The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2
BMMB1144 Kesantunan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBMSK Olvie Jane Wilfred, 2023-07-11 07:08:46

Skrip Majlis Persaraan Guru Besar

Tugasan 2
BMMB1144 Kesantunan Berbahasa

Keywords: Skrip Majlis Persaraan Guru Besar

SKRIP MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK.KEMBURONGOH, RANAU. SKRIP EMCEE Ketibaan yang diraikan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Olvie Jane Wilfred. Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Olvie Jane Wilfred, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemburongoh, Ranau Salutasi Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua ; Salam sembah pembuka bicara; Selamat datang untuk semua. 1. Yang diraikan, Cikgu Olvie Jane Wilfred, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemburongoh 2. Yang Berusaha, Cikgu Abigail Faye Florino, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kemburongoh 3. Dif-dif jemputan 4. Para guru dan murid 5. Seterusnya hadirin yang dimuliakan


Kata-kata aluan pengacara Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Pakat bersama menunggang kuda, Biarpun seketika masanya cuma; Sisihkan sengketa kiranya ada, Bertemu berpisah perencanaan-Nya Perpisahan adalah sebahagian daripada kehidupan. Perpisahan selalu mengajarkan kita untuk menghargai, bahawa setiap detik bersama orang yang kita cintai adalah anugerah yang tidak boleh kita sia-siakan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini dalah untuk meraikan Yang Berusaha, Cikgu Olvie Jane Wilfred yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini. Andai pasir di pantai tidak mampu dihitung , begitulah juga besarnya jasa Puan Olvie Jane Wilfred terhadap sekolah ini. Sekalung penghargaan diucapkan buat Puan Olvie yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Bacaan doa Petik Kenanga indah disemat, Gubahan di olah bawa berangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis ingin mempersilakan Cikgu Khairuddin Bin Mat Jislim untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. Terima kasih kepada Cikgu Irshad Alfian atas bacaan doa itu sebentar tadi.


Ucapan penolong kanan pentadbiran Hadirin sekalian, Adat berbahasa menyampaikan pesan, Adat upacara menyampaikan ucapan, Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Cikgu Abigail Faye , Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu Abigail Faye atas kesudian menyampaikan ucapannya sebentar tadi. TEKS UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Terima kasih puan pengacara majlis, Selamat pagi dan salam sejahtera Yang berusaha, Guru Besar Sk Kemburongoh, Ranau Barisan guru-guru dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian, Marilah bersyukur kerana pada pagi yang indah ini, kita dapat berkumpul bersama-sama untuk meraikan majlis persaraan Guru Besar yang kita kasihi, Puan Olvie Jane. Hadirin yang dimuliakan, Saya mewakili warga sekolah ini terutama para pendidik, merakamkan rasa terharu dan sudah pasti kata-kata yang akan saya lontarkan nanti akan meruntum jiwa kita semua kerana perpisahan ini. Walaupun hati masih lara dan seolah-olah tidak mengizinkan, tetapi kami semua reda dengan persaraan puan guru besar. Persaraan ini merupakan detik paling bahagia untuk puan guru besar setelah berjuang pahit, manis dalam dunia pendidikan.


Hadirian yang dirahmati, Kami percaya, walaupun amat berat dan menyedihkan dan bukan sedikit air mata yang akan tumpah tetapi perpisahan sebenarnya mengajar kita erti keikhlasan dan kedewasaan dalam kehidupan. Justeru, kita pasti akan mengenang kembali saat-saat ketika bersama dan tetap akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Begitu juga dengan keberadaan kita bersama-sama puan guru besar, semuanya akan terhimpun menjadi sejarah dan terukir jitu dalam sanubari semua warga Sk Kemburongoh, Ranau. Hadirin yang dikasihi, Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana persaraan puan guru besar yang kita sanjungi dan cintai. Beliau bukan sahaja pegetua, tetapi pemimpin dalam keluarga besar Sk Kemburongoh, Ranau malah beliau juga ialah ibu yang menjadi tonggak menerajui kita semua ke arah kecemerlangan. Masa terlalu pantas berlari. Tidak terasa kita sudah 10 tahun bersama puan guru besar, menabur jasa dan bakti di sekolah ini. Kadang kala akibat kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen yang kita tempuhi, menyebabkan kita tidak terasa begitu pantasnya juga tempoh perkhidmatan puan guru besar sebagai pengetua telah berakhir. Hadirin yang berbahagia, Kita semua pasti akan merindui keberadaan puan guru besar di sekolah. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada puan guru besar atas sumbangan dan khidmatnya sepanjang berada di sekolah. Kami doakan puan guru besar dipanjangkan usia, diberi kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan urusan setiap masa. Selamat bersara puan daripada kami semua warga Sk Kemburongoh, Ranau. Sekian terima kasih.


