51 1975 – Logo Hari Peringatan diperkenalkan buat pertama kali 1984 – Penubuhan Olave Baden Powell Society 1985 – 70 tahun Kepanduan disambut di seluruh dunia 1977 – Lady Baden Powell meninggal dunia pada 25 Jun di usia 88 tahun 1988 – Sambutan 60 tahun WAGGGS 1989 – Sambutan Cetenary Lady Baden Powell 1990 – Olave house ditempatkan semula I Hamstead London dan diberi nama Pax Lodge 1990 – Skim latihan WAGGGS telah diperkenalkan semasa Persidangan Dunia di Singapura
52 1993 - WAGGGS telah didaftarkan dan mempunyai 128 negara dan bilangan ahli melebihi 8.5 juta seluruh dunia 1993 – Persidangan Dunia ke-26 di Nyabong, Denmark 1997 – Pelancaran pembinaan Pusat Heritage Biro Dunia Olave Central di London 1996 - Persidangan Dunia ke-27 di Halifox, Kanada 1999 – Persidangan Dunia ke-28 bermula di Dublin, Ireland
53 SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1916 – Kepanduan diperkenalkan oleh Cik Gertrude Ballard 1917 – Pasukan Pandu Puteri pertama di SM (P) 1920 – Pek Brownie pertama di Kuala Lumpur 1929 – Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama diadakan di PD 1930 – Pasukan Pandu Puteri aliran Melayu ditubuhkan 1934 – Ketua Pesuruhjaya Malaya yang pertama Puan PM Robinson dilantik 1938 – Ulang tahun ke-21 Kepanduan di Malaya 1942 – Pergerakan Pandu Puteri terhenti kerana pemerintahan Jepun sehingga 1946
54 1946 – Aktiviti Pandu Puteri disambung semula 1947 – Puan A.W Punnick dilantik menjadi ketua Pesuruhjaya 1948 – Keadaan darurat tetapi aktiviti diteruskan hingga tahun 1960 1950 – mula penglibatan antarabangsa. Perwakilan dihantar sertai Jambori Antarabangsa di Australia. Diantara peserta DYMM Raja Perempuan Perlis 1950 – Jurulatih dari UK diundang – Cik A. Wilson diganti Cik Mary Browers 1953 – Majlis Kounsel setuju asing Kousil bagi Malaya & Singapura 1955 – Sebuah bangunan telah didirikan sebagai Ibu Pejabat baru di KL dinamakan Agnes Pinnick Hut – mengenang jasa beliau sebagai pemimpin dan Pn RC Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru 1957 – DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dirasmikan sebagai Penaung diRaja & Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang Dipertua
55 1958 – Lady Baden Powell melawat Malaysia & Pn L.Navaratnam menjadi orang pertama dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya 1960 - Malaysia diterima sebagai ahli Tenderfool oleh WAGGGS 1964 – Persatuan Pandu Puteri termasuk Sabah & Sarawak di daftarkan pada 8 Disember 1962 – Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Kebangsaan Rantau Asia “National Leaders of The Asia Area of The World Association 1965 – Singapura keluar dari Malaysia 1966 – Malaysia diterima sebagai ahli penuh WAGGGS 1967 – Tahun jubli emas kepanduan di Malaysia 1974 – Malaysia menjadi tuan rumah bagi seminar Renjer Rantau Asia Pasifik 1977 – Tahun Jubli Intan Kepanduan di Malaysia
56 1985 – Pertukaran rekabentuk pakaian Brownies Malaysia yang bertukar gelaran menjadi Tunas Puteri dan lambangnya ditukarkan dari pari-pari kepada bungabunga tempatan 1987 – 70 tahun Kepanduan di Malaysia 1990 – Persidangan KetuaKetua Pesuruhjaya Negara Komanwel di UPM Serdang dari 4-8 Jun 1990 – Persidangan Dunia di Singapura 1991 – Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu 1992 – Perayaan 75 Tahun Kepanduan Di Malaysia 1993 – Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro Dunia dan Mokomo Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia ke Malaysia 1996 – Skim jurulatih PPPM diiktirafkan oleh WAGGGS Kem cabaran di Ulu Bendul N. Sembilan sebagai kem latihan CC’98 1997 – Perayaan 80 tahun Kepanduan di Malaysia - Acara kemuncak kuiz kepanduan sempena Maj Renjer Puteri di Meru
57 1998 – Perjumpaan OBPS (Olave Baden Powell Society) di KL - Pengarah Biro Dunia Lesley Bulman melawat Wisma Pandu Puteri - Perkhemahan Komanwel 98 di Taman Rekreasi Ulu Bendul disertai oleh negara Komanwel dan bukan bersama peserta tempatan 1999 – Program Lima Tahun Kepanduan dilaksanakan di sekolah-sekolah - Perancangan Strategik 1999-2003 bagi Persatuan Pandu Puteri dibentangkan - Pelancaran Khidmat Titian Emas di Wisma Pandu Puteri - Pelancaran laman Web PPPM di MAT Kuantan Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang. Pelayaran antara abad 2000 – Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2001 – Perkhemahan Kebangsaan untuk Pandu Puteri. Persidangan Renjer Kebangsaan
