The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-95012720, 2021-10-10 23:38:47

CONTOH SET SOALAN PENDIDIKAN MORAL

CONTOH SET SOALAN PENDIDIKAN MORAL

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN MORAL (1225)

CONTOH ITEM

CONTOH SOALAN PENTAKSIRAN

Bahagian A
[ 50 markah ]
Jawab s​ emua​ soalan

1. Maklumat berikut berkaitan dengan kisah yang berlaku kepada Seng Boon.

Seng Boon sudah lama ingin memiliki telefon bimbit tetapi dia tidak mampu
membelinya. Suatu hari dia telah menjumpai dompet yang mengandungi
sejumlah wang yang mencukupi untuk membeli telefon bimbit. Ketika di kedai
telefon bimbit, Seng Boon tiba-tiba berubah fikiran dan menyerahkan dompet
tersebut ke balai polis.

a. Pada pendapat anda, mengapakah Seng Boon berubah fikiran?. Berikan
justifikasi anda.

i. ………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………………………

[ 3 markah ]
b. Perbuatan Seng Boon menunjukkan dia ialah individu yang mempunyai

nilai kerohanian dalam membuat keputusan. Jelaskan ciri nilai kerohanian
yang terdapat di dalam diri Seng Boon.
i. ………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[ 3 markah ]

@JPNNegeriselangor 2

CONTOH SOALAN PENTAKSIRAN

c. Sekiranya Seng Boon meneruskan perbuatannya membeli telefon bimbit
menggunakan wang tersebut, terangkan implikasi terhadap Seng Boon.

i. ………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[ 4 markah ]

@JPNNegeriselangor 3

CONTOH SOALAN PENTAKSIRAN

Bahagian B
[ 10 markah ]
Jawab​ satu s​ oalan sahaja
2. Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu tema sambutan Hari Kebangsaan.

Negara Kita Tanggungjawab Kita

Huraikan peranan anda untuk merealisasikan tema di atas berdasarkan nilai
universal yang dipelajari.

[10 markah]

@JPNNegeriselangor 4

CONTOH SOALAN PENTAKSIRAN

Bahagian C
[ 40 markah ]
Jawab​ semua s​ oalan

3. Situasi berikut berkaitan dengan kes perselisihan faham.
Seorang pemuda telah menumbuk dan menendang seorang pengawal
keselamatan yang telah menegurnya kerana meletakkan kenderaan di petak
parkir orang kurang upaya. Akibat serangan tersebut pengawal keselamatan
mengalami kecederaan yang serius dan trauma. Walaupun pemuda tersebut
memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana hilang pertimbangan,
pengawal keselamatan itu mahu meneruskan niatnya menyaman pemuda
tersebut.
a. Berdasarkan situasi di atas, patutkah pengawal keselamatan itu
meneruskan tindakan untuk menyaman pemuda tersebut berdasarkan
nilai universal yang dipelajari?
[10 markah]

b. Bincangkan norma masyarakat Malaysia yang patut diamalkan dalam
situasi ini.
[ 10 markah]

@JPNNegeriselangor 5


Click to View FlipBook Version