The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1036-16-luqman, 2023-03-31 00:03:09

TUGASAN 2- BMMB3203

TUGASAN 2- BMMB3203

BMMB3203- MORFOLOGI BAHASA MELAYU KUMPULAN 2 BM9 TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK PN. SALIZA BT MOHD SHAFI'I


KUMPULAN 2 LUQMAN HAKIM AFIQ SYAHMIE


BAHASA ASING Dalam istilah linguistik , pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. PEMBENTUKAN KATA BAHARU


PELBAGAI SUMBER. ISU KESALAHAN KATA DALAM Salah satu punca berlakunya kesalahan kata apabila wujudnya manusia yang bukan ahli atau tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri (Awang Sariyan, 1994). Melalui dapatan di atas, dapat kita fahami bahawa timbulnya isu tersebut kerana penutur atau penulis itu tidak memahami dan mematuhi peraturan dalam sistem bahasa dengan sebaik mungkin.


PELBAGAI SUMBER. ISU KESALAHAN KATA DALAM Antara faktor-faktor yang menjadi isu kesalahan kata ialah: 1.Kesalahan dalam media cetak. 2. Kesalahan dalam media elektronik. 3.Kesalahan dalam media sosial.


IMBUHAN INI TELAH TERSERAP KE DALAM BAHASA MELAYU MELALUI SEJARAH DAN MENJADI SEBATI DALAM PENGGUNAAN SEHARIAN PENUTUR MELAYU Analisis Imbuhan Bahasa Sanskrit imbuhan awalan dasa- bermaksud bilangan sepuluh atau puluh. dasa- + warsa (kata dasar) =dasawarsa imbuhan akhiran -wan atau -wati membentuk kata nama dengan menimbulkan kategori jantina -wan(lelaki) -wati (wanita) karya(kata dasar) + -wan =karyawan Penggunaan dasawarsa ini bertepatan dengan isi ayat tersebut kerana menunjukkan perkembangan teknologi ini telah berlaku dalam tempoh yang lama Penggunaan karyawan dan karyawati ini bertepatan dengan isi ayat tersebut kerana menunjukkan kedua-dua jantina boleh menjadi pengkarya


Analisis Imbuhan Bahasa Arab-Parsi imbuhan awalan bi- bermaksud tiada bi- + adab (kata dasar) =biadab imbuhan akhiran -iah menerangkan sifat atau ciri yang ada pada kata dasar lahir (kata dasar) + -iah =lahiriah Penggunaan lahiriah ini bersesuaian dengan penggunaan dalam ayat tersebut kerana menunjukkan ciri-ciri sesebuah masyarakat tentang kepentingan golongan remaja dalam menjadi pelapis dalam sesuatu masyarakat untuk generasi seterusnya Penggunaan biadab ini bersesuaian untuk digunkan dalam ayat tersebut kerana menunjukkan sekiranya golongan remaja tidak menjaga cara mereka berkomunikasi dengan orang lain, mereka akan dianggap sebagai tiada adab ataupun biadab.


Analisis Imbuhan Bahasa Yunani-Latin-Inggeris imbuhan awalan kobermaksud sesuatu perkara dilakukan bersama atau bergabung ko- +kurikulum(kata dasar) =kokurikulum imbuhan akhiran -al berfungsi untuk menyesuaikan perkataan tersebut dengan bahasa Melayu praktik(kata dasar) + -al =praktikal Penggunaan imbuhan ko- dengan kurikulum dalam ayat tersebut amat bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan dalam ayat tersebut ingin mengatakan kegiatan kurikulum tu harus dilakukan bersama-sama Penggunaan imbuhan -al ini digunakan untuk menyesuaikan perkataan yang dipinjam dalam bahasa Inggeris iaitu 'practice' ataupun praktik supaya dapat merancakkan sistem imbuhan dalam bahasa Melayu


ciptaan istilah yang diadakan oleh penulis dalam pelbagai medium media bagi merancakkan bahasa Melayu PENGGUNAAN POPULAR Kempen -segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan Biro - jabatan atau agensi (terutama yg menyediakan perkhidmatan utk orang ramai) Penggunaan biro dalam ayat tersebut amat bertepatan kerana menunjukkan satu agensi atau jabatan, maka ayat tersebut menunjukkan jabatan teknologi dan maklumat Penggunaan kempen dalam ayat tersebut amat bertepatan kerana menunjukkan usaha untuk memberi kesedaran tentang kepentingan teknologi kepada murid-murid


Peka -penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan warga maya -penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan DBP mencipta istilah selaras dengan kemasukan kosa kata bahasa asing bagi meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat PERANCANGAN BAHASA RASMI Peka bermaksud menyedari sesuatu. Perkataan peka ini amat bersesuaian dengan maksud yang ingin disampaikan dalam ayat tersebut kerana menunjukkan mereka harus menyedari tentang betapa pentingnya cara penggunaan internet ini bagi golongan kanak-kanak agar dapat mengelakkan perkara yang negatif Warga maya bermaksud netizen. Penggunaan warga maya ini bertepatan dengan maksud ayat tersebut kerana ayat tersebut ingin menunjukkan tentang info yang tidak tahu kebenarannya lebih baik tidak perlu dikongsi bersama netizen.


