HARTA INI
MILIK
SIAPA ?
PELAJARAN 14
Harta secara umumnya dikategorikan kepada
dua sifat yang berbeza, iaitu harta alih dan
harta tak alih. Harta alih ialah seperti kereta,
motosikal, basikal, pinggan mangkuk, pakaian,
peralatan mekanikal dan sebagainya yang
bersifat boleh pindah pergerakannya secara
fizikal. Manakala harta tak alih pula ialah aset
tetap seperti tanah, bangunan dan harta fizikal
yang bersifat kekal dan tidak boleh
dipindahkan ke lokasi yang berbeza.
Secara umum, harta pusaka bolehlah
dinyatakan sebagai harta peninggalan si
mati. Harta tersebut perlu diuruskan oleh waris
yang masih hidup dengan tertib atau
berdasarkan urutan yang sepatutnya.
Pengurusan harta pusaka Islam bermula
setelah berlakunya kematian dan selesainya
proses pengebumian jenazah
Tertib pertama dalam pengurusan harta pusaka
orang Islam ialah dengan melakukan pengasingan
terhadap harta yang dimiliki atau yang diuruskan
oleh si mati semasa hayatnya. Berkemungkinan
tidak kesemua harta yang diuruskan oleh si mati
adalah kepunyaan mutlak arwah. Sebaliknya
terdapat juga harta yang bukan milik mutlak si mati
contohnya seperti harta amanah, harta yang telah
dijual, harta wasiat, harta yang telah dihibahkan
dan harta yang telah diwakafkan oleh si mati
semasa hayatnya.
Tertib kedua dalam menguruskan harta pusaka orang Islam
ialah proses melunaskan hutang piutang yang
ditinggalkan oleh si mati. Waris terdekat perlu
mengambil tanggungjawab dalam mengenal pasti hutang
yang telah dibuat oleh si mati semasa hayatnya dan
melangsaikan hutang tersebut bagi pihak si mati.Hutang
yang dimaksudkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu
hutang dunia dan hutang akhirat. Hutang yang melibatkan
orang perseorangan, syarikat atau pihak kerajaan
dianggap sebagai hutang dunia yang perlu
diselesaikan.Manakala hutang akhirat pula seperti
perlaksanaan ibadah haji yang masih belum dilaksanakan
oleh si mati semasa hayatnya sedangkan si mati
berkemampuan.
Tertib ketiga ialah pembahagian harta sepencarian.
Harta sepencarian ialah harta yang dimiliki dan diusahakan
secara bersama oleh si mati dan pasangan semasa hayatnya.
Sekiranya pasangan si mati (sama ada suami atau isteri) tidak
bekerja atau tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap,
pasangan yang hidup juga berhak menuntut harta sepencarian.
Isteri sebenarnya merupakan individu yang penting dalam
membantu suami meringankan beban pengurusan keluarga demi
memastikan arwah suami dapat mencari rezeki yang halal. Oleh
itu, isteri yang ditinggalkan juga berhak memiliki harta sepencarian
yang diusahakan oleh suami semasa tempoh hayat
perkahwinannya berlangsung.
Tertib keempat dalam pengurusan harta pusaka
Islam ialah dengan melaksanakan wasiat yang
dibuat oleh si mati semasa hayatnya. Wasiat
merupakan pesanan ataupun hasrat si mati yang dibuat
semasa hayatnya. Namun begitu perlaksanaan wasiat
hanya boleh direalisasikan setelah pewasiat (si mati)
meninggal dunia.Harta yang ditinggalkan oleh si mati
boleh diuruskan secara perlaksanaan wasiat asalkan tidak
melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan.
Wasiat boleh diberikan kepada bukan waris
yang berhak mendapat harta pusaka
peninggalannya.
Tertib kelima dan terakhir dalam pengurusan harta
pusaka Islam ialah melaksanakan faraid ke atas
harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kepada
waris yang berhak. Faraid ialah bahagian yang
ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.Terdapat pelbagai
kategori waris. Antaranya waris utama, waris gantian, waris
sisian pertama dan waris sisian kedua. Dalam
perbincangan kali ini, cukuplah sekadar pemahaman
terhadap waris utama dahulu.Waris utama yang berhak
dalam pembahagian harta faraid terdiri daripada individu
yang paling rapat dengan si mati iaitu ayah, ibu, pasangan
(suami atau isteri), anak lelaki dan anak perempuan.
Namun begitu, terdapat juga hak waris-waris lain yang
terlibat sekiranya waris utama telah tiada.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 6
PELAJARAN 14:
4.28.6 BIMBING MURID MENGURUSKAN
PENGURUSAN HARTA HARTA MENGIKUT SYARIAT SECARA
SELEPAS KEMATIAN BERADAB DAN ISTIQAMAH.
