The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH 4 KUMPULAN 2:
1) NURUL ALIA MURSYIDA BINTI NORZA
2) UMI NASYIRAH BINTI MOHD ZAINIU
3) ALYA SYASHA BINTI RAZALI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1000-16-aliamursyida, 2023-03-22 03:52:52

PORTFOLIO TUGASAN 2 SJHK3223

SEJARAH 4 KUMPULAN 2:
1) NURUL ALIA MURSYIDA BINTI NORZA
2) UMI NASYIRAH BINTI MOHD ZAINIU
3) ALYA SYASHA BINTI RAZALI

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB KELANTAN DARUL NAIM SJHK3223 SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN PORTFOLIO KAJIAN LAPANGAN SEJARAH LISAN TAJUK: SEJARAH PEMBENTUKAN DAN LATAR BELAKANG IPG KAMPUS KOTA BHARU AHLI KUMPULAN: BIL NAMA NO. K/P ANGKA GILIRAN 1. ALYA SYASHA BINTI RAZALI 030402011560 2021082340409 2. UMI NASYIRAH BINTI MOHD ZAINIU 030605131028 2021082340455 3. NURUL ALIA MURSYIDA BINTI NORZA 031001080658 2021082340452


2 PENGHARGAAN “DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kami menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan, tugasan 2 SJHK3223: Sejarah Lisan dan Pendokumentasian ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2 Tahun 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Dr. Wan Afizi Wan Hanafi, pensyarah bagi subjek SJHK3223: Sejarah Lisan dan Pendokumentasian ini yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan pentaksiran berterusan tersebut. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukartukar idea dalam membantu kami menyiapkannya. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang baik kepada semua. Aamiinn. “KAMI BANGGA MENJADI GURU”


3 ISI KANDUNGAN Penghargaan……………………………………………………………………………….2 Isi Kandungan……………………………………………………………………………..3 Abstrak…………………………………………………………………………………….4 1.0 Proposal……………………………………………………………………………….5 1.1 Pengenalan…………………………………………………………………………5 1.2 Tema……………………………………………………………………………….6 1.3 Objektif Kajian…………………………………………………………………….6 1.4 Tujuan Kajian………………………..…………………………………………….6 1.5 Permasalahan Kajian……………………………………………………………....7 1.6 Kaedah Kajian……………………………………………………………………..7 1.7 Kajian Lapangan…………………………………………………………………...8 1.8 Rumusan…………………………………………………………………………...8 2.0 Proses Rakaman…………………………………………………………………...9-10 3.0 Transkripsi……………………………………………………………………………11 3.1 Laporan Temubual Bersama Orang Sumber…………………………………...11-22 4.0 Proses Penyimpanan Rakaman……………………………………………………...23 5.0 Hasil Dapatan Kajian………………………………………………………………......24 5.1 Kajian Temubual Orang Sumber Pertama…………………………………………...24 5.1.1 Gelaran atau Panggilan IPGKKB Pada Mulanya……………………….....24-25 5.1.2 Faktor Kerajaan Terdahulu Menginginkan IPGKKB Ditutup………………...26 5.1.3 Program Yang Ditawarkan Di IPGKKB……………………………………....27 5.1.4 Tempat/Bangunan Bersejarah Yang Dijadikan Khazanah Negara…………….28 5.1.5 Matlamat IPGKKB…………………………………………………………….28 5.2 Kajian Temubual Orang Sumber Kedua…………………………………………..…29 5.2.1 Keistimewaan Galeri Warisan………………………………………………….29 5.2.2 Galeri Warisan Digelar Mini Muzium IPGKKB……………………………....30 5.2.3 Objektif Penubuhan Galeri Warisan…………………………………………...30 5.2.4 Kegunaan Kuda Kepang…………………………………………………….…31 5.3 Pandangan Kajian……………………………………………………………..….31-32 6.0 Penutup Kajian………………………………………………………………………....33 7.0 Rujukan……………………………………………………………………………..…..34 8.0 Lampiran………………………………………………………………………….…35-36


4 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah penubuhan dan perkembangan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan atau dikenali sebagai IPGKKB. Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Kota Bharu. Dalam hal ini, kajian ini untuk menjelaskan permasalahan kajian yang wujud seperti sebab-sebab bangunan di IPG Kampus Kota Bharu terlihat sangat usang. Selain itu untuk menjelaskan sebab mengapa bangunan di IPG Kampus Kota Bharu ini tidak membuat pembaharuan. Pada masa yang sama, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan sejarah awal penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ini. Selain itu, untuk mengetahui perkara atau peristiwa yang terjadi sepanjang IPG Kampus Kota Bharu ini ditubuhkan serta untuk mengkaji IPG Kampus Kota Bharu sebagai tapak warisan negara kerana terdapat beberapa bangunan yang telah lama wujud di IPG Kampus Kota Bharu dan salah satunya adalah Galeri Warisan. Kajian ini melibatkan dua orang sumber di mana, sesi temu bual telah dilakukan terhadap tenaga pengajar yang telah lama berkhidmat di IPG Kampus Kota Bharu bagi mendapatkan info atau maklumat kajian dengan lebih mudah dan tepat. Selain itu, kaedah carian di internet juga telah dilakukan untuk mendapatkan sumber primer dan sekunder sebelum melaksanakan sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penubuhan IPGKKB adalah sebuah sejarah yang gemilang di mana pelbagai cabaran yang ditempuhi sehinggalah ke hari ini, IPGKKB masih dikekalkan. Dalam pada itu, wajarlah IPGKKB ini tidak ditutup kerana kampus ini juga merupakan adalah IPG kedua tertua di Malaysia. Selain itu, kajian ini menjelaskan bahawa bangunan-bangunan di IPGKKB yang merupakan warisan negara amatlah berharga dan perlu dikekalkan. Hasil kajian ini perlulah diberi perhatian oleh pihak yang berkaitan agar mereka dapat menghayati sejarah IPGKKB dan pada masa yang sama membuka mata pelajar agar mereka lebih bersyukur dapat melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Kota Bharu yang penuh bersejarah ini.


5 1.0 Proposal 1.1 Pengenalan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dibina di Pengkalan Chepa, Kota Bharu bagi menggantikan dua buah maktab perguruan sementara di Kirkby, Liverpool dan di Wolverhampton, England. Pada mulanya, pusat latihan ini dinamakan Malay Teachers Training College (MTTC) pada tahun 1954, kemudian namanya ditukar kepada Kota Bharu Training College (KBTC) selaras dengan Penyata Razak pada tahun 1956. Sehingga tahun 1975, KBTC telah ditukar kepada Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) yang masih melatih guru untuk mengajar murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mulai tahun 2008, pindaan Akta Pendidikan 1996 telah membenarkan IPG dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan kampus Kota Bharu dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kawasan seluas 93 ekar (38 hektar) di Pengkalan Chepa telah dipilih untuk dijadikan tapak maktab perguruan. Kerja-kerja pembinaannya dimulakan pada tahun 1952 dan siap sepenuhnya pada tahun 1954. Pengambilan pertama guru pelatih seramai 150 orang yang terdiri daripada 62 orang lelaki dan 90 orang perempuan telah dilakukan pada 24 Ogos 1954. IPGKKB telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi, Mr. Donald McGillivray pada 11 Oktober 1954. Dalam jangka masa 56 tahun iaitu tahun 1954 hingga 2010, IPGKKB telah melahirkan guru-guru bekas pelatih daripada pelbagai program pengajian pendidikan seperti kursus Pendidikan, Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerja Tangan, Geografi, Sejarah, Ilmu Hisab, Sains, Muzik dan Sains Rumah Tangga. Menjelang tahun 2000 hingga kini, IPGKKB mengendalikan kursus seperti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC), Program Latihan Perguruan Swasta (PLPS), j-QAF, Kursus dalam Perkhidmatan (KDP) dan lain-lain di samping program berkala seperti Bina Insan Guru (BIG).