58 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
59 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH Rancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak Tahun 2016 No. Aktiviti Catatan 1. 1. Mesyuarat agung 2. Perlantikan AJK 13 Januari 2016 2. 1. Pembahagian Kumpulan Berenam Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga. Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kesidang Kami Kesidang datang 20 Januari 2016
60 Menolong pagi petang Cempaka Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga 2. Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas 1) Kemeja hijau berlengan panjang 2) Seluar panjang biru tua 3) Skaf (berwarna coklat) 4) Lambang kumpulan 5) Lambang Negeri 6) Woggle 7) Lencana dunia 8) ‘Shoulder Flashes’ 9) Stoking hitam 10) Kasut hitam 11) Tudung hitam 3. Penyediaan buku log (biodata, mewarna lencana pandu puteri tunas, pakaian seragam dan lambang kumpulan berenam sendiri) 4. Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas
61 1) Biodata/ Profil diri 2) Lencana Dunia 3) Lencana Pandu Puteri Tunas 4) Lambang Kumpulan Berenam sendiri 5) Peringkat Pra – Persetiaan 6) Peringkat Calit Emas 7) Peringkat Tangga Emas 8) Peringkat Tangan Emas 9) Skim Lencana Kecekapan 3. 1. Prapersetiaan (Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas) 2. Undang-undang Pandu Puteri Tunas 3. Cogan kata Pandu Puteri Tunas 4. Menyenaraikan sumbangan sebagai Pandu Puteri Tunas (kepada masyarakat, di rumah dan di sekolah) – Perbincangan kumpulan/ pembentangan 4. 1. Hormat dan syarat - Berjabat tangan Pandu Puteri Tunas 2. Projek satu jasa bakti sehari (mewarna lilin kek hari jadi) - Menggunting, menyusun dan menampal gambar. - Menamakan 2 jenis kemahiran rumah tangga yang boleh dilakukan berdasarkan gambar.
62 5. 1. Aktiviti rumah tangga – memasak/ menghias makanan Cadangan: Mee segera goreng, roti, sosej (hiasan – cili, tomato, timun, sos, mayonis, bawang besar) 6. 1. Perihal keluarga -Melukis gambar keluarga - Menyenaraikan nama ahli keluarga, perhubungan, apa yang digemarinya dan apa yang dilarangnya. 7. 1. Bendera negara Malaysia, Bendera Negeri - Menyenaraikan maksud warna-warna bendera 2. Keselamatan jalan raya – bila dan dimana boleh menyeberang jalan, peraturan bagi penunggang basikal/ penumpang bas. (peta minda) 8. 1. Simpulan - Pengenalan kepada Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk 2. Melipat pakaian – belajar cara melipat pakaian yang betul 9. 1. Kesihatan diri - Penjagaan gigi, penjagaan rambut, tangan dan kuku 2. Pengimbangan (15 minit)
63 - Berpeluk tubuh dan kaki bersilang, berdiri dan duduk dengan gaya yang baik. 3. Aktiviti Sukaneka (1 jam) - Mengimbang bola tenis diatas papan/ buku teks - Skipping - Membaling dan menangkap bola 10. 1.Menanam dan menjaga tumbuhan. - Murid diberikan benih/ bebawang/ kekacang - Murid belajar cara menanam dengan betul 2. Penyediaan minuman 3. Khidmat masyarakat – membersihkan kawasan sekolah/ kelas/ taman di sekolah 11. 1. Kemahiran Rumah Tangga - Menjahit – jelujur/lilit ubi - Menjahit butang lubang 2, butang lubang 4 - Menghasilkan batu seremban 12. Sambutan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah Disediakan oleh, ………………………………… (NURUL ALIA MURSYIDA BINTI NORZA) PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS SK RAPAT JAYA, IPOH.
64 LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PASUKAN
65 LAPORAN MINGGU 1 Hari: Isnin Tarikh: 8 Januari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Pada minggu pertama perjumpaan unit beruniform Pandu Puteri Kadet diadakan bagi semester 5 ini, semua ahli Pandu Puteri diminta berkumpul di bilik K39 bagi melaksanakan aktiviti. Perjumpaan ini diadakan bagi melaksanakan sesi perlantikan ahli jawatankuasa untuk unit uniform Pandu Puteri. Perlantikan ahli jawatankuasa untuk setiap tugas ini adalah bertujuan untuk menguruskan unit induk dan perkhemahan kelak. Pembahagian guru-guru pelatih kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Cempaka, Kenanga, Siantan, Kesidang, Melur dan Teratai juga dilaksanakan. Setiap kumpulan mempunyai 10 hingga 11 orang ahli. Tambahan pula, pensyarah pembimbing kami iaitu puan Nadimah dan puan Nurziana turut memberikan penerangan berkaitan konsep asas pandu puteri serta sedikit taklimat berkenaan protokol-protokol yang perlu kami patuhi pada setiap kali perjumpaan unit beruniform.
