TAJUK : CABARAN DAN LANGKAH MEWUJUDKAN
PERPADUAN DI MALAYSIA
ISI 01 PENGENALAN 01
KANDUNGAN CABARAN MEWUJUDKAN 02-05
02 PERPADUAN
03 LANGKAH MEMUPUK 06-09
PERPADUAN KAUM
04 KESIMPULAN 10
05 GAMBAR 11-15
06 RUJUKAN 16
EDITOR
NUR AKMALIA VANISHA
BINTI AMAT ISKANDAR
KHAINAN 18DDV21F2007
18DDV21F2015
ENCIK MOHD AZLI BIN
ADNAN
SYARAFINA BINTI PENSYARAH NUR NADHIRAH
MOHD YATIM BINTI SHAHRUL
18DDV21F2005 ANUAR
18DDV21F2023
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan cara hidup
yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui pakaian, budaya, Bahasa, politik, ekonomi, tempat
tinggal dan sebagainya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu manakala di
Sabah dan Sarawak terdapat juga kaum Kadazan, Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan lain-lain lagi. Mereka
ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk Orang Asli. Perpaduan
kaum memainkan peranan yang sangat besar dalam memajukan negara. Oleh yang demikian, kerajaan
menjadikan sektor Pendidikan sebagai medium memupuk perpaduan dan integrasi yang kuat diantara
kaum-kaum di Malaysia. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
01
CABARAN-CABARAN
MEWUJUDKAN PERPADUAN
ANTARA KAUM
CABARAN-CABARAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
CABARAN EKONOMI
▪ Sektor ekonomi yang berbeza
-Dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman.
Cabaran ini telah pon timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan,
kaum India diletakkan di ladang getah manakala kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan.
Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan dimana setiap kaum mendapat peluang Pendidikan dan mampu
berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat
sampailah sekarang dimana sector perniagaan masih didomisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih
tinggal di ladang. Rentetan scenario ini telah menyebabkan interaksi sosial diantara mereka terbatas. Kesannya,
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebar diantara sesame kaum dan menyukarkan
proses perpaduan.
02
CABARAN POLITIK
▪Parti-parti politik yang tidak stabil dan berasaskan kaum
-Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik
sememangnya penuh dengan kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan
yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat
memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi
menggerakkan negara kearah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang
lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Ahli politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat
bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik
merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin
negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.
03
CABARAN SOSIAL
▪Pengasingan Sistem Pendidikan mengikut kaum
-Cabaran dari segi sosial golongan muda dimana system Pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan
meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan system sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan
hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia
tidak fasih untuk bertutur dalam Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk
berkomunikasi diantara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa bagaimana untuk kita berkomunikasi
dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam
kegiatan sosial terutamanya Pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Rumusannya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem
pendidikan negara serta penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan
kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara melentur buluh biarlah dari rebungnya.
04
CABARAN NILAI ANTARA ETNIK
▪Perbezaan budaya, agama dan adat
-Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi
agama, Bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan
dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang
terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih
sahabat, mendapatkan pekerjaan dan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu, kewujudan akhbar yang
pelbagai Bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik
masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika fahaman
‘etnosetrisme’ itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
05
LANGKAH-LANGKAH
MEWUJUDKAN PERPADUAN
ANTARA KAUM
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN KAUM
MENYATUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN DARI PERINGKAT RENDAH
▪Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyatukan institusi
pendidikan dari peringkat rendah. Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai
Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT).
Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara
mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah
kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan
pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka
dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi
pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
06
MENYAMBUT HARI PERAYAAN BERSAMA-SAMA MELALUI RUMAH TERBUKA
▪Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari
perayaan bersama-sama. Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka. Negara kita
merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah
terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh
memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada
masa yang sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran
tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi
perayaan yang disambut.
07
MEMPERKASA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM KOMUNITI
▪Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi
dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan
toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang
diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan
boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan
dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan menyelenggara
infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum. Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi,
masyarakat bukan sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.
08
MEMPERGIAT AKTIVITI SUKARELAWAN DAN KEBAJIKAN
▪Seiring dengan itu, mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti juga dapat melahirkan perpaduan
antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan
gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja
mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki berlebihan
seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat
kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam setiap individu
pastinya perpaduan antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan
penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai perpaduan antara kaum.
09
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, tanpa perpaduan kaum keamanan tidak dapat diwujudkan kerana
rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara
KESIMPULAN rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak peranda. Oleh
hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk
meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia.
Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk
memainkan peranan masing-masing dalam menerbitkan semangat perpaduan
dalam sanubari sendiri dan orang lain. Jika semua masyarakat berganding
bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah
perpaduan rakyat dapat dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini diharapkan
peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang
kembali. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita
bersama-sama menyeru sahutan kerajaan dan berusaha untuk mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu.
10
SISTEM
EKONOMI
Berbalik kepada isu ekonomi
dan perpaduan, umumnya
masyarakat menerima fakta
bahawa konflik ekonomi
merupakan salah satu satu
faktor asas yang menimbulkan
perasaan tidak puas hati dan
saling mencurigai antara kaum.
11
SISTEM POLITIK
Berbeza penduduk di
sesetengah negara lain
yang tidak sunyi dengan
perbalahan, pertikaian dan
pembunuhan sedangkan
mereka terdiri bangsa,
keturunan dan kepercayaan
sama. Inilah kekuatan
bangsa Malaysia.
12
SISTEM
PENDIDIKAN
Isu pendidikan sentiasa
mendapat perhatian utama
pelbagai lapisan masyarakat di
negara ini, apatah lagi jika ia
membabitkan kepentingan
kaum masing-masing.
13
MAJLIS RUMAH
TERBUKA
Rakyat Malaysia
mempamerkan semangat
kebersamaan yang luar
biasa dengan menyertai
acara rumah terbuka
bersempena Tahun Baru
Cina.
14
MEMPERGIAT AKTIVITI
SUKARELAWAN DAN
KEBAJIKAN
Keprihatinan rakyat Malaysia dan
kuasa media sosial membantu capaian
bantuan kepada mangsa banjir yang
terjejas, apabila pelbagai pihak mula
membuka pintu, menawarkan
perlindungan serta bantuan apabila
bencana banjir semakin buruk.
15
RUJUKAN
WEBSITE
►https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/03/18/perpadu
an-langkah-langkah-memupuk-semangat-perpaduan/
► https://sej-exam-midyear2016-sdbliii.blogspot.com/2016/04/cabaran-
mencapai-perpaduan-kaum.html
►https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/568801/lihat-isu-
pendidikan-secara-matang
► https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titik-perpaduan-beracuan-
ekonomi-219960
►https://www.sinarharian.com.my/article/11443/BERITA/Nasional/Tahun-
Baru-Cina-disambut-dengan-semangat-kebersamaan
► https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-malaysia-tawar-
bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-media-sosial-337250
16