6 1.2 Tema Kajian kami bertemakan sejarah pembentukan dan latar belakang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu 1.3 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini adalah untuk: • Mengkaji dan meneliti dengan lebih mendalam lagi berkenaan sejarah awal penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. • Mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sebalik penubuhan IPG Kampus Kota Bharu. • Mengkaji sejarah salah satu bangunan lama yang terdapat di dalam IPG Kampus Kota Bharu iaitu Galeri Warisan. 1.4 Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan meneliti lagi sejarah awal penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dan para pelajar dapat mengetahui bila dan bagaimana Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu diwujudkan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sebalik penubuhan IPG Kampus Kota Bharu terutama peristiwa institut ini hampir ditutup. Seterusnya, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejarah salah satu bangunan lama yang terdapat di dalam IPG Kampus Kota Bharu iaitu Galeri Warisan. Oleh itu, lebih ramai pelajar akan melawat dan melihat sendiri pameran yang terpapar di dalam Galeri Warisan. Kami juga ingin mencari pengalaman dalam menemu bual orang sumber menggunakan kaedah sumber lisan. Melalui kajian ini, kami dapat mengaplikasikan segala cara, teori serta kaedah yang telah dipelajari semasa kuliah ke dalam kajian ini. Kami juga sekaligus


7 dapat melihat kebolehan dan kemahiran diri masing-masing dalam menjalankan kajian dengan baik dan berkesan. 1.5 Permasalahan Kajian Permasalahan kajian ini dikenalpasti daripada segala persoalan yang sering dikemukakan oleh pelajar-pelajar IPG Kampus Kota Bharu seperti mengapakah bangunan-bangunan di IPG ini kelihatan terlalu usang dan lama. Selain itu, pelbagai kemudahan yang tidak disediakan serta tiada pembaharuan terhadap bangunan-bangunan di sini sentiasa menjadi tanda tanya kepada kami, para pelajar. Kajian ini juga dilakukan bagi mengumpul maklumat berkaitan salah satu bangunan yang telah lama dibina namun jarang dilawati oleh pensyarah mahupun pelajar IPG Kampus Kota Bharu iaitu Galeri Warisan. Kedudukan Galeri Warisan yang agak terpencil dan suram menyebabkan bilangan pelajar yang mendekati kawasan itu adalah sedikit. 1.6 Kaedah Kajian Bagi melaksanakan kajian ini, kami menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan maklumat. Pada mulanya, kami menjalankan penyelidikan internet bagi memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod berkenaan sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Selain itu, kami juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-soalan telah di rangka bagi mendapatkan maklumat kajian ini. Antara yang terlibat ialah pensyarah-pensyarah yang mengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod berkenaan sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Seterusnya, kami juga memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan pemerhatian dengan melawat ke bangunan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu untuk melihat sendiri binaan-binaannya.


8 1.7 Kajian Lapangan Kajian lapangan merupakan salah satu langkah penting bagi kajian ini untuk memperoleh lebih banyak maklumat dan rekod-rekod khusus yang berkaitan dengan kajian kami, sejarah pembentukan dan latar belakang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Melalui kajian lapangan ini juga, kami telah mengaplikasikan kaedah temubual orang sumber yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu itu sendiri. Kaedah ini menjadi salah satu medium bagi pemerolehan maklumat daripada beberapa orang responden yang di temubual secara berhadapan atau bersemuka. Dengan cara ini, kami mampu memperoleh pelbagai pendapat dan pandangan mengenai Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. 1.8 Rumusan Dengan adanya kajian ini, diharapkan seperti ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar dan pensyarah serta masyarakat berkaitan salasilah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Semua warga IPG Kampus Kota Bharu perlulah memberi komitmen yang maksimum bagi memastikan institut ini berkembang maju dan tersebar lebih luas ke seluruh negara sebagai sebuah khazanah negara yang agung. Kajian ini juga diharapkan dapat membuka mata semua pelajar yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu agar tidak membandingkan binaan-binaan mahupun kemudahan yang disediakan dengan institutinstitut lain. Mereka seharusnya bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu yang merupakan IPG kedua tertua di Malaysia yang mengandungi pelbagai sejarah.


9 2.0 Proses Rakaman Temubual Bersama Orang Sumber 1 Temubual Bersama Orang Sumber 2


10 Penghasilan Transkrip Rakaman Bersama Orang Sumber


11 3.0 Transkripsi 3.1 Laporan Temubual Bersama Orang Sumber Temubual Orang Sumber Pertama Orang Sumber: Dr. Roslan bin Abdul Wahid Tarikh: 16 Mac 2023 Masa: 9.00-9.30 pagi Tempat: Bilik Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kota Bharu Singkatan nama: Dr. Roslan bin Abdul Wahid: Dr. RAW Alya Syasha Binti Razali: AS Umi Nasyirah Binti Mohd Zainiu: UN Nurul Alia Mursyida Binti Norza: NAM Hasil Transkripsi Temubual AS: Assalamualaikum Dr apa khabar? Dr. RAW: Waalaikumussalam, khabar baik. AS: Terima kasih kerana sudi erm…bersama-sama kami dalam temu ramah ni. Jadi, kami ingin menemu ramah berkaitan dengan sejarah IPG Kampus Kota Bharu ni sendiri. Saya dimaklumkan bahawa dr merupakan salah seorang tenaga pengajar yang telah lama berkhidmat di IPG Kampus Kota Bharu ni. Jadi erm...saya ingin mengajukan, kami lah ingin mengajukan beberapa soalan untuk mendapat beberapa maklumat lah berkaitan dengan sejarah IPG ni. Jadi, soalan yang pertama, pada mulanya IPG Kampus Kota Bharu ni dikenali sebagai apa?


12 Dr. RAW: Okey erm…..terima kasih kerana telah memilih saya sebagai salah seorang pandu panel ataupun personel untuk erm…menyudahkan kerja kursus anda lah iaitu sejarah di bawah subjek SJHK3223 dari kumpulan kelas BM 6 dan BM 7. Boleh gabung ehh..? AS, UN, NAM: em..haah boleh (mengangguk kepala) Dr. RAW: Okey…erm…dan sepertimana yang awak tanya, IPG Kampus Kota Bharu ni dia bermula dengan er…penuh dramatik err..penuh dengan er..satu sejarah yang gemilang, dimana dia bermula selepas perang dunia kedua okey di bawah Sir Mac Gillivary, okey iaitu Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu err..di mana kita di bawah pemerintahan err.. Inggeris dan pada masa tu telah menegaskan bahawa err..sebuah institusi err..pendidikan guru perlu ditubuhkan di Tanah Melayu. Erm..okey. Jadi err...berdasarkan Laporan Barnes 1951, okey..ada dibentangkan dalam Laporan Barnes, kalau awak belajar sejarah en..dan sedang belajar sejarah en..okey di mana cadangan itu untuk..er..penambahan Mak..Maktab Perlatihan Guru dibangunkan di bandar Kota Bharu untuk melatih guru-guru. Okey, pada masa itu, kita ni dikatakan mewakili Zon Timur pada masa itu, okey di mana erm…kawasan yang seluas er..93 ekar ataupun 38 ekar ini, Pengkalan Chepa telah dipilih menjadi tapak untuk maktab perguruan ataupun maktab latihan guru pada masa itu. Jadi, kerja-kerja pembinaan dia bermula tahun 1952. Tahun 1952, kita pun belum merdeka lagi. Kita dalam proses..er..pihak British nak serahkan semua..er..Malayan Union di bawah pentadbiran masing-masing tu kan..dan kita salah satu daripada Malayan Union tu kan..Jadi..yang rasminya 57, kita diserahkan sepenuhnya lah okey. Jadi err…bersambung pada yang tadi, di mana kerja-kerja pembinaan tu dah siap sepenuhnya pada tahun 1954. Tahun 54 dah siap, okey..maksudnye dalam masa dua tahun..pembinaan bangunan ni yang sampai sekarang, kalau blok c ni memang masih takde lagi lah, yang ade dewan bakti.., pusat ko tu, dewan kokurikulum, dewan wawasan pun takde lagi..dan adelah beberapa bangunan yang lama-lama tu lah..eh. Dewan Bakti lah antara yang..yang..paling lama lah err..okey..dewan yang legend la tu..em..ye. Jadi..erm..tahun 54 siap. Jadi, pusat ini dinamakan Malay Teachers Training College, Malay Teachers Training College (MTTC). Em..okeyy..MTTC er..yang merupakan maktab perguruan yang dibina..yang pertama dibina untuk melatih guru-guru menengah,


