The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhassfaiza Rahim, 2021-06-16 22:56:09

AKIKAH

AKIKAH

PELAJARAN 15 : KORBAN DAN AKIKAH
UNIT 2 : AKIKAH

BIDANG FEKAH

OBJEKTIF PELAJARAN :

1. Menyatakan maksud, hukum dan dalil
2. Menjelaskan syarat sah akikah

3. Menjelaskan perkara sunat akikah
4. Menjelaskan tempoh pelaksanaan akikah
5. Menjelaskan pembahagian daging akikah

6. Menerangkan hikmah akikah

MAKSUD DAN HUKUM AKIKAH

❖MAKSUD AKIKAH :
- Binatang ternakan (al- An’am)*
yang disembelih sempena
kelahiran bayi.

❖HUKUM :
- Sunat Muakad dan wajib jika
bernazar.

*-Unta -kerbau -lembu
*-kambing -biri-biri

DALIL NAKLI AKIKAH

Daripada Samurah bin Jundub meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda:

Maksud :
Setiap anak tergadai dengan akikahnya, maka
pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi
nama dan dicukur rambutnya.

SYARAT SAH AKIKAH

SYARAT SAH HURAIAN
1. Berniat akikah
• Berniat akikah Ketika binatang
2. Masa pelaksanaan disembelih.
3. Cukup Umur
• Setelah bayi dilahirkan.

• Unta – lima tahun dan ke atas.
• Lembu atau kerbau – 2 tahun dan ke

atas.
• Kambing – 2 tahun dan ke atas.
• Biri-biri – 1 tahun atau sudah bersalin

gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.

4. Sifat al-An’am • Bebas daripada penyakit dan
kecacatan contohnya, cacat yang teruk
pada satu matanya, berpenyakit yang
teruk, tempang atau kurus yang
melampau.

PERKARA SUNAT AKIKAH

Berdoa semasa hendak menyembelih
binatang :

1

Maksud :
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya
Allah binatang ini daripadaMu dan kembali
kepadaMu, ini akikah……..(sebut nama anak )

2 Menyembelih ketika matahari sedang

naik

PERKARA SUNAT AKIKAH

3 Dilakukan pada hari ketujuh selepas

kelahiran.

Tidak dipatah-patahkan tulang

4 binatang semasa memotong daging

kecuali mengikut sendi-sendinya.

Mencukur rambut bayi selepas

5 penyembelihan. Memberikan nama

yang baik kepada bayi.

Bersedekah dengan emas atau perak

6 seberat rambut bayi yang telah

dicukur.

TEMPOH PELAKSANAAN AKIKAH

TEMPOH
PELAKSANAAN

AKIKAH

SUNAT MUAKAD SUNAT

Pada hari ketujuh Setelah sempurna
kelahiran bayi kelahiran sehingga

bayi itu baligh

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Sunat dimasak dengan masakan yang
manis dan disedekahkan sesudah di

masak.

PEMBAHAGIAN Masakan itu afdal disedekahkan
DAGING kepada orang miskin
AKIKAH

Masakan itu juga sunat dimakan
oleh orang yang berakikah

HIKMAH AKIKAH HIKMAH
AKIKAH
1. Menzahirkan kesyukuran kepada
Allah atas kurniaan cahaya mata.

2. Menghebahkan berita kelahiran
supaya tidak timbul prasangka.

3. Menyuburkan sifat pemurah dan
menjauhi sifat bakhil

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan maksud akikah.
2. Nyatakan hukum akikah.
3. Terangkan cara pembahagian daging

akikah.

4. Terangkan dua hikmah menunaikan

ibadat akikah.


Click to View FlipBook Version