UNIT 1 :WASIAT DALAM 5
ISLAM
4.28.5 HIKMAH PENSYARIATAN
1 WASIAT
4.28.1 MAKSUD, HUKUM DAN 4
DALIL WASIAT
4.28.4 PEMBAHAGIAN HARTA WASIAT
2
4.28.2 GALAKAN DAN CARA BERWASIAT
3 Conent
4.28.3 RUKUN DAN SYARAT WASIAT
Video
Sisipan
Perbezaan
Wasiat,
Faraid dan
Hibah
PELAJARA Unit 1: Wasiat Dalam Islam
N 14:
4.28.1 Maksud, Hukum Dan Dalil Wasiat
PENGURUS
AN HARTA A Wasiat: Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup,
untuk mengagihkan harta
SELEPAS selepas kematiannya menurut hukum syarak.
KEMATIAN Hukum: Sunat
B Dalil Nakli:
Allah S.W.T berfirman:
(Surah al-Baqarah, 2: Ayat 180)
Maksud: Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang daripada kamu hamper mati, jika dia ada
meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik, (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan keatas orang
yang bertakwa.
Abdullah Bin Umar R.A meriwayatkan
C bahawa Rasululah S.A.W bersabda:
Maksud: Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur
selama dua malam beruturut-turut melainkan wasiat yang tertulis di sisinya.
PELAJARA Unit 1: Wasiat Dalam Islam
N 14:
A 4.28.2 Galakan Dan Cara Berwasiat
PENGURUS
AN HARTA
SELEPAS
KEMATIAN
Jabir Bin Abdullah R.A meriwayatkan
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
B
Maksud: Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati dijalan Allah
S.W.T dan sunnah (rasulnya), mati dalam keadaan takwa dan syahid, serta mati dalam
keadaan diampuni rasulnya.
CARA PENGURUSAN WASIAT
C •Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat.
•Harta yang diwasiatkan tidak melebihi daripada 1/3 daripada keseluruhan harta.
Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati.
PELAJARAN 4.28.3 Rukun Dan Syarat Wasiat
14:
PENGURUSA
N HARTA
SELEPAS
KEMATIAN
RUKUN WASIAT Pewasiat , Penerima wasiat , Harta yang diwasiatkan
, Sighah (Ijab, Kabul)
SYARAT SAH 1. Berakal: tidak sah wasiat bagi orang yang gila.
WASIAT Pe wasiat 2. Baligh: tidak sah wasiat bagi kanak-kanak.
3. Sukarela: tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa.
Penerima Wasiat 4. Merdeka: tidak sah wasiat bagi hamba.
1. Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi.
Harta Yang
Diwasiatkan tidak sah wasiat yang umum.
2. Maish hidup. Tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati.
Sighah 3. Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah
wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
1. Harta yang bernilai.
2. Harta yang boleh berpindah milik.
3. Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram.
1. Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau kiasan.
2. Penerimaan wasiat berlaku selepas kematian pewasiat.
PELAJARAN 4.28.3 Rukun Dan Syarat Wasiat
14:
PENGURUSA
N HARTA
SELEPAS
KEMATIAN
SPEKTRUM Contoh lafaz wasiat:
ILMU •Lafaz yang jelas: Kata ali, “Aku berwasiat rumahku
kepada Zaim selepas aku mati”
•Lafaz secara kiasan: Kata Ali, “Hartaku ini untuk Zahid”,
berserta dengan niat wasiat.
4.28.4 Pembahagian Harta Wasiat PELAJARAN
14:
Majoriti ulamak berpendapat bagi orang yang meninggalkan anggota waris,
kadarnya tidak lebih daripada satu pertiga (1/3) harta berdasarkan hadis: PENGURUSA
Saad Bin Abi Waqaf R.A. meriwayatkan bahawa aku telah berkata kepada N HARTA
Rasulullah S.A.W: SELEPAS
KEMATIAN
Maksud: Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan aku tidak
mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku
mewasiatkan dua pertiga (2/3) hartaku? “Rasulullah S.A.W menjawab:
”Tidak boleh”, aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga (1/3)
daripadanya?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu
pertiga (1/3) (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak.”
4.28.5 Hikmah Pensyariatan Wasiat
Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan HIKMAH 1
walaupun selepas meninggal dunia.
HIKMAH 2 Menjamin kelangsungan operasi sesebuah
organisasi melalui suntikan dan daripada wasiat.
Menjaga kebajiikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak HIKMAH 3
angkat atau anggota waris yang tidak layak menerima harta pusaka.
HIKMAH 4 Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan
masyarakat melalui wasiat.