13 sekolah menengah pada masa tu selepas perang dunia kedua dan mula beroperasi pada tahun 1954. Tahun 54 tu dah..dah beroperasi dah. Aaa..okey..dan erm..seramai 12 orang pensyarah telah didatangkan dari Maktab Kirby, Liverpool, tenaga pengajar dari Kirby College, Liverpool didatangkan ke sini..okeyy..er..kecuali guru bahasa Melayu lah untuk kursus bahasa Melayu. Kirby ni untuk kursus bahasa Inggeris. Okey. Pengambilan pertama guru pelatih err..bila dah tenaga pengajar tu dah sampai, jadi pengambilan pertama apa ni..guru pelatih pada 24 Ogos 1954. Okey..1954, yang terdiri daripada 152 orang, 62 orang pelatih lelaki dan 90 orang pelatih perempuan. Err..sehingga tahun 1957, MTTC iaitu Malay Teachers Training College tadi, err..dapat melatih guru-guru untuk ditempatkan di sekolah menengah, okey. Jadi..erm..pada tahun 1958 tu..erm…Malay Teaching College tu telah bertukar kepada KBTC lah, okey Kota Bharu Teaching College dan erm...pada masa itu jugak ada lawatan daripada duli Yang Maha Mulia err..Yang Dipertuan Agong pada 15 Jun err..1958, ha..okey. Okey..err..lepastu..dalam Penyata Razak, yang tadi lawatan 58, dalam Penyata Razak 1956, err..mencadangkan agar latihan perguruan sekolah rendah dan menengah dibuat sepenuhnya di Maktab Perguruan Tanah Melayu. Maksudnya, di MTTC pada masa tu…err…selain pada menengah, dia jugak ada latihan untuk sekolah rendah, okeyy. Jadi, err..selaras dengan tujuan tersebut, maka MTTC telah ditukarkan namanya kepada Kota Bharu Training College (KBTC). Er..dari MTTC pergi kepada KBTC pada tahun 1957 di mana telah mengambil guru, telah mengambil pelatih berkelulusan Cambridge College Certificate, ada dari lower certificate education untuk menunjukkan guru di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Err..dan juga..ada juga mengambil selama 3 tahun dengan melibatkan pelatih dari Tanah Melayu dan Brunei. Pada masa tu kita dah ada pengantarabangsaan. Betapa Kota Bharu Teaching College ni memang sejarah dia yang seperti di sini bagitahu err..amat gemilang. Dan tidak wajarlah untuk ditutup dan sebagainya dan kita juga merupakan err...institusi latihan guru yang kedua tertua di Malaysia. Pertamanya, di..er..IPG..ataupun dulu dipanggil Institut Latihan Sultan Idris tu er..sekarang UPSI kan. Yang kedua kita. Yang ketiganya durian daun di err..dulu di UPSI dipanggil Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lepastu dia tukar kepada IPSI Institut Perguruan Sultan Idris lepastu dia naik taraf menjadi UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Yang keduanya kita. Err..okey dulu dipanggil MTTC lepastu KBTC lepastu MPKB lepastu IPKB lepastu IPGKKB, err…nampak dak, MTTC, KBTC err..MPKB


14 Maktab Perguruan Kota Bharu bukan Majlis Perbandaran eh (gelak), Maktab Perguruan Kota Bharu lepastu IPKB Institut Perguruan Kota Bharu lepastu IPGKKB Institut Perguruan sampai sekarang..okay. Dan erm..err…mana yang berhenti sampai Brunei tu en. Err…pastu sehingga tahun 1975, KBTC telah ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 1975. Dari KBTC jadi err…MPKB tahun 1975..okey..lepastu err..diteruskanlah fungsi MPKB ni sampai tahun 1982..okey..banyaklah program-program dibuat. Bermula tahun 2005, jemaah..jemaah menteri..tahun 2005, jemaah menteri telah menguruskan 27 IPG ni dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru er…itu..melibatkan akta la ni..okey..di mana tahun 2006 IPG boleh menawarkan ijazah sarjana muda perguruan, bermula tahun 2006..okey. Jadi, selaras dengan itu, banyaklah program-program ditawarkan err…sehinggalah kita diletakkan di bawah akta 1996, di mana membenarkan err…kampus induk yang mengawal keseluruhan IPG tu berpusat di Cyberjaya dan kita di peringkat IPGK kampus diberikan erm..sebanyak 27 kampus termasuk kita, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di bawah penyelarasan induk di IPGM Cyberjaya. Itulah lebih kurang err…penjajaran ataupun..err..sejarah ringkas berkaitan dengan IPG Kampus Kota Bharu. Tu saya dah ringkaskan dah tu..eh. Kalau tidak tak habis ni, tiga hari dua malam tak habis, okey. AS: Erm…macam yang dr ada kata tadi erm…IPG ni hampir ditutupkan, jadi apakah sebab kerajaan terdahulu ni menginginkan IPGKKB ni ditutup dan kenapa secara tiba-tiba keputusan nak tutup tu dibatalkan? Dr. RAW: Okey. Erm…soalan..ada dua soalan situ kan..kenapa nak ditutup, dan kenapa tak jadi tutup? Okey. Erm..dalam belanjawan ataupun bajet 2013, err...menteri kewangan pada masa tu iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak ada mengumumkan bahawasanya terdapat sepuluh IPG yang akan ditukar fungsi. Dia tak kata tutup, tapi ditukar fungsi. Tapi dalam cara kita tengok dari segi pragmatiknya, bertukar fungsi ni maksudnya tutup la tu kan..ditukar fungsi kepada latihan vokasional. Jadi, dia akan buat secara softlanding di mana KV akan masuk dan secara tak langsung KV akan jadi dominan di sini dan kami akan disuraikan sedikit demi sedikit. Okey, jadi bermula daripada detik itu, kami bertindak er menubuhkan taspos pengekalan IPG dan kami juga telah berusaha dari sudut fizikal dan