ASPEK DIKSI KATA Diksi ini merupakan pemilihan kata yang tepat bagi melahirkan makna yang betul. Kesalahan ini berlaku kebiasaanya apabila pemilihan kata yang kurang tepat berdasarkan konteks dan situasi ayat.


AYAT SALAH AYAT BETUL PENJELASAN Oleh itu, mustahak untuk kita mempelajari dan menguasai teknologi ini supaya dapat buang yang keruh dan ambil yang bersih. Oleh itu, mustahak untuk kita mempelajari dan menguasai teknologi ini supaya dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Pemilihan kata yang tepat adalah jernih yang mempunyai kata adjektif yang lebih sesuai berbanding bersih. Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan bualan sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Pemilihan kata yang tepat ialah komunikasi yang merujuk kepada cara manusia berhubung melalui penggunaan teknologi. Penularan berita juga adalah lebih deras sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang menjadi lubuk informasi terkini. Penularan berita juga adalah lebih pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang menjadi lubuk informasi terkini. Pemilihan kata yang tepat adalah pantas kerana menunjukkan penggunaan ayat tentang kelancaran kelajuan informasi dalam internet. ANALISIS DIKSI KATA


ASPEK GOLONGAN KATA Kesalahan ini merupakan kesalahan dalam penggunaan golongan kata yang tidak sesuai dan tidak tepat Golongan kata terbahagi kepada 4 bahagian iaitu : -Kata nama -Kata kerja -kata adjektif -Kata tugas.


ANALISIS ASPEK GOLONGAN KATA Ayat salah: Sekiranya mereka menggunakan teknologi dengan sebaiknya, mereka boleh menjadi karyawan atau karyawati dan menghasilkan karya mereka tidak mengira dalam bentuk penulisan mahupun video. Ayat betul: Sekiranya mereka menggunakan teknologi dengan sebaiknya, mereka boleh menjadi karyawan atau karyawati dengan menghasilkan karya mereka tidak mengira dalam bentuk penulisan mahupun video. Penjelasan: Kata hubung yang sesuai adalah "dengan" yang merujuk kepada perkaitan kronologi bagi dua ayat tersebut.


ANALISIS ASPEK GOLONGAN KATA Ayat salah: Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan remaja mengenali dan mengetahui hak kami serta dapat memberikan pendapat atau solusi berkenaan isu-isu semasa yang membuatkan negara asing bergolak. Ayat betul: Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan remaja mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi berkenaan isu-isu semasa yang membuatkan negara asing bergolak. Penjelasan: Penggunaan kata 'mereka' sangat sesuai kerana menunjukkan kata ganti diri kepada golongan remaja iaitu kata ganti nama yang ketiga.


ANALISIS ASPEK GOLONGAN KATA Ayat salah: Misalnya, kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi penilaian di dalam perkembangan karier pada masa hadapan. Ayat betul: Misalnya, kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam perkembangan karier pada masa hadapan. Penjelasan: Penggunaan kata sendi 'dalam' paling tepat kerana menunjukkan lingkungan, manakala perkataan 'di dalam' merujuk kepada ruang atau tempat.


ASPEK PEMBENTUKAN KATA 1) Kesalahan Pengimbuhan -Kesalahan ini melibatkan proses pengimbuhan, iaitu imbuhan digabungkan dengan kata dasar yang digunakan secara tidak tepat atau sesuai. Selain itu kesalahan melibatkan morfofonem, iaitu perubahan huruf pangkal apabila menerima imbuhan juga sering berlaku kesalahan.


ANALISIS KEsALAHAN PENGIMBUHAN Salah = menubah betul = mengubah Penjelasan : Awalan meng- digunakan sebagai awalan untuk kata kerja manakala awalan men- sesuai untuk kata dasar yang bermula huruf c,d,j,s,sy,t, dan z. " Dasawarsa ini, perkembangan teknologi telah menubah cara hidup masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta."


ASPEK GOLONGAN KATA Kesalahan ini terjadi kerana tanda sempang diletakkan pada tempat yang tidak betul. 2)KESALAHAN PENGGANDAAN


ANALISIS KESALAHAN PENGGANDAAN SALAH : KANAK KANAK BETUL : KANAK-KANAK PENJELASAN : Kata dasar yang mengalami penggandaan perlu diletakkan sempang. "Secara lahiriah nya, golongan remaja dan kanak kanak merupakan tunjang masa hadapan nusa dan bangsa perlulah menguasai teknologi maklumat selaras dengan perkembangannya agar faedahfaedah yang mampu diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya."


ASPEK GOLONGAN KATA 3)Kesalahan pemajmukan Kesalahan ini berlaku kerana tidak menguasai pembentukan kata majmuk.


ANALISIS KESALAHAN PEMAJMUKAN "Remaja seharusnya bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu semasa yang berlaku secara domestik mahupun antara bangsa. Isu yang berat seperti perkembangan politik, pengurusan kewangan dan masalah kesihatan lazimnya tidak mendapat perhatian daripada golongan ini." KESALAHAN -antara bangsa PEMBETULAN -antarabangsa PENJELASAN -Perkataan majmuk ini dieja rapat kerana telah menjadi kata majmuk yang telah mantap


Sumber Petikan https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologimaklumat.html


SEKIAN, TERIMA KASIH SEMOGA HARI ANDA CERI-CERIA SELALU


Click to View FlipBook Version