4.28.6 Bimbing murid menguruskan harta mengikut syariat secara beradab dan istiqamah.
AKTIVITI
PELAJARAN PENILAIAN
14:
PENGURUSA
N HARTA
SELEPAS
KEMATIAN
PELAJARAN
14: UNIT 2
FARAID
DALAM
ISLAM
OBJEKTIF 6
PEMBELAJARAN
PENILAIAN
UNIT 2 : FARAID
DALAM ISLAM 5
1 AKTIVITI
4.28.1 MAKSUD, HUKUM DAN DALIL 4
FARAID
4.28.5 HIKMAH PENSYARIATAN
2 FARAID
4.28.3 RUKUN DAN SYARAT FARAID
3
4.28.4 JENIS WARIS DAN PEMBAHAGIAN
HARTA PUSAKA
PELAJARAN
14: UNIT 2
FARAID
DALAM
ISLAM
Video
Sisipan
Perlu Ikut
Hukum
Faraid
4.28.1 Maksud, Hukum Dan Dalil Faraid PELAJARAN
Maksud: Pembahagian harta seorang 14: UNIT 2
muslim yang telah meninggal dunia FARAID
kepada anggota warisnya menurut DALAM
hukum syarak. ISLAM
Hukum: Wajib
Money
SPEKTRUM ILMU PELAJARAN
14:
Rasulullah S.A.W telah memperakui
Zaid Bin Thabit R.A sebagai salah UNIT 2
seorang pakar dalam bidang faraid. FARAID
Anas Bin Malik R.A meriwayatkan DALAM
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ISLAM
Maksud: Orang yang paling
mengetahui faraid antara kamu
ialah Zaid Bin Thabit
Allah S.W.T berfirman: PELAJARAN
14:
UNIT 2
FARAID
DALAM
ISLAM
Dalil Nakli: (Surah an-Nisa’, 4: Ayat 7)
Maksud: Orang lelaki ada bahagian pusakan daripada
peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, dan orang
perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu
bapa dan saudara mara mereka, sama ada sedikit atau banyak
menurut bahagian yang telah ditetapkan.
Abdullah Bin Maksud: serahkanlah bahagian-bahagian pusaka yang ditetapkan itu
Abbas R.A kepada para pemiliknya. Apa-apa jua yang masih berbaki, maka
meriwayatkan serahkanlah bahagian itu kepada waris lelaki yang terdekat.
bahawa
Rasulullah S.A.W
bersabda:
PELAJARA 4.28.3 Rukun Dan Syarat Faraid
N 14: UNIT RUKUN 1. Orang yang mewariskan harta
2 FARAID FARAID 2. Waris
3. Harta pusaka
DALAM
ISLAM
SYARAT SAH FARAID
ORANG YANG MEWARISKAN Waris: Waris masih hidup Harta pusaka: Harta yang
dan mengetahui status dimiliki oleh si mati sekiranya
HARTA: Kematiannya telah hubungan dengan si harta pusaka tidak dimiliki
mati. oleh si mati, pembahagiannya
disahkan. Sekiranya tidak sah.
kematiannya belum disahkan,
pembahagian harta tidak
dibenarkan.
4.28.4 Jenis Waris Dan Pembahagian Harta Pusaka
JENIS WARIS
1Ashabul Furud Waris yang menerima harta pusaka
mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh
syarak.
3Asabah Waris yang menerima baki harta pusaka
selepas dibahagikan kepada ashabul
Furud.
SPEKTRUM ILMU PELAJARA
Jenis Asabah N 14: UNIT
2 FARAID
Asabah Binafsih Asabah Bil Ghoir Asabah Maal Ghoir
DALAM
ISLAM
Anggota waris yang terdiri Waris perempuan dengan sebab Waris perempuan dengan sbb
daripada kaum lelaki, iaitu: adanya anggota waris lelaki iaitu: adanya anggota waris
• Bapa • Anak perempuan dengan perempuan yang lain, iaitu:
• Datuk anak lelaki • Saudara perempuan
• Anak lelaki • Cucu perempuan dengan kandung
• Cucu lelaki dari anak lelaki cucu lelaki • Saudara perempuan sebapa
• Saudara lelaki kandung • Saudara kandungan berkongsi dengan anak
• Saudara lelaki sebapa perempuan dengan saudara perempuan atau cucu
• Bapa saudara kandung kandung lelaki perempuan
• Bapa saudara sebapa • Saudara perempuan sebapa
• Anak lelaki bapa saudara dengan saudara lelaki sebapa
kandung
• Anak lelaki bapa saudara
sebapa
PEMBAHAGIAN IBU
HARTA PUSAKA
• 1/3: Sekiranya tiada anak atau terdapat
BAPA hanya seorang saudara lelaki atau
perempuan.