15 mental, dari sudut luaran dan dalaman kami dari luar negara pun kami bergerak untuk memohon sokongan daripada pelbagai pihak sehinggalah, aa iyalah ditentukan oleh Allah SWT lah belake kan berlakunya penubuhan erm… pemerintahan negara di mana, kerajaan yang sebelum ini nak suraikan kita tu telah jatuh dan naiklah kerajaan yang baharu erm…kerajaan Pakatan Harapan pada masa tu dan kami biasalah kami penjawat awam ni erm…government of the day mana-mana kerajaan naik pun kami kene ikut erm… jadi bila naik kerajaan baru pun kami ada buat permohonan oleh kerajaan pakatan harapan pada masatu untuk mengekalkan kami erm… sebagai fungsi latihan guru kerana kalau boleh kami tidak mahu berkongsi lah erm… dengan KV. Mungkin keputusan telah dibuat oleh pihak kerajaan pada masa itu ditentukan oleh Menteri pendidikan erm… Dr Maszlee Malik dan erm… kami kekal disini dan erm… masih lagi bersama dengan KV dalam usaha untuk guna sama premis ini iaitu coexist erm dan juga telah diusahakan oleh rektor IPGM pada masa itu erm… Datuk Dr Sulaiman Wak. Okey takpelah kami terima erm… sebagai guna samanya dan ternyata apabila KV berada di sini, erm… iyalah mungkin kos ataupun kursus yang ditawarkan di sini kurang mendapat sambutan dan erm… dalam proses yang sama juga kami terus mendesak kerajaan supaya kami kekal disini dan tidak kena ada coexist dengan mane-mane kumpulan lainlah dan Alhamdulillah erm… diterima dan pihak erm…. kolej vokasional pun akur dan mereka bersedia untuk keluar secara soft landing sedikit demi sedikit dan sehinggalah sekarang kami kekal erm… untuk menjadi tuan tanah di sini. Menjawab dah tu kan? hehe menjawab.. UN: Soalan seterusnya, apa program-program yang ditawarkan di IPGKKB ini? Dr. RAW: Okey, erm… sepertimana yang telah saya sentuh tadi kita bermula dengan sijil perguruan k di mana kita tawarkan kepada KKMTTC lagi pada peringkat KBTC lepas tu KBKB. Semua itu kite dalam konteks sijil perguruanlah. Lepastu bila masuk kepada MBKB dan masuk kepada IPKB erm… dan erm… telah pun erm… tande sudah pada masa tu diploma perguruan okey? erm… ade diploma perguruan menggantikan sijil perguruan asas erm… dia upgradelah jadi diploma perguruan. Lepastu ada juga program-program KPLI dulu erm… sekarang dikenali sebagai PDPP atau DPLI kan erm… dulu kursus


16 lepasan ijazah terutama mereka yang lepas ijazah datang ke sini untuk mendapatkan erm… diploma education iaitu KPLI tu, erm… yang ini diorang ni akan ditempatkan di sekolah menengah… kan… cume erm… kite yang dominannya sampai sekarang ialah pendidikan sekolah rendah dan jugak sekolah rendah ni kita ada tawaran untuk PPISMP Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan setahun dan empat tahun PISMP macam awaklah, jadi semua sekali lima tahun k, kalau dulu lima tahun setengah. Kalau dulu erm… foundation ataupun PP start satu tahun setengah tapi batch awak ni jadi setahun PPISMP dan empat tahun untuk PISMP, cukuplah saya rasa kalau awak betul-betul ikut kursus ini memang awak akan jadi seorang guru yang berdedikasi. Selain pada itu ada juga erm… PDPP ada juga program PITO, program intervensi, tukar opsyen pito, ade juge erm… waktu cuti sekolah ini PDPP datang belajar k dan erm… Contract Of Service (COS) mule datang belajar pada waktu cuti erm… untuk diorang mendapatkan diploma ikhtisas ni sebelum ditempatkan ke sekolah, mereka ditempatkan di sekolah cume perlu menghadiri erm… diploma ikhtisas di IPG dan seterusnya lah erm… k sebab untuk menjadi guru walaupun sudah ada ijazah erm… di Malaysia atau mana-mana negara perlu ada ikhtisas untuk perguruan iaitu diploma perguruan perlu ada dan perlu hadiri mengikut jam kredit yang ditetapkan oleh kami lah. Dan selain pada itu kami juga ade memberikan kursuskursus CPD Continues Programme Development. CPD ni untuk guru-guru di luar sanalah erm… sekolah-sekolah berhampiran di PPD mintak daripada JKN erm… di mana kursuskursus yang berkaitan dengan latihan perguruan untuk mereka yang memantapkan lagi erm… mungkin nak jadi cikgu tapi dieorang nak erm… kursus yang untuk memantapkan lagi pengajaran dieorang di sekolah jadi kami juga ditugaskan untuk memberikan syarahan dan erm…latihan berdasarkan permintaan (kurang jelas) kita. NAM: Ni soalan terakhir la kan Dr. RAW: Rase baru 3 soalan je (gelak) NAM: Oleh sebab IPGKKB ni dikatakan sudah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi kan Dr. RAW: Dia dari Kirby Kolej ni awak tau tak, kite ni asal dari Kirby Kolej datang sini. Kirby Kolej Liverpool, UK, pelajar datang dari sana. Awak tau tak yang yang saya mule-


17 mule cerita tadikan. Dan sebab ipg ni pun ada buat satu buku from Kirby to KB. Kirby tu Liverpool erm… ada baruni cetak banyak buku haritu erm… kk teruskan…. NAM: Oleh sebabkan IPGKKB ni dikatakan sudah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi, pada pendapat Dr apakah tempat atau bangunan bersejarah dekat sini yang dapat dijadikan sebagai khazanah negara? Dr. RAW: Okey kalau dilihat kepada prasarana IPG Kampus Kota Bharu yang dipanggil bangunan warisan negaralah ok yang telah diiktiraf oleh UNESCO kan antaranya ialah Dewan Bakti, Dewan Bakti lepas tu, di tepi Dewan Bakti tu ada macam kalau awak tengok macam tempat bakar sampah yang lama tu dak itu juge peninggalan lame tu yang dikekalkan, lepastu Dewan Gerko kan, lepastu bangunan di blok B dan Q ye. Jadi banyaknya yang mendapat perhatian UNESCO Galeri Warisan dengan Dewan Bakti lah. Memang dewan tu tahun 52 lagi dibina dan 1954 ok tahun 1954 telah dirasmikan ok. NAM: Soalan terakhir, apakah matlamat yang telah ditetapkan oleh IPGKKB? Dr. RAW: Matlamat apa? Matlamat secara….umum? Okey matlamat kami erm… setelah kami ditetapkan, kami ingin terus menjadi sebuah pusat latihan guru yang dominan sebuah pusat latihan guru yang tersohor, sebuah pusat latihan guru yang menjadi rujukan kepada institusi-institusi lain dan kami nak mengekalkan bahawasanya kami ni masih relevan dan masih erm… masih boleh memberikan khidmat dalam bidang latihan perguruan dan kami berazam juga matlamat kami bukan sekadar dalam negara tapi kami juga membuat hak serantau dengan erm… pihak Thailand, Indonesia dan juga Brunei. Dan er… kami tidak berada dalam kepompong kami je jadi kami akan bergerak sepertimana yang timbalan pengarah kita juga bagitahu, kite kene terus Go Global maksudnya kita akan mendapatkan erm… kolaboratif dengan pihak Japan dan erm… Finland dan sebagainya. Jadi kami berhasrat untuk menulis salah sebuah pusat latihan yang erm… tersohorlah di dalam kalangan 27 ipg ni kami nak yang kami yang tersohor dan kami nak kami juga merupakan erm… pusat rujukan untuk latihan perguruan ni.


18 Temubual Orang Sumber Kedua Orang Sumber: Dr. Hj Ghzali bin Ismail Tarikh: 16 Mac 2023 Masa: 2.15-2.45 petang Tempat: Galeri Warisan IPG Kampus Kota Bharu Singkatan nama: Dr. Hj Ghzali bin Ismail: Dr. G Alya Syasha Binti Razali: AS Umi Nasyirah Binti Mohd Zainiu: UN Nurul Alia Mursyida Binti Norza: NAM Hasil Transkripsi Temubual AS: Assalamualaikum Dr. Dr. G: Waalaikumussalam warahmatullah AS: Jadi, pada hari ini kumpulan kami, kumpulan 2 Sejarah 4 yang terdiri daripada saya Alya Syasha, aa Nurul Alia Mursyida dengan Umi Nasyirah aa akan melakukan sedikit sesi temu ramah lah dengan Dr. Jadi, kami dimaklumkan bahawa Dr merupakan salah seorang tenaga pengajar yang dah lama berkhidmat dekat IPG Kampus Kota Bharu ini. Okay emm jadi kita pergi kepada soalan yang pertama. Aa apakah keistimewaan yang terdapat di dalam Galeri Warisan ini? Dr. G: Okay terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada guru pelatih saya sendiri lah ya yang terdiri daripada cikgu apa dah? UN: Umi Nasyirah. Dr. G: Umi Nasyirah.