66 LAPORAN MINGGU 2 Hari: Isnin Tarikh: 15 Januari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Seterusnya, pada minggu kedua bertarikh 15 Januari 2024, kami diminta melaksanakan beberapa ikatan dan simpulan yang digunakan dalam Pandu Puteri mengikut kumpulan berenam misalnya seperti ikatan buku sila, ikatan tindih kasih, simpul manuk, lilit balak, dan banyak lagi. Hal ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada kami dalam melaksanakan amali ikatan dan simpulan itu nanti. Pengagihan tali diberikan kepada setiap orang bagi menjimatkan masa dan bertujuan agar setiap ahli berpeluang mempelajari serta membuat ikatan dan simpulan tersebut. Kumpulan saya iaitu Kumpulan Melor mempelajari setiap ikatan dan simpulan itu melalui laman ‘youtube’ kerana mudah dan jelas penerangannya.
67 LAPORAN MINGGU 3 Hari: Isnin Tarikh: 22 Januari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Pada hari Isnin, 22 Januari perjumpaan pandu puteri diteruskan dengan latihan membuat anduh. Setiap orang perlu menyediakan kain anduh masing-masing. Kami juga diberikan tunjuk ajar cara perlaksanaan anduh tersebut oleh pensyarah. Dalam kumpulan berenam, kami mempelajari setiap balutan anduh tersebut pada bahagian kepala, tangan dan juga kaki melalui tontonan video di youtube. Hal ini merupakan pengalaman baru kepada saya kerana berkesempatan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru dan berguna untuk kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, saya juga berasa sangat gembira apabila berjaya mempelajari kemahiran membuat anduh ini dengan betul melalui bantuan daripada setiap ahli kumpulan saya yang tidak berputus asa mengajar saya.
68 LAPORAN MINGGU 4 Hari: Isnin Tarikh: 29 Januari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Pada perjumpaan kali ini, kami diminta berkumpul di padang untuk melaksanakan aktiviti pembentukan ladam kuda. Kami diberikan taklimat dan tunjuk ajar terlebih dahulu oleh Puan Nadimah dan Puan Nurziana agar aktiviti ladam kuda ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semasa perlaksanaan aktiviti tersebut, beberapa kumpulan telah diberikan tugas masing-masing misalnya seperti bacaan doa dan kata-kata hikmah. Bukan itu sahaja, kami juga diminta untuk berlatih menyanyikan lagu pandu puteri iaitu lagu dunia dan juga lagu kumpulan berenam masing-masing. Kesimpulannya, melalui perjumpaan kali ini, kami telah mendapat pelbagai pengetahuan dan ilmu baru serta berpeluang menunjukkan sikap saling bekerjasama dalam satu kumpulan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
69 LAPORAN MINGGU 5 Hari: Isnin Tarikh: 5 Februari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Seterusnya, pada perjumpaan kali kelima pula, kami diarahkan untuk melaksanakan amali ikatan dan simpulan serta membuat anduh mengikut kumpulan berenam. Penggiliran bagi setiap kumpulan untuk melaksanakan amali ini diberikan agar berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang ketidakadilan. Setiap kumpulan perlu melaksanakan amali ikatan dan simpulan serta anduh tersebut di hadapan pensyarah. Bagi amali ikatan dan simpulan, kami perlu melakukan sama ada tiga jenis ikatan dan dua jenis simpulan ataupun tiga jenis simpulan dan dua jenis ikatan. Kumpulan kami memilih untuk melakukan tiga jenis simpulan dan dua jenis ikatan yang terdiri daripada simpulan buku sila, bunga geti dan manuk serta ikatan silang tungku dan juga ikatan seraya.
70 LAPORAN MINGGU 6 Hari: Isnin Tarikh: 19 Februari 2024 Masa: 2.30 – 4.30 Petang Pada minggu keenam perjumpaan unit beruniform pandu puteri ini, kami dikehendaki untuk mempelajari pergerakan asas kawad kaki dalam kumpulan berenam bagi persediaan amali kelak. Kami dibimbing oleh Puan Nurziana sepanjang perlaksanaan latihan kawad kaki tersebut. Berdasarkan amali kawad kaki ini, setiap orang perlu memberikan arahan kerana markah yang diperuntukkan adalah secara individu. Tambahan pula, kami juga dibekalkan dengan panduan arahan kawad kaki oleh pensyarah pembimbing kami supaya proses perlaksanaannya lebih mudah dan berjalan lancar. Bukan itu sahaja, setelah selesai mempelajari pergerakan asas kawad kaki, kami diberikan pula sedikit taklimat berkenaan dengan tugasan amali seterusnya iaitu masakan rimba dan masakan solar. Pensyarah kami yang lain iaitu Puan Nadimah menjelaskan berkaitan tugasan tersebut dengan lebih terperinci agar tidak berlaku kesalahan dalam proses penyediaan bahan-bahan masakan.
71 SEKIAN TERIMA KASIH