• 1/6: Sekiranya mempunyai anak
lelaki. • 1/6: Sekiranya mempunyai anak atau
terdapat lebih daripada dua orang
• Asabah: Sekiranya tiada anak. saudar lelaki atau perempuan.
• 1/6 dan Asabah: Sekiranya
• 1/3: Daripada baki sekiranya hanya
mempunyai anak perempuan mempunyai ibu, ayah, suami atau isteri.
sahaja.
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
SUAMI ISTERI ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN
• ½: Sekiranya tiada • ¼: Sekiranya • ½: Sekiranya anak
tiada anak
anak. • Seluruh harta tunggal
• 1/8: Sekiranya
• ¼: Sekiranya mempunyai sekiranya tiada perempuan.
anak.
mempunyai anak. anak perempuan. • 2/3: Sekiranya
• Asabah Binafsih terdapat dua atau
lebih anak
perempuan.
• Asabah Bil Ghoir
sekiranya
mempunyai anak
lelaki.
SPEKTRUM ILMU
Kajian kes:
1. Seorang isteri meninggal dunia dan mempunyai:
• Suami
• Bapa
• Ibu
• Seorang anak perempuan
Contoh jawapan:
• Suami: ¼
• Bapa: 1/6 + Asabah
• Ibu: 1/6
• Seorang anak perempuan: ½
4.28.5 Hikmah
Pensyariatan Faraid
HIKMAH 1 HIKMAH 2
HIKMAH 3 HIKMAH 4
Mengelakkan
berlaku Menjamin Meningkatkan
pertelingkahan kelansungan keadilan bagi Mengekalkan
dalam hidup waris pihak waris supaya kasih sayang
pembahagian selepas kematian tidak ditipu oleh dalam kalangan
harta yang orang yang pihak yang tidak PEaLnAgJgAotRaAkeNluarga.
menjejaskan mewarisi harta. bertaggungjawab. 14: UNIT 2
kebahagiaan FARAID
dalam keluarga. DALAM
ISLAM
NOTA GURU
4.28.6 Bimbing murid menguruskan harta mengikut syariat secara beradab dan istiqamah.
AKTIVITI
01 Laksanakan aktiviti Rush Idea bagi menyatakan maksud faraid.
Bina peta pemikiran tentang rukun dan syarat faraid. 02
03 Cari maklumat mengenai pembahagian faraid secara berkumpulan.
Hasilkan info grafik kaedah pembahagian faraid. Pamerkan info grafik
tersebut dihadapan kelas.
1. Bincangkan pembahagian faraid bagi situasi berikut AKTIVITI
secara berkumpulan, kemudian bentangkan hasil
perbincangan anda. 04
i. Seorang suami meninggal dunia dan mempunyai:
• Isteri
• Ibu
• Anak perempuan tunggal
i. Seorang suami meninggal dunia dan mempunyai:
• Isteri
• Bapa
• Cucu lelaki daripada anak lelaki
PENILAIA Penilaian 1 Penilaian 2 Penilaian 3
N
Siapakah tokoh Apakah maksud Nyatakan dalil faraid.
FaraidIslam yang faraid?
Penilaian 6
terkenal? Penilaian 5
Jelaskan syarat faraid.
Penilaian 4 Senaraikan rukun
faraid.
Nyatakan hukum
faraid. Penilaian 8
Penilaian 7 Terangkan dua hikmah
pensyariatan faraid.
Terangkan jenis-jenis
waris.
WALLAHU A’LAM.TERIMA KASIH
SEMOGA MENJADI IKTIBAR BUAT KITA
USTAZAH ADURA SMKS9
PERHATIAN!
Modul Topikal Mahabbah Pendidikan Islam ini adalah, modul berbayar. Dilarang atau tidak dihalalkan
dunia akhirat jika bahan ini disebarkan secara umum dimana-mana platform digital atau sebaliknya
hanya boleh dikongsi sesama GPI dan anak anak murid sekolah sahaja .
Terima kasih atas keperihatinan ustaz/ah dan terima kasih kerana membeli.Semoga Allah memberi
ganjaran kita semua di atas amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa.
Kami juga menyediakan bahan PDPC powerpoint tingkatan 1 , 2, 3 , 4 dan 5 ,memudahkan pengajaran
dan pendidikan anak –anak murid
Bank soalan tingkatan 1,2,3 dan PT3 juga tersedia bagi memudahkan para ustaz dan ustazah membuat
soalan ujian bulanan,ujian penggal mahupun peperiksaan akhir tahun
Pembelian boleh di pdpcmahabbah.com atau whatsaap ke 0111 3011030
THANK YOU
https://www.facebook.com/BBMInteraktif Pdpcmahabbah.com