19 AS: Syasha. Dr. G: Cikgu Syasha dan Cikgu Mursyida, dan sudi bertemu saya tentang IPG Kota Bharu dan khasnya Galeri Warisan. Okay berkaitan dengan err soalan pertama tadi errAS, NAM: Keistimewaan. Dr. G: Keistimewaan ha. Sebelum itu, saya rasa lebih baik kita bincangkan ataupun saya memberi penerangan secara ringkas tentang kewujudan IPG Kota Bharu ini sebab Galeri Warisan berada dalam IPG Kota Bharu deh. Okay IPG Kota Bharu err sebenarnya adalah lanjutan daripada maktab perguruan sementara di Kirkby, Liverpool dulu dan juga Wolverhampton, England. Okay err IPG Kota Bharu ini dimulakan errr tapaknya dibina pada tahun 1952 dan 1954 kewujudannya err selesai, tamat 1954. Okay, asal IPG ini adalah aa namanya MTTC iaitu Malay Teachers Training College peringkat asal. Kemudian, pada tahun 1957, err kita Tanah Melayu merdeka, ditukar kepada KBTC, dikenali sebagai KBTC iaitu Kota Bharu Training College. Okay kemudian, err barulah kepada tahun aa, tahun 2000 berapa saya tak ingat tu, 1996 ke? Baru Maktab Perguruan Kota Bharu, MPKB. Aa okay. Kemudian aa, sekarang ini dikenali sebagai IPGKKB iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Okay, yang mana di dalam IPG ini salah satu, err kita panggil mercu tanda deh kepada IPG Kota Bharu adalah Galeri Warisan, sebagaimana kajian utama yang kalian jumpa saya, okay. Err, soalan pertama iaitu keistimewaan kan? Keistimewaan Galeri Warisan ini adalah aa dimana galeri ini mengumpul bahan-bahan atau alatan-alatan ataupun BBM, Bahan Bantu Mengajar ataupun ABM, Alat Bantu Mengajar yang telah digunakan di sini, bermula tahun 54 hinggalah sekarang ini. Okay, tahun 54 errr yang mana pengetua dia errr John apa ni nama, saya lupa dah tu, emmm Mr. Robert William. Okay Mr. Robert William ada dalam kalau anda tengok di, di, di, di gambar, di terpapar di dinding tu. Di sini di, di, di, dikumpulkan alatan-alatan seperti alatan muzik, alatan err RBT, Reka Bentuk Teknologi, aaa buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya, dikumpulkan di sini. Proses pengumpulan peringkat awal adalah bermula pada tahun 92 lagi, mula tahun 92 hinggalah 95, dikumpulkan alatan ini dan 1996, dirasmikan kewujudan Galeri Warisan ini. Pada peringkat awal memang tak banyak lah alatan. Yang, yang pastinya kita tengok


20 gambar-gambar lama lah. Gambar-gambar guru pelatih, gambar-gambar perasmian dan sebagainya. Okay itu sepintas lalu tentang Galeri Warisan. NAM: Baiklah seterusnya, masuk kepada soalan kedua. Mengapakah Galeri Warisan ini aa digelar sebagai mini muzium IPGKKB? Dr. G: Oh okay. Err kita tengok kepada nama dia dulu dok? Okay Galeri Warisan dengan mini muzium. Okay, Galeri Warisan di mana satu tempat kita mengumpulkan bahanbahan, errr alatan-alatan lama, alatan tradisional yang, yang telah digunakan di sini. Dan kita tengok mini muzium, muzium itu sendiri adalah alatan lama. Mini itu kecil tetapi kecil pun dia sangat bermakna. Yang mana muzium itu sendiri kita tahu, kita ada Muzium Negara, muzium negeri tapi memandangkan IPG kita kampus cawangan, mereka panggil lah mini muzium. Okay, muzium kecil yang menyimpan atau mempamerkan alatan- alatan yang telah digunakan di IPG Kota Bharu. NAM: Apakah objektif umum penubuhan Galeri Warisan ini? Dr. G: Okay, objektif umum Galeri Warisan ini adalah pertama, sebagai mengenang kembali jasa-jasa atau pengorbanan guru yang telah mengajar di sini. Yang mana kita paparkan gambar-gambarnya bermula tahun 54 hinggalah sekarang ini err dia pertayang dengan err pengetua dia ataupun pengarah dia. Okay yang kedua, kita mempamerkan alatan-alatan lama sebagai err pengetahuan umum tentang pelajar-pelajar baru yang mana alatan-alatan tersebut telah digunakan di IPG Kota Bharu ni. Okay kemudian yang lain sebagai mengenang kembali err pensyarah-pensyarah, dan juga guru-guru pelatih yang pernah belajar di sini dan juga kalau pensyarah itu pernah yang, yang pernah mengajar di sini, yang mana kita pamerkan gambar-gambar di, di, di dinding-dinding sana tu. Mana kalaulah err dia sendiri mungkin, saya rasa dah meninggal dunia tetapi anak, cucu, cicit dia apabila datang ke sini, tengok galeri sini, jadi dia akan mengenang kembali jasa-jasa err ataupun sanak-saudara dia yang telah mengajar di sini. Kemudian err yang lain, objektif lain sebagai, saya kata sebagai mercu tanda ataupun ‘trademark’, ‘trademark’ err IPG Kota Bharu sendiri. Jadi apabila datang sini, sini-sini salah satu tempat yang mesti dilawati,


21 penuh dengan err yang syarat dengan pengetahuan daripada mengingat kembali kisahkisah lama yang, yang, yang, yang penuh berbakti di, di IPG Kota Bharu ini. UN: Err, soalan terakhir. Err, okay dikatakan bahawa aa ada bahan pameran seperti kuda kepang dalam Galeri Warisan ini. Jadi, sejak bila kuda kepang ni digunakan dan apa kegunaan kuda kepang? Dr. G: Aa okay. Sekiranya anda melawat Galeri Warisan, sudah tentu salah satu err bahan yang dipamerkan adalah kuda kepang. Kuda kepang dari segi bahasa Melayu, dia agak terbalik sebab err kalau kuda biasa kita naik kuda dak? Tapi kalau kuda kepang, kuda naik kita deh hahaha dak? Ha okay, kuda kepang ni sebenarnya kenapa dipamerkan? Kerana dia telah memberi perkhidmatan yang walaupun kuda tu tak bernyawa, tapi telah menaikkan imej err KBTC pada masa itu, yang mana pada tahun 2000. Tahun 2000, guru pelatih telah membawa dan mempamerkan permainan kuda kepang di Perancis. Aa okay, kuda kepang ni adalah hasil gabungan muzik tradisional dengan tarian, okay. Dan apabila di, di, di, di, dimainkan di sana, maka dapat, dapat sambutan yang amat menggalakkan dak kerana memanglah biasa kita tengok kuda yang hidup dak hahaha yang ni kita membawa kuda. Kalau yang biasa, biasa kuda yang bawa kita dak? Jadi tu salah satu keistimewaan kuda kepang, dan kalaulah di, di, di, dimainkan sebenarnya di, di, di semenanjung kita, dia ada err unsur-unsur em unsur apa kita panggil, mistik lah sikit sebenarnya kuda kepang ni. Tapi sebab apabila kita persembahkan di, di, di luar negeri, di Perancis contohnya, dia tak tahu pun dak? Err tapi sebenarnya dia ada unsur-unsur mistik sedikit berkaitan dengan kuda kepang. Walau bagaimanapun, err permainan kuda kepang ni telah menaikkan imej Malaysia dan khususnya IPG Kota Bharu. Pada masa itu, dipanggil err MTTCNAM: MTTC. Dr. G: Malay Teachers Training College. NAM: Training College.