Ucapan wakil pelajar (ketua murid) Hadirat sekalian, Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati Untuk itu majlis ingin menjemput , Faye Florino selaku ketua murid untuk mewakili SK Kemboja untuk memberikan ucapannya. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Faye Florino atas ucapannya yang disampaikannya sebentar tadi. TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR Salam sejahtera dan salam satu Malaysia Madani. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengacara Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Majlis ini diadakan bersempena dengan persaraan guru besar yang kita kasihi, Puan Olvie Jane. Saya mewakili murid mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk menyampaikan ucapan penghargaan sebagai tanda terima kasih daripada kami. Hadirin yang dikasihi, Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah ini, akhirnya tiba juga masa beliau untuk bersara. Hari ini bolehlah dianggap sebagai hari terakhir untuk kita dapat bersama-sama dengan guru besar dalam dunia pendidikan secara formal, sebelum beliau meninggalkan sk kemburongoh, ranau secara rasmi selepas ini.


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu, walaupun kita tidak akan melihat kelibat beliau dan tidak lagi mendengar tegurannya, jasanya sebagai seorang pendidik akan terus dikenang. Saya dimaklumkan sejak beliau berkhidmat di sekolah ini pelbagai kejayaan telah diraih. Kejayaan yang paling membanggakan adalah ketika sekolah ini diumumkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan. Kejayaan tersebut telah menaikkan imej sekolah dam memberikan persaingan yang sihat antara sekolah lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Hadirin yang dihormati, Saya selaku ketua murid, mewakili rakan-rakan ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar kata atau tingkah laku yang tidak sopan. Kami berharap sekolah ini akan tetap melekat di hati puan guru besar. Sebelum mengundurkan diri, izinkan saya melafazkan serangkap pantun untuk guru besar yang kami sayangi… Burung helang burung jentayu Hinggap di balik pohon ketapang Bunga kembang akan layu Budi baik tidak akan hilang Ucapan guru besar Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan, Sudilah puan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan , Cikgu Olvie Jane Wilfred, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemboja untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraihkan atas kesudian untuk menyampaikan ucapan yang amat menyentuh hati kita semua. Hadiri sekalian, saya sebagai wakil daripada pihak SK Kemburongoh Ranau, ingin menyanyikan serangkap lagu khas untuk Cikgu Olvie Puan berilmu banyak berjasa, Tugas mulia melentur nusa, Menjadi tanduk harapan bangsa, Akan dikenang setiap masa TEKS UCAPAN GURU BESAR Terima kasih kepada puan pengerusi majlis yang manis lagi anggun. Terlebih dahulu, izinkan saya mendeklamasikan sebuah pantun. Melati kuntum tumbuh merata, Sayang merbah di pohon cemara, Salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Salam sejahtera dan salam Malaysia madani, yang berusaha Penolong Kanan Pentadbiran Puan Christa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Michel, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Emily, barisan guru-guru dan staff-staff sokongan yang saya hormati, murid-murid dan semua warga Sekolah Kebangsaan Kemburongoh yang saya kasihi dan sayangi sekalian,sekali lagi salam Sejahtera dan salam Malaysia Madani. Hadirin yang saya kasihi sekalian,


