The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhassfaiza Rahim, 2020-05-03 08:29:37

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

beanahomequran.com/15-keistimewaan-bulan-ramadhan/

Ramadhan adalah salah satu bulan dalam bulan bulan Islam. Ramadhan dari segi
bahasa bermaksud panas terik manakala dari segi istilah pula bermaksud bulan rahmat
yang diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun
Mubarak” yang memberi erti bulan keberkatan.
Ia dikatakan sebagai bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan kerana di
dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan. Jadi, hari ini saya akan huraikan
berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan pada umat Islam.

Al-Quran Diturunkan

Al-Quran merupakan sumber syariat Islam yang terbaik bagi umat Islam. Ia diturunkan
pada bulan Ramadhan sehingga terdapat firman Allah pada bulan itu yang telah
diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepadanya
segenap umat muslim agar terhindar dari jalan yang sesat.
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah : 185)

Bulan Penuh Kebaikan

“Apabila telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka, sedangkan pintu-pintu
neraka akan ditutup, dan syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari dan Muslim)

1/5

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk membuat amal kebaikan kerana tidak ada bulan
dimana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya.
“Sesungguhnya bulan (Ramadhan) telah datang kepada kalian, di dalamnya terdapat
sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak mendapatinya
maka ia telah kehilangan banyak sekali kebaikan.” (HR Ibnu Majah)
Tidak ada malam yang lebih baik dari bulan Ramadhan. Barangsiapa yang tidak
mengisinya dengan kebaikan, maka ia telah rugi kerana belum tentu di tahun hadapan ia
kana bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.

Bulan Pengampunan Dosa

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala,
maka akan diampuni dosa – dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah akan mengampuni dosa hambanya sebanyak mana sekalipun ketika itu sekiranya
dia bersungguh-sungguh bertaubat dan menjalankan ibadah Ramadhan dengan ikhlas.
Pintu kebaikan akan terbuka luas untuknya dan berdoa kepada Allah supaya
diampunkan dosanya.

Kesempatan Taubat

“Celakalah seseorang, ia memasuki bulan Ramadhan kemudian melaluinya sedangkan
dosanya belum diampuni.” (HR Tirmidzi dan Ahmad)
Di dalam bulan Ramadhan ini, berdoalah dan minta keampunan di atas segala dosa yang
telah dilakukan. Bertaubatlah kerana ianya akan menjadiakn kita seperti orang yang
baru dan bersih dari segala dosa.

Pahala Berlipat Ganda

“Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji.” (HR Bukhari dan
Muslim)

2/5

Umrah yang dilakukan pada bulan lain selain Ramadhan hanya kan mendapat pahala
biasa. Akan tetapi, jika umrah dilakukan pada bulan Ramdhan, ianya akan mendapat
pahala yang luar biasa, berlipat kali gandanya sehingga ia sangat-sangat berbeza dari
bulan-bulan yang lain.

Malam Lailatul Qadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar
itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun
malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu
hingga terbit fajar!” (Surah Al-Qadr : 1-5)

Tiada malam yang lebih indah dan lebih baik dari malam Laitatul Qadar. Lailatul Qadar
hanya ada pada bulan Ramadhan sehingga setiap harinya di bulan Ramadhan
digalakkan untuk selalu melakukan amal ibadah agar dapat bertemu malam yang penuh
dengan keberkatan itu.

I’tikaf Dengan Tenang

Bulan Ramadhan adalah waktu yang paling terbaik untuk i’tikaf kerana di bulan inilah
Allah memperhatikan hambaNya secara langsung.

“Adalah Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh
hari terakhir dari bulan Ramadhan,
sampai beliau wafat, kemudian isteri-isteri
baginda pun beri’tikaf setelahnya.” (HR
Bukhari Muslim)

Tidak Menghalang Urusan Duniawi

“Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah
kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-
batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya.” (Surah Al-Baqarah : 187)

Bulan puasa bukanlah bulan yang dilarang untuk melakukan urusan duniawi. Salah
satunya adalah hubungan kelamin diantara suami isteri, suami tetap boleh
melakukannya pada waktu yang dibolehkan iaitu di malam hari, dan tetap mendapat
pahala serta tidak ada dosa baginya.

3/5

Merasakan Nikmatnya Makan Minum

Pada hari-hari biasa kita akan merasa biasa sahaja dengan makan dan minum. Namun,
pada bulan Ramadhan, kita akan merasa lapar dan haus sehingga ketika mendapat
makanan dan akan berasa sangat bersyukur. Sedangakn ada juga saudara kita yang
diluar sana setiap hari seperti berpuasa kerana tidak memiliki wang yang cukup utnuk
makan dan minum.

Ibadah Khusus Solat Tarawih

“Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan
mengharap pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan
Muslim)

Semua solat boleh dilakukan di bulan Ramadhan kecuali solat tarawih sebab solat
tarawih adlah iabadah yang khusus dan istimewa hanya dilakukan pada bukan
Ramadhan.

Waktu Dikabulkan Doa

“Sesungguhnya setiap muslim pada tiap siang dan malam hari – pada bulan Ramadhan –
memiliki doa yang mustajab” (HR Al-Bazzar)

Bulan Ramadhan juga merupakan waktu
yang terbaik untuk berdoa kerana pada
bulan Ramadhan terdapat banyak waktu
yang mustajab untuk berdoa. Doa yang
dilakukan dengan ikhlas dengan penuh
beradab dan dilakukan pada waktu yang
baik sudah tentu akan dimakbulkan Allah
SWT.

Waktu yang baik untuk berdoa pada bulan
Ramadhan adalah ketika sahur dan
berbuka, disepertiga malam yang terakhir, setelah solat, ketika melakukan i’tikaf dan
banyak lagi kerana sepanjang hari orang yang berpuasa adalah hari yang penuh
kebaikan.

Waktu Terbaik Sedekah

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)

Waktu yang terbaik besedekah adalah pada bulan Ramadhan kerana pada bulan itu kita
boleh merasakan tidak semua orang mendapat kemudahan seperti kita. Sebagai contoh,
tidak semu aorang mempunyai wang untuk membeli makanan, membeli baju baru
malah memiliki tempat tinggal yang sepatutnya.

4/5

Oleh itulah, sedekah yang dilakukan akan membantu mereka yang berada di dalam
kesusahan untuk memberikan kesenangan dalam menjalani ibadah puasa. Kita juga
akan merasa senang melhat mereka bahagia dengan makan makanan yang lazat,
memakai pakaian baru dan sebagainya.

Tidak Ada Syaitan Penganggu

Pada bulan selain bulan Ramadhan terdapat banayk syaitan berkeliaran dan
mengganggu manusia. Hanya di bulan Ramadhan tidak ada syaitan kerana syaitan
dikurung di dalam neraka.
Perbutan maksiat yang dilakukan pada bulan puasa adalah kerana hawa nafsu dari
manusia itu sendiri dan sesungguhnya perbuatan maksiat tersebut boleh dicegah
dengan memperbanyakkan amal ibadah.
“Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-
syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari)
Begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini. Rugilah sekiranya kita tidak memanfaatkan
waktu kita dengan melakukan amal ibadah yang boleh menambahkan pahala malah
diampunkan dosa kita.

5/5


Click to View FlipBook Version