pernah berhenti menjaga keharmonian antara jiran-jiran. 10
13 BIBLIOGRAFI Farra Humairah Mohd (2020). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. Educational Studies in Language and Literature Journal, 7, 35-51. Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila Shahidin. (2017). Penulisan sastera kreatif kanak- kanak. Sasbadi Sdn. Bhd. Zaliza Sharif (2019). Buku kanak-kanak: Analisis unsur estetika. PENDETA Journal of Malay Language Education and Literature, 10, 151-165.