22 Dr. G: Okay. AS: Itu sahaja daripada kami. AS, UN, NAM: Sekian terima kasih. Dr. G: Okay, sama-sama.


23 4.0 Proses Penyimpanan Rakaman Hasil Rakaman Disimpan di dalam Cakera Padat


24 5.0 Hasil Dapatan Kajian Keseluruhan perbincangan mengenai dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu berkaitan dengan sejarah IPG Kampus Kota Bharu secara umum dan juga sejarah galeri warisan IPG Kampus Kota Bharu. Hasil dapatan kajian ini kami peroleh daripada sesi temubual bersama dua orang sumber. 5.1 Kajian Temubual Orang Sumber Pertama Orang sumber pertama yang telah kami menemu bual adalah Dr. Roslan Bin Abdul Wahid. Beliau seorang tenaga pengajar yang sudah lama berkhidmat di IPGKKB di samping pengetahuannya yang luas tentang sejarah IPGKKB ini. Terdapat lima soalan kajian yang telah diajukan kepada orang sumber pertama ini iaitu Dr. Roslan. Antara soalannya, (1) Apakah gelaran atau panggilan IPGKKB pada mulanya?, (2) Apakah sebab kerajaan terdahulu menginginkan IPGKKB ini ditutup dan mengapa secara tiba-tiba keputusan untuk menutup IPGKKB ini dibatalkan?, (3) Apakah program-program yang ditawarkan di IPGKKB ini?, (4) Oleh sebabkan IPGKKB ini dikatakan sudah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi, apakah tempat atau bangunan bersejarah di sini yang dapat dijadikan sebagai khazanah negara? dan (5) Apakah matlamat yang telah ditetapkan oleh IPGKKB?. Dapatan yang ditunjukkan dalam portfolio ini menggambarkan data dan maklumat yang diperoleh dalam bentuk temu bual dan dihuraikan satu persatu berdasarkan urutan soalan kajian yang telah diajukan. 5.1.1 Gelaran atau Panggilan IPGKKB Pada Mulanya Soalan Kajian Pertama: Apakah gelaran atau panggilan IPGKKB pada mulanya? Informan: Penubuhan IPGKKB sememangnya satu sejarah yang gemilang iaitu bermula selepas perang dunia kedua di bawah Sir Mac Gillivray yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu. Kita berada di bawah pemerintahan Inggeris dan mereka menegaskan bahawa sebuah institusi pendidikan guru perlu ditubuhkan di Tanah Melayu. Di dalam Laporan Barnes 1951 juga ada dibentang iaitu berkaitan penambahan Maktab Perlatihan


25 Guru dibangunkan di bandar Kota Bharu untuk melatih guru-guru. Kawasan seluas 93 ekar atau 38 ekar ini, Pengkalan Chepa dipilih menjadi tapak untuk maktab perguruan pada masa itu. Pembinaan dimulakan pada tahun 1952 dan kerja pembinaan telah siap sepenuhnya pada tahun 1954. Pembinaan yang dilakukan pada tahun 1952 yang masih ada sampai sekarang seperti Dewan Bakti, dewan kokurikulum dan beberapa banguna-bangunan yang lama. Pusat ini dinamakan Malay Teachers Training College iaitu (MTTC). Secara umumnya maktab ini dibina bertujuan untuk melatih guru-guru sekolah menengah pada masa itu iaitu selepas perang dunia kedua dan ia mula beroperasi pada tahun 1954. Selain itu, seramai 12 orang pensyarah yang datang dari Maktab Kirby, Liverpool iaitu tenaga pengajar dari Kirby College, Liverpool dan mereka adalah kategori kursus bahasa Inggeris. Pengambilan pertama guru pelatih ini adalah pada 24 Ogos 1954 di mana terdiri daripada 152 orang, 62 orang pelatih lelaki dan 90 orang pelatih perempuan. Kemudian pada tahun 1957 MTTC dapat melatih guru-guru untuk mereka ditempatkan di sekolah menengah. Manakala pada tahun 1958 pula, Malay Teachers Training College itu bertukar kepada KBTC iaitu Kota Bharu Teaching College. Dalam Penyata Razak 1956 ada mencadangkan agar latihan perguruan sekolah rendah dan menengah dibuat sepenuhnya di Maktab Perguruan Tanah Melayu. Pada tahun 1957 pelatih berkelulusan Cambridge College Certificate yang terdiri daripada lower certificate education untuk memperlihatkan guru di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Selain itu, ada juga daripada mereka yang mengambil selama 3 tahun di mana pelatih dari Tanah Melayu dan Brunei dilibatkan. Dengan ini memang wajarlah IPGKKB ini tidak ditutup kerana sejarahnya yang begitu gemilang dan di samping itu, IPGKKB juga merupakan ipg kedua tertua di Malaysia. Jadi secara ringkasnya, pada mulanya dipanggil MTTC, kemudian KBTC, kemudian MPKB, IPKB dan yang kini dipanggil IPGKKB. Dari KBTC bertukar kepada MPKB iaitu pada tahun 1957 dan fungsi MPKB ini diteruskan sehingga tahun 1982. Dalam pada itu, banyak program yang dibuat. Bermula tahun 2005, 27 IPG ini telah diuruskan oleh jemaah menteri di mana IPG-IPG ini dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru, dan bermula pada tahun 2006, IPG boleh menawarkan ijazah sarjana muda.Terdapat pelbagai juga program yang ditawarkan sehinggalah kita berada di bawah akta 1996. Sebanyak 27 IPG berada di bawah penyelarasan induk di IPGM Cyberjaya.


26 5.1.2 Faktor Kerajaan Terdahulu Menginginkan IPGKKB Ditutup Soalan Kajian Kedua: Apakah sebab kerajaan terdahulu menginginkan IPGKKB ini ditutup, dan mengapakah secara tiba-tiba keputusan tersebut dibatalkan? Informan: Dalam belanjawan ataupun bajet 2013, ada diumumkan oleh menteri kewangan pada masa itu iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa terdapat sepuluh IPG yang akan ditukar fungsi, dalam erti kata lainnya adalah ditutup dan ditukar fungsi kepada latihan vokasional. Dalam hal ini, penutupan ini dibuat secara soft landing dan KV akan masuk dan secara langsung KV akan menjadi dominan di IPGKKB dan tenaga pengajar atau kakitangan di IPGKKB akan disuraikan sedikit demi sedikit. Sejak dari itu, pihak IPG bertindak menubuhkan taspos pengekalan IPG. Di samping itu, kami juga telah berusaha bersungguh-sungguh dari segi mental dan fizikal, dari segi dalaman dan luaran di mana, kami juga bergerak ke luar negara untuk meminta sokongan daripada pelbagai pihak sehinggalah berlaku perubahan pemerintahan negara pada masa itu. Dalam pada itu, kerajaan yang ingin membubarkan IPGKKB pada masa itu teah jatuh dan naik kerajaan baharu iaitu kerajaan Pakatan Harapan. Secara umumnya, sebagai penjawat awam ini perlu akur dengan mana-mana kerajaan yang memerintah. Dengan itu, permohonan telah dibuat oleh kerajaan baharu pada masa itu agar IPGKKB ini tidak ditutup dan dikekalkan fungsinya, dan dalam masa yang sama pihak IPG juga memohon kalau boleh mereka tidak mahu berkongsi dengan KV. Setelah keluarnya keputusan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Dr Maszlee Malik, akhirnya permohonan pihak IPGKKB untuk terus kekal diterima. Akan tetapi, mereka tetap dalam usaha untuk guna sama premis. Namun, ternyata apabila KV berada di IPGKKB dan kemungkinan kos yang ditawarkan juga kurang mendapat sambutan, dengan itu pihak IPG terus mendesak kerajaan agar mereka terus kekal di situ dan tidak mahu berkongsi dengan mana-mana kumpulan lain. Oleh itu, pihak KV juga terpaksa akur dan mereka keluar secara soft landing dari IPGKKB.


