The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisdaieman, 2021-08-29 02:13:12

SI MERAK YANG SOMBONG

SI MERAK YANG SOMBONG

1

Diterbitkan oleh:
ANJUNG MEGA RESOURCES ( SA0128261-H )
B-5-4, Jalan 2/1A, Kinrara Court,
Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.
Tel: 0102117870 Faks: 03-78455300
e-mel: [email protected]

SI MERAK YANG SOMBONG
© Anjung Mega Resources

Cetakan Pertama 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana kandungan dalam
buku ini termasuk cerita dan ilustrasi dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama
ada fotokopi, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu
mendapat izin bertulis daripada ANJUNG MEGA RESOURCES.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nor Azizul Harun
Si Merak yang Sombong/ Nor Azizul Harun
ISBN 978-967-5596-01-8
1. Malay fiction 1. Judul

Cerita dan watak-watak serta ilustrasi dalam novel ini hanya rekaan dan hasil
kreatif penulis dan ilustrator semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan
individu atau pihak yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Penulis: Nor Azizul Harun
Pembaca pruf: Nor Fazlina Harun

2

Si Merak yang Sombong

Di dalam sebuah hutan, tinggal Sang
Kancil dan Si Merak. Sang Kancil
sangat bijak dan suka menolong haiwan-
haiwan yang lain.

Manakala, Si Merak pula seekor
burung yang sombong kerana mempunyai
bulu yang cantik dan berwarna-warni.

3

Haiwan-haiwan di dalam hutan itu
tidak mahu berkawan dengan Si Merak.

Pada suatu hari, Si Merak berjalan
dengan sombongnya. Si Merak terus
mengembangkan kepaknya yang cantik
dan berwarna-warni itu apabila
ternampak seekor monyet.

“Wahai Si Monyet, lihatlah bulu aku
yang cantik. Tidak seperti bulu kamu
yang kasar,” ujar Si Merak sambil
tersenyum.

4

Si Monyet hanya diam sahaja. Si
Monyet tidak mahu melayan sikap Si
Merak yang sombong itu. Monyet tidak
memandang ke arah Si Merak.

Tiba-tiba, sebatang ranting

terjatuh lalu menimpa kaki Si Merak.

Si Merak mengerang kesakitan. Si

Monyet hanya ketawa lalu terus

beredar dari situ.

5

Kaki Si Merak sakit. Sudah tiga
hari, Si Merak tidak dapat bergerak
untuk mencari makanan.

Sang Kancil berasa kasihan melihat
Si Merak. Sang Kancil tahu tentu Si
Merak kelaparan kerana tidak dapat
bergerak mencari makanan.

Tiada haiwan yang sudi untuk
membantu Si Merak yang sombong itu.

6

Akhirnya, Sang Kancil datang ke
rumah Si Merak untuk membawa
makanan.

“Terima kasih, Sang Kancil. Kamu
masih mahu menolong saya walaupun
saya selalu bersikap sombong,” kata Si
Merak dengan nada sedih.

“Kita hidup saling bantu. Kita tidak
terlepas daripada melakukan kesalahan.
Kamu harus meminta maaf kepada

7

kawan-kawan yang lain. Jangan
bersikap sombong lagi,” nasihat Sang
Kancil.

Si Merak berasa insaf. Si Merak
menyesal atas sikapnya yang sombong
selama ini.

“Baiklah, Sang Kancil. Saya akan
minta maaf atas sikap sombong saya
selama ini. Saya tidak akan sombong
lagi dengan mereka,” janji Si Merak.

8

Si Merak mengucapkan terima kasih
kepada Sang Kancil.

Si Merak meminta maaf atas
sikapnya yang sombong. Si Merak
berjanji akan berubah sikap dan tidak
akan sombong lagi dengan haiwan-

haiwan yang lain.

tamat

9

10

Terima kasih

untuk e-buku cerita kanak-kanak
& bahan-bahan modul latihan

Bahasa Melayu
Klik

http://www.wasap.my/60102117870/e-bukubm

11


Click to View FlipBook Version