Pada hari ini iaitu pada tanggal 10 Julai ini merupakan hari yang paling nostalgik dalam lipatan sejarah hidup saya yang mana hari ini saya diraikan oleh semua warga sekolah sempena persaraan saya dari sekolah ini. Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai seorang pendidik selama 37 tahun yang bermula pada 20 Julai 1963 sehingga 10 Julai 2023 ini, akhirnya pada hari ini saya akan menamatkan perkhidmatan saya dalam dunia kerjaya sebagai seorang pendidik. Saya juga telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini selama 10 tahun. Begitu banyak memori dan kenangan saya bersama sekolah ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah untuk beberapa tahun belakangan ini atas kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan sistem pentadbiran yang berkualiti dan pencapaian prestasi yang cemerlang bukan sahaja dalam pencapaian akademik sekolah ini tetapi juga dalam bidang penglibatan kokurikulum dalam kalangan murid-murid. Tanpa kamu semua, siapalah saya yang berdiri di hadapan ini pada hari ini yang dengan rasa bangganya bersara daripada kerjaya sebagai seorang pendidik kerana telah berjaya meninggalkan memori-memori terindah di sekolah ini dengan pencapaian sekolah kita yang sangat cemerlang. Walaupun dengan berat hati saya akan meninggalkan sekolah ini, saya tidak berasa ragu-ragu untuk meninggalkan perkhidmatan saya di sekolah ini kerana saya yakin, guru-guru, murid-murid dan semua warga sekolah mampu berdiri untuk terus maju dengan sendirinya. Hadirin yang saya sayangi, Seterusnya, saya juga ingin semua guru-guru, staff-staff sokongan dan murid-murid untuk memberikan tepukan kepada diri sendiri dengan penuh perasaan bangga kerana kamu semualah yang menjadi tonggak atau tulang belakang kepada kejayaan sekolah kita ini. Tanpa bantuan dan kerjasama daripada kamu semua, saya percaya bahawa sekolah kita ini tidak akan menjadi satu-satunya sekolah kluster kecemerlangan di daerah Ranau ini.


Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya selama beberapa tahun ini dalam menyandang jawatan sebagai Guru Besar di sekolah ini. Saya berharap, kerjasama dan usaha semua guru-guru dan murid-murid sentiasa membara dalam diri kamu semua untuk terus meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah ini dalam semua aspek. Akhir kata, saya juga ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah silap saya sepanjang tempoh saya bekhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Apa yang baik datang dari Tuhan, dan yang silap dan buruk pastinya datang daripada kelemahan saya sendiri. Walaupun saya berasa amat berat hati untuk meninggalkan sekolah ini, namun apakan daya takdir memisahkan kita. Semoga ada masa di lain hari, kita akan berjumpa lagi. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, izinkan saya mengakhirinya dengan 2 rangkap pantun. Besar sungguh si batang rasau, Daunnya banyak dibuat tikar, Biarpun jauh saya menua, Kasihku tidak akan bertukar. Emas murni dapat di sekolah, Jual murah biarpun rugi, Perpisahan ini tak aku inginkan, Semoga dapat berjumpa lagi. Sekian terima kasih.


Tayangan montaj Para tetamu yang dihormati, Sudah teradat si anak lelaki, Mati berjuang berundur jangan, Berani kami menjunjung ada, Bukan memberi kata dan puji, Hanya budi dalam ingatan, Buat kenangan sepanjang hayat. Hadirin marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan montaj yang telah diediakan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan montaj sebentar tadi. Penyampaian watikah persaraan Majlis menjemput dengan penuh takzimnya yang diraihkan, Cikgu Olvie Jane Wilfred untuk menerima watikah persaraan daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Dipersilakan. Terima kasih kepada Cikgu Abigail Faye. Penyampaian cenderahati Diminta Cikgu Olvie untuk kekal berdiri di situ kerana kami dari pihak SK Kemboja akan menyerahkan cenderahati yang dibuat ikhlas oleh para guru,murid dan staf SK Kemburongoh.


Penutup Hadirin yang dihormati, kita sudah sampai ke penghujung acara kita pada hari ini. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi, Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata yang boleh mengungkapkan betapa beratnya hati kita untuk melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan Cikgu Olvie Jane akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama orang tersayang. Selamat bersara cikgu. Hadirin sekalian, kita sudah sampai ke penghujung majlis. Pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini. Acara bersalam-salaman Namun sebelum kita bersurai meninggalkan dewan, Diminta semua murid untuk membuat satu barisan yang panjang untuk sesi bersalaman dengan Cikgu Olvie buat kali yang terakhir.


Click to View FlipBook Version