27 5.1.3 Program Yang Ditawarkan Di IPGKKB Soalan Kajian Ketiga: Apakah program-program yang ditawarkan di IPGKKB? Informan: Dalam menjawab persoalan ini, sedia maklum bahawa kampus ini bermula dengan sijil perguruan yang ditawarkan kepada KKMTC, peringkat KBTC kemudian MPKB. Semua ini termasuk dalam konteks sijil perguruan. Setelah MPKB ditukarkan kepada IPKB, terdapat pula diploma perguruan. Diploma perguruan ini menggantikan sijil perguruan asas. Selain itu, ada juga program-program KPLI dan kini dikenali sebagai PDPP atau DPLI. Dahulu, pelajar lepasan ijazah datang ke IPGKKB untuk mendapatkan diploma pendidikan iaitu KPLI, di mana mereka akan ditempatkan di sekolah menengah. Namun, kini dominannya sehingga sekarang adalah pendidikan sekolah rendah. Dalam pada itu, tawaran yang ditawarkan kini adalah PPISMP iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama setahun dan empat tahun untuk PISMP. Dengan itu, jumlah tahun belajar adalah selama lima tahun. Berbeza dengan dahulu, mereka belajar selama lima tahun setengah kerana “foundation” atau PPISMP mereka selama satu tahun setengah, jadi keseluruhan menjadi lima tahun setengah. Bukan itu sahaja, ada juga PDPP, program PITO, program intervensi, tukar opsyen pito. Selain itu, apabila cuti sekolah PDPP akan datang belajar. Contract Of Service (COS) juga mula datang belajar pada waktu cuti. Hal ini demikian untuk mendapatkan diploma ikhtisas sebelum ditempatkan ke sekolah. Dalam hal ini, jika ingin menjadi seorang guru, walaupun mereka sudah mempunyai ijazah mereka juga perlu ada ikhtisas untuk perguruan iaitu diploma perguruan. Mereka perlu menghadiri dengan mengikut jam kredit yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, terdapat juga kursus CPD iaitu Continues Programme Development. CPD adalah untuk guru-guru di luar sana. Hal ini adalah untuk memantapkan lagi pengajaran mereka di sekolah dan dalam masa yang sama, pihak IPG ditugaskan memberi syarahan serta latihan berdasarkan permintaan.


28 5.1.4 Tempat/Bangunan Bersejarah Yang Dijadikan Khazanah Negara Soalan Kajian Keempat: Oleh sebabkan IPGKKB ni dikatakan sudah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi, apakah tempat atau bangunan bersejarah di sini yang dapat dijadikan sebagai khazanah negara? Informan: Jika dilihat pada prasarana IPG Kampus Kota Bharu ini yang digelar sebagai bangunan warisan negara yang juga telah mendapat pengiktirafan oleh UNESCO. Antaranya seperti Dewan Bakti, serta kalau diperhatikan di sebelah Dewan Bakti juga terdapat seperti tempat membakar sampah yang juga merupakan peninggalan lama yang masih dikekalkan. Selain itu, Dewan Gerko serta bangunan di blok B dan Q. Dalam pada itu, yang paling banyak mendapat perhatian dari pihak UNESCO adalah Galeri Warisan dan Dewan Bakti di mana Dewan Bakti tersebut yang telah terbina sejak tahun 1952 lagi. 5.1.5 Matlamat IPGKKB Soalan Kajian Terakhir: Apakah matlamat yang telah ditetapkan oleh IPGKKB? Informan: Matlamat IPGKKB secara umumnya, ingin terus menjadi pusat latihan guru yang dominan, sebuah pusat latihan guru yang tersohor, serta sebuah pusat latihan guru yang dapat menjadi contoh dan rujukan kepada institusi-institusi lain. Selain itu, ingin mengekalkan bahawa tenaga pengajar di IPGKKB masih lagi relevan serta masih boleh memberikan khidmat dalam bidang latihan perguruan. Dalam pada itu, pihak IPGKKB juga berazam bahawa matlamat IPG bukan sekadar dalam negara, akan tetapi juga membina hak serantau dengan pihak luar seperti Thailand, Indonesia dan juga Brunei. Sepertimana yang diperkatakan oleh Timbalan Pengarah IPGKKB, kita perlu terus Go Global untuk mendapatkan kolaboratif dengan pihak Japan, Finland dan sebagainya. Dengan itu, pihak IPGKKB berhasrat untuk menjadikan IPG ini antara IPG yang tersohor di dalam kalangan 27 IPG di Malaysia ini.


29 5.2 Kajian Temubual Orang Sumber Kedua Dapatan kajian yang seterusnya, kami telah pergi ke bangunan Galeri Warisan IPGKKB untuk mendapatkan maklumat tentangnya melalui sesi temubual bersama orang sumber atau informan kedua iaitu Dr. Hj Ghzali bin Ismail yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang telah lama berkhidmat di situ. Terdapat empat soalan kajian yang telah kami kemukakan. Antara soalannya, (1) Apakah keistimewaan yang terdapat di dalam Galeri Warisan ini?, (2) Mengapakah Galeri Warisan ini digelar sebagai mini muzium IPGKKB?, (3) Apakah objektif umum penubuhan Galeri Warisan ini? dan (4) Dikatakan bahawa terdapat bahan pameran seperti kuda kepang di dalam Galeri Warisan ini, jadi sejak bilakah kuda kepang ini digunakan dan apakah kegunaannya? Dapatan yang dipamerkan ini menggambarkan interpretasi pengkaji terhadap data yang diperoleh daripada kaedah temu bual. Tafsiran ini berdasarkan urutan persoalan kajian. 5.2.1 Keistimewaan Galeri Warisan Soalan Kajian Pertama: Apakah keistimewaan yang terdapat di dalam Galeri Warisan ini? Huraian dapatan kajian bagi persoalan yang pertama ini, informan menceritakan secara ringkas terlebih dahulu berkaitan kewujudan IPGKKB ini oleh sebab bangunan Galeri Warisan ini sendiri adalah berasal daripada situ. Orang sumber kami menjelaskan bahawa sebenarnya Galeri Warisan ini merupakan mercu tanda IPGKKB disebabkan oleh keistimewaannya tersendiri. Menjurus kepada soalan yang telah diberikan, antara keistimewaan Galeri Warisan ini adalah merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan atau alatan-alatan ataupun bahan bantu mengajar (BBM) serta alat bantu mengajar (ABM) yang mana telah digunakan di sini sejak tahun 1954 hingga kini. Pada ketika itu, pengetuanya ialah Mr. Robert William. Alatan-alatan seperti muzik, Reka Bentuk Teknologi, buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya ada dikumpulkan di sini. Proses pengumpulan peringkat awal adalah bermula pada tahun 1992 lagi sehingga tahun 1995. Seterusnya pada tahun 1996, kewujudan Galeri Warisan ini dirasmikan. Pada peringkat awal, alatan masih tidak banyak yang ada tetapi terdapat beberapa gambar guru pelatih, gambar perasmian dan sebagainya.


30 5.2.2 Galeri Warisan Digelar Mini Muzium IPGKKB Soalan Kajian Kedua: Mengapakah Galeri Warisan ini digelar sebagai mini muzium IPGKKB? Informan: Sebelum itu, kita lihat kepada nama dia sendiri iaitu Galeri Warisan, sepertimana yang telah diketahui, Galeri Warisan merupakan satu tempat pengumpulan bahan-bahan, alatan-alatan lama, dan alatan tradisional yang telah digunakan di sini. Kemudian, jika diteliti pula mini muzium yang mana perkataan muzium itu sendiri adalah menggambarkan sebuah tempat penyimpanan alatan lama. Manakala, perkataan mini itu pula bermaksud kecil tetapi sangat bermakna. Bukan itu sahaja, kita juga telah mengetahui bahawa terdapat juga muzium di negara kita contohnya seperti Muzium Negara dan Muzium Negeri. Namun begitu, memandangkan IPGKKB merupakan sebuah kampus cawangan, jadi ia disebut sebagai mini muzium iaitu muzium kecil yang menyimpan atau mempamerkan alatan- alatan yang telah digunakan di sini. 5.2.3 Objektif Penubuhan Galeri Warisan Soalan Kajian Ketiga: Apakah objektif umum penubuhan Galeri Warisan ini? Informan: Objektif umum Galeri Warisan ini adalah untuk mengenang kembali jasa-jasa atau pengorbanan guru yang telah mengajar di sini. Bermula tahun 1954, gambar-gambar mereka dipaparkan sehingga sekarang bersama-sama dengan para pengetua ataupun pengarah. Selain itu, ia bertujuan untuk mempamerkan alatan-alatan lama sebagai pengetahuan umum kepada pelajarpelajar baru yang mana alatan-alatan tersebut telah digunakan di IPG Kampus Kota Bharu ini. Di samping itu, beliau juga berkata ia adalah sebagai tanda mengenang kembali pensyarah-pensyarah dan juga guru-guru pelatih yang pernah belajar dan mengajar di sini melalui paparan gambargambar mereka di dinding bangunan Galeri Warisan ini. Oleh itu, jika anak cucu mereka datang ke sini dan melihat galeri ini, secara tidak langsung dia akan mengenang kembali jasa sanaksaudaranya yang telah mengajar di sini. Kemudian, objektif lainnya adalah sebagai mercu tanda ataupun ‘trademark’ IPGKKB ini sendiri. Justeru, salah satu tempat yang mesti dilawati apabila berkunjung ke sini ialah bangunan Galeri Warisan kerana ia sarat dengan pengetahuan daripada mengingat kembali kisah-kisah lama yang amat berbakti di IPG Kampus Kota Bharu ini.


31 5.2.4 Kegunaan Kuda Kepang Soalan Kajian Terakhir: Dikatakan bahawa terdapat bahan pameran seperti kuda kepang di dalam Galeri Warisan ini, jadi sejak bilakah kuda kepang ini digunakan dan apakah kegunaannya? Penjelasan dapatan kajian bagi persoalan terakhir ini, informan mengatakan bahawa kuda kepang dari segi bahasa Melayunya agak terbalik kerana kalau kuda biasa kita naik sendiri kuda tersebut tetapi kalau kuda kepang, kuda itu yang naik ke atas kita. Pada tahun 2000, sebenarnya kuda kepang ini dipamerkan kerana telah memberi perkhidmatan yang tinggi, iaitu mampu menaikkan imej KBTC walaupun ia sendiri tidak bernyawa. Pada tahun 2000 juga, guru pelatih telah membawa dan mempamerkan permainan kuda kepang di Perancis. Ia merupakan hasil gabungan muzik tradisional dengan tarian. Apabila dimainkannya di sana, ia menerima sambutan yang amat menggalakkan kerana kebiasaannya kita sendiri yang melihat kuda yang hidup tetapi yang ini kita pula yang membawa kuda. Jika dimainkan di semenanjung, sebenarnya kuda kepang ini mempunyai unsur-unsur mistik. Namun begitu, disebabkan kita mempersembahkannya di luar negeri misalnya di Perancis, mereka tidak tahu bahawasanya terselit sedikit unsur-unsur mistik berkaitan dengan kuda kepang ini. Walaubagaimanapun, permainan kuda kepang ini telah menaikkan imej Malaysia dan khususnya imej IPG Kampus Kota Bharu yang mana dipanggil sebagai MTTC pada masa itu. 5.3 Pandangan Kajian Kajian temu bual ini menerangkan bagaimana analisis data dinilai berdasarkan respons informan-informan terhadap soalan yang diberikan. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh kami ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah penubuhan dan latar belakang IPG Kampus Kota Bharu serta bangunan Galeri Warisan yang terdapat di IPGKKB ini. Pada pandangan kami, berdasarkan kajian transkrip temubual daripada orang sumber, jelaslah bahawa merupakan satu kerugian sekiranya IPGKKB yang ditubuhkan sejak 1954 ini dibiarkan terkubur kerana bakal hilang identitinya sebagai antara pusat latihan guru yang paling awal dibina untuk bertukar fungsi. Selain itu, melalui kewujudan bangunan Galeri Warisan ini sudah terang lagi bersuluh mampu memberikan manfaat yang amat besar kepada semua pengunjung khususnya


32 warga pendidik, alumni, pelajar, pencinta sejarah, pengkaji sejarah serta semua yang pihak yang berkepentingan.


33 6.0 Penutup kajian Kesimpulannya, jelaslah bahawa kajian ini telah berjaya memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Melalui kajian ini, kami dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam mengenai salah satu tempat bersejarah di negara kita iaitu IPG Kampus Kota Bharu. Hasilnya, kami akan lebih menghargai dan cakna terhadap fungsi institusi ini kerana sudah terang lagikan bersuluh, ia mempunyai banyak kelebihan secara tersurat mahupun tersirat. Malah, ia juga dapat membantu ke arah keharmonian dan kemajuan negara melalui peranan IPGKKB itu sendiri. Di samping itu, kami juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik di sini antaranya ialah galeri warisan yang dikatakan sebagai sebuah tempat pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi bahan serta khazanah pendidikan di sini. Hal ini bertujuan untuk dijadikan tatapan kepada generasi muda kini supaya mereka menyedari bahawa betapa pentingnya menghargai dan menghayati sejarah pendidikan negara sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, kami turut dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan galeri warisan ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak sebab atau alasan yang kukuh IPG Kampus Kota Bharu untuk tetap kekal sebagai sebuah institusi pendidikan guru berbanding ianya ditutup atau ditukarkan fungsi kepada Kolej Vokasional. Akhir sekali, kajian ini dapat menjelaskan kepentingan dan peranan IPGKKB secara menyeluruh. Oleh itu, kami sangat bangga kerana dipilih menjadi salah seorang bakal guru di sini dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara.


34 7.0 Rujukan e-Galeri Warisan: Galeri Warisan. (n.d.). E-Galeri Warisan. Retrieved March 21, 2023, from http://e-galeriwarisan.blogspot.com/p/visi-misi.html?m=1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. (2018, February 6). Facebook. https://web.facebook.com/160574520620265/posts/sejarah-penubuhan-maktabperguruan-kota-bharumaktab-perguruan-kota-bharumpkbya/1854912931186407/?_rdc=1&_rdr Zainuddin, M. Z. (2019, March 3). Kekal IPG Kota Bharu jadi pusat latihan antarabangsa. Berita Harian. Retrieved March 22, 2023, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/536989/kekal-ipg-kota-bharu-jadipusat-latihan-antarabangsa


35 8.0 Lampiran Sejarah Penubuhan Maktab Perguruan Kota Bharu


36 Artifak dan Bahan Pameran di Galeri Warisan Gambar Ahli Kumpulan


Click to View FlipBook Version